Memaparkan catatan dengan label Raja Lawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Raja Lawak. Papar semua catatan

Disember 05, 2011

Gambar Anak Siti Sarah Dan Shuib

Alhamdulillah rezeki yang datang selepas menjadi juara Maharaja Lawak kini bertambah selepas anugerah zuriat buat pasangan Siti Sarah dan Shuib akhirnya kunjung tiba semalam pada pukul 10.19 semalam (4/12/2011).

Dan berikut gambar yang ZoOM jumpa di blog Loyafikir untuk tatapan anda di ZOoMartis DoT Net, anda rasa anak pasangan ini iras siapa ? Shuib atau Siti Sarah ?



Semoga rezeki SHuib dan Siti Sarah akan bertambah, INsyallah.


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

September 23, 2010

Jadual Uji Bakat Raja Lawak Astro Musim Ke Lima


Sesi ujibakat akan memulakan jelajah setiap minggu dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Bagi anda yang berminat, boleh menghadiri ujibakat pada tarikh dan lokasi berikut.

Februari 09, 2010

(Cerita Artis) Johan Raja Lawak Jadi Ayah !!!

Zoom mewakili pembaca dan admin Zoomartis ucapkan tahniah kepada pemenang program Raja Lawak musim ke 3 kerana pada sabtu lepas isteri beliau Ozlynnwati selamat melahirkan seorang bayi lelaki comel di Hospital Prince Court, pukul 9.30 malam.



Baca Selanjutnya

Walaupun berat bayi 4.43 isteri Johan boleh bersalin normal,memang tabah dan kuat semangat isteri Johan ni.Apa pun nama anak sulung Johan iaitu Ahmad Sodiq Hainana.

menurut info Johan menunggu detik-detik gembira selama berjam-jam menemani isteri di dalam bilik bersalin.Wajah kegembiraan jelas terpancar dari wajah si ayah ini.

Semoga dengan kehadiran anak sulung Johan akan menaikan semangat beliau untuk terus berjuang dalam bidang seni yang diceburinya..

Zoom: Apa kata anda !!?

Februari 06, 2010

(Gossip) Kisah mulut Laser Din beramboi di Program Raja Lawak !!!!

Heboh juga gossip mengenai "Kelaseran" abang Din kita ini dalam program Raja Lawak.Mungkin sesetengah daripada anda sudah mengetahui gossip di RJL4.Sekadar ingin berkongsi dengan anda apa yang berlaku di arena industri kita hari ini..!!



Baca Selanjutnya

"Memang saya mengaku terlepas cakap, walaupun saya masih dalam keadaan sedar,"
ujarnya dengan nada kesal.

Menurut penyampai radio ERA FM ini, dia menganggap perkataan 'hanjing' yang dikeluarkan itu adalah satu perkara yang normal dan tidak perlu dibesar-besarkan kerana dia sudah pun mengaku salah dan meminta maaf akibat kelancangan mulut 'lasernya' itu. Selain itu, pelawak ini sudah dapat mengagak risiko yang bakal diterimanya selepas mengeluarkan perkataan yang hanya layak digambarkan kepada spesis binatang sahaja.
"Selepas menyebut perkataan itu, saya dapat rasakan padah yang akan diterima nanti,"
katanya dalam nada ketawa.

Zoom: Nasib baik la Bro Din kita ni sedar juga kesilapannya, Apa kata anda?

Januari 27, 2010

(Cerita Artis) Wili Raja Lawak rela dibayar RM 100 untuk industri seni !!


Walaupun terkeluar di minggu keempat dalam program Raja Lawak, namun kedua-dua anak muda yang menamakan kumpulan mereka Wili nekad meneruskan karier dalam industri tanah air walaupun hanya menerima bayaran RM 100.Ismawira Bahdun (Wira) dan Mohammad Ali Maula Ahmad (Ali Black) menjadikan Program Raja Lawak sebagai platform mereka untuk bertapak dan maju ke depan lagi



Baca Selanjutnya

berikut luahan kedua-dua anak muda ini;

“Kami rasa bangga dan seronok kerana Wili keluar setelah melakukan persembahan yang bagus dan meninggalkan kesan kepada penonton.

“Kami juga gembira kerana mampu membuat orang ketawa. Mungkin bukan rezeki kami untuk kekal dalam program ini,” luah Wira yang berasal dari Kuala Lumpur manakala Ali dari Perak.

“Kami akan mencari kerja dalam bidang seni ini walaupun hanya mendapat RM100,”
kata Wira, 22, dalam satu sidang media di Astro, Bukit Jalil kelmarin.

Zoom: Apa kata anda ?

Januari 20, 2010

(Cerita Artis) JD peserta Raja Lawak telah disingkir!


Sekadar untuk berkongsi dengan anda, mungkin ada lagi yang belum mengetahui siapa yang terkeluar dalam minggu ke 3 program Raja Lawak..Cerita selanjutnya ada dibawah..



Baca Selanjutnya

JD atau nama sebenar Ahmad Zaidi Masri, berusia 30 tahun telah disingkirkan dalam minggu ketiga program realiti Raja Lawak 4 (RL4) yang bertemakan 'Tabiat Rakyat Malaysia'. Peserta berasal dari Perak itu terpaksa meninggalkan gelanggang (RL4) apabila diumumkan sebagai peserta yang mengutip peratus undian terendah dengan hanya 5.7 peratus, berbanding dua lagi peserta di kedudukan tiga terendah, Caca (7%) dan Faiz (7%).

JD yang mempersembahkan konsep parodi kepada drama bersiri popular Nur Kasih dan imitasi usahawan produk kecantikan, Dr. Rozmey telah memperlihatkan perubahan pada bentuk persembahannya untuk minggu ketiga. Namun, ia masih gagal memikat undian penonton ekoran kesilapan yang dilakukan di dua minggu pertama persembahannya. Menurut JD, dia tidak menafikan perasaan kecewa dengan diri sendiri kerana telah salah strategi dan lambat bertindak dalam memikat penonton program itu.


"Jujurnya saya kecewa dengan diri sendiri kerana strategi lawak yang saya cuba ketengahkan tidak menjadi di mata penonton. Memang salah saya kerana lambat 'panas' dan mengambil masa sehingga minggu ketiga baru hendak ubah cara dan stail lawak. Saya lakukan kesilapan menerusi persembahan saya dua minggu lalu. Konsep lawak saya tidak dekat dengan penonton kita dan perkara itu secara tidak langsung telah 'menjauhkan' saya daripada penonton.


"Di sudut positifnya, saya gembira kerana sempat ubah persembahan lawak saya untuk minggu ini dan berjaya membuatkan penonton gelak dan terhibur malam ini,"
kata JD yang menampakkan air muka yang kecewa. Bagaimanapun, dia tetap berpuas hati kerana dapat menampilkan persembahan lawak yang diingini oleh peminat (RL4) untuk minggu ini.

Zoom: Apa-apa pun anda adalah seorang juara kerana berada dalam program Raja Lawak...Apa kata anda?

(Video) Lawak Nabil Raja Lawak tak menjadi !!?



ZooM: Apa kata anda mengenai lawak Nabil ni !!!? sesetengah penulis suka komen..salah satu contoh ada di bawah..!!



Baca Selanjutnya


aiols tepek u tube segmen stand up komedy kat AJL 24...yg dok stadium nampak la kot...ada yg terhibur ada yang tak

tapi aiols yg br dpt tengok ni tetiba rasa....MOTIF NABIL NYE LAWAK SEOLAH2 BUKAN STAND UP COMEDY??? DAN PALING HARUKKK HEOLS ALA-ALA MEMPERBODOHKAN PASANGAN KOMEDI HEOLS (ANGAH & SHIRA). PERLUE KEEWww??

aiols ada membaca pasal stand up comedy, and aiols rasa ini bukan persembahan berbentuk stand up comedy...ini selingan bodoh utk AJL.

perlu keww????

Januari 10, 2010

(Gossip) Kumpulan Raja Lawak Sepah Lucah di Radio !!!


Panas juga cerita ni, mana taknya DJ baru ni main lepas je tanpa mengira sensitiviti masyarakat di Malaysia ni.Ini ZoOm taip balik untuk bacaan anda mengenai komen seorang pendengar Radio mengenai artis ini apabila menjadi DJ !!!!



Baca Selanjutnya

INFO :

Menurutnya, "Aku belum pekak lagi Cik ***, Memang apa yang dikatakan oleh kumpulan Sepah tu berbaur lucah. Bayangkanlah, dia ada menyebut perkataan minyak lintah, kemudian ada perkataan keras dan kembang, selepas itu siap cakap lagi siapa kena pasti tumbang.Tak lucak ke tu ?

"Sebenarnya mereka membicarakan topik bola sepak, soalan yang ditanya, persediaan sebelum bermain bola, jadi mereka cakaplah minyak lintah dan perkara-perkara seperti diatas" ujar si pembaca......!!!

Malas ZoOm nak komen..anda je la KOmen..!!!

Januari 04, 2010

(Gambar) Terbaru Peserta Raja Lawak Musim ke 4




RL4 kali ini semuanya didominasi 6 peserta solo lelaki dan 4 peserta berkumpulan lelaki yang telah diuji bakat di 5 lokasi yang berbeza iaitu Kuantan, Pahang; Johor Bahru, Johor; Pulau Pinang; Shah Alam, Selangor dan Kota Kinabalu, Sabah.

Kesemua 6 peserta solo lelaki tersebut termasuklah Alexander Ahat atau Alex dari Sabah; Khairul Idlan Abd Razak atau Idlan (Kedah); Ahmad Zaidi B. Masri atau JD (Perak); Abdul Halim Bin Abd Malek atau Caca (Kedah); Khairul Faiz Bin Sulaiman atau Faiz (Perak) dan Zulkefli Abu Bakar atau Aman (Johor). Manakala 4 peserta berkumpulan terdiri daripada kumpulan AN2 (Johor), Kecik (Sabah), Mamu (Pulau Pinang) dan Wili (Perak). Gambar peserta Click Selanjutnya..



Baca Selanjutnya




Disember 16, 2009

(Raja Lawak) Peserta Raja Lawak 4 Bertemakan 'Kelakar Tak Ingat;


Inilah diantara peserta Raja Lawak 4 yang akan bermula pada 24 Disember ini, bagi memeriahkan program realiti Raja Lawak ke 4 ini tema ' Kelakar tak ingat' menjadi taruhan oleh penerbit.

Tema 'Kelakar Tak Ingat' ini mudah difahami, ringkas dan bersesuaian sekali untuk pengisian komedi yang bakal kami tampilkan di musim ini.

"Ia juga satu tema yang sinonim untuk menggambarkan tahap kelucuan, jenaka dan hiburan yang dipersembahkan oleh peserta dan program ini secara keseluruhannya,"




Baca Selanjutnya

Pengkritik tetap yang dipertanggungjawabkan untuk memberi tunjuk ajar, komen dan panduan kepada semua finalis terdiri daripada pelakon dan penggiat seni serba boleh Afdlin Shauki, penyampai radio dan pelawak Din Beramboi serta pelawak dan pengacara Bob Lokman.

Menampilkan 10 finalis, musim keempat ini bakal membariskan enam peserta solo iaitu Alex atau Alexander Ahat, 28 (Sabah), Aman atau Zulkefli Abu Bakar, 28 (Johor), Caca atau Abdul Halim Abdul Malek, 31 (Kedah), Faiz atau Khairul Faiz Sulaiman, 18 (Perak), Idlan atau Khairul Idlan Abdul Razak, 21 (Kedah) dan JD atau Ahmad Zaidi Masri, 30 (Perak).

Sementara empat kumpulan yang bakal bersaing ialah kumpulan Kecik yang dianggotai Achoe atau Mohd Ilham Rusdy, 19 dan Wan atau Safuan Madeaming (Sabah), kumpulan Mamu yang terdiri daripada Ajo atau Wan Azrul Azizan, 24 dan Abu atau Abu Musarrif Abu Bakar, 21 (Pulau Pinang), kumpulan An2 - Ijal atau Rosshahrizal Bachok, 24 dan Tepet atau Raja Nor Shafiq Azraie Shah, 20 (Johor) dan kumpulan Wili yang menggabungkan Wira atau Ismawira Bahdun, 22 dan Ali Black atau Mohammad Ali Maula Ahmad, 24, masing-masing dari KL dan Perak.

Sebagai pembuka tirai, para penonton bakal menyaksikan sedutan-sedutan dari sesi ujibakat musim ini menerusi Al-Kisah Raja Lawak Astro sebanyak dua episod pada 24 dan 25 Disember 2009, jam 9 malam

Zoom : apa kata anda mengenai Program Raja Lawak Musim ke 4 ini ? jum komen k !!!

Oktober 29, 2009

(Astro) Ujibakat Raja Lawak di Pulau Pinang dapat sambutan hebat !!!!


PASUKAN produksi Raja Lawak Astro 4 telah memulakan penjelajahannya ke negeri Pulau Pinang bagi mencari bakat-bakat lawak baru yang boleh dipertandingkan.

Sambutan yang diterima amat memberangsangkan. Selepas menobatkan kumpulan Sepah sebagai juara Raja Lawak musim ketiga, Astro meneruskan lagi inisiatifnya bagi mencari pelapis dalam bidang komedi menerusi Raja Lawak musim keempat.




Baca Selanjutnya

Bagi orang ramai yang telah terlepas peluang untuk menghadiri sesi ujibakat di kedua buah lokasi ini, sesi ujibakat Raja Lawak Musim 4 akan meneruskan penjelajahannya ke lokasi-lokasi berikut:

Tarikh Lokasi Negeri31 Oktober 2009 & 1 November 2009 (Megamall, Kuantan, Pahang) 7 & 8 November 2009(Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor)14 & 15 November 2009(One Borneo, Kota Kinabalu, Sabah)

Pada musim ini, program realiti bakat lawak popular ini bertuah apabila mendapat kerjasama tiga pelawak serba boleh untuk mengisi kerusi juri pada setiap minggu.

Beliau yang dimaksudkan ialah penulis, pengarah, pelakon, penyanyi, penerbit filem dan hos tv serba boleh, Afdlin Shauki; penyampai radio dan pelawak terkenal; Din Beramboi serta pelawak dan pengacara tv yang dikenali ramai; Bob Lokman.

Pertandingan realiti bakat lawak, Raja Lawak Astro (musim keempat) ini terbuka kepada seluruh lapisan masyarakat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan haruslah mempunyai bakat dan minat di dalam bidang komedi.

Mereka perlu membuat persembahan pentas secara spontan dan menarik perhatian juri dalam tempoh maksima tiga minit. Pertandingan ini terbuka kepada peserta solo mahupun berkumpulan tidak melebihi tiga orang.

Para juri akan menilai peserta-peserta berdasarkan beberapa kriteria pemilihan seperti kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan, keaslian persembahan dan kreativiti, bakat dan kemahiran lakonan dan sama ada peserta berpotensi diketengahkan sebagai pelawak terkenal.

Pemenang tempat kedua dan ketiga; Raja Lawak Astro (musim pertama) – Johan dan Zizan sekali lagi akan menggalas tugas bagi mengacarakan program ini tiga tahun berturut-turut dan memperlihatkan cabaran kesemua peserta dalam merebut gelaran Raja Lawak Astro.

Raja Lawak (musim keempat) akan mula menemui para penonton pada 26 Disember 2009, jam 8.30 malam di Astro Prima.

Info : Murai
Mstar

Zoom Komen: Apa tunggu lagi, sesiapa yang ada bakat terpendam tue pergilah. Kalau rasa-rasa boleh buat seseorang gelak dengan celoteh anda, apa salahnya jika mencuba nasib. "Tuah ayam nampak di kaki, Tuah Manusia siapa tahu" ?..Apa Komen Anda !!?


Oktober 02, 2009

(Gossip) Zizan Raja Lawak Cari Calon Lepas Putus Cinta !!!!


"Sekarang saya tengah cari calon selepas kejadian buruk yang berlaku raya tahun lepas. Memang saya sedih, kawan-kawan rapat saja yang tahu keadaan saya.

"Lepas kejadian itu, saya tak fikir untuk bercinta. Bila bercinta semuanya indah sebab cinta itu buta, oleh itu saya perlukan kawan-kawan untuk turut menilai wanita yang rapat dengan saya.

"Saya beringat sebab saya berkahwin bukan untuk diri saja tetapi untuk keluarga," ujar Zizan yang pernah digosipkan bercinta dengan Leez AF suatu ketika dulu.



Baca Selanjutnya

Nampaknya rezeki Zizan dan Johan sentiasa melimpah. Buktinya mereka masih diberi kepercayaan untuk mengendalikan Raja Lawak musim keempat.

"Saya bersyukur sangat apabila masih diberikan peluang oleh Astro untuk terus bersama rancangan ini. Saya dan Johan memang serasi walaupun kami lelaki. Walaupun kami selalu bersama tapi saya tak pernah menghalang Johan berkahwin," ujar Zizan yang penuh dengan sifat lucu ini.

Selain terlibat dengan Raja Lawak, Zizan menerima banyak tawaran berlakon filem antaranya Kapoww dan Uncle Usin sebagai teraju utama. Biarpun dikenali sebagai pelawak, namun jejaka berusia 25 tahun ini mahu mengembangkan bakatnya sebagai penghibur.

"Kalau boleh saya nak sentiasa mantapkan kerjaya sebab kita tak tahu bila saat kita akan jatuh. Bagi saya pesaing tak wujud sebab semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing. Oleh itu, janganlah fikir bagaimana untuk jadi bagus sebaliknya buat untuk jadi bagus," tambah Zizan lagi.

Musim terbaru Raja Lawak akan menyaksikan gandingan otai lawak untuk mengisi kerusi juri pada setiap minggu iaitu Afdlin Shauki, Din Beramboi dan Bob Lokman.

Zoom Komen: ALhamdulillah murah rezeki JOhan Dan ZIzan,walapun gossip sana sini kedengaran namun rezeki artis raja lawak ni datang melimpah2.eruskan perjuangan Anda berdua...Apa Komen U alls!!! Jangan BAca Je KOmen laa !!

(Gossip) Johan dan Zizan buktikan mereka masih satu kepala !!!


Selebriti News
GOSIP yang tersebar mengenai dua orang pengacara Raja Lawak iaitu Johan dan Zizan tidak sekepala pernah menjadi cerita hangat yang membuatkan ramai orang tertanya-tanya mengenai kesahihannya.

Gosip yang mengatakan kedua-dua mereka sudah membawa haluan masing-masing dan tidak lagi satu kepala itu pastinya bukan sesuatu yang benar setelah kedua-dua mereka membuktikannya apabila terus dipilih untuk mengacarakan Raja Lawak musim keempat yang akan bermula tidak lama lagi.

Menurut Muhamad Yazid Lim atau Johan dia begitu terjejas dengan gosip tersebut dan tidak suka ada pihak yang ingin memecahbelahkan hubungan baiknya dengan Zizan.

"Bila gosip itu diperkatakan, ia sangat menjejaskan saya... mereka kata saya dan Zizan sudah tidak sekepala dan tidak lepak sekali, sedangkan kami selalu lepak sekali.

"Bagi saya orang yang menyebarkan gosip tersebut adalah seorang yang jahat dan mempunyai niat untuk memecahbelahkan hubungan baik antara kami.




Baca Selanjutnya

"Bila saya beritahu Zizan tentang gosip tersebut dia juga marah dan terkejut, hubungan kami memang sentiasa rapat dan tidak pernah ada masalah," katanya.
Menurut Johan juga dia tidak faham mengapa ada sesetengah pihak yang dengki terhadap hubungannya bersama Zizan.

"Saya sendiri tidak faham mengapa ada sesetengah pihak yang dengki pada kami berdua... sedangkan kebenarannya kami bekerja hanya untuk menghiburkan penonton dan tidak pernah ganggu sesiapa.

"Tapi apa saya boleh buat... mulut orang kita bukan boleh tutup dan sayapun tidak ada hak untuk halang orang dari terus menyebarkan berita palsu," kata suami kepada pelakon Ozlyn Wati ini.

Melihat gelagat Johan dan Zizan ketika ditemuramah, kemesraan dan keakraban dua sahabat ini bagai sudah menjelaskan mereka tidak memiliki sebarang masalah dalam persahabatan mereka.

Bagi Zizan atau Mohd Razizan Abdul Razak, dia menerima gosip ini sebagai satu perkara yang positif buatnya dan Johan di mana gosip itu juga membantu mempromosikan mereka berdua

Zoom KOmen : empunya diri jer yang tau,Tapi zoom tengok budak berdua nie tak da masalah jer...ok jer..!!! any info !!!

Julai 29, 2009

(Celebrity News) Johan, Ozlyn dah selamat Di Nikahkan !!!!




Di sebalik duka insan lain, terbit bahagia yang menerangi hidup insan lain. Pasangan Radhi dan Shazlin sibuk nak bercerai, namun Johan Raja Lawak (25) telah selamat dinikahkan dengan bunga pujaan hati, Ozlyn Wati (28).

Pasangan yang penuh kontroversi ini selamat diijab kabul dengan sekali lafaz pada 25 Julai lalu di Masjid Lembah Jaya Ampang. Lepas ni tak akan dengar lagi cerita kurang enak mengenai tingkah laku merpati dua sejoli ini di khalayak ramai.

Pada majlis yang hanya dihadiri kaum keluarga terdekat menyaksikan pasangan ini mengenakan persalinan ala-ala Arab, Ozlyn menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan, manakala jumlah wang hantaran pula dirahsiakan. Majlis resepsi pula akan diadakan pada 26 September ini.

Zoom ucapkan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..

Julai 15, 2009

(Celebrity News) Saiful Apek Terbit Album Sulung !!


Tahniah Zoom Ucapkan kepada Pelawak No 1 Negara,Siapa Lagi kalau Bukan Saiful Apek atau lebih sinonim dengan panggilan APEK.

SEJAK tahun 2001 lagi, Saiful Apek sudah menyimpan hasrat untuk menerbitkan album. Setelah lapan tahun menanti, impian Apek direalisasikan apabila album sulungnya, Saiful Apek & Famili akhirnya berada di pasaran pada 7 Julai lalu.

sebanyak 2000 unit telah dicetak dengar Harga RM21.90 sahaja.Album Hanya memuatkan 6 buah lagu.Walaupun sikit tapi power...No comment la sebab Zoom pun tak dengar lagie..saper2 yang dah beli tu share la sket k..

Julai 08, 2009

(Celebrity News) Jihan Raja Lawak kembali sebagai juruteknik MBSA


TIDAK berapa lama dulu, populariti satu-satunya pelawakwanita, Jihan begitu memuncak semasa Gelanggang Akhir Raja Lawak. Kinisetelah tamatnya rancangan itu, semuanya balik seperti sediakala bagaidebu ditiup angin.

Jihan sudah mula kerja seperti biasa sebagai juruteknik di MBSA danrutin hariannya juga tidak banyak berubah, semuanya kembali asal.

"Semuanya kembali seperti biasa. Peminat-peminat saya kalau adapunhanya macik, pacik dan budak-budak. Takde lah yang kerumun saya....,"kata Jihan merendah diri.

"Cuma kalau di tempat kerja tu, adalah beberapa orang yang ingin mengambil gambar bersama. Tu saja.

"Lagipun, saya tak berapa fikir sangat pasal populariti. Yangpenting bagi saya ialah mengasah bakat supaya dapat membaikki tarafhidup dan membantu keluarga," jelas Jihan.

Zoom Comment : Kesian Kat Jihan nidah masuk final Program Raja Lawak,Tapi Zoom Perasaan tak ada program yang Jihan Follow..Nak buat macam mana JIhan Dah Company tue hanya nak naikan nama sesetengah pelawak yang mereka rasa boleh buat duit..sabar jer la yer...Motor Naza Blade 250R tu simpan kat ner ? Bila JIhan nak bawa ? Apa Pandangan KOrang mengenai

Jun 19, 2009

(Celebrity News) Nabil 'harta' Media Prima?


Dengan lawak dan gayanya yang bersahaja di samping tidak banyak kerenah, ia membuatkan Nabil mudah untuk didekati pelbagai pihak termasuk 'dilamar' produksi drama mahupun perfileman.

Bukan sahaja laris di bidang lakonan, Nabil juga tidak kalah dengan tawaran menjadi pengacara untuk sesebuah program televisyen.

Dari Astro yang menjadi tapak asasnya, Nabil kini menguasai pula rangkaian televisyen Media Prima Berhad (MPB) khususnya TV3 dan TV9.

Memulakan rentak dengan Melodi dan Ewah Ewah, Nabil kemudiannya melebarkan sayap ke TV9 menerusi rancangan Siapa Pintar?, Pondok-Pondok dan Studio Nabil.

Terbaru, Nabil terus disunting TV9 untuk mengendalikan sebuah program terbaru yang bercorak gameshow kanak-kanak iaitu Hartamania.

Bergandingan dengan Adruce, menerusi Hartamania yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Rabu, pukul 7 malam, Nabil bertindak selaku Kapten Bil.

HUh...Nabil Semakin Laris..macam Goreng Pisang Panas,Irma...oh Irma nampak nya Ko kahwin Mengalahkan Mawi Dan Ikin la La Jawap Nyer...Heheheh Angan-Angan Tak sudah..Apa PUn Good Luck Nabil.Kumpul Duit Banyak-banyak..

Jun 12, 2009

(Gossip) Nabil Bawa Irma ke Perth Australia ??


Ini Gossip dan info pasal kemesraan pasangan Nabil dan Irma Hasmie. Nak tahu kat mana? Di dalam kapal terbang!

Paparazi Malaysia kebetulan ada dalam pesawat yang sama dinaiki oleh mereka ke Perth, Australia. Benarlah memang Nabil ada penggambaran program TV di sana. Eh! Irma ikut sama ke? Emmm... Lu Pikirlah Sendiri.

"Saya ada nampak Nabil dan Irma dalam kapal terbang tu. Mereka duduk di tempat duduk belakang. Agaknya nakkan privasi lah tu. Nabil tu pakai baju yang siap ada tutup kepala dan pakai kaca mata hitam. Agaknya tak mahu dikenali lah tu gamaknya.

"Kat dalam kapal terbang tu ramai orang Malaysia, tutup macam mana pun orang akan kenal juga, diakan artis popular," kata Paparazi Itu yang menghubungi Mangga Muda.

Apabila dah nampak mereka duduk berdua, Paparazi Malaysia pun usha-usha lah mereka. Ada juga ternampak aksi manja Irma yang baring di riba Nabil. Yalah penat agaknya sebab perjalanan ke Perth tu makan masa berjam jam lamanya.

Paparazi Malaysia tak tahupun Nabil ada penggambaran di sana, yalah manalah orang kenal krew production kan. Apabila dia cerita kat Mangga Muda, Mangga Muda beritahu kat dia memang Nabil ada ke sana untuk tujuan penggambaran program TV.

Nabil... Nabil... ada ada saja ya. Kalau ya pun nak bermanja, janganlah tunjukkan depan orang. Nanti apa pula tanggapan orang. Kalau dah di depan orang boleh beraksi macam tu, apa pula agaknya yang boleh berlaku kalau mereka hanya berdua sahaja. Kan dah boleh menimbulkan syak yang tak baik tu.

Nabil2..Irma2..Kawinnn laaaa dik...Bila Lagie...Gossip Dah
BErdozen2 datang ni..Apa pUn Jaga La privacy kita sebagai umatnya...

Jun 10, 2009

(celebrity News) Nabil Bakal Keluarkan Album ???


Pelik Tabi Benar ini la yang berlaku kat Juara Raja LAwak Musim Lepas.
Murah Rezeki Nabil ni, Zoom Rasa Nabil Pun Mesti Bahagia Bersama Idaman Kalbu
Irma,Kalau Duit Dah Cukup Apa Lagie Nabill hantar la Rombongan...iklan sana2 sini nak kan nabil...Stesen TV lagie la... KAn..Kan...Tak per Setahun dua ni kumpul la
duit dulu...nanti jadi macam mawi pulak...lepas kawin jerr saham merundum...Nak buat macam mana Peminat Fanatik Kat Luar TU "Mostly" Aweks2 so Faham2 jer la...

Apa Pun Zoom Admin Sentiasa Mendoakan Kejayaan Dan Kebahagian Nabill..
Good Luck...

Jun 04, 2009

(Gossip) Oh Johan Oh Ozlyn Bila Nak Kahwin??


Gossip Johan Dan Ozlyn menjadi Semakin Hangat, Hari ini di dalam
Kosmo, Ramai Peminat Nak Johan Dan Ozlyn Berkahwin Bagi Mengelakkan
Konterversi dan buah mulut orang..Sabar la yerkk..
korang Tue Artis...Satu Malaysia Kenal...Kalau Bukan Artis Nak
Berpeluk Depan Orang Ramai Pun Orang Tak peduli..

Kat bawah ni komen dari sorang pembaca kat Kosmo:

"Kalau sudah bergambar berpeluk-peluk, terlebih mesra, melekat-lekat, macam-macam orang boleh kata. Tak payahlah sampai macam tu, tak elok. Kita ni orang Melayu, jangan nak berlagak mengalahkan Mat Salih," kata seorang kakak 'bertih jagung' ni di talian telefon. Nasib baik tak jumpa kat luar, kalau tidak basah muka gebu Marilyn dek siraman air liurnya. Ishhh!

Seorang lagi pemanggil pun cakap benda yang sama. Malah sempat beri nasihat kepada Johan dan Ozlyn agar buat keputusan kahwin segera kalau sudah terlebih sayang menyayangi.

"Kita tahulah awak berdua bercinta, dalam gambar bukan main mesra. Seolah-olah dunia ini mereka saja yang punya. Janganlah sampai macam itu sekali. Orang lain pun bercinta juga tapi tak over.

"Kalau sudah 'berkenan' sangat , lebih baik kahwin cepat-cepat,habis cerita. Lepas tu peluklah puas-puas, tak ada orang hendak marah lagi dah," kata pemanggil yang kedua, juga dengan bahasa penuh 'santun'.

P/s: So Fikir-Fikirkanlah...