Januari 20, 2010

(Cerita Artis) JD peserta Raja Lawak telah disingkir!


Sekadar untuk berkongsi dengan anda, mungkin ada lagi yang belum mengetahui siapa yang terkeluar dalam minggu ke 3 program Raja Lawak..Cerita selanjutnya ada dibawah..



Baca Selanjutnya

JD atau nama sebenar Ahmad Zaidi Masri, berusia 30 tahun telah disingkirkan dalam minggu ketiga program realiti Raja Lawak 4 (RL4) yang bertemakan 'Tabiat Rakyat Malaysia'. Peserta berasal dari Perak itu terpaksa meninggalkan gelanggang (RL4) apabila diumumkan sebagai peserta yang mengutip peratus undian terendah dengan hanya 5.7 peratus, berbanding dua lagi peserta di kedudukan tiga terendah, Caca (7%) dan Faiz (7%).

JD yang mempersembahkan konsep parodi kepada drama bersiri popular Nur Kasih dan imitasi usahawan produk kecantikan, Dr. Rozmey telah memperlihatkan perubahan pada bentuk persembahannya untuk minggu ketiga. Namun, ia masih gagal memikat undian penonton ekoran kesilapan yang dilakukan di dua minggu pertama persembahannya. Menurut JD, dia tidak menafikan perasaan kecewa dengan diri sendiri kerana telah salah strategi dan lambat bertindak dalam memikat penonton program itu.


"Jujurnya saya kecewa dengan diri sendiri kerana strategi lawak yang saya cuba ketengahkan tidak menjadi di mata penonton. Memang salah saya kerana lambat 'panas' dan mengambil masa sehingga minggu ketiga baru hendak ubah cara dan stail lawak. Saya lakukan kesilapan menerusi persembahan saya dua minggu lalu. Konsep lawak saya tidak dekat dengan penonton kita dan perkara itu secara tidak langsung telah 'menjauhkan' saya daripada penonton.


"Di sudut positifnya, saya gembira kerana sempat ubah persembahan lawak saya untuk minggu ini dan berjaya membuatkan penonton gelak dan terhibur malam ini,"
kata JD yang menampakkan air muka yang kecewa. Bagaimanapun, dia tetap berpuas hati kerana dapat menampilkan persembahan lawak yang diingini oleh peminat (RL4) untuk minggu ini.

Zoom: Apa-apa pun anda adalah seorang juara kerana berada dalam program Raja Lawak...Apa kata anda?