Memaparkan catatan dengan label Artis baru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artis baru. Papar semua catatan

Jun 22, 2012

Artis Baru Nuremy Tinggalkan Dunia Lakonan Kerana Agama

Setelah menceburkan diri dalam dunia hiburan artis bernama Nuremy Ramli kini berhijrah kepada penampilan bertudung. Dan mungkin ada sesuatu yang terjadi dan membuka hati beliau untuk menjaga tatatertib dan landasan agama yang patut beliau sandarkan dalam meneruskan kehidupan di Muka bumi ini.

Dan berikut cerita mengenai penghijrahan beliau dengan penampilan terbaru beliau :


Keputusan mengundurkan diri dari dunia lakonan sejajar dengan perubahan dirinya yang sudah pun bertudung.

Bukan itu sahaja, rezekinya yang tidak terbuka luas juga selepas berhijrah juga menyebabkan wanita itu tekad dengan keputusannya. Kata Nuremy, dia bukanlah merajuk.
Semuanya hanyalah kerana agama dan menjaga kebaikan dirinya.

Mei 21, 2012

Mentor 6 : KJ atau Abd Kadir Unding Protoge Adam Tersingkir

Kerana kesilapan memilih genre muzik tari dalam pertandingan Mentor musim ke 6, Adam mengakui ia menyebabkan Protogenya tersingkir semalam (Ahad). Daripada pemerhatian ZoOm semasa program Mentor 6 berlangsung semalam, anda dan penonton diluar sana sudah mengetahui siapakah yang akan tersingkir.

Persembahan mantap oleh Zatul dan Caroline dalam Kumpulan B semalam sudah cukup untuk mengambarkan bertapa jauhnya tahap yang ditonjolkan oleh kedua-dua mentor tersebut.

Dan berikut komen daripada Mentor KJ (Adam) berkenaan persembahan Protogenya :

"Kesilapan pada persembahan saya adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

"Saya akui gementar selepas melihat Caroline dan Zatul mendapat pujian daripada juri tetap Datuk Ramli MS dan Datuk Sharifah Aini.

Mei 17, 2012

Artis Malaysia : Ana Syuhada Peserta Mentor 6 Genggam Diploma

Walaupun tersingkir dalam program Mentor musim ke 6, Ana Syuhada kini dapat kembali senyum semula kerana berjaya menjadi salah seorang yang menerima Diploma Muzik,  di Uitm sempena Konvokesyen ke 26 di Shah Alam.

Ana Syuhada yang merupakan protage Ramlah Ram daripada kumpulan A tersingkir pada ahad lalu, dan beliau mengaku kecewa kerana gagal ke pentas akhir.

Namun bagi ZoOM rezeki ada dimana-mana dan mungkin ada yang menanti anda diluar sana.

Tahniah daripada kami di ZoOMartis.


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Gambar Artis : Fifi Natasya Dulu Dan Kini



COmelnya dia.....

Semasa Bersekolah...

Beberapa keping gambar perubahan yang berlaku pada penyanyi dan pelakon Fifi Natasya dari dahulu sehingga kini.

Februari 23, 2012

Tabiat Ika Nabila Suka Kentut Tapi Tiada Bau !!!!!

ZooM terkejut dan terkedu seketika apabila membaca Trivia Artis angin-angin sedu ini yang menyebarkan tabiat unik beliau kepada pembaca satu Malaysia. Dan kenapalah soalan dan jawapan sebegini dimasukkan dalam akhbar yang sudah pasti dibaca oleh ratusan malah jutaan orang diluar sana !!!

Walaupun ia dianggap perkataan lawak tetapi dimana nak letak muka..(bukan muka buku tau) jika satu Malaysia membaca dan bercerita mengenai Tabiat anda ?

Bagi ZoOm ia tidak sepatutnya berlaku dan jika jawapan itu keluar dari mulut seseorang tapi dan elakkan la daripada mengaibkan orang, walaupun dia dah buat salah.

 Dan berikut ayat yang ada dalam akhbar tersebut untuk bacaan anda dan rujukan komen anda di ZoOmartis Dot Net :
 
Bahagian wajah atau tubuh paling disukai
Gigi

Tabiat dianggap unik
Suka kentut tapi tiada bau...haha!

Perkataan yang sering diucapkan

Februari 10, 2012

Sari Yanti Dan Muniff Teman Tapi Mesra | Pelakon Drama BFF

MEREKA tidak pernah bertemu, namun tetap mesra dek tuntutan kerja. Kemesraan yang terjalin antara pelakon Sari Yanti Mohamad Nazari, 28 dengan Muniff Md. Isa, 29, selari dengan jangka waktu penggambaran drama bersiri BFF...Teman Tapi Mesra.

Malah sewaktu sesi foto yang diadakan baru-baru ini, kemesraan antara mereka jelas kelihatan. Saling usik mengusik tapi tetap sopan.

Maklumlah sepanjang tempoh Sari dan Muniff membabitkan diri dalam bidang lakonan, mereka bersih daripada kontroversi berbanding artis lain.

Artis residen TV Alhijrah?

BAGI yang sering menonton saluran TV Alhijrah, pasti tidak lepas pandang kemunculan Muniff sebagai hos dalam program Ejen Halal dan Assalamualiakum, setiap Sabtu.

Februari 07, 2012

Najua Nasir Cucu Arwah P.Ramlee Hasilkan Single Terbaru

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi, Najua P.Ramlee akan meneruskan legasi datuknya, Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dengan kemunculan single terbaru yang masih lagi dalam pembikinan.

Najua atau nama sebenarnya, Najua Nasir berkata, dia ingin membawakan muzik berkonsepkan broadway, sama seperti lagu-lagu yang sering dibawakan dalam pementasan teater.

"Sebelum ini saya biasa dengan kerjaya berbentuk pementasan seni teater, muzikal terutamanya. Jadi saya fikir, lebih elok jika lagu single pertama saya berbentuk broadway.

"Saya harap kelainan itu dapat diterima peminat-peminat muzik tempatan. Andai kata ia menjadi tarikan, saya akan meneruskan usaha penghasilan single kedua dan seterusnya muncul dengan sebuah album," katanya.

Najua adalah anak kepada Nasir iaitu anak tunggal P.Ramlee hasil perkahwinannya dengan Junaidah Daeng Harris.

Tambah graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang teater dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) ini, dia berharap kemunculannya dengan lagu terbaru ini tidak

Faralyna Idris Tidak Mahu Dilabel Artis Majalah



KEMATANGANNYA cukup terserlah walaupun usianya baru meniti 21 tahun. Namun, ramai tidak tahu, pada usia remaja juga, Faralyna Idris sudah memikul tanggung-jawab berat menyara keluarganya.

Kata Faralyna yang lebih mesra disapa Fa dan dikenali melalui drama bersiri Asmara, Kali Kedua dan Dingin Lagenda, selepas ibunya meninggal dunia, empat tahun lalu, dialah kini menjadi harapan keluarganya.

“Ayah saya pula sudah berusia 67 tahun, uzur dan tidak mampu untuk bekerja lagi. Maklumlah, abang saya sudah berkeluarga dan ada tanggungannya sendiri.

“Sekarang, sayalah yang menyara ayah dan adik yang baru lepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Saya perlu membiayai pengajiannya kalau dia ingin masuk universiti nanti.

“Kalau sebulan saya tak ada tawaran berlakon, maka sebulan jugalah saya terpaksa ‘ikat perut’. Takkanlah saya sanggup nak melihat ayah dan adik pula berlapar di rumah,” katanya.

Bagi Faralyna, usia muda juga adalah masa untuknya bekerja keras dan membina nama dalam bidang seni.

“Saya berlakon bukan untuk main-main atau mengejar glamor sebaliknya bidang seni adalah

Januari 30, 2012

Airel Zafril Menafikan Beliau Besar Kepala !!

KUALA LUMPUR, 27 JANUARI 2012: Nama bakat baru Airel Zafril, semakin hari semakin bertahta di hati peminat seni tempatan. Tidak dinafikan rezeki Airel Zafril dalam bidang lakonan semakin bercambah dan wajahnya acapkali menghiasi kaca televisyen.

Tahun 2012 akan menyaksikan empat filem yang dibintanginya akan ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Meskipun pernah tercalit kisah hitam sekitar pertengahan tahun lalu kerana menarik diri daripada membintangi sebuah teater bangsawan bertajuk Tok Wali, Airel Zafril bagaimanapun bersyukur kerana masih ramai lagi mempercayai bakat lakonannya.

"Alhamdulillah rezeki saya dalam bidang lakonan semakin berkembang dan rezeki juga tidak henti-henti.

"Saya akui pernah mengalami kejadian yang kurang elok sekitar tahun lalu, namun saya bersyukur kerana nama saya tidak terus dilabelkan sebagai bermasalah atau besar kepala.

"Apa yang saya lakukan dulu bersebab dan saya menarik diri daripada teater tersebut pun kerana tidak mempunyai sebarang kontrak lakonan. Jadi demi

Gossip Arrora Salwa Tinggal Serumah Dengan Kekasih, Mohd Fairuz Shaari Kumpulan Max !!?

PETALING JAYA: Selepas dilemparkan dengan tuduhan enggan membayar hutang baru-baru ini, penyanyi Arrora Salwa sekali lagi dikaitkan dengan kontroversi terbaru yang mendakwa dia bersekedudukan dengan kekasihnya pula.

Arrora atau nama sebenarnya Salwa Md. Razak, 27, berkata tuduhan yang mendakwa dia tinggal serumah dengan kekasihnya yang juga bekas anggota kumpulan Max:247 iaitu Mohd Fairuz Shaari (Alloi) adalah satu lagi fitnah yang cuba disebarkan oleh bekas pembantu peribadinya untuk mencalar reputasinya.
“Dakwaan ini (bersekududukan) adalah satu lagi fitnah yang melampau. Selepas nama saya diburukkan dengan cerita kononnya enggan membayar hutang, kali ini bekas pembantu peribadi saya menuduh saya tinggal serumah dengan kekasih pula?

“Saya dan kekasih ada berbincang tentang cerita ini tetapi kami lebih senang mengambil pendekatan untuk bersikap tenang kerana ia tidak berasas sama sekali,” katanya.

Januari 29, 2012

Shima Anuar percaya bakat sentiasa mengatasi rupa paras jika hendak berjaya sebagai pelakon.

GADIS setinggi 1.65 meter ini lebih banyak memerhati. Dalam diam, Shima Anuar menyaksi dan belajar setiap gerak-geri mereka yang lebih senior dalam dunia hiburan.


"Saya kagum dan hormat kepada mereka yang mengambil masa yang lama untuk mengukir nama dalam industri ini.


"Pastinya bukan mudah untuk memperkenalkan dan mengekalkan jenama sendiri," kata pelakon baharu itu kepada Sensasi Bintang.


Shima berpegang kepada sifir jika kita cepat naik, maka kita akan cepat jatuh. Jelasnya, tempoh yang lama untuk mengukir nama akan meninggalkan bekas yang dalam untuk orang lain sedar akan kehadiran seseorang pelakon.


Sebagai salah seorang daripada lebih 70 pelakon yang dikeluarkan oleh 'kilang' filem MIG Production, Shima akur bahawa dia perlu bersaing dengan bakat-bakat lain dalam merebut tempat di hati peminat.


"Biarlah saya lambat naik (popular) kerana tempoh itu memberi ruang untuk orang lain menyedari siapakah saya.

Januari 28, 2012

Gossip : Tasha Shilla Kesal Tuduhan Menari Ghairah Di Kelab Malam

PETALING JAYA: Pelakon Tasha Shilla berasa kecewa dengan tuduhan kononnya dia berkelakuan liar dan sanggup menari dengan aksi ghairah di sebuah kelab malam ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-25 pada 25 Januari lalu.

Menyifatkan tuduhan itu sebagai melampau, Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak bagaimanapun mengaku berkunjung ke kelab tersebut tetapi tidak berkelakuan seperti yang didakwa.

"Saya bukan bodoh atau tidak sensitif untuk berkelakuan di luar kawalan seperti yang diperkatakan.

"Sebagai selebriti, sudah tentu saya sedar dan peka dalam menjaga tindak-tanduk terutamanya ketika berada di tempat awam.

"Saya kecewa apabila orang menuduh saya begitu sedangkan saya hanya menari biasa dan bukannya menari di tiang dengan aksi ghairah," katanya dalam nada kesal.

Tasha berkata dia tidak mampu untuk menghalang persepsi orang luar yang hanya mengenalinya sebagai artis tetapi apa yang lebih penting adalah kepercayaan dan sokongan ahli keluarga dan teman-teman rapat.

Raja Lawak 6 : Kumpulan Ketupat Dan King Tersingkir

Kumpulan Ketupat-TERSINGKIR

Kumpulan King -TERSINGKIR

KUALA LUMPUR: Kumpulan King dan Ketupat menjadi mangsa penyingkiran pertama gelanggang Raja Lawak musim keenam (RL6) selepas mendapat peratus undian terendah pada persaingan minggu ketiga yang berlangsung di Pusat Penyiaran Asia Astro, Bukit Jalil, di sini, malam Jumaat.

King mendapat 6.3 peratus undian, manakala Ketupat dengan undian tercorot, 5.7 peratus.

Satu lagi peserta yang berada pada kedudukan tiga terbawah iaitu kumpulan Albob (6.5),

Januari 26, 2012

Zarynn Min Masih Belum Popular Macam Artis Lain

NAMANYA mungkin tidak popular atau menjadi perhatian ramai seperti Noor Neelofa, Siti Saleha mahupun Puteri Sarah. Namun, pembabitan Noraszarinawati Tumin atau mesra dengan panggilan, Zarynn Min dalam lakonan bukanlah asing. Sudah banyak drama dan watak dilakonkannya sebagai anak seni.

Biarpun pembabitan itu sudah sedekad lamanya, tetapi pencapaian Zarynn untuk bakatnya diiktiraf dalam majlis anugerah tempatan masih belum kesampaian.
Namun, itu tidak sedikit pun membuatkan dia berputus asa untuk terus menyumbang keringat dalam industri seni.

Baginya, mungkin belum rezeki lagi. Bagaimanapun, Zarynn amat berbesar hati tatkala dia mendapat pencalonan di Asia TV Awards 2011 dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik yang berlangsung pada 8 Disember lalu.

“Sekalipun tidak menang, saya sudah bersyukur sangat kerana nama dicalonkan.
Maklum sajalah, ia pencalonan pertama yang pernah saya terima sepanjang menjadi pelakon. Bahkan, kalau difikir siapalah saya untuk bersaing dengan pelakon hebat wanita dari negara Asia lain seperti Singapura dan Taiwan.

Januari 07, 2012

Talha Hartih Dan Hanez Suraya Bercinta

Menurut Laman sesawang Manggaonline pasangan Hanez Suraya Dan Talha Dikatakan sedang dilamun mimpi indah yang lembut bak sutera. Bait kata-kata manis daripada mulut kedua-dua anak muda ini sudah menggambarkan bertapa kuatnya hubungan yang mereka bina ibarat lautan api yang sanggup direnangi bersama...(opss Jiwang pulak...layan je ZoOM). Dan berikut beberapa ayat yang keluar daripa mulut artis bernama Talha dan Hanez :

Cerita Talha:
“Tak dinafikan memang Hanez adalah kawan perempuan yang paling rapat dan mesra dengan saya buat masa ni. Saya selesa dan ceria sangat setiap kali bertemu dengannya. Kalau sibuk shooting, saya pasti akan call sebab rindu. Hehe…
“Memang hubungan kami lebih daripada seorang kawan, tapi belum lagi sampai

Disember 19, 2011

Juara Vokal Bukan Sekadar Rupa Mafa Atau Asmidar

Setelah sembilan minggu program Vokal Bukan Sekadar Rupa berkumandang di kaca TV anda akhirnya bakal juara telah menunjukkan taringnya dengan melangkah ke Final program ini. Langkah demi langkah bakal juara bernama Norhasmidar Ahmad (Asmidar) dan Mafarikha Md Akhir(Mafa) berjaya sampai ke penghujunya apabila mereka ditabalkan sebagai finalist VOKAL pada 25 disember pukul 9 malam di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral.


Pada malam Final ini, Mafa dan Asmidar perlu membuat persembahan iaitu :

1.Pilihan Lagu Sendiri
2. Lagu Baru dan
3. Battle Song

Dan untuk makluman anda di ZoOMartis lagu baru akan dicipta oleh komposer Audi Mok dan Ajai.


Peserta Bukan Sekadar Rupa

ZoOM : Siapakah yang bakal menjadi JUARA !!? Apa Kata Anda ?


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Disember 04, 2011

Geofrey Perrin Williams Pelakon Keturunan Australia Memeluk Islam Dan Nama Islam Beliau Jufri Rayyan Williams

Alhamdulillah mungkin beliau menerima hidayah dan petunjuk darinya, pelakon baru bernama Geofrey Perrin atau nama islam beliau Jufri Rayyan Williams, telah memeluk islam pada bulan lepas. Beliau sebelum ini pernah berlakon dalam beberapa buah drama seperti Habil dan Qabil, Cikgu Kemisah Kirby, Jangan Bunuh Matahariku, Jodoh Oh Jodoh, Durja Ningsun, Ar Rayyan dan Lilin Cinta.

Rayyan melafaz dua khalimah syahadah di sebuah masjid di Kampung Jijan berdekatan Sepang seminggu sebelum mendaftar dan sekali lagi melafaz dua kalimah syahadah di pejabat Jawi pada 30 November lalu.

Dan menurut Rayyan beliau banyak belajar mengenai islam daripada abang beliau Nordin Abdullah yang telah memeluk islam pada tahun 1992, disamping itu bakal ayah mentua(kekasih beliau) yakni seorang pramugari Airasia x (Juiza) turut membantu.

Berikut antara sebab beliau memeluk islam :


“Saya memeluk Islam kerana banyak sebab. Pertama, saya menjadikan abang saya, Nordin yang telah lama memeluk Islam sebagai contoh. Walaupun saya mempunyai kekasih berketurunan Melayu dan beragama Islam, tetapi saya memeluk Islam bukan kerana dia.

Oktober 29, 2011

Penyanyi Baru Diandra Arjunaidi Memikat Hati Peminat Muzik Tanah Air | Video

Seorang lagi penyanyi baru yang bakal mengemparkan dan menghiburkan dunia seni di Malaysia, kisah dan sejarah gadis bernama Diandra Arjunaidi ini sama method atau sumbernya yakni YOUTUBE.Dengan jumlah pengunjung di laman tersebut semakin mudah artis yang ingin berkecimpung dan mencuba nasib.

Berikut beberapa video di Youtube berkenaan artis bernama Diandra :

September 26, 2011

Biodata Najwa Latif | Twitter Najwa | Facebook Najwa | Blog Najwa


Gadis yang berasal daripada Batu Pahat ini kini semakin dikenali dikalangan peminat seni muzik di Malaysia, Pelajar SMK (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat Johor ini sudah mempunyai 41k ++ di Facebook Fans malahan video beliau dalam lagu Cinta Muka Buku sudah mencapai 1.5 Juta user yang menonton walaupun baru dua bulan di upload dilaman sosial Youtube.
Berikut maklumat yang ZoOM jumpa daripada laman sosial di Internet mengenai Najwa Latif
Trivia Najwa Latif
Nama Penuh: Imratul Najwa Binti Abdul Latif
Nama Komersial: Najwa Latif
Tarikh Lahir: 23 Mei 1995

September 06, 2011

Sinopsis Dan Video Filem Nasi Lemak 2.0 arahan Namewee


Filem Nasi Lemak 2.0 mengisahkanChef Huang (Namewee) menghadapi kesukaran untuk meneruskan perniagaan makanan miliknya kerana dia gagal menyediakan masakan tempatan yang diinginkan oleh para pelanggannya. Namun bertentangan dengan masakannya yang kurang popular, dia dikenali sebagai ‘Hero Huang’ dikawasan kejiranannya. Chef Huang akan membantu komunitinya sehingga dia bertemu dengan Xiao K (Karen Kong) yang membuatkan dia terjebak dengan masalah.

Untuk membolehkan dia meneruskan kehidupan ini serta perniagaaan restorannya Chef Huang perlu mendapatkan bantuan daripada penjaja gerai wanita penuh misteri (Adibah Noor) yang mengarahkan beliau memulakan satu pengembaraan yang hebat dalam kehidupannya.