Memaparkan catatan dengan label YouTube. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label YouTube. Papar semua catatan

Oktober 03, 2012

Berita Panas : Video Izara Aishah Berpakaian Seksi Menari Tango

Video yang dimuat naik pada 14 Mac 2011 kini menjadi perhatian dan tontonan umum, khasnya pembaca laman gossip dan  peminat artis bernama Izara Aishah, yakni artis baru yang semakin menjadi perhatian penulis blog terutamanya kerana banyak terlibat dengan watak suci dan gebu.

Video yang berdurasi 7.43 minit di lama videoYoutube  menyaksikan 6 orang wanita termasuk Izara Aishah yang berpakaian seksi sehingga menampakkan susuk tubuh dan aset wanita (Kalau Izara lah..). Heroin drama "Vanilla dan Coklat" ini dilihat memakai Corset dan skirt pendek bersama stokin yang (Oh Bulan) katakan seksi dan menghairahkan semasa mempersembahkan tarian semasa belajar di Sunway University.

Dan menurut sumber OHBULAN, semasa minit ke 6.20 ada sesuatu yang anda perlu tonton, dan jika ingin mengetahuinya silalah bukan YOUTUBE dan search "CELL BLOCK TANGO GIRLS" lepas ni..
  Youtube search: tarian di sunway university
 Note : Kalau tengok tu jauh-jauh sikit daripada orang ramai tau, sebab ZoOM tengok gambar pun dah tergugat :) 

Sumber : OHBULAN & Forum CARI
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Julai 18, 2012

Sinopsis Drama Mana Hilangnya Juwita | Video Mana Hilangnya Juwita




Sinopsis Drama:

Kemana Hilangnya Juwita?Persoalan yang bermain di fikiran Anggun yang bingung mencari adiknya Juwita hingga membawa dia ke Kuala Lumpur setelah beberapa hari tidak dihubungi.



Pelbagai rintangan dan cabaran perlu ditempuhi untuk mencari adiknya.Kesukaran mencari adiknya itu menyebabkan Anggun meminta bantuan bekas kekasihnya Haider.
Pencariannya itu membawa dia kepada satu kebenaran yang sukar dipercayai-

Mei 26, 2012

Artis Malaysia : Video Lagu Diam Dan Doaku Daripada Lufya Kepada Zarina atau Anju !!!

Lufya berkata, dia mahu Zarina menghayati lagu yang berbentuk ketuhanan itu dan dapat memaafkan antara satu sama lain, bersempena dengan bulan Ramadan yang bakal tiba pada 21 Julai depan.

"Sebelum ini, terlalu banyak perkara yang berlaku antara saya dan dia. Saya agak malu dengan kejadian itu semua namun tidak pernah membalasnya sebab tak nak besarkan isu.

"Apa-apapun, saya ambil perkara ini sebagai benda positif, dan bagi tujuan berdamai, saya tujukan lagu 'Doaku' untuknya," kata penyanyi itu lagi.

Pada pertengahan April lalu, sebuah blog hiburan menyiarkan kenyataan Lufya di mana ada peminat yang tersalah anggap dirinya adalah Zarina dan hal tersebut menyebabkan dia pernah diraba oleh seseorang sambil dipanggil 'Anju' yang jelas merujuk kepada pelakon itu.

Kemudian, Zarina melancarkan 'perang' terhadap Lufya sebagai respons terhadap artikel berkenaan menerusi akaun Twitter miliknya dan mengejek penyanyi berkenaan dengan

Mac 25, 2012

Update : Video Awal Ashaari Melamar Scha Al-Yahya

Inilah video yang anda cari-cari, jika petang tadi ZoOM berkongsi dengan anda gambar Awal melamar Scha dalam program Propaganda.

Berjuta-juta rakyat Malaysia menyaksikan pasangan romantik ini, secara langsung mahupun dalam laman sosial Youtube.

Tahniah dan semoga hari bahagia itu akan tiba...

Video di Bawah :

Mac 21, 2012

Gossip !! Komen Artis Youtube Ainan Tasneem Mengenai Video Di Padam Di Youtube | Video Lagu Ainan Tasneem

Mungkin sudah menjadi "Trend" remaja zaman sekarang mencuba nasib dilaman sosial terutamanya Facebook dan Youtube, terbaru mengenai kisah penuntut di Utara bernama Ainan Tasneem Ridzuan, 20, yang dikenali menerusi saluran berkenaan.

Penyanyi yang semakin dikenali dengan lagu Aku Suka Dia ini mengakui tidak mendaftarkan diri sebagai pemilik akaun YouTube dan memilih Facebook sebagai tempat dia mencurahkan hasil kerjanya.

Bagaimanapun, penuntut jurusan Sarjana Kejuruteraan Bioproses, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terkejut apabila ada peminat misteri bertindak memadam klip video asalAku Suka Dia yang sudah mendapat capaian 800,000 penonton Youtube pada hujung bulan Februari lalu.

"Ada orang beritahu lagu itu tak ada dalam YouTube, saya jadi panik sekejap memikirkan macam mana boleh jadi begitu. Saya memang tak ada akaun Youtube sebab selama ini ada orang yang muat naik ke situ.
"Di YouTube orang kenal saya tapi saya tak boleh nak jawab soalan kenapa Aku Suka Dia dah tak ada di YouTube. Tapi ada peminat saya yang baik hati buat salinan kedua lagu itu," jelasnya.

Mac 19, 2012

Sinopsis Drama 3 Janji | Pelakon Drama 3 Janji

Setelah Demam Vanila Coklat tamat., kini slot Lestary TV3 diisi dengan drama bersiri baru bertajuk 3 Janji. Antara pelakon utamanya ialah Liyana Jasmay, Shahrizal Jaszle dan Shah Iskandar. Turut sama menjayakan drama 3 Janji ni ialah Ana Dahlia, Idzham Ismail, Hanez Suraya, Ungku Ismail, Roy Azman, Rosnah Johari, Zara Zya.

3 Janji diarahkan oleh pengarah Heykal Hanifah dan mula ditayangkan pada 20 Mac 2012 jam 9 malam setiap hari Selasa.

Sinopsis drama 3 Janji

Mengisahkan Dalia (lakonan Liyana Jasmay) dan Khursyi yang berkawan sejak kecil, mereka rapat dan saling menyayangi antara satu sama lain serta saling memahami. Malangnya Khursyi telah pergi dahulu semasa mereka ditimpa kemalangan semasa dalam perjalanan hendak mengambil keputusan SPM.

Mac 18, 2012

Sinopsis Filem Jangan Pandang-Pandang | Video Jangan Pandang-Pandang | Kutipan Jangan Pandang-Pandang

FILEM: Jangan Pandang Pandang
BAHASA: Melayu
KLASIFIKASI: PG13
GENRE: Komedi Pengembaraan
TARIKH TAYANGAN: 29 Mac 2012
TERBITAN: Excellent Pictures Sdn Bhd
PENULIS SKRIP: Meor Shariman
PENGARAH: Ahmad Idham
PELAKON: Zizan Razak, Sara Ali, Nas-t, Miera Liyana, Anith Aqilah, Azhar Sulaiman dan lain-lain.


Trailer :

Mac 13, 2012

Video Youtube Vanilla Coklat Episod Akhir

Akhirnya Cerita Vanilla dan Coklat sudah sampai dipenghujungnya malam ini, walaupun kita sudah mengetahui kisah dan Happy Ending cerita ini namun ada diantara anda yang terlepas menonton drama Ini.

Bagi memastikan rakan-rakan anda diluar sana menyaksikan bersama episod akhir drama ini, ZOoM upload video daripada Youtube sebagai tontonan anda :

Mac 10, 2012

Konsert Kemunculan Semula Cromok Setelah 15 Tahun | Thrashing Kuala Lumpur Live

Kumpulan Cromok yang dianggotai Karl (Gitar), Miji (Drum) & Sam (Vokal & Bass) bakal mengegarkan KL Live, setelah 15 tahun menyepi dengan konsert besar akhirnya kumpulan yang pernah menjadi bualan dibibir remaja-remaja di Zaman ZoOM sudah pasti akan menghiburkan anda semula.

Konsert ini akan bermula sekitar 4 petang pada 8 April 2012 (Ahad) di KL Live, Jalan Sultan Ismail. Tiket boleh didapati secara online atau di cawangan Ticket Pro dengan harga RM98 (Free Standing Lower Tier) atau RM138 (Free Standing VIP Upper Tier). Setiap pembelian tiket berharga RM138 melayakkan anda menerima cenderahati eksklusif Cromok yang boleh ditebus di pintu masuk KL Live nanti.

Jika pada zaman 80an dan 90an Cromok pernah mengemparkan anda dengan alunan muzik keras sehinggakan meninggalkan kesan kepada peminatnya. Kini nostalgia itu pasti akan muncul semula pada 8 April nanti.

Dan berikut beberapa ayat dan jawapan daripada orang kuat Kumpulan Cromok :
“Idea sebenarnya sudah lama ada, cuma kami nak mencari satu promoter yang berani menanggung risiko untuk menganjurkan konsert sebegini. Nak dijadikan cerita, saya pergi ke sebuah kedai gitar untuk bertemu seorang rakan. Kebetulan, kawan saya mengajak saya untuk makan bersama Iman Tang (Clockwork Events)

Mac 08, 2012

Video Sembahyang Dalam Air

Gambar di bawah menunjukkan pekerja di sebuah syarikat minyak di Arab Saudi.

Setiap hari, mereka perlu bekerja di dalam air di tengah laut selama 4-5 jam sehari.

Sekiranya pada waktu tersebut masuknya waktu solat,

maka mereka akan terus menunaikan solat di dalam air dengan berpakaian selam.

Kalau nak keluar ke permukaan dulu, tukar2 baju apa semua mungkin tak sempat, jadi diteruskan sahaja solat di dalam air.

Tak salah!

Sebab hanya solat membezakan antara Islam dan bukan Islam...

Mereka yang di dasar laut pun boleh bersolat....
(takde ponteng2).......

Kita yang di atas darat ini bagaimana???

Renung2kanlah saudaraku................

Sebesar2 pencuri adalah orang yang mencuri waktu solatnya...

InFo : Facebook Ustaz Idrus

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Sinopsis Filem Bunohan | Kutipan Filem Bunohan | Video Filem Bunohan

SINOPSIS FILEM BUNOHAN

BUNOHAN adalah sebuah kisah tragik kasih sayang antara tiga beradik dan bapanya yang kian uzur. Kisah pergelutan mereka untuk merapatkan ikatan kekeluargaan dan restu, beransur ke arah keganasan, korupsi dan pembunuhan. Filem ini bermula jauh di kampung pedalaman bahagian selatan Thailand, berdekatan sempadan Malaysia. 'Bunga Lalang' atau Adil (ZAHIRIL ADZIM) mengambil bahagian dalam pertandingan tinju Tomoi yang melibatkan pertaruhan wang, maruah dan nyawa. Sahabat lama Adil sempat menyelamatkannya dari pinggir maut, mengubahkan mereka menjadi pelarian penganjur pertinjuan haram tersebut.

Ilham, seorang pembunuh upahan dihantar untuk memburu mereka sesedang kedua-dua sahabat itu berada dalam perjalanan pulang ke Kampung Bunohan. Kampung Bunohan juga merupakan kampung halaman Ilham yang sudah lama ditinggalkan.

Ilham tidak pernah pulang walaupun ketika ibunya berada di anjung nyawa. Pada waktu yang sama, Bakar ( PEKIN IBRAHIM) abang sulung Adil juga pulang ke Kampung Bunohan kononnya untuk menjaga bapa mereka yang uzur. Perwatakan solehnya tersembunyi niat buruk seorang usahawan bercita-cita tinggi. Bakar seorang yaang berhati kejam yang sanggup melepaskan segalanya untuk mencapai kekayaan. Sekembali mereka bertiga ke kampung halaman di mana takdir mereka menunggu. Dalam bayangan kegelapan diri masing-masing timbul, memori silam yang dipenuhi keinginan, penghukuman, dan perasaan kehilangan. Dalam BUNOHAN, di sinilah bermulanya segala keperitan.

Trailer Bunohan :

Mac 05, 2012

Sinopsis The Phantom Menace In 3D | Video Trailer The Phantom Menace In 3d

TAJUK: Star Wars Episode 1: The Phantom Menace In 3D
GENRE: Fiksyen Angkasa Lepas
PENGARAH: George Lucas
PELAKON: Liam Neeson, Ewan McGregor, Natalie Portman, Jake Lloyd, Ian McDiarmid
EDARAN: 20th Century Fox
Tayangan: Mulai 9 Februari 2012


Sekali Imbas

Salah satu francais terbesar dalam sejarah industri perfileman dibawakan kembali ke layar perak dalam bentuk 3D. Peminat fanatik legasi Star Wars akan dibawa melihat kembali aksi pertarungan galaksi yang penuh dengan kesan khas dalam bentuk yang lebih nyata, semuanya dengan bantuan teknologi 3D yang kini semakin menguasai industri filem antarabangsa.

Ulasan Penuh

Tagline untuk filem ini adalah antara yang paling penulis ingat dalam sejarah penulis menonton filem, 'Every generation has a legend. Every journey has a first step. Every saga has a beginning' begitulah antara kata-kata keramat yang menjadi nadi perangsang untuk seluruh peminat Star Wars.

Kali pertama The Phantom Menace ditayangkan adalah pada tahun 1999. Setelah 16 tahun berakhir The Return of Jedi pada tahun 1983, pengarah George Lucas mendapat ilham untuk merencanakan kembali

Mac 03, 2012

Kondom Terjatuh Dari Poket Artis Zac Efron | Zac Efron Drop A Condom on Red Carpet



Hahahaha LUCU dan MEMALUKAN sebab seluruh Dunia dah nampak dan mengetahui perkara yang memalukan dengan artis daripada Hollywood ini. Mana tidaknya ketika berjalan di Red Carpet kondom yang disimpan didalam poket seluar terjatuh.


Dan ia telah menjadi bualan di laman blog dan Youtube, berikut video yang ZoOM jumpa untuk tatapan anda diluar sana. Dan anda saksikanlah sendiri bertapa malunya artis bernama Caz Efron ini ketika video mengenai kondom tersebut tersebar :

Joe Brookes Live di Malaysia | Video Joe Brookes


Seorang lagi artis yang dicungkil bakatnya daripada laman sesawang, kisah populariti artis bernama Joe Brookes anak kelahiran Southampton, United Kingdom ini semakin menarik perhatian peminat seni di Malaysia  khasnya.


Ia diakui oleh beliau sendiri apabila carian di internet mengenai beliau kebanyakannya datangnya dari Malaysia, dan tidak hairanlah jika beliau beria-ria untuk datang ke Malaysia. Buktiknya pada pukul 3 ini beliau akan membuat persembahan di KL LIVE  Kuala Lumpur pada pukul 2 petang hari ini.


Mari kita sama-sama saksikan kehebatan anak muda ini dilaman Youtube :

Video : The Best Buakaw Muay Thai Kick


Sama-sama kita saksikan bertapa kuatnya tendangan si jejaka Muay Thai ini, sehingga menyebabkan batang pisang tersebut rebah ke tanah.


Video :

Iklan Seksi Dan Panas Luna Maya Di Haramkan | Video Iklan AXE Luna Maya

Iklan penyembur badan lelaki yang menampilkan Luna Maya dan tiga selebriti terkenal Indonesia (Uli Auliani, Marissa Nasution dan Chantal Della Concetta) mungkin tidak akan ditayangkan di televisyen kerana terlalu seksi dan mempunyai aksi panas.

Dalam iklan itu, keempat-empat selebriti wanita itu menjelma sebagai ‘malaikat’ yang tergoda dengan haruman penyembur badan yang digunakan oleh seorang jejaka (Ocke). Ia dimulakan dengan Uli Auliani tampil dengan pakaian seksi dan mengenakan sayap menarik selimut dan merangkak ke tubuh badan Ocke, diikuti dengan Marissa Nasution.

Selepas itu, Chantal muncul dengan membawa minuman dan buah ceri. Ketiga-tiga ‘malaikat’ tersebut dilihat bergelak ketawa sambil berlawan bantal sambil diperhatikan oleh jejaka itu. Kemunculan Luna Maya yang tampil seksi dan berambut pendek sambil memegang span penuh dengan buih sabun pada bahagian akhir iklan tersebut.


Video Iklan AXE Luna Maya :

Februari 19, 2012

Video Mp4 Tinggal Kenangan Saleem Versi Bangladesh

Sekali membaca memang tertanya-tanya tajuk yang anda baca, al maklum saja lah penyanyi sebenar (Saleem) terpaksa melihat dan mendengar seorang penyanyi daripada OVERSEASSss menyanyikan lagu beliau. Jika anda pernah berbual atau terdengar loghat pekerja daripada Bangladesh sudah tentu anda terfikirkan suara dan macam mana lagu Saleem berkumandang.


Dan bagi membuatkan anda tidak tertanya-tanya berikut dua video yang sudah pasti membuat anda tersenyum jika mendengarnya.

Februari 03, 2012

Sinopsis Filem Jangan Pandang-Pandang | Trailer Filem Jangan Pandang-Pandang


Sinopsis:


Empat pelajar kolej jurusan Sains Sosial dan Manusia – Ajis, Ben, Yaya dan Diana ditugaskan untuk membuat satu tugasan mengumpul maklumat dan data tentang artifak-artifak di Gua Bewah. Yaya baru mendapat tahu Ajis main kayu tiga dan bertekat mahu putus hubungan namun demi menyiapkan tugasan, Yaya setuju untuk berdamai buat seketika. Tugasan berkumpulan memaksa mereka mencari ahli kumpulan ke 5, seorang pelajar jurusan sama tetapi dari luar kampus bernama Marsha, seorang gadis gothik yang penuh misteri. Marsha kata beliau boleh membawa mereka untuk membuat kajian dan penemuan-penemuan artifak di kawasan gua yang tidak pernah dimasuki manusia moden. Tiba di jeti Tasik kenyir, mereka bermalam di dalam sebuah rumah bot kepunyaan seorang lelaki misteri bernama Abang Bob.

Bermulalah pengalaman pelik dan ganjil serta menakutkan sepanjang mereka mencari artifak di gua tersebut. Kesilapan mereka ialah memasuki kawasan gua yang dilarang kerana ia merupakan kawasan keras. Sekembali ke bot dari gua, mereka dirasuk hantu gua dan diselamatkan oleh Abang Bob. Keesokan harinya, Abang Bob menghilangkan diri manakala bot pula tiada minyak menyebabkan mereka mengambil

Januari 29, 2012

Sinopsis Filem 7 Petala Cinta | Trailer 7 Petala Cinta


Pengarah : Azhari Mohd Zain
Syarikat Penerbit : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Cinta
Tarikh Tayangan : 15 Mac 2012
Durasi : 80 min
Audio : Dolby
Format : 35mm

Sinopsis:

Kisah mengenai cinta sesama manusia, cinta diantara seorang lelaki dan perempuan, cinta diantara seorang Islam dengan agamanya, cinta diantara seorang ayah dan anaknya, cinta diantara guru dan pelajarnya. Sebuah filem mengenai 7 PETALA CINTA. ATTAR, seorang yang berada dalam kejahilan sehinggalah bertemu dengan ABY IKHWAN, seorang guru di Madrasah Qalbun Salim yang telah mengajar Attar mengenai Islam. Dalam diam, Attar menyimpan perasaaan terhadap SAIDATUL NAFISA namun dia redha apabila Saidatul Nafisa bertunang dengan HAMKA.

Sinopsis Filem Azura | Trailer Filem Azura


Pengarah : Aziz M.Osman
Syarikat Penerbit : Ace Motion Pictures Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Cinta, Drama
Tarikh Tayangan : 02 Februari 2012
Durasi : 98 min
Audio : Dolby
Format : 35mm

Sinopsis:

Azura, seorang gadis remaja yang gigih hadapi cabaran hidup untuk mencapai cita-citanya. Dia tinggal bersama ibu saudaranya, Yusni, setelah kedua ibu bapanya terkorban ketika tragedi terowong Min dan Mekah pada 1990. Dia menjadi mahasiswa universiti swasta.