Mei 10, 2010

Sharifah Aini derma RM25,000 !!!

Pada Rabu yang lalu (5/5), Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini (Kak Pah), 56, mengotakan janjinya apabila menyerahkan sumbangan wang RM25,000 kepada Yayasan Al-Ijabah yang menguruskan Rumah Ijabah Anak Yatim dan Al-Hafiz, Subang Jaya, Selangor. Wang sumbangan itu hasil daripada jualan mejanya pada persembahan Up, Close & Personal With Sharifah Aini di Hotel Concorde, Kuala Lumpur, April lalu.



Majlis yang ringkas tetapi amat bermakna itu diadakan di Kompleks 3C, Subang Jaya yang menempatkan sekolah yayasan itu, Sekolah Rendah Sri Pintar Al-Amin dan Maahad Sains Al-Quran Al Amin. Sumbangan itu diserahkan terus kepada pengasas dan pemegang amanah yayasan itu,
Ustaz Mohamad Abdullah Al-Amin.

"Biarlah penyerahan sumbangan itu diuruskan secepat yang boleh agar tidak timbul sebarang spekulasi. Saya mesti tunaikan janji saya yang dibuat sebelum mengadakan persembahan dan semuanya demi membantu golongan anak yatim dan pihak yang sangat memerlukan termasuk mereka yang belajar tahfiz secara persendirian di sini." kata Sharifah Aini.


Zoom: Semoga dimurahkan rezeki...Apa kata anda ?