Memaparkan catatan dengan label video. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label video. Papar semua catatan

Julai 18, 2012

Episode Akhir Nada Cinta | Video Episode Akhir Nada Cinta


Update- gambarRamai sangat yang bertanya tentang episode akhir Nada Cinta walaupun baru episode 58.

Mana taknya episode sampai 244.Ataupun peminat takut tertipu dengan ending cerita yang tak masuk akal... macam sinetron bawang merah bawang putih...
Biasala sinetron.
Ok,kita sambung cerita
Nanti,pasti semua orang terkejut apabila dapat tahu bahawa Nada mempunyai kembar iaitu Cinta yang disangka telah mati(kalau nak tahu bila Cinta muncul,kena tengok sendiri) -


Episode 241:
Ricky dan Nada serta rakan-rakan gembira apabila menjadi Band pembuka Rock konsert 2011.Ini membuatkan Martin dan Vanna kesal.Pernikahan Rasti dan Alex diraikan secara sederhana.


Episode 242:
Cinta datang ke Sunset Resto dan bertemu Marvin.Marvin membawa cinta ke tempat-tempat yang pernah mereka pergi,Namun kepala Cinta menjadi sakit dan berlari

Sinopsis Drama Mana Hilangnya Juwita | Video Mana Hilangnya Juwita




Sinopsis Drama:

Kemana Hilangnya Juwita?Persoalan yang bermain di fikiran Anggun yang bingung mencari adiknya Juwita hingga membawa dia ke Kuala Lumpur setelah beberapa hari tidak dihubungi.



Pelbagai rintangan dan cabaran perlu ditempuhi untuk mencari adiknya.Kesukaran mencari adiknya itu menyebabkan Anggun meminta bantuan bekas kekasihnya Haider.
Pencariannya itu membawa dia kepada satu kebenaran yang sukar dipercayai-

Jun 22, 2012

Sinopsis Drama Bukan Bidadari | Video Drama Bukan Bidadari

Inas, seorang gadis kaya yang mempunyai sikap manja dan sombong mendapati hidupnya menjadi tunggang langgang setelah kematian bapanya. Inas dan ibunya, Suraya resah apabila mengetahui arwah ayahnya mempunyai banyak hutang dan mereka tidak ditinggalkan sebarang harta untuk meneruskan kehidupan.

Tanpa arah tujuan, mereka pulang ke kampung Suraya dan tinggal bersama kakak Suraya, Hawa. Inas begitu benci akan kehidupannya di kampung dan menyalahkan ibu dan arwah bapanya atas tragedi yang telah menimpa dirinya. Namun, ada seorang pemuda di kampung yang bernama Kamal telah jatuh hati dengan Inas dan sanggup buat apa sahaja agar Inas bahagia hidup di kampung.

Nasib Inas tidak habis di situ apabila dia diperkosa oleh bekas teman lelakinya, Shidi yang datang mencarinya di kampung. Tidak lama kemudian, Inas mendapati dirinya mengandung. Kamal cuba untuk membantu Inas tetapi Inas terlalu degil demi mencapai cita-citanya untuk keluar daripada kampung itu dan mencari kebahagiaannya sendiri sehingga dia sanggup meninggalkan anak yang dilahirkan.

Sementara itu, semasa di Kuala Lumpur Inas telah bertemu dengan Arif, anak usahawan yang kacak dan berbudi pekerti. Akhirnya Inas berkahwin dengan Arif tanpa mendapatkan restu daripada ibunya. Malangnya, selepas berkahwin dengan putera hatinya, barulah dia sedar yang Arif seorang yang baran dan sering mendera

Jun 19, 2012

Gossip Adegan Panas Zarina Jamalullail Dalam Filem Aku,Kau Dan Dia | Video Filem Aku Kau Dan Dia

Sebelum Berhijrah

Boleh tahan juga gossip panas yang melanda pelakon baru yakni, Zarina Jamalullail dalam filem "Aku, Kau Dan Dia bersama pelakon Pekin selaku Hero filem berkenaan. Kisahnya bermula apabila beliau berhijrah selepas menjadi seorang isteri pada Disember tahun lalu.
Semasa penggambaran dilakukan beliau belum berkahwin dan tidak terikat dengan sesiapa, dan disebabkan beberapa adegan yang tidak sesuai dengan keadaan sekarang.

Timbul gossip diluar sana yang mengatakan suami beliau (Zarina), yang dikatakan membayar sejumlah wang untuk memotong sedikit adegan romantik dalam filem

Jun 16, 2012

Hot Dan Panas : Video Madonna Berbogel Lagi !!

Apa nak jadi dengan Madonna ni, kalau tak buat hal memang tak sah. ZoOm adalah orang yang pertama membantah jika kehadiran artis Hollywood ni datang ke Malaysia. Walaupun sudah berusia 53 tahun, terbaru Madonna menimbulkan lagi konterversi selepas persembahan mengiurkannya di Rom Italy baru-baru  ini.


Pada kali ini di Milan, Italy beliau (Madonna) sekali lagi beraksi diatas pentas dengan menanggalkan pakaian sehingga menampakkan sebahagian tubuh dengan bercoli dan berseluar dalam sahaja.


Dan untuk pengetahuan anda sebelum ini, beliau membuat persembahan di Turki dengan menunjukkan T****nya.


Dan berikut adalah video yang ZoOM jumpa di laman Youtube untuk anda lihat dan nilai sendiri bertapa jahilnya penyanyi ini dengan keadaan sekitar.

Mei 26, 2012

Artis Malaysia : Video Lagu Diam Dan Doaku Daripada Lufya Kepada Zarina atau Anju !!!

Lufya berkata, dia mahu Zarina menghayati lagu yang berbentuk ketuhanan itu dan dapat memaafkan antara satu sama lain, bersempena dengan bulan Ramadan yang bakal tiba pada 21 Julai depan.

"Sebelum ini, terlalu banyak perkara yang berlaku antara saya dan dia. Saya agak malu dengan kejadian itu semua namun tidak pernah membalasnya sebab tak nak besarkan isu.

"Apa-apapun, saya ambil perkara ini sebagai benda positif, dan bagi tujuan berdamai, saya tujukan lagu 'Doaku' untuknya," kata penyanyi itu lagi.

Pada pertengahan April lalu, sebuah blog hiburan menyiarkan kenyataan Lufya di mana ada peminat yang tersalah anggap dirinya adalah Zarina dan hal tersebut menyebabkan dia pernah diraba oleh seseorang sambil dipanggil 'Anju' yang jelas merujuk kepada pelakon itu.

Kemudian, Zarina melancarkan 'perang' terhadap Lufya sebagai respons terhadap artikel berkenaan menerusi akaun Twitter miliknya dan mengejek penyanyi berkenaan dengan

Mei 10, 2012

Filem Mantera Lakonan Tomok Di Pawagam |Sinopsis Mantera | Video Mantera


KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail gementar untuk melihat penerimaan peminat terhadap lakonan pertamanya menerusi filem Mantera (MAN Transformable Exo-Robotic Armor) yang bakal ditayangkan pada 17 Mei ini.

Tomok berkata, dia gementar kerana bimbang akan mengecewakan para peminatnya menerusi lakonan pertama itu walaupun telah memberikan sumbangan yang terbaik.

"Ini adalah filem pertama lakonan saya yang bakal keluar dan sudah tentu saya rasa gementar untuk melihat reaksi penonton dan peminat terhadap lakonan saya.

"Bagaimanapun saya optimis mereka bakal menyukai filem ini secara keseluruhannya," ujarnya kepada mStar Online.

Tomok ditemui selepas menghadiri tayangan perdana filem arahan pengarah muda iaitu Mohd Aliyar Ali Kuthy di sini pada Selasa lalu.

Mac 25, 2012

Update : Video Awal Ashaari Melamar Scha Al-Yahya

Inilah video yang anda cari-cari, jika petang tadi ZoOM berkongsi dengan anda gambar Awal melamar Scha dalam program Propaganda.

Berjuta-juta rakyat Malaysia menyaksikan pasangan romantik ini, secara langsung mahupun dalam laman sosial Youtube.

Tahniah dan semoga hari bahagia itu akan tiba...

Video di Bawah :

Mac 21, 2012

Gossip !! Komen Artis Youtube Ainan Tasneem Mengenai Video Di Padam Di Youtube | Video Lagu Ainan Tasneem

Mungkin sudah menjadi "Trend" remaja zaman sekarang mencuba nasib dilaman sosial terutamanya Facebook dan Youtube, terbaru mengenai kisah penuntut di Utara bernama Ainan Tasneem Ridzuan, 20, yang dikenali menerusi saluran berkenaan.

Penyanyi yang semakin dikenali dengan lagu Aku Suka Dia ini mengakui tidak mendaftarkan diri sebagai pemilik akaun YouTube dan memilih Facebook sebagai tempat dia mencurahkan hasil kerjanya.

Bagaimanapun, penuntut jurusan Sarjana Kejuruteraan Bioproses, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terkejut apabila ada peminat misteri bertindak memadam klip video asalAku Suka Dia yang sudah mendapat capaian 800,000 penonton Youtube pada hujung bulan Februari lalu.

"Ada orang beritahu lagu itu tak ada dalam YouTube, saya jadi panik sekejap memikirkan macam mana boleh jadi begitu. Saya memang tak ada akaun Youtube sebab selama ini ada orang yang muat naik ke situ.
"Di YouTube orang kenal saya tapi saya tak boleh nak jawab soalan kenapa Aku Suka Dia dah tak ada di YouTube. Tapi ada peminat saya yang baik hati buat salinan kedua lagu itu," jelasnya.

Mac 19, 2012

Sinopsis Drama 3 Janji | Pelakon Drama 3 Janji

Setelah Demam Vanila Coklat tamat., kini slot Lestary TV3 diisi dengan drama bersiri baru bertajuk 3 Janji. Antara pelakon utamanya ialah Liyana Jasmay, Shahrizal Jaszle dan Shah Iskandar. Turut sama menjayakan drama 3 Janji ni ialah Ana Dahlia, Idzham Ismail, Hanez Suraya, Ungku Ismail, Roy Azman, Rosnah Johari, Zara Zya.

3 Janji diarahkan oleh pengarah Heykal Hanifah dan mula ditayangkan pada 20 Mac 2012 jam 9 malam setiap hari Selasa.

Sinopsis drama 3 Janji

Mengisahkan Dalia (lakonan Liyana Jasmay) dan Khursyi yang berkawan sejak kecil, mereka rapat dan saling menyayangi antara satu sama lain serta saling memahami. Malangnya Khursyi telah pergi dahulu semasa mereka ditimpa kemalangan semasa dalam perjalanan hendak mengambil keputusan SPM.

Mac 13, 2012

Video Youtube Vanilla Coklat Episod Akhir

Akhirnya Cerita Vanilla dan Coklat sudah sampai dipenghujungnya malam ini, walaupun kita sudah mengetahui kisah dan Happy Ending cerita ini namun ada diantara anda yang terlepas menonton drama Ini.

Bagi memastikan rakan-rakan anda diluar sana menyaksikan bersama episod akhir drama ini, ZOoM upload video daripada Youtube sebagai tontonan anda :

Mac 10, 2012

Konsert Kemunculan Semula Cromok Setelah 15 Tahun | Thrashing Kuala Lumpur Live

Kumpulan Cromok yang dianggotai Karl (Gitar), Miji (Drum) & Sam (Vokal & Bass) bakal mengegarkan KL Live, setelah 15 tahun menyepi dengan konsert besar akhirnya kumpulan yang pernah menjadi bualan dibibir remaja-remaja di Zaman ZoOM sudah pasti akan menghiburkan anda semula.

Konsert ini akan bermula sekitar 4 petang pada 8 April 2012 (Ahad) di KL Live, Jalan Sultan Ismail. Tiket boleh didapati secara online atau di cawangan Ticket Pro dengan harga RM98 (Free Standing Lower Tier) atau RM138 (Free Standing VIP Upper Tier). Setiap pembelian tiket berharga RM138 melayakkan anda menerima cenderahati eksklusif Cromok yang boleh ditebus di pintu masuk KL Live nanti.

Jika pada zaman 80an dan 90an Cromok pernah mengemparkan anda dengan alunan muzik keras sehinggakan meninggalkan kesan kepada peminatnya. Kini nostalgia itu pasti akan muncul semula pada 8 April nanti.

Dan berikut beberapa ayat dan jawapan daripada orang kuat Kumpulan Cromok :
“Idea sebenarnya sudah lama ada, cuma kami nak mencari satu promoter yang berani menanggung risiko untuk menganjurkan konsert sebegini. Nak dijadikan cerita, saya pergi ke sebuah kedai gitar untuk bertemu seorang rakan. Kebetulan, kawan saya mengajak saya untuk makan bersama Iman Tang (Clockwork Events)

Mac 09, 2012

Video Bogel Melia Aimiellia Menyebabkan Rezeki Beliau Jatuh Mendadak

Credit Gambar OHBulan

Nasi sudah menjadi bubur itu yang dapat ZoOM katakan mengenai nasib artis baru yang juga heroin filem Karipap-Karipan Cinta. Sana sini penulis Blog bercerita mengenai gossip panas penyebaran Video Lucah  yang dikatakan pelakon utamanya adalah Melia.(Belum dapat dipastikan TAU !!!).

Namun kesannya sungguh ketara kepada artis ini kerana ramai penerbit dan pengarah merasa ragu-ragu dan takut untuk mengambil beliau berlakon dalam filem atau drama mereka.Malahan menurut Melia ada pihak produksi mempersendakan beliau dengan mengajak melakukan perkara tidak senonoh dek kerana penangan Video lucah yang dikatakan mirip beliau.

Dan yang menjadi perhatian ZoOM artis ini sudah membuat laporan polis dan SKMM, serta tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada penulis blog tersebut.(Opssss macam tau je blog mana yang bakal tidak senang duduk ni).

Sebagai penulis blog mendoakan semoga penulis blog tersebut jika berada di pihak benar, anda harus persiapkan segala ilmu yang ada bagi menepis segala dugaan yang akan datang.Dan ia juga turut menjadi pengajaran kepada ZoOM agar berhati-hati dalam setiap penulisan agar tidak menjadi isu panas.

Biarlah ZoOM hanya menjadi penyampai berita yang sedia ada untuk tatapan pembaca setia di ZoOmartiS.Net

Thanks Alls....Dan Fikir-Fikirkanlah wahai sahabat Blogger sekalian.

Apa kata anda ???


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Mac 08, 2012

Video Sembahyang Dalam Air

Gambar di bawah menunjukkan pekerja di sebuah syarikat minyak di Arab Saudi.

Setiap hari, mereka perlu bekerja di dalam air di tengah laut selama 4-5 jam sehari.

Sekiranya pada waktu tersebut masuknya waktu solat,

maka mereka akan terus menunaikan solat di dalam air dengan berpakaian selam.

Kalau nak keluar ke permukaan dulu, tukar2 baju apa semua mungkin tak sempat, jadi diteruskan sahaja solat di dalam air.

Tak salah!

Sebab hanya solat membezakan antara Islam dan bukan Islam...

Mereka yang di dasar laut pun boleh bersolat....
(takde ponteng2).......

Kita yang di atas darat ini bagaimana???

Renung2kanlah saudaraku................

Sebesar2 pencuri adalah orang yang mencuri waktu solatnya...

InFo : Facebook Ustaz Idrus

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Sinopsis Filem Bunohan | Kutipan Filem Bunohan | Video Filem Bunohan

SINOPSIS FILEM BUNOHAN

BUNOHAN adalah sebuah kisah tragik kasih sayang antara tiga beradik dan bapanya yang kian uzur. Kisah pergelutan mereka untuk merapatkan ikatan kekeluargaan dan restu, beransur ke arah keganasan, korupsi dan pembunuhan. Filem ini bermula jauh di kampung pedalaman bahagian selatan Thailand, berdekatan sempadan Malaysia. 'Bunga Lalang' atau Adil (ZAHIRIL ADZIM) mengambil bahagian dalam pertandingan tinju Tomoi yang melibatkan pertaruhan wang, maruah dan nyawa. Sahabat lama Adil sempat menyelamatkannya dari pinggir maut, mengubahkan mereka menjadi pelarian penganjur pertinjuan haram tersebut.

Ilham, seorang pembunuh upahan dihantar untuk memburu mereka sesedang kedua-dua sahabat itu berada dalam perjalanan pulang ke Kampung Bunohan. Kampung Bunohan juga merupakan kampung halaman Ilham yang sudah lama ditinggalkan.

Ilham tidak pernah pulang walaupun ketika ibunya berada di anjung nyawa. Pada waktu yang sama, Bakar ( PEKIN IBRAHIM) abang sulung Adil juga pulang ke Kampung Bunohan kononnya untuk menjaga bapa mereka yang uzur. Perwatakan solehnya tersembunyi niat buruk seorang usahawan bercita-cita tinggi. Bakar seorang yaang berhati kejam yang sanggup melepaskan segalanya untuk mencapai kekayaan. Sekembali mereka bertiga ke kampung halaman di mana takdir mereka menunggu. Dalam bayangan kegelapan diri masing-masing timbul, memori silam yang dipenuhi keinginan, penghukuman, dan perasaan kehilangan. Dalam BUNOHAN, di sinilah bermulanya segala keperitan.

Trailer Bunohan :

Mac 05, 2012

Sinopsis The Phantom Menace In 3D | Video Trailer The Phantom Menace In 3d

TAJUK: Star Wars Episode 1: The Phantom Menace In 3D
GENRE: Fiksyen Angkasa Lepas
PENGARAH: George Lucas
PELAKON: Liam Neeson, Ewan McGregor, Natalie Portman, Jake Lloyd, Ian McDiarmid
EDARAN: 20th Century Fox
Tayangan: Mulai 9 Februari 2012


Sekali Imbas

Salah satu francais terbesar dalam sejarah industri perfileman dibawakan kembali ke layar perak dalam bentuk 3D. Peminat fanatik legasi Star Wars akan dibawa melihat kembali aksi pertarungan galaksi yang penuh dengan kesan khas dalam bentuk yang lebih nyata, semuanya dengan bantuan teknologi 3D yang kini semakin menguasai industri filem antarabangsa.

Ulasan Penuh

Tagline untuk filem ini adalah antara yang paling penulis ingat dalam sejarah penulis menonton filem, 'Every generation has a legend. Every journey has a first step. Every saga has a beginning' begitulah antara kata-kata keramat yang menjadi nadi perangsang untuk seluruh peminat Star Wars.

Kali pertama The Phantom Menace ditayangkan adalah pada tahun 1999. Setelah 16 tahun berakhir The Return of Jedi pada tahun 1983, pengarah George Lucas mendapat ilham untuk merencanakan kembali

Mac 03, 2012

Kondom Terjatuh Dari Poket Artis Zac Efron | Zac Efron Drop A Condom on Red Carpet



Hahahaha LUCU dan MEMALUKAN sebab seluruh Dunia dah nampak dan mengetahui perkara yang memalukan dengan artis daripada Hollywood ini. Mana tidaknya ketika berjalan di Red Carpet kondom yang disimpan didalam poket seluar terjatuh.


Dan ia telah menjadi bualan di laman blog dan Youtube, berikut video yang ZoOM jumpa untuk tatapan anda diluar sana. Dan anda saksikanlah sendiri bertapa malunya artis bernama Caz Efron ini ketika video mengenai kondom tersebut tersebar :

Joe Brookes Live di Malaysia | Video Joe Brookes


Seorang lagi artis yang dicungkil bakatnya daripada laman sesawang, kisah populariti artis bernama Joe Brookes anak kelahiran Southampton, United Kingdom ini semakin menarik perhatian peminat seni di Malaysia  khasnya.


Ia diakui oleh beliau sendiri apabila carian di internet mengenai beliau kebanyakannya datangnya dari Malaysia, dan tidak hairanlah jika beliau beria-ria untuk datang ke Malaysia. Buktiknya pada pukul 3 ini beliau akan membuat persembahan di KL LIVE  Kuala Lumpur pada pukul 2 petang hari ini.


Mari kita sama-sama saksikan kehebatan anak muda ini dilaman Youtube :

Video : The Best Buakaw Muay Thai Kick


Sama-sama kita saksikan bertapa kuatnya tendangan si jejaka Muay Thai ini, sehingga menyebabkan batang pisang tersebut rebah ke tanah.


Video :

Iklan Seksi Dan Panas Luna Maya Di Haramkan | Video Iklan AXE Luna Maya

Iklan penyembur badan lelaki yang menampilkan Luna Maya dan tiga selebriti terkenal Indonesia (Uli Auliani, Marissa Nasution dan Chantal Della Concetta) mungkin tidak akan ditayangkan di televisyen kerana terlalu seksi dan mempunyai aksi panas.

Dalam iklan itu, keempat-empat selebriti wanita itu menjelma sebagai ‘malaikat’ yang tergoda dengan haruman penyembur badan yang digunakan oleh seorang jejaka (Ocke). Ia dimulakan dengan Uli Auliani tampil dengan pakaian seksi dan mengenakan sayap menarik selimut dan merangkak ke tubuh badan Ocke, diikuti dengan Marissa Nasution.

Selepas itu, Chantal muncul dengan membawa minuman dan buah ceri. Ketiga-tiga ‘malaikat’ tersebut dilihat bergelak ketawa sambil berlawan bantal sambil diperhatikan oleh jejaka itu. Kemunculan Luna Maya yang tampil seksi dan berambut pendek sambil memegang span penuh dengan buih sabun pada bahagian akhir iklan tersebut.


Video Iklan AXE Luna Maya :