Memaparkan catatan dengan label Luna Maya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Luna Maya. Papar semua catatan

Mac 07, 2012

Foto Ariel Dan Momo | Ariel Dan Luna Putus Cinta !!?

Ariel Dan Momo
 
WALAUPUN 'menginap' di dalam penjara, kisah terkini vokalis Peterpan Ariel tidak pernah sepi daripada pengetahuan peminat. Penjara seperti langsung tidak 'memenjarakan' Ariel daripada pelbagai cerita, termasuklah kononnya sudah berpisah dengan kekasih yang menjadi pasangan dalam video seksnya, Luna Maya.

Terbaru, Ariel dikatakan sudah putus hubungan dengan Luna semenjak menjalinkan hubungan intim dengan Momo , kumpulan Geisha. Pasangan kekasih baru itu dikatakan sering bertemu, malah gambar intim Ariel dan Momo sudah banyak tersebar di laman sosial.

"Ariel itu sangat menyenangkan aku," kata Momo kepada media Indonesia sekaligus sebagai bukti awal 'tanda' percintaan mereka.

Mac 03, 2012

Iklan Seksi Dan Panas Luna Maya Di Haramkan | Video Iklan AXE Luna Maya

Iklan penyembur badan lelaki yang menampilkan Luna Maya dan tiga selebriti terkenal Indonesia (Uli Auliani, Marissa Nasution dan Chantal Della Concetta) mungkin tidak akan ditayangkan di televisyen kerana terlalu seksi dan mempunyai aksi panas.

Dalam iklan itu, keempat-empat selebriti wanita itu menjelma sebagai ‘malaikat’ yang tergoda dengan haruman penyembur badan yang digunakan oleh seorang jejaka (Ocke). Ia dimulakan dengan Uli Auliani tampil dengan pakaian seksi dan mengenakan sayap menarik selimut dan merangkak ke tubuh badan Ocke, diikuti dengan Marissa Nasution.

Selepas itu, Chantal muncul dengan membawa minuman dan buah ceri. Ketiga-tiga ‘malaikat’ tersebut dilihat bergelak ketawa sambil berlawan bantal sambil diperhatikan oleh jejaka itu. Kemunculan Luna Maya yang tampil seksi dan berambut pendek sambil memegang span penuh dengan buih sabun pada bahagian akhir iklan tersebut.


Video Iklan AXE Luna Maya :

Disember 16, 2010

Majalah Porno Jepun Pamer Wajah Ariel , Cut Tari dan Luna Maya

Belum habis kes video panas Ariel dan pasangan serta bekas kekasihnya Cut Tari, timbul pula cerita kurang enak mengenai gambar panas mereka dieksplotasi dalam majalan jepun.


Malah kisah ini dikhabarkan oleh peguam Ariel yang baru mengetahui wujudnya majalah menggunakan wajah mereka dalam keadaan seksi dan sedang beraksi.

November 23, 2010

Ariel Dituduh Buat Video Lucah !!?

Setelah sekian lama dipenjara akhirnya Ariel Peterpan dibicarakan dan pertuduhan mengatakan beliau lakukan video lucah bersama pasangannya.



Penyanyi yang digelar Ariel Peterporn itu ditahan pada 22 Jun lalu selepas tersebar rakaman video perlakuan lucahnya dengan dua selebriti ternama Indonesia iaitu Luna Maya,27, dan Cut Tari,33. Maya yang mengaku kekasih Ariel turtu kelihatan di mahkamah.

Julai 30, 2010

Luna Maya digoda di ibu pejabat polis


Pengacara terkenal, Luna Maya yang menjadi suspek dalam skandal video seks melibatkan penyanyi band Peterpan, Ariel digoda oleh beberapa orang yang berada di sebuah ibu pejabat polis di sini, lapor sebuah akhbar semalam.


Beberapa orang itu mengerumuni belakang pagar ibu pejabat polis tersebut selepas mereka mendengar kehadiran Luna Maya.
Luna Maya yang merupakan kekasih Ariel itu keluar dari pintu belakang pejabat polis itu pada pukul 5.15 petang waktu tempatan.


"Luna. Luna! Apa kabar? Kok kamu cantik banget (sangat)," kata beberapa orang itu.
Mendengar namanya dipanggil, Luna Maya hanya menoleh dan tersenyum malu-malu sambil cuba menutup wajahnya dengan selendang berwarna ungu.
Selebriti itu cuma diam tanpa memberikan sebarang reaksi semasa ditanya sama ada dia sempat bertemu dengan kekasihnya yang kini ditahan di ibu pejabat berkenaan berhubung kes video tersebut.
Dia turut diam semasa ditanya mengenai keadaan kesihatannya.
Luna Maya meninggalkan ibu pejabat itu dengan menaiki sebuah kereta Honda CRV.

Julai 29, 2010

Polis Nafi Luna dan Ariel Akan Nikah Di Penjara

Lawatan ibu Luna Maya, Desa Maya, ke balai polis menguatkan gosip Luna dan Ariel akan bernikah di penjara. Namun, polis menafikan gosip tersebut.



Pegawai polis, Marwoto berkata, gosip itu adalah tidak benar dan jika mereka mahu bernikah, majlis berkenaan hendaklah dibuat di luar tempat tahanan.


"Itu semua tidak betul. Sekarnag fokus kami untuk kes vidoe lucah Ariel dan bukan mengenai mereka hendak menikah," kata Marwoto kepada portal Inilah.com, Selasa.
Mengenai lawatan Desa Maya ke balai polis, Marwoto mengaku dia tidak pasti tujuannya.
Namun katanya, kedatangan Desa bukan untuk membicarakan pernikahan anaknya dengan Ariel.

"Mungkin hanya ingin jenguk Ariel," ujar Marwoto.







Julai 15, 2010

Luna Maya Di Tangkap Polis Indonesia

Berita terbaru yang disiarkan di TV3  dalam siaran 8.00 malam tadi Luna Maya yakni kekasih Ariel Peterpan yang mencetuskan konterversi yang melampau di arena seni hiburan terutamanya di Indonesia ditangkap polis kerana isu Video Lucah.




Macam mana la dia ni tak boleh terjebak kalau gambar pun dah macam ni....gambar ni sekadar ingin berkongsi dengan ada dengan beribu-ribu koleksi gambar di internet yang mamaparkan keseksian artis bernama Luna Maya ni.











Jun 16, 2010

Skandal seks Ariel,Luna kian panas

Dah makin kronik kisah Ariel Peterpan ni, ada ura-ura mengatakan ada ramai lagi selebriti yang beliau tiduri ( Kalau betul)..Apa nak jadi dengan dunia ini ??


Rakyat Indonesia kini berdepan dengan skandal pita rakaman seks pertama selebritinya, membabitkan penyanyi pop, Ariel dengan model terkenal, Luna Maya.

Polis melayari komputer pejabat dan telefon bimbit untuk menonton klip video yang didakwa menonjolkan bintang pop kesayangan bersama dua kekasihnya. Berita berkenaan mengungguli tajuk berita selama seminggu dan mendominasi perbualan dalam rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter. Beberapa sekolah tinggi di Jakarta turut diserbu polis untuk merampas telefon bimbit supaya klip video yang memalukan itu dapat dikeluarkan dari institusi pendidikan Indonesia. Sesetengah menteri berkata insiden terbabit jelas menunjukkan kemerosotan moral rakyat Indonesia dan keperluan kawalan dan pemantauan ketat terhadap internet.

Apabila skandal itu mencetuskan perdebatan sama ada pendidikan seks, topik yang masih menjadi pantang larang di rumah dan bilik darjah, perlu ditambahkan kepada kurikulum sekolah, dengan tegasnya Menteri Pendidikan, Muhammad Nuh menjawab, “tidak.”

“Saya mungkin ketinggalan zaman, namun saya tidak melihat perlunya pendidikan seks di sekolah. Saya percaya orang ramai akan belajar mengenai seks secara semula jadi,” katanya kepada media.

Sebaliknya, beliau mencadangkan pihak berkuasa menggeledah telefon bimbit pelajar untuk salinan pita terbabit, yang penyebaran pantasnya “melanggar peraturan dan norma biasa dalam masyarakat beragama.”
“Siapa yang bertanggungjawab perlu dihukum,” kata Nuh.

Klip video enam minit pertama menunjukkan penyanyi pop Nazril Irham atau dikenali Ariel, berada di atas katil bersama teman wanitanya Luna Maya, model terkenal, aktres model iklan sabun kecantikan Lux.

Kedua-duanya menafikan mereka berada dalam rakaman itu, sebaliknya menyatakan rakaman itu dipalsukan, namun dipanggil untuk disoal polis.

Pada mulanya, pegawai mengugut untuk mendakwa mereka mengikut undang-undang tegas antipornografi walaupun tiada petunjuk adegan seks intim itu bertujuan untuk ditayangkan kepada umum.

“Jika seseorang dibuktikan sengaja mengedarkan video itu, individu terbabit akan didakwa,” kata Brig Jeneral Zainuri Lubis, jurucakap polis nasional, dan menambah mereka yang ditahan memuat turun klip dan menirunya untuk orang lain mungkin berdepan hukuman penjara.

Media tempatan berkata video itu mula muncul awal bulan ini selepas komputer riba Ariel dicuri dan banyak pita sama dengan selebriti lain, masih berleluasa.

Jun 08, 2010

Video Porno Ariel & Luna Maya Buat Laporan Polis

Akhirnya Luna Maya dan Ariel Peterpan tampil membuat laporan polis mengenai Video Porno mereka yang kini tersebar luas di alam maya.


Laporan tersebut dibuat di pejabat polis daerah Metro Jaya, Jakarta Selatan, Semalam.

Januari 02, 2010

(Gossip) Luna Maya diganti pelakon lucah Jepun


Luna Maya, pelakon dan pengacara pernah dilamar oleh produser ‘Suster Keramas’, sebelum tempatnya itu akhirnya diganti oleh pelakon lucah yang berasal dari Jepun, Rin Sakuragi sebagai pelakon utama. Luna menolak tawaran itu atas alasan bayaran.



Baca Selanjutnya

Luna Maya meminta bayaran tinggi daripada produser 'Suster Keramas' dan mereka tidak sanggup untuk menunaikan permintaannya. Odi mengaku, kontrak Rin bernilai tidak lebih dari jumlah yang dibayar kepada Tamara Bleszynki menerusi filem ‘Air Terjun Pengantin'.

Apabila Luna Maya tidak jadi berlakon dalam ‘Suster Keramas’, Maxima Pictures sukar mencari pengganti. Selepas itu, mereka ke Korea dan akhirnya ke Jepun. Setelah mendapatkan Rin Sakuragi pada saat-saat akhir sebagai pelakon utama ‘Suster Keramas’, Odi bagaimanapun enggan menghebahkan kepada media. Dia sengaja tidak mahu terlalu mendedahkan Rin bagi mengelakkan komen negatif daripada masyarakat.

ZooM: Adakah pelapis atau pelakon di Indonesia sudah tiada sehingga mereka suka memilih pelakon dari luar malahan latar belakang pengganti adalah seorang pelakon lucah. Setahu Zoom jumlah penduduk di Indonesia merupakan penduduk teramai di dunia.Mungkin pengarah dan penerbit hanya inginkan publisiti..Apa kata anda ?

Jun 04, 2009

(Celebrity News) Artis Indonesia Luna Maya Kembangkan Sayap Di Malaysia


Dari Model ke Dunia Nyanyian Dan seterusnya Ke Dunia Lakonan..artis Top Indonesia Ini melebarkan sayap ke Malaysia...Walaupun Konterversi dalam lakonan Nya sebelum ini yang memerlukan Luna Maya Berpakaian Seksi Di dalam Filem Janda Kembang...Sekarang Ini Luna Maya Mencuba Nasib Dengan Membuka Butik Pula Di Malaysia...Apa Pun Good LUck Luna....Pelakon Malaysia Bila LAgie Nak Buka Business Di luar Negara... :) contoh Macam Ac Mical Yang Berani Buka Business Di Luar Negara...Apa Pun...Jum La Comment