Memaparkan catatan dengan label Pelakon Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pelakon Malaysia. Papar semua catatan

Mac 28, 2012

Air Kencing Saiful Apek Dan Rakan Positif Kanabis !!

Ini berita terbaru yang ZoOM baca mengenai pelawak terkenal,Apek yang dikaitkan dengan pengambilan dadah baru-baru ini. Dan keputusan yang diterima melalui portal berita online (Mstar) seperti dibawah.


ZoOM malas nak cerita panjang lebar....anda baca dan Komenlah sendiri !!!!

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret di sini diberitahu air kencing pelakon komedi popular Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek, dan tiga rakannya, disahkan positif kanabis 
Juruteknologi makmal perubatan Israfel Ismon berkata beliau memperoleh keputusan itu selepas melakukan ujian pengesanan dadah terhadap air kencing Saiful Apek, 42, serta Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28. 
Beliau berkata demikian ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad pada perbicaraan kes keempat-empat tertuduh yang didakwa

Mac 03, 2012

Fauzi Nawawi Ugut Seorang Pengurus Produksi Wanita

Daripada apa yang ZoOM baca dibawah memanglah Fauzi bersalah sebab meminta duit secara keras, dan mungkin kerana sifat keras wanita tersebut yang berdolak dalih menyebabkan perkara tersebut berlaku. Tetapi ia hanya andaian kerana perkara sebenarnya hanya mereka yang tahu.(sama-sama kita tunggu dan lihat).

Namun kalau ZoOM dipihak Fauzi pun akan bertindak sedemikian kerana ia melibatkan duit yang banyak dan disaat seseorang yang memerlukan. Semoga Fauzi bersabar dengan dugaan yang datang kerana laporan polis sudah dibuat oleh wanita tersebut.

Dan berikut berita mengenai gossip panas mengenai HUTANG ini, anda bacalah sendiri dan buatlah kesimpulan sendiri ye.

KUALA LUMPUR: Seorang pengurus produksi wanita berusia 25 tahun dan rakan sejawatnya membuat laporan polis mendakwa pelakon popular yang juga pengarah, Fauzi Nawawi mengugut untuk mencederakannya selain merampas kereta miliknya dalam kejadian di pejabatnya di Wangsa Melawati, Ampang, di sini, kelmarin.

Februari 10, 2012

Maya Karin Dilantik Sebagai Duta Muhibah Untuk OKU




KUALA LUMPUR: Yayasan Orang Kelainan Upaya Kelantan (YOKUK) telah melantik pelakon terkenal Maya Karin sebagai Duta Muhibah YOKUK dalam usaha mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif untuk golongan orang kurang upaya (OKU).
"Saya benar-benar harap sebagai Duta Muhibah, saya dapat menonjolkan usaha-usaha YOKUK dalam membantu OKU dan menggalakkan orang awam menderma secara murah hati," katanya.

YOKUK adalah sebuah badan kebajikan bukan kerajaan yang menyediakan perkhidmatan kepada lebih 3,400 OKU di pusatnya di Kota Baharu, Kelantan, sejak 13 tahun lalu.

Bercakap kepada pemberita pada majlis pelantikannya di sini, Khamis Maya berkata peranannya sesuai dengan dirinya kerana beliau suka membantu.

Februari 05, 2012

Gambar Neelofa Di Majalah InTrend

Nama Neelofa memang dicari-cari dilaman sesawang, bukan sahaja lakonan beliau yang menjadi perhatian, gambar seksi dan menonjol sering kali diwar-warkan bukan sahaja di laman sesawang tetapi akhbar harian juga turut tidak terlepas dengan tempias yang dibawah oleh gadis bernama Neelofa ni.


Terbaru mengenai beberapa gambar yang ZoOM jumpa di laman web murai, pose yang menarik dipersembahkan kepada umum oleh Neelofa kepada pembaca InTrend.


ZoOM nak tahu juga dengan siapa gadis ini bercinta yer....sehingga sekarang masih kabur-kabur dan hanya dikaitkan dengan beberapa nama pelakon lelaki yang sering berada si kaca TV dan akhbar serta majalah di malaysia.


Apa-apa pun semoga berjaya dan kurangkan konterversi. :)


Dan dibawah ada beberapa lagi gambar yang sempat ZoOm Upload untuk tatapan anda di ZOOMartis. Net

Disember 20, 2011

Azizah Mahzan Dah Bertudung


Alhamdulillah dan tahniah kerana anda telah berubah dan mengetahui salah dan betul sebagai umatnya. Jika sebelum ini gambar konterversi dan gossip panas mengenai beliau namun hari ini rata-rata penulis blog diluar sana mungkin sudah menghebahkan gambar ini.


Mungkin agak terlambat sedikit namun gambar ini hanya untuk kita kongsi bersama, dan jika ada artis diluar sana yang melihat gambar ini. Fikir-fikirkanlah dan amatilah apa yang tersirat dengan perubahan artis bernama Azizah Mahzan ini.

Julai 22, 2011

Almy Nadia Patah Jadi Kaki


Menurut info daripada akhbar online Almy Nadia dikatakan terpaksa bertongkat kerana jari manis kaki beliau patah kerana tersadung pada pintu di rumah keluarga beliau. Dan ZoOM turut terkejut kerana beliau tidak sedar jari manis beliau telah patah, malahan sempat berada di set pengambaran.

Kecederaan kaki beliau bertambah serius kerana sekali lagi tersadung kerusi ketika berada di Kuala Lumpur sehingga memaksa beliau membuat pemeriksaan di Hospital kerana semakin membengkak.

ZoOM : Semoga beliau cepat sembuh dan kembali menjalankan tugas yang telah diamanahkan.
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Julai 20, 2011

Gambar Perkahwinan Zul Handy Black Dengan Isteri Baru


Mungkin belum terlambat jika ZoOM share gambar ini dengan pembaca di ZoOMartis dan Facebook, gambar perkahwinan Zul Handy Black baru-baru ini ZoOM jumpa di laman blog Murasaki. Daripada pancaran wajah pasangan pengantin jelas menunjukkan bertapa bahagianya mereka disaat melangsungkan perkahwinan yang sudah pasti menjadi idaman setiap pasangan diluar sana.

Jika sebelum ini perkahwinan Zul hanya sampai ditengah jalan, beliau kembali menemui seorang lagi buah hati dan peneman hidup beliau dalam menempuh hari-hari yang akan bakal ditempuh bersama.

Dengan bertemakan warna putih, menyerikan lagi majlis tersebut..

Julai 10, 2011

Sinopsis 3,2,1 CINTA | Trailer 3,2,1 CINTA


Sinopsis 3,2,1 CINTA:- MENGISAHKAN Sam, anak gadis yang berpewatakan kasar seperti lelaki yang baru sahaja berpindah untuk menyambung pelajaran di sebuah kolej. Dia bertemu semula dengan kawan baik semasa sekolah iaitu Fariz di situ. Dalam masa yang sama, Sam mula ditakut-takutkan dengan fakta bahawa dengan sikap kasarnya itu, dia akan ditakuti oleh semua lelaki dan dia akan bersendirian sampai mati.

Ini Secara kebetulan, Sam terserempak dengan Nazril, lelaki idaman seluruh kolej. Dia tercabar dengan sikap Nazril yang hanya melayan perempuan cantik sahaja menyebabkan dia tekad untuk memikat Nazril. Pelbagai peristiwa yang melucukan dan romantis berlaku sepanjang usaha Sam untuk memikat Nazril termasuk cuba merubah penampilan dan sikap kasarnya. Dalam masa yang sama, hubungan Sam dengan bapa tirinya dan adik tirinya, Mimi juga semakin pulih dan erat. Akhirnya, Nazril jatuh cinta dengan kesungguhan Sam apabila Sam sanggup membantunya untuk menguruskan rumah anak yatim yang dibinanya.

Sam juga sanggup mengajar anak-anak yatim itu dengan caranya yang tersendiri. Namun, rupa-rupanya Fariz selama ini menyintai Sam dalam diam. Fariz meluahkan perasaannya pada Sam. Sam yang keliru dengan luahan Fariz itu cuba berfikir kembali tentang perasaan dirinya terhadap Fariz dan Nazril. Dan ketika Nazril pula meluahkan perasaan kepada Sam, Sam sedar dan yakin siapa sebenarnya yang harus dipilihnya.

Julai 09, 2011

Gambar Jue Aziz Bertudung


Sekali pandang memang kita tidak akan kenal gadis yang memakai tudung warna merah jambu ni, tidakdapat dipastikan beliau memakai tudung ini ketika dalam pengambaran. Namun apa yang ingin ZoOM katakan beliau memang cantik dan ayu jika memakai tudung.

Jika suatu hari nanti beliau memakai tudung ZoOM adalah orang pertama yang akan mengucapkan tahniah kepda beliau.


ZoOM : Apa Kata anda ?
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Julai 08, 2011

Persatuan Artis Hanya Membuang Masa - Ziana Zain !!

Semalam ZoOm ada terbaca "statement" akak Ziana Zain kita ni, mengenai pengelibatan artis dalam persatuan yang ada di Malaysia khasnya. Mungkin selama ini ramai yang bersikap pandang dan dengar sahaja kerana takut periuk nasi terganggu. Namun ZoOM bagi pihak ZoOMartis Dot Net, TABIK SPRING dekat akak Ziana Zain kita kerana berani bersuara demi kepentingan artis-artis di Malaysia.

Betul juga apa yang akak ZZ kita canangkan, jika tidak bersatu dalam satu bumbung kita akan berjaya menepis hujan atau ribut yang mendatang. Bak kata Pepatah "Kerana satu tiang patah, Satu Rumah Roboh" ops pepatah ZoOm kot...BETUL TAK ?

Apa-apa pun Jommm layan "Statement" Kan ZZ atau nama glamour sekarang ni "Mek Jena" :


Menurut Ziana, semua persatuan yang antaranya seperti Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Persatuan Karyawan dan Papita harus dibubarkan kerana kebanyakannya adalah untuk kepentingan peribadi mereka yang memegang jawatan di dalamnya.

"Maaf kalau ada yang terasa tetapi pada pendapat saya persatuan-persatuan yang tersedia ada sekarang ini haruslah dibubarkan.

"Cuba fikir secara logiknya, jika kita sebagai artis mahu bersatu dalam segala hal, perlukah kita mempunyai pelbagai persatuan? Malah dengan persatuan yang ada,

Jun 28, 2011

Taukeh Jambu Belum Bercerai Dengan Isteri | Taukeh Jambu Dan Gadis Cantik


"Selepas masuk Maharaja Lawak, orang semakin mengenali diri saya, dan kemungkinan untuk gambar ini tersebar sememangnya sangat besar. Tak dinafikan, impaknya juga besar kerana keluarga saya juga mengetahui perkara ini.
"Hubungan saya dan isteri sememangnya sudah lama bergolak, malah sejak saya satu tahun yang lepas kami sudah tinggal berasingan.
 
"Namun sekarang saya sedang berusaha mencari jalan yang terbaik untuk hubungan kami ini, keluarga saya dan keluarganya akan berbincang, jika masih boleh diteruskan saya tidak keberatan untuk berbaik semula dengannya,"jelas Tauke.
Gadis Gossip 1

Nabil Raja Lawak Jual Kasut Wanita


Sebagai pemenang tempat ke 3 dalam program Maharaja Lawak 2011 menyaksikan pemuda bernama Nabil menerima hadiah wang tunai RM 150 Ribu. Berita terbaru yang ZoOM dengar dikala tengah tension melayan SYABAS yang memotong air di 8 blok tempat tinggal ZoOM. Apa ke jadahnya kerana pemaju tak membayar hutang 8 blok terpaksa menanggung kesusahan mencari air untuk kegunaan seharian.

Kalau betul pun nak potong bagi la notis terlebih dahulu....Pemaju ni pun satu bengap dan bengong serta tidak memikirkan ibu-ibu tua yang pening mencari sebaldi air.

Ops sorry lepas geram pulak...berbalik kepada cerita Nabil, beliau dikhabarkan akan membuka perniagaan kasut wanita yang akan diboring daripada Thailand. Dan berniat untuk membawa ibu beliau mengerjakan umrah dalam masa terdekat ini. ( ALhamdulillah murah rezeki anak )

ZoOM : APa Kata ANda ? Jangan Lupa KOmen yer !!

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Jun 24, 2011

Rayuan Kes Khalwat Ako diputuskan Pada Bulan September 2011


Kes khalwat pelakon Ako dengan gadis bukan beragama islam yang merupakan seorang jurusolek bernama Anang Sagunting, 25 di Kondominium Oakleaf Park pada pukul 1.20 pagi 27 Jun 2007.

Rayuan kes khalwat beliau yang dihukum penjara tiga bulan serta denda RM3,000 akan didengar pada 13 September ini.


ZoOM : Lama juga kes Ako ni, sama-samalah kita tunggu dan lihat kesudahannya. Dan Apa Kata anda di ZoOMartis @ Facebook

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Jun 09, 2011

Gambar Seksi Nur Fathia Pelakon Nur Kasih

Panas sepanas cuaca diluar sana, kisah gadis bernama Nur Fathia kini menjadi gossip panas yang mengemparkan peminat seni diluar sana terutamanya penulis dan kaki komen di blogger. Jika sekarang komen dan gossip mengenai Gambit yang memaki hamun Blogger yang masih belum sejuk.

Inilah natijahnya apabila terlalu banyak berlakon watak alim dan sopan ala-ala gadis melayu yang mengenakan tudung setiap kali berlakon ( Contohnya gambar dekat bawah).




Dan disebabkan gambar yang masuk Berita Harian semalam menyebabkan beberapa komen panas daripada kaki komen dilaman forum cari diantaranya :

1. Dia nmpk cantik bila bertudung klu xpakai tudung mcm biasa2 jer

Jun 01, 2011

Nora Danish akui berkawan dengan lelaki muda

Nampaknya kisah artis jelita yakni Nora Danish dan bekas isteri Toh Muda Rizal Ashram (Jejai) terpampang lagi diakhbar online. Kali ini kisah percintaan beliau dengan jejaka muda daripada beliau, jejaka tersebut baru berumur 27 dan bukannya daripada kerabat diraja dari Terengganu seperti yang digossipkan sebelum ini.

Menurut Nora jejaka tersebut hanya seorang ahli perniagaan yang berjaya memikat hati beliau, namun perjalanan perkahwinan masih jauh lagi kerana masing-masing masih dalam proses mengenali.

Dan berikut jawapan Nora Danish apabila  menjawap soalan wartawan mengenai hubungan beliau :


"Saya memang sedang berkawan dengan seseorang. Dia seorang ahli perniagaan dan berusia dua tahun lebih muda daripada saya.
"Namun, semuanya masih terlalu awal kerana kami baru saja berkawan. Tiada hubungan yang serius tetapi kami rapat," jelasnya yang ditemui pada sidang media drama Ana Lu’lu di Sri Pentas, di sini, Selasa.
Mengulas lanjut tentang teman barunya itu, pelakon sitkom Puteri ini berkata, walaupun wujud perasaan sayang di antara mereka, hubungan mereka bagaimanapun masih berada peringkat awal untuk merancang soal perkahwinan.
"Memang ada perasaan sayang tapi terus-terang saya katakan semuanya masih terlalu

Mei 17, 2011

Gambar Jasmin Hamid Melecur Kena Air Panas

Huh.....habis asset panas Jasmin Hamid kerana air panas terkena paha dan betis beliau, semoga ia akan menjadi pengajaran kepada pihak berkenaan samada yang terkena ataupun pihak produksi. Menurut Jasmin selama 20 tahun ini merupakan pengalaman pertama tubuh beliau terkena air panas.

Nak buat macam mana sebab benda dah terjadi, namun persoalannya adakah Jasmin akan saman pihak produksi  iaitu Summit Treasure Production kerana dikatakan cuai ketika penggambaran. Dan kesan atau parut yang akan kekal di kaki Jasmin Hamid membuatkan ramai pihak diluar sana terpaksa membatalkan kontrak yang menjadi rezeki Jasmin ?

Gambar Kaki Jasmin Hamid Melecur :

Mei 08, 2011

Zed Zaidi Dan Isteri Bulan Madu di Ireland

Upacara Persandingan

Inilah gambar wajah suami isteri yang baru melangsungkan perkahwinan, dari raut wajah terserlah kegembiraan disaat disatukan sebagai suami isteri yang sah. Mungkin inilah pengalaman yang paling berharga buat pasangan artis yang sekian lama membujang.

Hari demi hari kisah perkahwinan mereka sering diperkatakan dan merupakan keywords yang tinggi di engine google dan yahoo.

Gambar ini diambil sempena majlis resepi perkahwinan Zed dan Nelly di Dewan Perdana Felda di jalan Semarak Kuala Lumpur. Namun ada juga terselit cerita wartawan yang sukar untuk mengambil gambar kerana bodyguard Zed mengawal  ketat sepanjang pernikahan hinggalah majlis resepi perkahwinan beliau semalam.

Mei 06, 2011

Pelawak Pak Uda atau Zami ismail Masuk ICU kerana jangkitan kuman pada paru-paru


Inilah gambar Pak Uda @ Zami Ismail yang kini bertarung nyawa di wad ICU di Hospital Ampang, setelah sekian lama menghiburkan kita dengan lawak-lawak beliau. Marilah kita bersama-sama mendoakan semoga Pak Uda sembuh. Insyallah dengan doa anda Pak Uda akan sembuh semula daripada penyakit beliau.



Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

April 28, 2011

Gambar Bakal Isteri Zed Zaidi Di Facebook

Letihnya cari gambar bakal isteri Zed Zaidi yakni Natalia Mustafa Kamal, namun penat lelah menekan keyboard dan mouse akhirnya berbaloi kerana berjaya menemui gambar yang dikatakan sebagai Natalia. Berkemungkinan benar kerana pose Zed dan gadis ini pun seperti pasangan kekasih. Namun kesahihannya belum dapat dipastikan sehinggalah terdapat maklumat yang bernas dan tepat.

Apa-apa pun layan je la gambar Natalia ( belum dapat dipastikan ) untuk tatapan anda :

April 26, 2011

Linda Hashim Nak Kahwin Untuk Elak Tuduhan Gadis Lesbian

Beberapa tahun sebelum ini Linda Hashim pernah digossipkan sebagai gadis lesbian yang menyebabkan maruah beliau tercemar, kini setelah sekian lama gossip tersebut menyepikan diri, Linda ingin berkahwin secepat mungkin bagi melenyapkan gossip panas itu berulang kembali.

Menurut beliau gossip tersebut tersebar kerana pada masa tersebut Linda tidak pernah mempunyai hubungan istemewa dengan jejaka diluar sana. Namun jauh dihati Linda yang ingin berumah tangga seperti impian wanita lain diluar sana.

Jika anda ingin mengenali gadis bernama Linda Hashim ini saksikan drama "Fatimah Juling The Series" yang akan keudara pada 27 April ini ( Esok ), dia yang memegang watak Fatimah mengganggap drama ini sunggu mencabar kerana perlu menjulingkan mata sambil mengeluarkan mata.

ZoOM : Bagi ZoOM cepat-cepatlah kahwin jangan tunggu sampai 30 seperti yang anda inginkan. Apa Lagi Komen la yer kalau dah baca..