Memaparkan catatan dengan label Kisah Artis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah Artis. Papar semua catatan

Mei 03, 2012

Berita Sedih : Husni Mohd Rawi Atau Bob Kuman Meninggal Dunia

Marilah kita sama-sama sedekahkan surah AL-FATIHAH untuk arwah Husni Mohd Rawi atau Bob Kuman

AL-FATIHAH

Gambar Arwah Sebelum ini yang berjuang menentang penyakit beliau

Dan berikut berita yang ZOoM baca dan kongsi bersama anda di ZOoMartis @ Facebook :

PETALING JAYA - Pelakon dan pelawak Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi, 40, meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 11 di sini, 4.38 petang tadi.

Mac 03, 2012

Pemandu Peribadi Zahida Mohamed Rafik Lesapkan Duit RM200 Ribu

"Nasi sudah menjadi bubur", itulah yang boleh dikatakan dan jika berita ini benar dan didapati pemandu peribadi beliau yang bersalah. Memang sahlah pemandu tersebut memakan tuannya sendiri yang menaruh kepercayaan terutamanya melibatkan duit atau harta yang mahal.

Inilah yang berlaku kepada pelakon yang sudah menyepikan diri dalam dunia artis yakni Zahida Mohamed Rafik yang kerugian duit RM 200,000.00 kerana dilesapkan oleh pemandu peribadinya.Dan berikut jawapan beliau apabila ditanya oleh wartawan mengenai kehilangan duit beliau :

“Saya percayakannya sebab dia sudah bekerja dengan saya hampir lima tahun dan sebelum ini tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan,” katanya.
Zahida berkata wang RM200,000 itu sepatutnya digunakan untuk membuat pembayaran kepada rakan perniagaannya di China.

Januari 20, 2012

Sham Kamikaze Di Fitnah Kahwin Dua

Sham Dan Isteri 
Kesian dekat Sham Kamikaze ni, mana tidaknya orang dah tidak berkecimpung dalam dunia hiburan pun masih difitnah dan digossipkan dengan cerita kurang enak didengar. Terutamanya yang melibatkan keluarga beliau, berita terbaru yang ZoOM baca mengenai khabar angin yang mengatakan beliau telah berkahwin dua.




Di Awal Perkahwinan
Sebagai wanita apakah perasaan anda apabila mendengar khabar angin sedemikian rupa, sudah tentu perut untuk mendengar apatah lagi yang mengalaminya.

Disember 26, 2011

Fida Sudah Punyai Pengganti bernama "S"

Buang yang keruh ambil yang jernih, dan mungkin semua yang  berlaku tentu ada hikmahnya. Cerita terbaru mengenai Fida bekas kekasih Mamat Sepah yang dikatakan sudah mempunyai jantung hati. Berikut berita yang boleh dikongsi bersama dengan pembaca di ZoOMartis dan Facebook Fan :

Siapa ‘S’ dihati Fida ?

Selepas putus cinta dengan pelawak Mamat (Sepah), pelakon Rafidah Ibrahim, 25, (Fida) mengakui sudah menemui pengganti dan kini sedang menjalin hubungan dengan seorang usahawan yang dikenali sebagai ‘S’.

Fida berkata walaupun dia sudah mengenali lelaki berusia 30-an itu kira-kira satu tahun setengah yang lalu, mereka hanya mula rapat selepas dia berpisah dengan Mamat pada awal Oktober lepas.
“Kalau diikutkan saya sudah mengenali ‘S’ sebelum berkawan dengan Mamat lagi.

Disember 19, 2011

Gambar Abby Abadi Bertudung Ketika Bersama Ustaz Azhar Idrus

Hari demi hari berlalu tanpa menunggu cadangan atau rancangan seseorang, begitu jugalah perjalanan kehidupan kita. Walaupun pelbagai rintangan dan dugaan yang datang kehidupan perlu diteruskan kerana dihadapan sana sudah pasti ada sesuatu yang perlu kita bawa menjadi bekalan.

Kisah terbaru mengenai artis kita yakni Abby Abadi yang masih segar mengenai gossip perpisahan beliau dengan bekas kekasih (ZUL) ialah mengenai gambar beliau bertudung dalam satu majlis yang dihadiri oleh ustaz Azhar Idrus.

Julai 22, 2011

Almy Nadia Patah Jadi Kaki


Menurut info daripada akhbar online Almy Nadia dikatakan terpaksa bertongkat kerana jari manis kaki beliau patah kerana tersadung pada pintu di rumah keluarga beliau. Dan ZoOM turut terkejut kerana beliau tidak sedar jari manis beliau telah patah, malahan sempat berada di set pengambaran.

Kecederaan kaki beliau bertambah serius kerana sekali lagi tersadung kerusi ketika berada di Kuala Lumpur sehingga memaksa beliau membuat pemeriksaan di Hospital kerana semakin membengkak.

ZoOM : Semoga beliau cepat sembuh dan kembali menjalankan tugas yang telah diamanahkan.
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Julai 17, 2011

Gossip Abby Putus Cinta @ Tunang ?

Alahai kenapa sampai macam tu sekali (Kalau Betul) sebab daripada bait-bait kata dalam Fan Facebook Abby macam ada sesuatu yang menjadi persoalan.

Dan berikut ayat-ayat yang sempat ZoOM "Copy & Paste" untuk tatapan anda, Apa kata anda mengenai kata-kata yang di type didalam Post Fan Abby ni.


Abby Abadi Lurvly Fanpage
Pagi ni dgn rasa rendah diri, sy nk minta maaf pd smua, atas sgala ksilapan n kekhilafan sy slama ni,... baik dr segi perbuatan mahupun percakapan. (maafkan sy k Sy juga seiklas hati, ingin memaafkan sesiapa saja yg pernah melakukan ksalahan pd sy, tmasuk 'kwn baik' sy  & pd bekas suami n bakal isterinya, sy maafkan anda bdua, moga bahagia bsama ke akhir hayat. Doakan yg terbaik utk sy & ank3 :,(


ZoOM : Kalau boleh janganlah berkesudahan macam tu sekali, Memey sudah pasti senyum jika semuanya benar belaka..Apa komen anda ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Julai 09, 2011

Gambar Jue Aziz Bertudung


Sekali pandang memang kita tidak akan kenal gadis yang memakai tudung warna merah jambu ni, tidakdapat dipastikan beliau memakai tudung ini ketika dalam pengambaran. Namun apa yang ingin ZoOM katakan beliau memang cantik dan ayu jika memakai tudung.

Jika suatu hari nanti beliau memakai tudung ZoOM adalah orang pertama yang akan mengucapkan tahniah kepda beliau.


ZoOM : Apa Kata anda ?
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Julai 08, 2011

Video Yuna di Laman Web Perez Hilton


Jarang sekali kita dengar artis kita dengar artis kita berada di Luar Negara, paling tidak pun dekat Asia sudah memadai bagi mereka mengembangkan sayap. Dan kadang-kadang kita melihat dan mendengar artis Malaysia beraksi untuk membuat persembahan.

Namun bagi artis bernama Yuna ini terlalu banyak pengalaman yang ditimba dan diterimanya sepanjang berada diluar Negara. Terbaru lagu beliau menyanyikan semula lagu Nirvana dan terpampang dilaman web Perez Hilton.

Dan berikut link yang anda boleh dengar dan saksikan sendiri lagu dan komen si pendengar dilaman web tersebut : Perez Hilton

Jun 07, 2011

Shahir AF8 retak tulang tangan akibat terjatuh di bilik air

Sehingga hari ini ramai penulis dan pembaca blog bercerita mengenai Shahir AF8 ini yang digossipkan dengan Rozita Che Wan kita. Namun hari ini berlainan daripada hari sebelumnya kerana beliau dikatakan retak tulang tangan akibat terjatuh di bilik air semasa mandi. Entah macam mana ceritanya kerana pihak wartawan sendiri gagal menghubungi beliau untuk bertanyakan soalan kisah di bilik air ini.

Namun gambar ini sudah cukup menjadi bukti dan bualan anda diluar sana mengenai juara Akademi Fantasia 8 ini.Sebenarnya ZoOm teringin juga nak menonton filem "Karak" lakonan Shahir ni, tetapi dek kerana gossip-gossip diluar sana mengatakan ada yang tak kena dengan filem ni terpaksalah tunggu cerita ni keluar di kaca tv je.

ZoOM : Jika ada yang sudah menonton filem "Karak" Share-lah dengan pembaca di ZoOMartis Dot Net @ FAcebook.
Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Mei 12, 2011

Gossip Saida Curang Kepada Suami !?

Entah betul ke tidak tetapi pagi-pagi buta ZoOM terbaca akhbar Mstar yang bercerita mengenai kisah dan kes penceraian Saidah dan suami. Menurut suami Saida, beliau pernah terjumpa seorang lelaki bernama Hafiz Che Mat didalam sebuah kereta malahan terbaca sms yang berbaur satu hubungan yang istemewa seperti "Sayang, rindu dan sebagainya".

Malas nak komen panjang-panjang sebab kes mahkamah...namun berikut ZoOM sertakan Statement@jawapan suami Saida mengenai kes mereka.


"Saya telah tanya pada lelaki itu jika dia tahu Saida adalah isteri saya? Waktu itu, Saida menjawab lelaki itu mahu memulangkan telefon bimbit miliknya. 
"Saya rampas telefon bimbit tersebut dan jumpa khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi perkataan seperti sayang, rindu dan sebagainya," katanya di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu. 
Lelaki tersebut kemudiannya memberitahu bahawa dia mempunyai bukti iaitu bil telefon menunjukkan Saida yang juga kakak kepada penyanyi popular, Datuk Siti

Mei 06, 2011

Pelawak Pak Uda atau Zami ismail Masuk ICU kerana jangkitan kuman pada paru-paru


Inilah gambar Pak Uda @ Zami Ismail yang kini bertarung nyawa di wad ICU di Hospital Ampang, setelah sekian lama menghiburkan kita dengan lawak-lawak beliau. Marilah kita bersama-sama mendoakan semoga Pak Uda sembuh. Insyallah dengan doa anda Pak Uda akan sembuh semula daripada penyakit beliau.



Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

April 28, 2011

Bob Lokman Tinggalkan Dunia Lakonan Dan Hiburan

Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman akan meninggalkan dunia hiburan kita kerana sudah tidak mempercayai dunia hiburan yang dianggap penuh dengan 1001 cerita disebaliknya. Memang tidak dinafikan tapi bagi ZoOM tidak semua yang terlibat dalam industri kita mempunyai perangai yang sama.
Kemuncaknya pelawak dan pelakon kita ini akan meninggalkan dunia glamour yang selama ini diceburinya selama bertahun-tahun lamanya. Suka duka dalam industri hiburan sudah pasti akan menjadi ingatan dan sebutan lidah beliau selagi berada dimuka bumi ini. 
Memang sedih sebab kita kehilangan seorang lagi pelawak dan pelakon yang berbakat dalam dunia hiburan kita.Dan berikut jawapan beliau ketika ditanya oleh wartawan :
"Saya membuat keputusan untuk bersara kerana mendapati selama berkecimpung dalam dunia seni, banyak perkara yang tidak elok berlaku dalam bidang itu.
"Lagipun saya merasakan sekarang tibalah masanya untuk saya beralih menjadi seorang pendakwah," katanya kepada mStar Online, di sini, Rabu.
ZoOM : Apa Komen Anda Mengenai Topic Ini ?

Februari 11, 2011

Mohd Juara Mentor Belum Terima Hadiah RM100 Ribu !

Dia belum lagi menerima wang tersebut kerana berhadapan dengan kerenah prosedur dari badan yang sekarang memegang wang tersebut, iaitu Amanah Raya.

Mohd mengalami kesukaran mengambil wang itu kerana ibunya yang juga dinamakan sebagai pemilik bersama wang itu meninggal dunia seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun lepas dan wang itu terpaksa dikategorikan sebagai harta pusaka.

Mohd juga berharap pihak yang berwajib akan menyelesaikan kes ini dengan kadar segera dan memahami situasi dirinya sekarang.
Apabila ditanya tentang perancangannya wang tersebut, Mohd menyatakan dia mahu menggunakan sebahagian daripadanya untuk membuat modal perniagaan runcit di sebuah lokasi ibu kota.



Info : Mstar


ZooM : kesiannya kenapalah susah sangat nak keluarkan duit dari Amanah Raya ni, dan untuk makluman bukan Mohd je yang menghadapi apabila berurusan dengan Amanah Raya, terutamanya jika seseorang pemilik itu telah meninggal dunia. Nak buat macam mana dah prosidur dia macam tu kita ikut je sebab pengguna tetapi Amanah Raya kena ubah konsep sedikit bagi mengelakkan terlalui banyak prosidur yang kena ikuti jika ingin mengeluarkan harta/duit.

Januari 31, 2011

Yusry KRU Bakal Menjadi Pensyarah Uitm !!

Entah betul ke tak sebab ini cuma cerita yang ZoOm dapat daripada seorang penulis blog yang bercerita dan mendapat info mengatakan Yusry KRU menerima tawaran menjadi pensyarah di Uitm. Walaupun tidak mempunyai kelulusan yang melayakkan beliau menjadi pensyarah tetapi kalau di ambil kira dengan pengalaman beliau memang layak.

ZoOm pun tak arif sangat mengenai cerita ni cukuplah sekadar berkongsi dengan anda di ZoOmartis kisah yang belum diketahui mengenai artis kita di Malaysia Khasnya.

Berikut gambar yang ZoOm sempat copy dan crop untuk anda.
ZoOm : APa Kata Anda pula ?

Januari 29, 2011

Artis Malaysia Mangsa Minyak Dagu Jejaka Warga Kemboja !?

Kesian dan kenapalah jantan-jantan diluar sana suka benda-benda syirik ni, kerana nafsu semata-mata ada orang yang sanggup menggunakan ilmu hitam untuk kepuasan sendiri. Berita terbaru di surat khabar Metro mengatakan seorang artis sanggup meninggalkan suami dan anak serta keluarga kerana penangan seorang jejaka yang berasal daripada kemboja. Tak tahu pula jika artis yang pernah mengalami kisah gelap ini sudah berkahwin dengan jejaka kemboja tersebut atau tak.Kesian juga ZoOm baca cerita artis ni, nak tau lebih lanjut ZoOm ada sertakan berita daripada akhbar mengenai artis ini

Januari 26, 2011

Kisah Artis : Zizan Nin Ke Mahkamah Untuk Ambil Kad Nikah

Kalau sebelum ini ZoOm pernah "Post" mengenai keluarga Zizan Nin yang dikatakan sedang menghadapi masalah. Namun setelah beberapa lama beliau mendiamkan diri akhirnya Zizan tampil menjawap segala tomahan dan pandangan sesetengah pihak termasuk ZoOm sendiri ( Daripada Info Tau ).

Semoga apa yang beliau katakan pada wartawan Mstar benar belaka, semoga pasangan ini bahagia hingga ke akhir hayat dan tidak seperti yang digembar gemburkan oleh ramai pihak terutamanya di alam maya yang luas dan mudah dicari.

Berikut sedikit "Statement" ketika Zizan ditanya oleh wartawan :

“Saya percaya ustaz lebih arif dalam memberi nasihat dan pandangan perihalsuami isteri selain daripada ibu bapa kami sendiri.

Januari 20, 2011

Kamal Adli Tangguh Kahwin Dengan Intan Ladyana



Maklum sajalah saham tengah naik dan tawaran daripada pengarah dan penerbit melimpah ruah, namun bagi ZoOm keputusan yang Kamal Adli ambil untuk mencari bekalan sebelum menempuh alam perkahwinan adalah yang terbaik dan betul. 


Sebelum menempuh alam perkahwinan kita perlu bersiap sedia dari segi mental dan zahir selain daripada bekalan yang mesti ada yakni duit untuk kemudian hari.


Bagi anda yang sudah mendirikan rumahtangga sudah pasti akan bersetuju dengan pandangan dan pendapat ZoOm ini. Setiap bulan bagi yang telah berkeluarga perlu merancang dan mencari duit bagi memastikan semua keperluan dapat dipenuhi apatah lah jika sudah mempunyai anak.


Dan berikut "Statement" Kamal mengenai cerita dia dan kekasihnya :

Disember 28, 2010

Penjelasan Shahir AF Dalam Video Untuk Peminatnya

Setelah sekian lama mendiamkan diri walaupun dicemu dan di fitnah oleh orang yang hanya tahu mengambil kesempatan. Artis bernama Sahir ini tampil dengan satu video yang ZoOm jumpa dari sebuah laman gossip popular untuk dikongsi bersama pembaca di ZoOmartis.


Ikuti video jawapan Shahir untuk tatapan peminatnya di bawah : 

Disember 10, 2010

Siti Sarah Raisudin dan Shuib Sepah dan bertunang !!

Akhirnya Shuib Sepah mengaku sudah mengikat tali pertunangan dengan Siti Sarah, walaupun desas desus mengenai pasangan ini sudah mendirikan rumahtangga. Semoga pertunangan akan berakhir di jinjang pelamin indah mereka. Ikuti "Statement" Shuib mengenai dia dan tunangnya.