Memaparkan catatan dengan label Intan Ladyana. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Intan Ladyana. Papar semua catatan

Mac 30, 2011

Gossip Kamal Adli Bersekedudukan Dengan Intan Ladyana !!

Boleh tahan juga gossip yang melanda pasangan kekasih ini, mana tidaknya kisah mereka sampai keperingkat yang mengata tinggal bersama dalam satu bumbung walaupun belum mempunyai apa-apa hubungan. ZoOm kagum dengan sikap pasangan ini kerana tidak mudah melenting dengan gossip panas yang mengaitkan mereka.

Dalam gossip tersebut mengatakan Kamal bersekedudukan dengan Intan di sebuah kondominium di Ampang Selangor.

Dan dilampirkan jawapan anak gadis ini mengenai gossip panas yang melanda !! :



"Dakwaan yang mengatakan saya tinggal serumah dengan Kamal adalah tidak betul sama sekali. Kamal tinggal bersama keluarganya.
"Memang tidak betul sangatlah kalau ada yang mendakwa kami tinggal bersama

Januari 20, 2011

Kamal Adli Tangguh Kahwin Dengan Intan Ladyana



Maklum sajalah saham tengah naik dan tawaran daripada pengarah dan penerbit melimpah ruah, namun bagi ZoOm keputusan yang Kamal Adli ambil untuk mencari bekalan sebelum menempuh alam perkahwinan adalah yang terbaik dan betul. 


Sebelum menempuh alam perkahwinan kita perlu bersiap sedia dari segi mental dan zahir selain daripada bekalan yang mesti ada yakni duit untuk kemudian hari.


Bagi anda yang sudah mendirikan rumahtangga sudah pasti akan bersetuju dengan pandangan dan pendapat ZoOm ini. Setiap bulan bagi yang telah berkeluarga perlu merancang dan mencari duit bagi memastikan semua keperluan dapat dipenuhi apatah lah jika sudah mempunyai anak.


Dan berikut "Statement" Kamal mengenai cerita dia dan kekasihnya :

Mei 28, 2010

Intan Ladyana Pakai BMW 1 Series !!

Berkat kerja keras beliau di dalam arena seni tanah air, gadis bernama Intan Ladyana ini mahu memberitahu kepada pihak diluar sana bahawa mereka mampu memiliki harta yang berharga dalam hidupnya.Dengan GAH anak gadis ini pasti menjadi perhatian terutamanya kereta yang dipandunya yang selama ini akan menjadi kebanggaan sesiapa sahaja yang memilikinya di jalan raya.


Kereta yang dikatakan dibeli olehnya dengan hasil bantuan ibu kandungnya. dan BMW ini  berharga lebih kurang RM130,000.


Apa kata anda ?

September 27, 2009

(Gossip) Intan Ladyana: Kamal tidak romantik! !!


GOSIP percintaan antara pelakon Intan Ladyana dan Kamal Adli mungkin telah diketahui umum, namun sehingga kini kedua-duanya masih gemar menyembunyikan tentang status sebenar hubungan antara mereka.

seperti biasa, Intan lebih selesa mengatakan dia dan Kamal masih lagi di dalam proses mengenali antara satu sama lain.

"Kami masih lagi dalam proses mengenali antara satu sama lain di mana saya memilih untuk lebih mengenali dia terlebih dahulu sebelum membuat keputusan yang lebih jauh.

"Buat masa ini, dia (Kamal) baik sahaja, senang untuk berkomunikasi dengan dia kerana masing-masing terlibat dalam bidang yang sama dan dia memahami saya.

"Apa yang boleh saya katakan di sini kedua-dua kami masih lagi dalam peringkat untuk mengenali hati budi masing-masing," kata Intan.

Intan dan Kamal menjadi rapat setelah masing-masing berlakon di dalam drama bersiri Bio-Nik keluaran KRU Studios dan sejak beberapa bulan lalu mereka mula mengenali hati budi masing-masing.

"Kamal seorang yang gila-gila, tetapi dia tidak romantik dan saya tidak menghadapi sebarang masalah ketika bersama dia.

"Tetapi saya tidak meletakkan sebarang had waktu untuk kami terus mengenali kerana setiap hari ada perubahan yang berlaku dan kita belum tentu tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan," jelasnya.

Intan juga mengatakan dia kini semakin berhati-hati dalam setiap apa yang dilakukannya kerana tidak mahu menghadapi sebarang masalah yang akan menganggunya dan dia juga tidak mahu memberi komen lebih tentang hubungannya dengan Kamal Adli.

"Sekarang saya lebih berhati-hati dalam setiap apa yang saya lakukan, saya berhati-hati dalam berkata-kata, perbuatan, hubugan cinta dan pelbagai lagi.

"Mengenai hubungan saya dan Kamal, saya tidak berani untuk komen lebih, kerana saya tidak target apa-apa... kalau ada jodoh kami, ada... kalau tidak ada, jadi tidak adalah jodoh kami.

"Tetapi sekarang ini, alhamdulillah saya gembira berkawan dengan Kamal," kata pelakon jelita ini menutup persoalan yang diajukan.

Zoom Komen: Tak Romantik !!!! Tak Lama lagi romantik la tue..Biasalah Kumbang ni pemalu sedikit..Kalau dah dapat baru tentu semakin rajin la si kumbang yang tengah mekar ini.. Apa Komen U alls ?

Ogos 31, 2009

(Gossip) Intan Ladyana bercinta dengan Kamal Adli?


setelah Intan Ladyana berpisah dengan Kevin Zahri muncul pula gosip panas yang mengatakan Intan Ladyana tengah hangat bercinta dengan Kamal Adli. kesahihan gosip tersebuat masih lagi menjadi tanda tanya.
Kita dengar apa kata Intan Ladyana mengenai gosip tersebut!.

“Gosip dengan Kamal...sebagai artis memang tipu lah kalau artis itu tidak dilanda gosip kerana ikutkan gosip di Hollywood lagi teruk.

“Bagi saya, biasa saja apabila digosipkan dengannya kerana saya dan dia memang rapat tetapi tak berani nak kata yang kami sedang bercinta.

“Bukan apa, saya takut tak jadi. Kalau saya boleh rahsiakan, saya akan rahsiakan dulu kerana tak nak malu nanti..,”

Selain itu Intan Ladyana juga mengaku yang beliau telahpun mempunyai penganti Kevin Zahri, Intan dengan penuh ceria berkata dia masih mempunyai waktu untuk menghabiskan masa dengan keluarga dan ‘tetttt’ sambil menekan jari telunjuk di meja seolah-olah menekan butang.

Ditanya apakah maksudnya itu, adakah ‘si dia’? Dia hanya menjawab, “Kalau ‘tettt’ tu sudah tentu la..”


Wah! nampaknya Intan Ladyana sudahpun mempunyai teman lelaki baru, tapi siapakah jejaka yang bertuah itu? ianya masih lagi menjadi tanda tanya, kira tunggu je la...

Mei 29, 2009

(Gambar) Intan Ladyna & Hottie-Hottie’nya Yang Smoking Hot


Berapa banyak hot daa? Terbaru, gambar Intan Ladyna bersama Mona Hafiraniza, awek pelakon iklan Celcom yang pernah popular dengan dialog ‘Awak nampak birulah’ di’papar’kan di’sini untuk tatapan anda.

Mona Hafiraniza, merupa’kan gadis yang memakai baju berwarna hitam konon’nya telah berkahwin (tak pasti lagi). Merembes juga’lah kami apabila melihat setiap gambar ini, bukan apa, ‘Awak nampak ….(isi’kan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai di’ruangan komen)’. Lagi gambar selepas ini…


Mei 18, 2009

( Gossip ) : Intan Ladyana Anggap Kamal istimewa ??


TIBA-TIBA nama Intan dikaitkan dengan seorang pelakon baru. Kamal Adli namanya. Dan pelakon yang mula dikenali sebagai pengacara itu juga adalah pasangan Intan dalam drama Bio-Nik yang akan bersiaran mulai esok di TV3.

Sudah ada mata yang melihat kemesraan Intan dan Kamal. Malah sudah ramai yang bertanya apakah status hubungan keduanya.

Sementelah sebelum ini Intan menjalinkan hubungan dengan Kevin Zahri, seorang selebriti yang pernah dilantik menjadi penasihat pemakanan dan kecergasan untuk para pelajar Akademi Fantasia 4 (AF4).

“Dia memang istimewa.” Demikian akui Intan terhadap hubungannya dengan Kamal. Namun tegas pelakon manis yang popular menerusi drama Puteri dan Jelapang ini, buat masa ini dia lebih senang menyimpulkan hubungannya dengan Kamal sebagai teman rapat.

“Ya! Saya berkawan dengannya. Dia istimewa tetapi belum sampai melibatkan hati dan perasaan,” tegas Intan.

Masih mencari keserasian bersama dan lebih penting, kata Intan, mereka masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

Mula mengenali Kamal sejak akhir tahun lepas apabila bertemu di lokasi Bio-Nik, sejak itu keduanya bertambah mesra dan Intan mengakui selalu keluar dengan jejaka itu.

“Saya senang bersamanya,” kata Intan.

Biar bersikap berterus terang terhadap kehidupan peribadinya namun kata Intan, dia sebenarnya lebih gemar bercerita tentang kerjaya.

Sama seperti sewaktu dia menjalinkan hubungan cinta dengan Kevin. Jarang sekali keluar cerita mahupun gambar mereka berdua bersama kecuali sesekali apabila keduanya muncul di majlis atau fotografi khususnya untuk keluaran Hari Raya.

“Saya dan Kamal memang rapat dan saya senang bersamanya kerana kami ini satu kepala. Selalu lepak bersama kalau ada masa terluang,” kata Intan mengenai hubungannya dengan Kamal.

Apa pun Banyak2 bersabar ramai lagi lelaki kat luar tu...contohnya kamal tue... Good luck Intan...

bila pulak nak makan nasi minyak...

Info : Utusan Malaysia