Memaparkan catatan dengan label Gambar Actress. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gambar Actress. Papar semua catatan

Disember 26, 2010

Dina Malaysian Idol Berjaya Turunkan Berat Badan 14 KG !!!

Dina Sebelum kot :)

Tahniah Dina MI kerana berjaya menurunkan berat badan daripada 99kg kepada 85kg, penangan usikan kawan-kawan menyebabkan Dina nekad menurunkan berat badan dengan bersenam di GIM.


Malahan sindiran yang selalu diibaratkan menjatuhkan orang lain jika kena pada tempatnya sudah pasti akan membuahkan hasli yang membanggakan.

Januari 08, 2010

(Cerita Artis) Stacy belajar di Universiti Lim Kok Wing pada Februari ini



Hasrat untuk menyambung pelajaran yang tergendala sekian lama kini menjadi kenyataan bagi Stacy apabila dia bakal menjadi penuntut di Universiti Lim Kok Wing pada Februari ini.

"Saya bakal sambung pelajaran tahun ini. Saya sangat bersyukur kerana hasrat yang saya simpan selama ini menjadi kenyataan.

"Kalau dulu tak berpeluang nak sambung sebab ada banyak hal, sekarang saya rasa masa yang sesuai untuk belajar semula.

"Dari tahun lepas sebenarnya saya sudah rancang dan buat persiapan yang patut. Bulan Februari ini saya akan mendaftarkan diri di Universiti Lim Kok Wing dalam jurusan Sound and Music.



Baca Selanjutnya

"Lagi pula usia saya ini memang sepatutnya masih belajar lagi," ujar Stacy dengan nada yang cukup gembira.

Gadis 19 tahun ini turut mengakui bahawa pelajaran merupakan salah satu tangga untuk berjaya pada masa hadapan walaupun kini dia sis yang sudah bergelar artis.

Zoom: Baguslah kalau stacy sudah pandai memikir masa depan...jangan macam sesetengah artis yang hanya menumpukan karier dalam bidang muzik sahaja...!!!

Ogos 14, 2009

(Gambar) Juliana Evan dan Diana Danielle Adik Beradik ke?


Kalau tengok sekali muka diana dan Juliana ni macam adik beradik je..Apa pendapat u alls mengenai dua artis ni.Kalau Zoom si Juliana ni lagi cantik and sweet..Nie pakai make up..kalau tak pakai make up macam mana ntah..Jap lagie zoom upload gambar artis tanpa make up :) heheheheh kita tengok saper yg kene...

Ogos 11, 2009

(Gossip) Manjanya Shila Peluk Tomok !!!



Dah Lama tak buat Goosip mengenai Tomok ni,Semenjak Dah Jadi Jutawan.Ni gossip terbaru mengenai Artis Jutawan Kita ni..Ni arr manjer nyerrr si Shila Possing dengan Tomok..Tak per Shila ni mana-mana jer pergi ada je Mama dier..Tak da la risau sangat ...Anak Mak la katakan..Apa pun apa komen u alls mengenai Jutawan Muda kita ni..

Ogos 08, 2009

(Gossip) Fasha Sandha Dengan Kekasih di Litar !!!!



Zoom Dapat Kat cari Gambar ni,Ni acara kat merdeka millennium endurance race tak silap...apa pandangan U alls mengenai Gambar ni...Semacam Jer Pasha NI bergambar Dengan Jejaka Baju Biru ni..APa pun korang komen la..dah letih komen si pasha ni..

Ogos 07, 2009

(Gambar) Melisa Saila & 3 org anaknya




Melissa Saila , 37 tahun yang baru sahaja melahirkan anak ketiganya pada 16 Jun lalu belum habis pantang tatkala penulis dan jurugambar ke rumahnya baru-baru ini. Namun begitu, dia tetap memberikan kerjasama yang baik. “Saya jenis yang aktif dan tak suka duduk diam. Kalau ‘berehat’ terlalu lama, saya akan mula sakit-sakit,” ujarnya sambil menyambung cerita tentang bayi barunya Zahrah. “Saya bersyukur kerana anak ketiga saya, Zahrah selamat dilahirkan. Yang seronoknya sebab Zahrah lahir dengan berkongsi tarikh yang sama dengan abangnya Zain. Jadi, nanti bolehlah menyambut ulang tahun sekali.

“Buat masa sekarang, rasanya cukuplah dahulu dengan tiga orang cahaya mata. Bukan nak merancang cuma kalau boleh saya mahu melihat mereka membesar dan beri perhatian sepenuhnya sebelum memikirkan untuk menambah ahli keluarga baru,” kata Melissa yang melahirkan anak ketiga ini secara pembedahan sama seperti anak pertama dan keduanya.

Akuinya, selepas berpantang dia akan meneruskan kembali karier nya dalam bidang seni. Melissa yang sebelum ini pernah berlakon dalam teater P. Ramlee Muzikal musim ke2 kini mengorak langkah ke hadapan apabila membuka sebuah syarikat produksinya sendiri dengan suaminya, Megat Fauzi.

“Segala-galanya bermula ketika kami menyertai satu pertandingan filem pendek sekitar 2007 yang mana suami menulis skrip untuk filem tersebut. Dari situ timbul minat nak buka syarikat produksi sendiri. Alhamdulillah, kini kami sudah pun memilikinya yang diberi nama Kus Semangat Aktor Sdn. Bhd dan bakal beroperasi di Taman Tun Dr Ismail tak lama lagi.

Zoom COmment : Dah ada Anak Tiga,dah ok la tue..ada yang dah kahwin lama dah tapi dapat sorang pun tak der...Tahniah untuk anda semoga menjadi seorang ibu yang baik walaupun sibuk berkerja...U alls pun same la..Ibu2 yang baca Zoom !!! :P

Julai 30, 2009

(Gambar) Ahya, Anak Normah Damanhuri !!!

Korang Sure taktau kalau based nama Normah Damanhuri kan..Kat atas ni Ibu dan anak...Korang Layan la Gambar Anak Normah Damanhuri Kat bawah ni...Awek2 Ibuk2 Jangan Tergoda dah...Nak goda boleh minta permisi denGan Ibukk Nya dulu Yahh




Julai 24, 2009

(Hot News) Gambar Bogel Mawi !!!!!


KUALA LUMPUR: “Sebagai artis, penyebaran gambar itu memang mengaibkan,” kata Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani, 28, berhubung gambar bogel disebarkan di Internet yang didakwa penyanyi bergelar Raja SMS itu.

Menurut Mawi, dia dimaklumkan rakan gambar berkenaan disebarkan pihak tidak bertanggungjawab sejak dua tahun lalu.

“Saya mengetahuinya menerusi seorang kawan dan saya ketawa besar ketika melihat gambar berkenaan. Memang isu gambar ini pernah diperkatakan sekitar dua tahun lalu. Begitupun, tiada siapa daripada pihak media bertanya kepada saya mengenainya.

“Begitupun, kini mungkin ada pihak cuba mengeksplotasi kembali gambar itu.

“Selepas timbul semula isu ini, saya berasa ia langsung tidak masuk akal dan percaya ada pihak mahu mengaibkan saya termasuk isteri dan keluarga, biarpun ada rakan dan ahli keluarga sudah mengetahui mengenai gambar ini.

Kalau dilihat dengan teliti, gambar berkenaan langsung tidak menyamai susuk badan saya. Ternyata ia satu teknik superimpose (pertindihan imej) dilakukan mereka yang tidak bertanggungjawab,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) itu memaklumkan, sebagai artis, dia sentiasa menjaga tingkah laku dan tidak mahu langsung dikaitkan dengan pelakuan negatif seperti itu.

“Mereka yang melakukan perkara ini seolah-olah tidak mempunyai kerja lain. Saya sendiri tidak mahu terlalu memikirkan perkara ini. Memang sukar membendung perkara seperti ini. Apatah lagi, apabila membabitkan teknologi,” katanya.

Biarpun ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar berkenaan, Mawi percaya sokongan peminat dan ahli keluarga kepadanya tetap tidak berbelah bahagi.

Mawi juga lebih selesa berbicara dan memberi tumpuan kepada perjalanan operasi syarikat miliknya, MW Entertaiment Sdn Bhd yang sehingga kini sudah menghasilkan beberapa program televisyen, antaranya telemovie untuk hari raya, Rumah Baru, Bini Baru, Baru Raya yang turut menampilkan lakonannya bersama isteri, Nor Asikin atau Ekin.

Di samping itu, dia baru saja memulakan rakaman program televisyen iaitu Langkah Mawi memasuki musim kedua yang menjalani penggambaran di Melbourne, Australia.
Mawi berkata, jika tiada aral dia dijangka berpuasa di Sri Langka atau India pada Ramadan ini.

Zoom Comment: Gambar Boleh la super Impose...Kalau Video Macam mana Pulak..Cerita Panas mengenai Video tersebut dah senyap...Yang Terbaru Cerita Kat atas ni,Kesian Raja SMS kita ni..Tak Habis satu ..Satu LAgi...Dengki Betul Korang ni kat MAwi..Sabar La Mawi,Bebudak tu dah tak ada keje la tu...

Julai 23, 2009

(Gambar)Jom Tengok Wanita-Wanita Cantik Malaysia

Memandangkan post ni post cuci mata aja, huhu tak nak komen banyak-banyak, hang pikiaq la sendiri. Antara artis-artis yang ada dalam gambar ni adalah Ezlynn, Farah Asyikin, Fasha Sandha, Fauziah Ghous, Irma Hasmie, Juliana Evans, Ning Baizura, Nora, Nora Danish, Ziana Zain dan ramai lagi.




(Celebrity News) KOnsert Sifu M.Nasir Di Tunda !!!


Kesian Juga tengok Sifu M.Nasir Nie,Dahlah prepare 30buah lagu untuk peminatnya.Last-last Konsert di stadium keramat, Stadium Negara, Kuala Lumpur di Tunda Selepas Raya..Menurut Sumber Konsert solo M.Nasir Terpaksa di tunda kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.

Pengarah Promosi Maya Axis Creative, Rohani Ismail, konsert berkenaan terpaksa ditunda berikutan permintaan penaja yang memerlukan masa untuk mengatur semula strategi penajaan dan pemasaran konsert solo penyanyi itu.

Tak per la Sifu ..Mungkin ada hikmah disebalik kelewatan Konsert Solo hari sabtu ni.Kami Warga Zoom Mendoakan semoga konsert yang akan datang berjalan dengan Jayanya..

Julai 14, 2009

(Gossip) Memey Cintakan Norman ? Nak Kahwin ?


Memey secara jujur turut memberitahu tiada orang lain dalam hidupnya sebaliknya seorang duda bernama Norman.

Walaupun ada keserasian di antara mereka tetapi untuk membuat keputusan berkahwin bukannya mudah.

Malah Memey juga tidak mahu terburu-buru sama ada untuk berkahwin ataupun bertunang terlebih dahulu. Bukan apa, buat masa ini mereka dalam proses untuk mengenali hati budi selain memikirkan soal berumah tangga.

Kata Memey, kahwin mungkin mudah tapi tanggungjawab yang bakal dia pikul sebenarnya tidak semudah yang difikirkan.

“Tanggungjawab sebagai isteri agak berat. Kalau ada jodoh saya dengan Norman, anak-anaknya juga perlu menjadi sebahagian daripada hidup saya.

“Dalam masa yang sama juga saya perlu memberi perhatian yang lebih kepada suami dan rumah tangga sedangkan ketika ini saya mahu serius dalam bidang seni.

“Tetapi saya mengaku buat masa ini saya lebih selesa untuk keluar dengan Norman kerana dia bukan lagi suami orang,” katanya.


Zoom Comment: Alahai Memey,Kahwin Je la terus Dik...Nak Tunggu Apa Lagi..Dah Satu Malaysia Tahu..Kalau dah Kahwin Hilang Dah gossip2 tue..Kalau Berkepit kiri kanan lagi la rancak Blogger @ web @ Media2 ni :P Betul Tak U alls :P

Julai 13, 2009

(Celebrity News) Tam Spider Bertunang 9 ogos ?


Citer ni zoom dapat kat Kosmo..Kalau dah dalam Paper tue confirm la betul..Dalam Blog ni macam-macam ada..Apa Pun zoom Admin Mendoakan semoga Pertunangan berjalan dengan lancar..Kalau boleh kawin la cepat2 nanti melepas la pula..Anak Tam PUn dah besar,kalau ada ehem baru boleh la jaga bebudak tue kan :P

(Info) Tam bakal bertunang dengan gadis dariPontian, Johor yang bertugas sebagai pegawai perhubungan awam di sebuahsyarikat korporat. Nama gadis berusia 28 tahun itu ialah Aida Mustapha.

Julai 07, 2009

(Gambar) Possing dan Senyuman paling menarik ?


Diantara Gadis-gadis gebu dan Mantap kat atas ni siapakah yang mempunyai senyuman dan possing yang menarik di mata anda ? kalau zoom la senyuman sebelah kiri sekali dan possing yang kat tengah ni :P Memang Mantop and meletop aweks2 kat atas ni erkk...apa2 pun U alls layan la gambar ni k..nak ronde2 jap kat blog or web lain :) Watchaaa

Julai 05, 2009

(Celebrity News) Gadis "Fahrin Ahmad"?


LANGKAH Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, 26, atau mesra disapa Scha dalam dunia hiburan semakin laju. Mula dikenali menerusi watak Dania dalam drama bersiri Awan Dania, dia yang petah berbicara kini mendaki kariernya sebagai pengacara dan pelakon serentak.

Memberitahu Julai ini jadual kerjanya masih padat, kata ‘gadis Fahrin Ahmad’ ini, dia sibuk menjalani penggambaran filem Libas arahan Jurey Latif, bertarung karakter dengan Rosyam Nor.

Dalam masa yang sama, dia sibuk mempromosi saluran Mustika milik Astro yang baru memulakan pakej terbaru mereka.

Ditanya tentang pengundurannya daripada mengendalikan program Sehati Sejiwa terbitan RTM, kata Scha ia bukan kerana perselisihan faham.

“Tapi selepas dua musim, saya yang minta undur diri kerana tidak mahu membebankan mereka dengan komitmen saya,” kata Scha.

Julai 04, 2009

(Gambar) Sexy Wan Maimunah dlm Tanggang!!




Zoom Comment : Alahai AKak Wan Maimunah, Mana Tudung nyerr...dah hilang? bukan tudung dah hilang tapi kain pun dah tinggal sikit..Cover-cover la sikit kak...Zoom mmg tabik spring dengan wan maimunah dlm menghayati watak..Tapi nak buat macam mana kita kan ada agama,kena la faham...Oklahh korang komen lah akak sorang ni erkk

(Gambar) Adam Corie Lee & isteri..


Alhamdulillah Semoga Anda BErdua Bahagia Sehinga Akhir Hayat..Lama Tak tengok Corie berlakon..Ada Filem Baru ker? korang tau tak Filem atau Drama apa ?

Comel Juga Isteri dia erk...

Julai 03, 2009

(Gossip) Gambar Lana Nordin Nampak Lurah ?


Zoom Tak Tau Apa Nak Isu Mengenai Artis Pamela Anderson Malaysia ni..Makin Lama Makin PUsh Up PUlak DIer..Korang Layan Jer La Gambar Dia nie..Tak LArat Nak BUat Topic Bab DIer..Korang Comment JEr la erkk....!!


Julai 01, 2009

(Gossip) Gambar stacy Yang Sexy Pakai Skirt Pendek ?



Huh Makin Lama Si Stacy Ni Makin Berani,Tak per la dik dia bukan Islam boleh la pakai macam tue.Kalau macam artis2 kita yang beragama islam tue..Lagie sexy dah jenuhh Zoom Post dalam Blog Ni Bab artis2 kita Yang Meletop..Yang Single..Yang Mak Jan..Yang Ada Cincin...malahan yang dah berkahwin pun memang heboh dan meletopp.

Zoom Comment : Tepuk Dada Tanya Minda Anda :)

Jun 30, 2009

(Gossip) Yasmin Hani impikan perkahwinan, tapi......



PELAKON dan pengacara jelita ini memang telah menyimpan hasrat untuk mengakhiri zaman bujangnya pada tahun ini. Apatah lagi dengan usianya yang sudah menjengah angka 30, dia merasakan umur itu sudah sesuai untuk dirinya mendirikan rumahtangga.
Namun, apa yang diharapnya tidak kesampaian. Jodoh antara pemilik nama Yasmin Hani dan kekasihnya yang telah dikenali lebih dua tahun itu nampaknya tidak cukup kuat.
Meskipun hatinya kuat mendambakan sebuah ikatan suci, namun Hani terpaksa akur dengan keadaan hubungan mereka yang sebenarnya tidak mampu diselamatkan lagi untuk terus bergelar pasangan kekasih.
Menganggap apa yang berlaku itu sudah ketentuan daripada Allah, selebriti berusia 30 tahun itu kini lebih selesa untuk tidak terlalu memikirkan tentang perkahwinan.
Bukannya serik, namun kata Hani, apa yang berlaku itu banyak mengajar dirinya untuk tidak terlalu terburu-buru ke arah itu.
"Sudah dua bulan sebenarnya kami berpisah. Memang saya amat kecewa pada awalnya, tetapi kerana saya telah banyak lalui perkara seperti ini, jadi saya tidak mahu terlalu ikut perasaan sangat.
"Memanglah saya pernah pasang impian untuk berkahwin tahun ini, tapi nampaknya tiada jodoh. Ada sesuatu yang berlaku antara kami dan akhirnya kami terpaksa ambil keputusan untuk berpisah.
"Apapun, saya dan dia masih lagi berkawan baik. Kami saling menasihati antara satu sama lain dalam banyak perkara...mungkin kerana kami terlalu kenal diri masing-masing.
"Tetapi saya tidak nafikan, memang saya sentiasa berfikir tentang perkahwinan. Namun begitu, biarlah masa yang tentukan. Jika ada jodoh, adalah," kata Hani yang ditemui pada majlis pra-pelancaran kad keahlian Celeb Nexus, semalam.
Ujar selebriti yang cukup popular dengan program Muzik@Ria ini, ibunya juga sebelum ini amat mengharapkan dia dapat mendirikan rumahtangga secepat mungkin.


Zoom Comment :Kesian Dengar Citer Artis kita sorang nie,Pelamin tidak kesampaian..
Angan-anganku musnah :P heheheheheehehe gurau jer :P Tak per cuba lagi Pertengah Tahun ni :P mana tau ada jejaka-jejaka tampan kat luar tue nak. Kalau tak AMik jer Zoom Jadi Calon Suami hahahhahahahahahahha kan senang. Bak kata SY ( Salleh Yakoob) I Ni bujang Tiga hahahahahahahaha..

Jun 29, 2009

(Gambar) Perkahwinan Catriona Ross dan Shaharuddin

Saksikan gambar-gambar perkahwinan Catriona Ross dan Shaharuddin yang bertempat di Kota Bharu, Kelantan. Korang Layan La dulu Gambar Perkahwinan Catriona nie dulu erkk, Nak cari gossip panas jap :)









PERASAAN gemuruh dan segan bercampur baur saat majlis pernikahan aktres Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 29, dengan penerbit dan pengarah rancangan televisyen Astro, Shaharuddin Mokhtaruddin, 30, malam kelmarin.

Cerita Catriona atau Cat, saat dia dibawa ke luar sambil menutup muka dengan kain layah mengikut adab perkahwinan Inggeris, ramai mata yang tertumpu kepadanya sehingga membuahkan rasa segan.

Majlis nikah semalam berlangsung dengan begitu meriah. Kebetulan ibu saya meminta untuk saya memakai ‘veil’ seperti perkahwinan orang putih dulu-dulu.
Apabila saya turun, ramai yang bersorak kecil hingga saya malu nak bertentang mata dengan semua.

Ada yang memanggil saya untuk mengambil gambar, memberikan ucapan ‘good luck’ dan bergembira ketika saat itu,” kata Cat ketika menggambarkan suasana majlis pernikahannya.
Dengan sekali lafaz, Cat sah bergelar isteri Shaharuddin selepas dinikahkan oleh Imam Masjid Paya Rambai, Mohd. Alwi Mohd. Zain berwalikan bapa Cat, Bahrin Ross Abdullah di kediaman keluarganya di Kota Bharu, Kelantan.

Bila nikah kami dah sah, terus saya rasa terharu dan gembira kerana dah selamat jadi seorang isteri.
Saya juga bersyukur kerana kejadian yang tak diingini tidak berlaku dan keluarga kedua belak pihak turut sama gembira.