Memaparkan catatan dengan label Celebrity News. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Celebrity News. Papar semua catatan

Januari 24, 2012

Artis Hollywood Heidi Dan Seal Ingin Berpisah

Cinta Hitam Putih telah pudar kerana tidak ada persefahaman diantara mereka, inilah yang terjadi kepada pasangan Hollywood (Seal dan Heidi). Walaupun pasangan ini bukan rakyat Malaysia namun ia sudah cukup menggambarkan bertapa profesionalnya pasangan ini kerana ingin berpisah secara baik demi anak-anak.

Tak macam beberapa selebriti kat Malaysia ni, kecoh satu Malaysia..kalau boleh nak bagi tau satu dunia yang keluarga dia tengah "Berantakan"...Bak kata peminat Twitter...Perang Twitter la Bang...Layan Je..

Apa-apa pun berikut cerita mengenai pasangan Hollywood ni :

"Cinta kami sangat dalam dan kami saling hormat menghormati...saya tidak percaya seseorang itu secara tiba-tiba bolehmenghapuskan rasa sayang mereka dengan begitu sahaja," katanya.

Seal ditemui ketika ditemubual dalam program Tavis Smiley, yang bertanya mengenai berita perceraian mereka selepas membicarakan tentang pelancaran album Seal yang terbaru.

Julai 08, 2011

Sinopsis Harry Poter and the Deathly Hallows | Triller Harry Potter


Filem Harry Potter and the Deathly Hallows (Bahagian I) adalah filem yang ke-7 dan terakhir di dalam siri Harry Potter. Dan Filem Harry Potter yang  diadaptasi dari novel tulisan J.K. Rowling akan ditayangkan dipawagam pada 14 Julai 2011.

Berikut serba sedikit Sinopsis untuk bacaan anda di ZoOmArtis :

Secara ringkasnya sinopsis untuk filem "Harry Potter and the Deathly Hallows: Bahagian I":
  • Harry Potter (Daniel Radcliffe) dan sahabat baiknya, Ron Weasley (Rupert Grint) dan Hermione Granger (Emma Watson) mempunyai misi pencarian artifak, Horcruxes dan memusnahkannya sebelum ianya dijumpai oleh Voldemort. Jika tidak kuasa Voldemort akan bertambah kuat. Sebelum ini dua daripada artifak telah pun dimusnahkan iaitu diari kepunyaan Tom Riddle dan juga cincin Marvolo Gaunt
  • Mereka bertiga perlu bergantung antara satu sama lain dan semasa pencarian artifak tersebut, persahabatan antara Harry dan Ron menjadi tegang dan ianya merumitkan lagi keadaan
  • Di samping itu, Voldemort juga menyusun pengikut-pengikutnya untuk mengalahkan Harry Potter. Peranan Severus Snape sebagai pembantu Voldemort di dalam cerita ini semakin terserlah. Tetapi Voldemort tidak dapat membunuh Harry dengan menggunakan tongkat saktinya (wand)

Jun 04, 2011

X Top Model Search 2011

Sekadar Hiasan

Satu lagi program hiburan yang menjadi hidangan pengiat seni dalam dunia fesyen, dengan adanya program sebegini mungkin lebih ramai bakat sebagai seorang model akan dicungkil. Dan yang paling menarik program pencarian model tempatan ini melakukan pembaharuan terhadap gadis-gadis biasa menjadi seorang "Supermodel" terkenal seperti Amber Chia dan ramai lagi.

Hadiah juara program ini juga cukup menawan kerana bakal membawa pulang RM100 ribu  serta berpeluang menjadi model dipentas antarabangsa ketika menjadi pelajar.

Diantara kriteria yang digunakan untuk mengadili pelajar program ini adalah X Shot, X Eco Fashion, X Walk, X Character, X Creative, X Challenge dan X Smart.

Mei 29, 2011

Justin Bieber dan Selena Gomez Kantoi Bercium di Pantai


Huh...dah nama Bieber...kalau translate BM..Just Joke wahai si peminat Bieber. POst ni saja je ZOoM nak berkongsi dengan pembaca di ZOoMartis mengenai gelagat belangkas daripada Hollowooddd yang tengah dilamun cinta ni.

JIka sebelum ini hubungan mereka sering menjadi rahsia dan tanda tanya, kalau kat Malaysia "NO KOMEN" & "HANYA TEMAN BIASA". Tapi yang ini dikhabarkan bercium sampai tak ingat ada ramai mata memandang perbuatan mereka di atas JETSKI ( Entah betul ke tak ayat ni).

Namun bagi anda yang bercinta di Malaysia jangan harap nak bercium-cium dikhalayak ramai silap-silap kena tangkap oleh pak imam. Kita ada adat dan agama : Pesanan Penaja " JAUHI MAKSIAT".

ZoOM : Apa Komen ANda ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Mei 01, 2011

Twitter Jang Wooyoung atasi Putera William dan Kate Middleton

ZOoM baru pertama kali mendengar dan membaca kisah artis muda daripada korea ni, dan untuk makluman anda artis bernama Jang Wooyoung ini menganggotai kumpulan 2PM yang popular di Korea.Memang menakjubkan apabila jejaka ini mengatasi twiter putera william dan Kate sebab seperti yang anda semua tahu berbilion manusia di bumi ini yang menyaksikannya di kaca tv dan secara langsung.

Walaupun umur baru berusia 23 tahun pada 2011 masih ramai yang ingin melawan takdir dengan berharap usia artis ini tidak akan dimamah usia.

Nak kekal muda senang je buat amal banyak-banyak dan sentiasa mengingatinya, insyallah kalau ada rezeki dan hidayah darinya kita akan kekal muda di alam yang satu lagi.


Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

April 23, 2011

Gambar Pelik Lady Gaga Mempunyai lima payu dara !!?

Huh !! mengeluh panjang ZoOM dengan perangai Lady Gaga yang agak  SEW** sikit, jika sebelum ini lagu Lady Gaga menjadi konterversi di Malaysia kini dia tampil lagi dengan gaya pelik dan tidak keterlaluan jika ZoOm mengatakan dia ni ada masalah sikit.

Inilah yang dikatakan zaman moden semuanya perlu maju kehadapan dan jika boleh semua orang menggunakan pendekatan dan idea yang berlainan daripada orang lain.

Dan paling menyakitkan hati ketika Lady Gaga mengatakan :


"Sebenarnya, tanduk ini bukannya implan, sebalik ia adalah tulang saya yang sebenar.
"Sebelum ini ia tidak ditunjukkan kepada sesiapa dan kini tibalah masanya tulang itu muncul buat tatapan semua," kata Gaga kepada laman web dlisted.com.

Gambar Lady Gaga 5 payu dara.

April 19, 2011

Jung Ji-hoon or Rain From Korea !!

Hendsome !!? Kacak dan bergaya artis daripada Korea ini, mungkin ramai yang tidak mengenali beliau kecualilah kaki drama dan filem Koreans. Untuk pengetahuan peminat Rain pelakon ini akan melakonkan watak sebagai juruterbang dalam filem terbarunya Red Mufler yang dibuat kali kedua.

Filem ini pernah diterbitkan pada tahun 1964 yang mengisahkan persahabatan juruterbang pesawat tempur.

Nak tau lebih lanjut tunggu !!!!!...

 
Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

April 16, 2011

KRU TV dalam web tonton !!

Memang menakjubkan sebab KRU sekali lagi mendahului syarikat lain dalam arena industri hiburan kerana tanpil dengan channel tersendiri yakni KRU TV. Untuk pengetahuan anda di ZoOmartis dan Facebook rancangan KRU TV boleh ditonton melalui laman web www.tonton.com.my.



Selain menyiarkan filem-filem terbitan KRU, saluran itu juga memaparkan program-program hiburan seperti KRU Paparazzi, KRU Jukebox, KRU The Making of, KRU 24/7, KRU Anime, KRU Blockbuster, Extravaganza, selain drama bersiri dalam format Webisode tidak lama lagi.


Sejak mula bersiaran pada Januari lalu, KRU TV berada di tangga kelima daripada 13 saluran web tv yang disiarkan dalam Tonton.
Tonton merupakan stesen televisyen web yang diperkenalkan oleh Alt Media Sdn Bhd bermula 6 Ogos 2010.




ZOOM : Tabik Spring dekat KRU !! Apa Pula Kata ANda ?


Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

April 07, 2011

Update : Gambar Artis Di ABPBH 2011

Untuk tatapan anda di ZoOmartis pakaian artis semasa ABPBH 2011 baru-baru ini, nampak cantik dan bergaya artis-artis kita semasa Anugerah yang gilang gemilang ini.

Mac 07, 2011

Ayah Gitaris Kumpulan Bunkface Meninggal Dunia - AL-Fatihah

Marilah kita sama-sama sedekahkan Surah AL-Fatihah kepada arwah gitaris Kumpulan Bunkface yakni Youk Jaafar.

AL-Fatihah

Januari 23, 2011

Chong Wei Winner Proton Malaysia Open 2011

Tahniah Datuk Lee Chong Wei sekali lagi menjadi Juara di terbuka Proton tahun 2011, dengan semangat juang yang tinggi beliau sekali lagi mengharumkan nama Malaysia di pentas badminton dunia. Semalam beliau berjaya mengalahkan Cheng Long daripada China dan petang tadi beliau mengalahkan bekas pemenang Juara Olimpik yakni Taufik Hidayat dari Indonesia.


Gambar Juara Malaysia Open 2011

Tahniah Sekali Lagi...Apa kata anda di ZoOmartis ?

Disember 20, 2010

Most Popular person Justin Bieber

Walaupun usia masih muda, beliau merupakan seorang penyanyi yang berbakat dan kini paling diminati di merata dunia. Namun gerak geri anak muda ini menjadi perhatian kerana sikapnya yang dikatakan seperti orang dewasa yang mengakibatkan ramai isteri dan kekasih orang menjadi fanatik disebabkan segala yang ada pada pemuda bernama Justin Bieber ni.


Selepas Gossip cinta antara Selena Gomez dengan JB,Pelakon yang pernah membintangi Video Klip Justin Bieber untuk lagu " Baby" iaitu Jasmine Villegas pulak yang dilaporkan bercium dengan Justin.

Disember 09, 2010

Zed Zaidi Buka Kedai Papa Rich dan Syarikatnya !!

Artis bernama Zed Zaidi membuka sebuah francais restoran Papa Rich di Heritage Row, Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur pada awal November lalu.Restoran baru beliau boleh memuatkan 250 orang pengunjung dalam satu masa.

Malah sebelum ini beliau juga mempunyai syarikat pengurusan acara iaitu Dzed Resources Sdn Bhd dan DMB Trading yang membekalkan barangan saintifik untuk pusat pengajian tinggi tempatan.

Disember 03, 2010

Waris P.Ramlee Dapat Royalti RM50,000

Alhamdulillah rezeki yang diberi oebanyak RM50,000 daripada syarikat membuat duit syiling, KLMint Sdn Bhd (KLMint) kepada 



Dua orang cucu Allahyarham yang juga anak kepada Allayharham Nasir P.Ramlee iaitu, Gurlina,39, dan Gurnarisasca,32, menerima cek tersebut daripada Ketua Pegawai Eksekutif KLMint, Othman Abdullah.
Royalti tersebut berdasarkan kepada penjualan wang syiling kenang-kenangan program "Siri Warisan, P.Ramlee On Coins" yang telah dilancarkan pada 11 November lalu oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

April 07, 2010

Welcome back Tiger Woods !

Akhirnya si Juara Golf Amatur yang penuh konterversi ini kembali daripada pusat pemulihan.Ikuti luahan si Raja Golf ini yang tergolong sebagai Top Selebriti.


Berada di pusat pemulihan itu benar-benar menjadikan saya insan yang lebih baik daripada sebelumnya. Saya banyak belajar untuk mengenali diri sendiri dan siapa saya sebelum ini.

"Saya gembira dengan diri saya hari ini dan akan terus menjalani rawatan di pusat pemulihan itu," demikian menurut kenyataannya di laman web contactmusic.com selepas sebuah sidang media baru-baru ini.

Mac 10, 2010

Filem 2 Alam terbaik selepas 40 tahun !!?


Pelik tapi benar, itu la kata-kata dari pengasas yang terkenal dengan produk Dietnya, dan sekarang ingin mencuba pula industri hiburan di Malaysia dengan melahirkan Filem 2 alam yang akan ditayangkan.Ikut luahan Dr Rozmey mengenai Filem terbarunya.


“Perjalanan cerita ini sesuai ditonton oleh setiap lapisan masyarakat.Garapannya menarik dan hasil sentuhan krew produksi mampu mengangkat filem ini sebagai filem terbaik selepas 40 tahun,” kata Dr Rozmey penuh yakin.

Siri jelajah dalam bentuk roadshow bagi promosi besar-besar bagi filem 2 Alam sedang dirancang dengan terperinci. Tujuan ialah untuk mendekati masyarakat agar memberi sokongan kepada filem ini.

Antaranya ialah, Dr Rozmey akan terlibat menjayakan Konsert Mega Ramli Sarip di Johor Bahru pada bulan Mei ini. Kebetulan pula, konsert berkenaan turut menyelitkan lagu tema daripada filem 2 Alam.
Filem 2 Alam yang bakal ditayangkan pada 8 Mei ini akan memaparkan kisah 7 dosa yang telah dilakukan oleh Amy, lakonan Suhaillah Salam.

Kata Dr Rozmey lagi, 2 Alam turut menerapkan kisah mengenai wanita yang bergelar ibu. Kasih sayang seorang ibu dikatakan sungguh bernilai sekali. "Wanita bagi doktor sungguh istimewa. Kalau tak ada wanita, mana mungkin lahirnya doktor.

"Filem ini mengajak penonton untuk mengambil iktibar dan pengajaran yang dipaparkan iaitu nilai murni seorang ibu yang memelihara anak sejak dari kandungan untuk menjadi anak yang berguna," kata penerbit yang berhemah ini. Filem 2 Alam menampilkan Rosnah Johari yang melakonkan watak ibu kepada Amy yang dikatakan terkilan dengan perbuatan anaknya sehingga menghadapi kesukaran untuk meninggal dunia. Filem 2 Alam akan mula ditayangkan di pawagam pada 8 Mei.

Mac 07, 2010

(HOllywood) Lady Gaga rela mati jika berpakaian biasa



Baru-baru ini, penyanyi popular Lady Gaga membuat satu komen pedas dengan berkata kebanyakan selebriti tidak memberi tumpuan untuk kelihatan glamor. Penyanyi Poker Face itu berkata, dia lebih rela mati dari dilihat berpakaian seperti orang biasa. Gaga memberitahu perkara ini ketika ditemubual di sebuah rancangan Friday Night With Jonathan Ross siaran BBC 1.
"Saya lebih rela mati dari biarkan peminat melihat saya tidak memakai kasut tinggi," kata Gaga kepada The Daily Star.
Jelasnya lagi, "Saya tidak akan melepaskan wig atau topi saya. Semua lagenda tidak akan buat begitu kerana ia akan menjahanamkan showbisnes."
Namun di sebalik keyakinannya berkata dia seorang superstar, penyanyi Bad Romance ini mengaku dia sebenarnya kesunyian.
"Saya sebenarnya tersisih dalam dunia selebriti ini. Saya tidak ada masa untuk menjalin hubungan dengan sesiapa sekalipun sebab saya tidak kenal sesiapa. Saya tidak ada rumah. Kehidupan saya banyak dihabiskan di atas jalan. Saya kesunyian, tak ada kawan, tak ada kekasih dan tak ada rumah."

Mac 03, 2010

(Gossip) Abby dan kekasihnya Zul Ariffin di Saman !!?

Semalam Zoom ada berkongsi mengenai pengarah "Lu FikirLah...." akan saman Nabil, dan yang terbaru Abby Abadi dan Kekasihnya Zul Ariffin pula akan disaman oleh penerbit telefilem "paku Didinding Hati" Nor faiz Ahmad Helmi.

Abby dan Zul dikatakan menarik diri dari meneruskan penggambaran pada mac tahun lalu,ia telah menjatuhkan air muka mereka.

saman je la....!!!

Apa kata anda ?

Mac 01, 2010

(Gossip) Anang bekas suami KD cium Syahrini !!

Wah...Ini baru lepas geram dekat bekas isteri, didepan ribuan malah jutaan manusia beliau mencium seseorang yang bukan mempunyai pertalian darah..!! Buat je la...jangan Artis Malaysia buat dah lah..

Duet Anang Hermansyah dan Syahrini tampil bersama di Majlis Dahsyatnya Awards, kelmarin. Syahrini yang mendampingi Anang membawakan lagu Jangan Memilih Aku itu terkejut apabila di akhir penampilannya apabila Anang tiba-tiba mencium pipi Syahrini. Menurut gadis berusia 28 tahun itu, ciuman yang diberikan Anang ketika di pentas adalah tanda terima kasih Anang terhadap dirinya. Dia juga menyambutnya dengan hati terbuka. Namun kejadian itu tidak dirancang oleh Anang ataupun Syahrini. Penyanyi lagu Bohong itu juga hanya mampu terkejut dan terdiam terhadap tanda terima kasih bekas suami Krisdayanti itu

Zoom: Apa kata anda ?

(Artis Indonesia) Afgan Ingin Jadi Lagenda Seperti Chrisye !!

Afgan Syahreza kini sedang meningkat naik dengan lagu popularnya Terima Kasih Cinta. Dia berharap kerjaya nyanyiannya seperti penyanyi legenda Indonesia yang dikagumi, almarhum Chrisye.


"Saya nahu jadi lagenda seperti Chrisye, kerana beliau sehingga kini masih dikenang dan mempunyai kerjaya yang panjang,"
 ujar Afgan.

Afgan mengakui bahawa dia sangat mengagumi pembawa lagu Badai Pasti Berlalu itu. Meskipun penyanyi tersebut telah tiada, karya-karyanya Chrisye sehingga kini masih dikenang. Untuk menjadi seperti Chrisye, jejaka kelahiran Jakarta itu mengaku sering meningkatkan kualiti dalam nyanyiannya. Selain itu, dia juga menjaga dan merangkul semua peminatnya agar terus memberi sokongan dan dokongan terhadap kerjaya nyanyiannya itu.

"Saya selalu berusaha meyakinkan peminat-peminat bahawa mereka paling berharga hingga mampu membawa saya ke saat ini,"
 katanya