Berikut serba sedikit Sinopsis untuk bacaan anda di ZoOmArtis :
Secara ringkasnya sinopsis untuk filem "Harry Potter and the Deathly Hallows: Bahagian I":
- Harry
Potter (Daniel Radcliffe) dan sahabat baiknya, Ron Weasley (Rupert
Grint) dan Hermione Granger (Emma Watson) mempunyai misi pencarian
artifak, Horcruxes dan memusnahkannya sebelum ianya dijumpai oleh
Voldemort. Jika tidak kuasa Voldemort akan bertambah kuat. Sebelum ini
dua daripada artifak telah pun dimusnahkan iaitu diari kepunyaan Tom
Riddle dan juga cincin Marvolo Gaunt
- Mereka
bertiga perlu bergantung antara satu sama lain dan semasa pencarian
artifak tersebut, persahabatan antara Harry dan Ron menjadi tegang dan
ianya merumitkan lagi keadaan
- Di samping itu, Voldemort juga menyusun pengikut-pengikutnya untuk mengalahkan Harry Potter. Peranan Severus Snape sebagai pembantu Voldemort di dalam cerita ini semakin terserlah. Tetapi Voldemort tidak dapat membunuh Harry dengan menggunakan tongkat saktinya (wand)

