Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan calon BN Roslan Ahmad ditentang calon PAS Yuhaizad Abdullah selepas penamaan calon yang dibuat pada 26 Februari lepas. Pilihanraya kecil ini pula diadakan diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lepas. Sebagai rekod, beliau mewakili parti Barisan Nasional (UMNO).
Seramai 10,697 pengundi berdaftar layak menentukan siapakan calon yang bakal dipilih sebagai wakil rakyat di kawasan DUN Merlimau. Namun, bilangan sebenar yang turun mengundi hanya akan diketahui apabila masa pengundian tamat. Sama-samalah kita nantikan keputusan selepas ini.
Selain daripada DUN Merlimau, pilihanraya kecil juga turut diadakan serentak hari ini di DUN Kerdau, Pahang. Keputusan penuh pilihanraya kecil di kawasan berkenaan boleh diikuti di laman: Keputusan Pilihan Raya DUN Kerdau.
- – - – - -
Kemaskini: Perjalanan Pilihan Raya DUN Merlimau
- 8.00 pagi: Tujuh pusat pengundian pilihan raya kecil DUN Merlimau mula dibuka.
- 8.40 pagi: Calon BN, Roslan Ahmad dan isteri, Zalifah Omar membuang undi di Sekolah Kebangsaan Merlimau 1, Merlimau Pasir.
- 9.00 pagi: Sebanyak 14 peratus daripada 10,679 pemilih telah mengundi.
- 10.35 pagi: Sehingga pukul 10 pagi, peratusan keluar mengundi ialah 30 peratus.
- 11.00 pagi: Sebanyak 43 peratus atau 4,576 pemilih telah keluar mengundi.
- 12.00 tengah hari: 54 peratus pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka.
- 1.00 petang: 62 peratus pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil.
- 2.00 petang: 7,110 pengundi atau 67 peratus telah keluar mengundi.
- 3.00 petang: Kira-kira 72.6 peratus daripada 10,679 pemilih berdaftar telah keluar mengundi.
- 4.00 petang: Sebanyak 76.87 peratus pemilih berdaftar telah keluar mengundi.
- 5.00 petang: Pusat pengundian ditutup. Seramai 8,435 atau 79 peratus pemilih berdaftar keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.
- – - – - -
6.35pm: BN – 498, PAS – 177
Info : Kulanzsalleh