Memaparkan catatan dengan label Pilihan Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pilihan Raya. Papar semua catatan

April 03, 2011

Pilihan Raya Sarawak : Senarai 71 Calon Barisan Nasional di Sarawak

Untuk dikongsi bersama pembaca yang mengikuti perkembangan pilihanraya yang akan diadakan tidak lama lagi di Negeri Sarawak kecuali Kerusi Bakalalan.


KUCHING: Berikut adalah senarai 71 calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini.
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB
N.3 (Tanjung Datu) - Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem
N.4 (Pantai Damai) - Dr Abdul Rahman Junaidi
N.5 (Demak Laut) - Dr Hazland Abg Hipni (muka baru)
N.6 (Tupong) - Datuk Daud Abdul RahmanN.7 ( Samariang) - Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali
N.8 (Satok) - Datuk Amar Abg Johari Tun Openg
N.14 (Asajaya) - Abd Karim Rahman Hamzah
N.15 (Muara Tuang) - Datuk Seri Mohammad Ali Mahmud

Mac 06, 2011

Pilihanraya : Keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau

Keputusan pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau (N27), Melaka bakal diketahui sedikit masa lagi. Kalau menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, keputusan bakal diketahui sekitar jam 8 malam ini apabila pengundian yang bermula pada 8 pagi ditutup jam 5 petang.


Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan calon BN Roslan Ahmad ditentang calon PAS Yuhaizad Abdullah selepas penamaan calon yang dibuat pada 26 Februari lepas. Pilihanraya kecil ini pula diadakan diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lepas. Sebagai rekod, beliau mewakili parti Barisan Nasional (UMNO).

Seramai 10,697 pengundi berdaftar layak menentukan siapakan calon yang bakal dipilih sebagai wakil rakyat di kawasan DUN Merlimau. Namun, bilangan sebenar yang turun mengundi hanya akan diketahui apabila masa pengundian tamat. Sama-samalah kita nantikan keputusan selepas ini.
Selain daripada DUN Merlimau, pilihanraya kecil juga turut diadakan serentak hari ini di DUN Kerdau, Pahang. Keputusan penuh  pilihanraya kecil di kawasan berkenaan boleh diikuti di laman: Keputusan Pilihan Raya DUN Kerdau.
- – - – - -
Kemaskini: Perjalanan Pilihan Raya DUN Merlimau
  • 8.00 pagi: Tujuh pusat pengundian pilihan raya kecil DUN Merlimau mula dibuka.

Nasional : Keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau N28

Tinggal beberapa jam saja lagi, pusat pengundian bagi Pilihanraya Kecil DUN Kerdau (N28), Pahang akan dibuka kepada pengundi di kawasan berkenaan. Berdasarkan jadual yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), masa pengundian ialah bermula pada jam 8 pagi dan ditutup jam 5 petang. Keputusan penuh pula bakal diketahui sekitar jam 8 malam nanti (Ahad).


Pilihanraya kecil Kerdau menyaksikan pertandingan satu lawan satu calon Barisan Nasional (BN) Syed Ibrahim Syed Ahmad dicabar calon PAS Hassanuddin Salim.  Pilihanraya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas. Pada PRU 2008, Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang memperoleh 4,135 undi, mempertahankan kedudukan Barisan Nasional (BN) di Kerdau, mengalahkan calon PAS, Hassanuddin Salim, yang memperoleh 2,520 undi dengan majoriti 1,795 undi.
Keputusan pilihanraya kecil kali ini pula akan ditentukan oleh seramai  8,999 orang pemilih berdaftar, iaitu 8,984 pemilih biasa dan 15 pengundi pos.

Selain daripada DUN Kerdau, pilihanraya kecil juga turut diadakan serentak hari ini di DUN Merlimau, Melaka. Keputusan penuh di kawasan berkenaan boleh diikuti di laman: Keputusan Pilihan Raya DUN Merlimau.

Kemaskini: Perjalanan Pilihan Raya DUN Kerdau
  • 8.00 pagi: Proses pengundian bagi pilihan raya kecil DUN mula dibuka.

Januari 30, 2011

Keputusan Pilihanraya DUN Tenang (N5) Johor (30 Januari 2011)

Latest Update 


Mengikut laporan TV3, beberapa peti undi tiba lewat di pusat penjumlahan undi ekoran hujan lebat dan banjir yang melanda Labis. 


Oleh itu, keputusan penuh pilihanraya DUN Tenang di jangka di umum jam 9.30 malam.


Keputusan Tidak Rasmi :


7.15pm Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dalam laman Twitter mengucapkan tahniah kepada BN kerana berjaya mempertahankan kerusi tersebut.


Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendapat sekitar 6,698 undi manakala PAS mendapat 2,2,963 undi.


7.01pm: BN 4,712, PAS 2090, maj 2,622

6.57pm Ladang Bukit Dato: BN 351, PAS 99, maj 252

6.52pm BN 4,420, PAS 2,033, majoriti 2,387.

November 05, 2010

Keputusan Pilihanraya DUN Galas dan Dun Batu Sapi

Untuk pengetahuan anda BN menang dikedua-dua DUN Batu Sapi dan DUN Galas, berikut laporan terkini daripada utusan online :



GUA MUSANG 4 Nov. - Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas selepas calonnya Abdul Aziz Yusoff memenangi kerusi itu pada pilihan raya kecil yang berlangsung hari ini.

Oktober 28, 2010

[Gambar] Datin Linda Tsen Thau Lin calon BN di Batu Sapi Sabah

BN akan meletakkan Datin Linda Tsen Thau Lin, 54, sebagai calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi 4 November ini.

Calon PKR Batu Sapi Jatuh Laut !!

Pengalaman yang sudah tentu tidak dapat dilupakan oleh calon PKR ni, sebentar tadi Zoom baca dekat Utusan Online hanya ingin berkongsi dengan anda. Zoom tidak ingin mencampuri urusan politik tetapi hanya sebagai penyalur maklumat kepada pembaca di Zoomartis. 

Oktober 09, 2010

News : Info Pilihan Raya Kecil DUN Galas (N45)

Pilihan Raya Kecil DUN Galas (N45) bakal diadakan berikutan kematian penyandangnya iaitu Allahyarham Chek Hashim bin Sulaima pada 27 September 2010.
Tarikh Penamaan Calon: 26 Oktober 2010
Tarikh Pilihan Raya: 4 November 2010
Fakta Berkaitan DUN Galas

Gambar Adun Batu Sapi Sabah Meninggal

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Batu Sapi, Datuk Edmund Chong, 54, terbunuh apabila motosikal berkuasa besar yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Tanjung Aru-Sembulan di sini, jam 11.40 pagi tadi.