Memaparkan catatan dengan label DUN Tenang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DUN Tenang. Papar semua catatan

Januari 30, 2011

Keputusan Pilihanraya DUN Tenang N05 : BN ( Mohd Azhar Ibrahim ) Menang Majoriti 3706


Calon BN ( Mohd Azhar Ibrahim ) menang besar di DUN Tenang N05 dengan majoriti besar 3706, dan berikut disertakan laporan terkini daripada Mstar :

LABIS: Barisan Nasional (BN)mencapai kemenangan besar mempertahankan kerusi N.05 Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dengan majoriti 3,706 undi pada pilihan raya kecil yang diadakan pada Ahad.
Keputusan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir di Pusat Penjumlahan Undi Rasmi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini pada pukul 10 malam, Ahad.

Keputusan DUN Tenang BN Mendahuluhi PAS - Update From Mstar Online




LABIS: Calon Barisan Nasional pilihan raya kecil Tenang, Mohd Azhar Ibrahim mendahului saingannya dari calon PAS, Normala Sudirman dengan memperolehi 6,699 undi selepas 33 peti undi dikira, pada petang Ahad.
Sementara Normala pula mendapat 2,992 undi.
BN mendahului dengan majoriti 3,707 undi.

Keputusan Pilihanraya DUN Tenang (N5) Johor (30 Januari 2011)

Latest Update 


Mengikut laporan TV3, beberapa peti undi tiba lewat di pusat penjumlahan undi ekoran hujan lebat dan banjir yang melanda Labis. 


Oleh itu, keputusan penuh pilihanraya DUN Tenang di jangka di umum jam 9.30 malam.


Keputusan Tidak Rasmi :


7.15pm Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dalam laman Twitter mengucapkan tahniah kepada BN kerana berjaya mempertahankan kerusi tersebut.


Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendapat sekitar 6,698 undi manakala PAS mendapat 2,2,963 undi.


7.01pm: BN 4,712, PAS 2090, maj 2,622

6.57pm Ladang Bukit Dato: BN 351, PAS 99, maj 252

6.52pm BN 4,420, PAS 2,033, majoriti 2,387.