Mac 20, 2011

Panas : Gambar seksi Miera Leyana di majlis makan malam Rafflesia dan Mandalay

ZoOm tak tahulah adakah pakaian yang Miera Leyana pakai ini disengajakan atau tidak sengaja sebab ia sudah pasti akan menimbulkan gossip panas dan konterversi yang menyebabkan populariti beliau naik. Bukan kerana hasil kerja tetapi kerana gossip panas yang menyebabkan semua orang mengata mengenai beliau.

Hanya sekali pandang ZoOM dah mengucap panjang sebab pakaian yang dikenakan memang tidak sesuai dipakai oleh artis Malaysia, apatah lagi beliau beragama islam. Bukan ingin mengaibkan tetapi sekadar ingin berkongsi bersama pembaca di ZoOmartis agar berhati-hati ketika berpakaian di luar sana.

Berikut jawapan artis baru dan baru setahun jagung ini.


Katanya, dia tergesa-gesa memilih pakaian rekaan Wan Huzairil tersebut pada pagi Jumaat lalu untuk menghadiri majlis makan malam anjuran Rafflesia dan Mandalay di Hotel Le Meridien, di sini, pada hari yang sama. 
“Saya memohon maaf kepada yang tidak menyenangi apabila melihat saya berpakaian seperti ini. Saya tidak sempat mencuba terlebih dahulu pakaian ini kerana baru mendapatnya daripada pereka fesyen pada pagi tadi. 
“Saya sendiri yang memilih pakaian ini kerana nampak sangat cantik dan lain dari lain. Tak sangka pula apabila pakai, jadi seperti ini.
“Kalau saya pakai tiub, nampak tak cantik pula sebab pakaian ini terdedah di belakang,” katanya kepada mStar Online.
 
Bagaimanapun, pelakon filem Apokalips yang bakal muncul di pawagam ini akan berhati-hati memilih pakaian agar tidak berlaku insiden seperti itu.
Miera mula tidak selesa mengenakan pakaian tersebut setelah ramai yang memerhatikannya dengan pandangan pelik dan ada juga yang datang kepadanya untuk menegur.
“Saya bersedia menerima teguran orang ramai dengan terbuka tentang pakaian saya ini dan berjanji tidak akan melakukan kesilapan yang sama,” akhiri pelakon drama Luna Fantasiku dan Kamelia Katrina ini dalam nada kesal.


Profile Miera Leyana :



NAMA: Miera Leyana Kasmi
PANGGILAN KOMERSIAL: Miera Leyana
TARIKH LAHIR: 28 Ogos 1993
USIA: 18 tahun
TEMPAT LAHIR: Johor Bahru
KARIER: Pelakon dan model
KELUARGA: Anak kedua daripada tiga beradik
HOBI: Membeli-belah, berenang dan menari
CITA-CITA: Ahli perniagaan
DRAMA: Antaranya Luna Fantasiku, Ceria- Ceria Cikgu Rubina, Kecuali Cintamu, Apa Itu Cinta, Ada Ubi Ada Batas, Kamelia Katrina, Aalia, Sejambak Bukan Serumpun dan Nana Naruto
FILEM: Apokalips (arahan Mamat Khalid)


ZoOM : Semoga menjadi pengajaran di masa depan. Dan macam biasa apa kata anda ??



Suka Gossip Ini ClickLah Like !!