Memaparkan catatan dengan label BN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BN. Papar semua catatan

Januari 07, 2012

10 Syarat Perhimpunan 901 | Gambar Perhimpunan 901

Bagi anda yang bakal dan sebagai prospek yang ingin bersama-sama ke 901 samada pro atau pembangkang sila ikuti syarat-syarat ini tau....Kalau tak nanti kena naik lori free :)

Syarat lain ialah:

Pengucapan awam tidak dibenarkan sama sekali. 
Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak membuat apa-apa perbuatan, membuat bising serta memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding mahkamah. 

Januari 30, 2011

Keputusan Pilihanraya DUN Tenang N05 : BN ( Mohd Azhar Ibrahim ) Menang Majoriti 3706


Calon BN ( Mohd Azhar Ibrahim ) menang besar di DUN Tenang N05 dengan majoriti besar 3706, dan berikut disertakan laporan terkini daripada Mstar :

LABIS: Barisan Nasional (BN)mencapai kemenangan besar mempertahankan kerusi N.05 Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dengan majoriti 3,706 undi pada pilihan raya kecil yang diadakan pada Ahad.
Keputusan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir di Pusat Penjumlahan Undi Rasmi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini pada pukul 10 malam, Ahad.

November 05, 2010

Keputusan Pilihanraya DUN Galas dan Dun Batu Sapi

Untuk pengetahuan anda BN menang dikedua-dua DUN Batu Sapi dan DUN Galas, berikut laporan terkini daripada utusan online :



GUA MUSANG 4 Nov. - Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas selepas calonnya Abdul Aziz Yusoff memenangi kerusi itu pada pilihan raya kecil yang berlangsung hari ini.

Oktober 28, 2010

[Gambar] Datin Linda Tsen Thau Lin calon BN di Batu Sapi Sabah

BN akan meletakkan Datin Linda Tsen Thau Lin, 54, sebagai calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi 4 November ini.

Disember 17, 2009

(Gossip) Zizie Ezette & Bung Mokhtar Dikatakan Berkahwin !!?




Heboh juga Mengenai perkahwinan Ahli Parlimen Kinabatanga Sabah ini, tidak dapat di pastikan kesahihah gossip ini. Menurut info Bung Mokhtar menafikan yang beliau telah berkahwin dengan Zizie, jum kita zoom gossip ini !!!!



Baca Selanjutnya

"Saya tidak cukup kacak untuk beliau,” kata wakil rakyat Barisan Nasional itu di sini hari ini

Bagaimanapun, isu mengenai pernikahan Bung Mokhtar dengan dramatis terkenal itu telah menjadi buah mulut dan perbualan hangat ahli-ahli parlimen di bilik rehat Dewan Rakyat sepanjang hari ini.

Malah pasangan berkenaan disebut-sebut akan mengadakan majlis resepsi di salah sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur malam ini.

Beberapa ahli parlimen ketika ditemui wartawan mStar Online di lobi Parlimen petang tadi mengesahkan mereka telah menerima undangan untuk menghadiri majlis resepsi pernikahan Bung Mokhtar dengan Zizie malam ini tetapi merahsiakan tempat majlis itu akan berlangsung.

Sementara ahli-ahli parlimen yang masih ragu-ragu cuba mendapatkan pengesahan berita perkahwinan itu daripada rakan-rakan mereka dan juga wartawan yang berada di bilik rehat.

"Kami dah dengar berita ni tapi tak ada siapa yang hendak mengesahkannya," kata seorang ahli Parlimen dari Johor kepada wartawan mStar Online.

Dalam pada itu, ahli Parlimen Johor Baharu, Datuk Shahrir Abdul Samad kelihatan berbual dengan para wartawan dan ahli parlimen yang lain berhubung berita pernikahan Bung Mokhtar dan Zizie.

Mereka kedengaran berkata, kelibat Bung Mokhtar telah tidak kelihatan sejak petang semalam dan hari ini beliau tidak hadir langsung dalam sidang Dewan.

"Patutlah wajah Bung Mokhtar berseri-seri dan rambutnya kelihatan disikat rapi bersama gel sejak beberapa hari ini," kata seorang wartawan veteran yang sedang membuat liputan di persidangan parlimen.

Malah katanya, Bung Mokhtar seringkali ketawa besar seperti seorang yang sangat gembira dan dilamun cinta.

Sementara itu, ibu pelakon tersebut Khaty Fauziah yang dihubungi turut menafikan bahawa anaknya telah berkahwin dengan ahli politik tersebut.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya, perkara ini tak betul.

"Mereka baru ingin kenal hati budi masing-masing dan Zizie ketika ini juga sedang sibuk di lokasi drama," kata Khaty.

Ditanya perasaannya jika perkahwinan itu kelak akan memberi persepsi negatif terhadap anaknya apatah lagi ahli politik tersebut dikatakan sudah berumahtangga, dalam nada tenang, Khaty menjawab:

"Ramai lagi wanita lain yang berkahwin dengan suami orang. Kalau benarlah dia (Zizie) ditakdirkan bermadu, itu semua sudah dinamakan jodoh. Ini semua urusan Allah," katanya.

Zoom : Zizie bermadu ? betul ke zizie bernikah dengan Bung ? ada apa-apa info jum share...Apa-apa pun jum komen !!!?

Oktober 24, 2009

(Gossip) Bila Khairy Jamaluddin "Possing" di Majalah !!!!



Zoom pun tak tau nak kata apa dengan ahli politik kita seorang ni, zoom tak nak kontrakan mana-mana parti sebab zoom fleksibel. Ikut keadaan semasa, sebab undi itu rahsia. Sebelum ni heboh gambar KJ jadi driver teksi, mungkin anda pernah melihat gambar KJ di dalam teksi sebelum ini. Kalau gambar ini "Super Impose" minta maaflah, just nak sahre dengan anda semua..Apa Komen anda mengenai gambar ini?


Baca Selanjutnya

Sila Komen yang bernas k... :P Selamat berhujung minggu..!!!