Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan

Mei 26, 2012

Politik : Video Ceramah Anwar Di Baling Telur, Botol dan Batu


Inilah Video yang sempat ZoOM jumpa di Youtube.


Apa Komen Anda ?


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Politik : Ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim Dibaling Botol,Telur dan Batu

Pakcik Yang Cedera
Ceramah Datuk Seri Anwar

KUALA LUMPUR: Batu, telur dan botol air dilemparkan ke arah orang ramai semasa ceramah Ketua PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pantai Dalam, malam Khamis, mencederakan seorang warga emas dan seorang gadis berusia 12 tahun.

Warga emas cedera di bahagian dahi, manakala gadis itu patah pergelangan tangan.

Kedua-dua mereka diberi bantuan perubatan, kata Setiausaha Politik kepada Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata sebuah kereta yang dimiliki Ahli Parlimen Shah Alam (PAS), Khalid Samad yang diletakkan di sepanjang jalan, telah dikelar tayarnya.

Terdahulu, apabila Nurul Izzah berucap, elektrik terpadam, katanya.

Mei 03, 2012

Gossip Panas : Linda Nawuwil Berkahwin Dengan Menteri di Sabah !?

KL, 30 APRIL 2012: Sementara Murai Batu menantikan pengumuman rasmi daripada Ketua Wanita PKR iaitu Zuraida Kamarudin yang mendakwa mempunyai bukti kukuh terhadap skandal pelakon Zahida Rafik dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Murai Batu didatangi pula seorang individu dari Borneo untuk menyampaikan cerita terbaru tentang seorang lagi tokoh politik.

Cerita kali ini, masih lagi berkaitan hubungan cinta antara pemimpin negara dan seorang artis tempatan. Selebriti yang dimaksudkan itu adalah naib johan Akademi Fantasia 2 (AF2), Linda Nawuwil.

Khabarnya, Linda yang masih lagi aktif menyanyi di negeri kelahirannya itu sudah berubah status dari seorang anak dara kepada seorang wanita yang bergelar isteri.

Sungguhpun berita gembira ini tidak dikhabarkan kepada peminat melalui media tempatan, Murai Batu mendapat tahu, Linda sudah bahagia menjadi isteri kepada seorang Menteri di Borneo.

Bagaimanapun, siapakah gerangan Menteri berkenaan itu tidak pula diketahui kerana segalanya masih lagi rahsia.

Mei 02, 2012

Berita Semasa : 9 Gambar Panas Azmin Ali Tersebar | Video Panas Azmin Ali Tersebar !!?

1001 cerita panas yang sering kita dengar,baca dan lihat dikaca TV berkenaan video mengenai pemimpin di Malaysia. Tidak kira di pihak pembangkang mahupun pemerintah, dan yang menjadi sumber penyebaran gossip dan kisah tersebut tentunya daripada laman blog.

Terbaru mengenai kisah video dan gambar panas seseorang yang dikatakan mirip Azmin Ali dengan seseorang wanita.Dan menurut sumber yang ZoOm baca, gambar dan video tersebut sudah lama diketahui, namun kini ia menjadi sensasi dan panas ekoran ramai pihak kini bercerita mengenainya.

Laman blog http://scandalazminali.blogspot.com/ yang kini baru sahaja didaftarkan telah menjadi sumber penyebaran gambar panas tersebut. Siapakah dalang dalam penyebaran dan tuan punya blog masih menjadi rahsia. Dan sudah pasti laman blog tersebut dibuat kerana ingin menjadikan dan memanaskan lagi pilihanraya akan datang.

Bagi ZoOM jika kehadiran gambar tersebut hanya ingin meyebarkan fitnah, semoga si kaki fitnah tersebut ditangkap dan di kenakan hukuman yang setimpal. Dan semoga ia menjadi pengajaran kepada sesiapa sahaja diluar sana yang ingin merasai keseronokan sementara di muka bumi ini.

Dan berikut beberapa gambar yang ZoOm sempat upload (Gambar 18sx tengok sendiri di laman blog tersebut) untuk pembaca di ZoOMartis & Facebook :

Mac 05, 2012

Sinar Harian : Skandal Seks Dan Politik - DR MASHITAH IBRAHIM

Anda baca dan fahami apa yang cuba diluahkan, sebab ZOoM rasa ramai pemerhati politik tidak sedar akan artikel ini. Sekadar ingin berkongsi dengan anda, dan yang baik kita simpan dan yang buruk kita tinggalkan. ZoOm tidak terlibat dengan hal-hal politik ini tetapi artikel ini bakal membuatkan pemerhati politik sakit hati dan ada yang bertepuk tangan.

DR MASHITAH IBRAHIM
2 Mac 2012

Penangkapan Ahli Mahlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon yang dituduh berkhalwat dengan isteri orang di Kuantan minggu lalu adalah kesinambungan krisis moral yang membabitkan ramai pemimpin pakatan pembangkang. Gelaran ustaz dan orang kuat Anwar Ibrahim tidak menjadikan beliau kebal; malah dilaporkan dibelasah sebelum diserah kepada Jabatan Agama Islam Pahang.

Mengikut laporan, beliau mempertahankan diri dengan beri alasan cuba membantu isteri yang lari daripada suami kerana ingin menyelesaikan krisis rumah tangga. Mungkin benar, mungkin tidak. Beliau kini direhatkan sebulan sementara kesnya disiasat.

Mac 02, 2012

Isi Surat Mahathir kepada 3 PM Israel

Berikut ialah surat yang ditulis oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada tiga Perdana Menteri Israel iaitu Yitzhak Rabin pada tahun 1993; Benjamin Netanyahu pada tahun 1997; dan Ehud Barak pada tahun 1999 seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Malaysia


Mari sama-sama kita baca...( Untuk Pengetahuan ZoOM tidak terlibat dengan politik tetapi sekadar berkongsi dengan anda mengenai NEGARA PENJENAYAH ANTARABANGSA INI)

Februari 26, 2012

Panas !!! Ustaz Badrul Amin Ditangkap Khalwat Dengan Bini Orang

Alahai apa nak jadi dengan dunia zaman sekarang, orang yang diharapkan sudah menjadi bubur, bak kata pepatah "Harapkan pagar...Pagar makan padi".

Tak habis satu...satu lagi isu yang timbul, dan ia menjadi seperti virus yang merebak tanpa menoleh ke ke belakang. ZoOM kadang-kadang sedih dengan apa yang berlaku, sana sini kegiatan tidak bermoral kian bercambah dengan merkarnya. Tanpa memikirkan apa yang dilakukan betul atau tidak, halal atau ditegah.

Berikut kisah yang ZoOM baca di laman blog parpikari...mari sama-sama kita baca dan tunggu cerita panas ini yang akan dipanjangkan oleh seterunya....!!!!

Post Pada V2 : 25 Februari 2012 di (www.parpukari.blogspot.com)

Setelah aku melakukan penyiasatan tahap persendirian aku, maka aku sudah pun mendapat cerita yang sebenar. Memang sah Dr Badrul Amin ditangkap khalwat dengan isteri orang. Begini kisah penuhnya..

PKR telah merancang untuk mengadakan permukiman atau dalam bahasa laymannya 'retreat untuk parti lahanat mereka ini. Destinasi awal yang mereka pilih adalah Lumut, namun atas sebab-sebab tertentu mereka

Januari 31, 2012

Penulis lirik lagu Awan Nano, Hasmi Hashim atau Buddhi Hekayat Ahli Politik Keadilan

Walauapa pun kata orang dan presepsi yang ditujukan kepada beliau, penulis lirik Awan nano Buddhi Hekayat tidak gentar dan akan berundur dalam berkarya. ZoOm tabik dekat beliau kerana dalam kesibukan beliau dengan hal-hal diluar sana sempat juga menghasilkan karya yang menarik sehingga dinobatkan sebagai Juara.


Hasmi kini memegang jawatan sebagai Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parit Sulong, Johor.

Menurut penulis lirik itu, dalam berkarya apa yang menjadi keutamaannya ialah menyampaikan mesej berunsur kemanusiaan dan mampu memberi kebahagiaan kepada orang lain yang mendengarnya.

"Seni masih lagi medium terbaik untuk saya menyampaikan mesej kemanusiaan.

Justeru katanya, lagu Awan Nano yang bermaksud 'pelindung' dan

Politik : DSAI Akrab Dengan Yahudi - Komen Tun Dr Mahathir

DSAI
TDMM
PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau kecewa dan tidak berasa terkejut dengan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu melindungi keselamatan Israel.

Dr Mahathir juga membidas bekas timbalannya itu yang selalu menjejaskan nama baik negara di mata dunia.

Beliau mendakwa ketua pembangkang itu sememangnya mempunyai hubungan rapat dan akrab dengan pemimpin Yahudi sejak dahulu lagi.

Januari 16, 2012

Gambar Janartana Pelajar USM Yang Ditangkap | Akaun Facebook Janartana


Inilah gambar dan wajah pelajar USM yang ditangkap kerana ayat yang di "Update" dalam akaun facebook beliau. Bak kata orang "Kerana Mulut Badan Binasa" tetapi bagi kes anak muda bernama Janartana ini "Kerana Facebook Aku ditangkap".

Sebagai pengajaran dengan kisah anak muda, pelajar daripada USM ini. Berhati-hati dan berfikirlah sebelum update akaun facebook atau laman sosial yang anda lawati. Dan berikut berita yang tersebar mengenai kisah panas pelajar ini :

GEORGETOWN, 15 JAN : Polis menahan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) kampus kejuruteraan selepas membuat kenyataan berunsur ugutan menerusi

Januari 09, 2012

Video DSAI di Perhimpunan 901 | Letupan Bom Semasa 901

ZoOM rasa lega juga sebab tidak ada perkara buruk yang berlaku walaupun ada beberapa letupan yang mengejutkan orang ramai semasa perhimpunan 901. Dan berikut beberapa video semasa perhimpunan 901 hari ini yang menjadi tajuk utama di kaca TV, dan sudah pasti ia akan menghiasi muka depan surat khabar esok hari.
Bekas Menteri Perak Berucap

Keputusan Kes Liwat Anwar Ibrahim - Tidak didapati Bersalah

BEBAS - TIDAK DIDAPATI BERSALAH
KUALA LUMPUR 9 Jan. – Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, keputusan melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat kerana dalam kes seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan mangsa, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Mahkamah hari ini mendapati Ketua Pembangkang itu tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau hampir empat tahun lalu. – UTUSAN



ZoOM : Alhamdulillah jalan tak JEMM hari ni, dan perhimpunan 901 nampaknya berjalan dengan lancar walaupun menurut info ada beberapa letupan (Mercun kot).

APA KATA ANDA ?
 
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Disember 22, 2011

Gossip Azwan Ali Canang Azmin Ali bakal Menteri Besar Selangor

Apa nak jadi dengan abang Azwan Ali kita ni, tak habis satu...satu lagi gossip panas menimpa beliau. ZOoM tidak dapat mengesahkan gossip ini benar ke tak sebab daripada sumber ada menunjukkan gambar ayat-ayat di akaun Twitter Azwan Ali (Gambar Di atas).

Tweet tersebut pada 18hb Disember jam 8.24 malam.

Kalau orang politik dapat tahu mengenai gossip ini mungkin sampai ke Parlimen juga kisahnya, al maklumlah kisah sekecik zarah pun akan menjadi panas jika disimbah dengan minyak.

April 05, 2011

Update : Video Seks Pemimpin Pembangkang !!!?

Makin kecoh dan makin menjadi perhatian masyarakat diluar sana terutama sekali selepas video pemimpin pembangkang yang tersebar di Youtube dan Laman Blog. Tetapi jika anda perasaan setiap kali pilihanraya mesti  ada je isu-isu besar yang timbul. Bukan nak menyebelahi mana-mana pihak tetapi inilah lumrah politik yang ada di Malaysia.

Jika nak tengok sedikit sedutan yang sempat ZoOM jumpa daripada laman youtube ni...CLick je baca lagi @ Read More..

April 02, 2011

( Gambar ) Cico anak Uji Rashid masuk PAS !!

Entah betul ke tidak tapi ini yang ZoOM dapat kongsi bersama pembaca dengan anda di ZoOmartis, jika sebelum ini kisah Bob Lokman secara terang-terangan menghebahkan beliau masuk parti PAS. Kini timbul pula artis kita bernama Cico ini dilihat hadir sama dengan Bob Lokman yang sedia maklum dan rasmi menjadi penyokong PAS.

ZoOM bukan nak bercerita mengenai politik tetapi sekadar memberitahu kepada anda bahawa artis kita juga ada yang suka mengikuti perjalanan politik di Malaysia.

Menurut info gambar ini diambil selepas kuliah maghrib di Masjid Al-Azim Pandan Indah.

Namun simboliknya Cico kini cuba mendekati rumah Allah...ALhamdulillah...

ZoOM : APa Kata Anda di ZOoMartis @ Facebook ?
Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Panas : Rakaman Video Seks Pembangkang Tulen !!

Nampaknya kisah video seks ini semakin panas dengan keterangan polis mengenai ketulenan video seks tersebut hasil daripada keputusan pakar mengenai video tersebut. Jika sebelum ini pemimpin kerajaan namun kini pemimpin kanan pembangkang pula menjadi mangsa keadaan.

Nak buat macam mana nasi dah menjadi bubur terimalah seadanya, bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur terlajak perbuatan terimalah akibatnya.

Dan berikut pula "Statement" polis mengenai video seks tersebut.

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur di sebuah apartmen di ibu negara adalah rakaman tulen.

Julai 11, 2010

Berita : Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Sungai Petani Kecoh

Macam-macam...Tapi ini yang terjadi !!!! Baca je la..


SUNGAI PETANI: Persidangan perwakilan UMNO Bahagian Sungai Petani hari ini kecoh apabila sebahagian besar perwakilan tidak membenarkan Ketua Bahagian Ali Yahaya berucap pada majlis perasmian.
Kekecohan hampir 45 minit itu bermula kira-kira pukul 9.30 pagi selepas bacaan doa dan nyanyian Negaraku, apabila seorang anggota jawatankuasa bahagian, Mohd Yusuf Lazim bangun menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap Ali dan mahu beliau melepaskan jawatan.

Keadaan bertambah kecoh apabila lebih ramai perwakilan bangun termasuk anggota Wanita meminta Ali berundur sehingga menyebabkan pertikaman lidah antara perwakilan dengan penyokong Ali.
Menurut Mohd Yusof, Ali tidak layak menjadi Ketua Bahagian kerana menimbulkan pelbagai kesulitan kepada kepimpinan parti termasuk tindakannya tidak disenangi banyak pihak dan agensi kerajaan.
Malah Naib Ketua bahagian, Datuk Firdaus Zakaria dan ketua Puteri Sungai Petani, Shahanim Mohd Yusof yang berada di atas pentas turut turun menyertai perwakilan meminta Ali berundur.
Bekas Setiausaha Umno bahagian Sungai Petani, Mohd Akhir Shafie mendakwa lebih 60 peratus daripada perwakilan yang hadir mahu Ali melepaskan jawatan.
"Kami ingin menyampaikan mesej kepada pucuk pimpinan parti bahawa Ali tidak dikehendaki di Sungai Petani.
"Dia tidak layak jadi Ketua Bahagian. Syukurlah sebahagian besar perwakilan menyuarakan kehendak mereka secara terbuka hari ini. Ini yang penting," kata bekas Timbalan Ketua Bahagian, Abu Bakar Ahmad.
Katanya Ali juga antara punca 10 cawangan tidak dapat mengadakan mesyuarat dan satu cawangan dibubarkan. Bahagian Sungai Petani mempunyai 130 cawangan.
Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Abd Azeez Abd Rahim yang mewakili Ibu Pejabat UMNO terpaksa bercampur tangan apabila melihat keadaan tidak terkawal lalu meminta perwakilan memberi laluan kepada Ali berucap tetapi mereka tetap mempertahankan tindakan mereka.
Beliau kemudian mencadangkan supaya Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom berucap merasmikan mesyuarat tersebut dan menyambung mesyuarat selepas perasmian dan dipersetujui perwakilan.
Abd Azeez yang ditemui pemberita selepas itu berkata pihaknya akan menyelesaikan kemelut Umno Sungai Petani dalam semangat kekeluargaan dan berlandaskan perlembagaan parti.
Selain Abd Azeez, Ibu Pejabat UMNO menghantar Setiausaha Kerjanya, Datuk Mohd Rauf Yusof dan Anggota MT, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir untuk memantau mesyuarat tersebut. - BERNAMA

Mei 23, 2010

Mugilan Tubuh Gerakan GAS Anti Samy Vellu !!

Huh makin panas kisah ni....!!!! pautan dari akhbar Mstar Online !!!


PETALING JAYA: Bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan yang dipecat daripada parti itu kelmarin, semalam mengumumkan penubuhan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS).
Menurut beliau, GAS akan beroperasi bagi mendesak supaya Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu melepaskan jawatan presiden.
GAS akan mengadakan perhimpunan pertamanya pada Ahad depan dan mensasarkan penyertaan kira-kira 7,000 penyokong.
"GAS adalah himpunan golongan yang menentang Samy Vellu, kita akan terus mendesak sampai beliau letak jawatan dan memberi laluan kepada orang lain untuk menerajui parti," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Mugilan, 35, dipecat daripada MIC kerana kenyataannya yang mendesak supaya Samy vellu berundur daripada jawatannya dengan segera.

Mei 21, 2010

Samy Vellu Pecat Mugilan Pemuda MIC !!

Sejak akhir-akhir ini gambungan dan kesinambungan didalam parti-parti komponen BN semakin Goyah dengan pelbagai permasalahan dalaman.


Kalau Sebelum ini MCA..sekarang ni MIC turut merasakan bahang pergolakan didalam parti..dan yang terbaru kisah Timbalan Ketua Pemuda MIC V.Mugilan yang dipecat.Baca je la Statement akhbar di bawah..


KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan telah dipecat dari parti kerana menentang pucuk pimpinan dan Barisan Nasional, kata sumber terdekat MIC semalam.


Pegawai itu mendakwa, Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu telah menggunakan kuasa yang ada seperti yang termaktub dalam Perlembagaan parti telah menandatangani surat pemecatan Mugilan.
Di bawah artikel 61.2 perlembagaan parti, Presiden dan Timbalannya boleh memecat mana-mana ahli yang bercakap untuk kepentingan diri dan bertindak membelakangkan parti.
Tambah sumber itu, surat tersebut telah pun diserahkan kepada Mugilan petang semalam.
Menurutnya, Samy telah berbincang dengan Palanivel mengenai tindakan Mugilan yang mengkritik Presiden parti itu kelmarin.


Jelas pegawai itu, perlembagaan parti dengan jelas menyebut bahawa setiap ahli tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan yang memburuk-burukkan parti kerana ia bertentangan dengan polisi dan objektif penubuhan parti itu.


Selasa lalu, Samy berkata, Mugilan yang juga Ketua MIC Bahagian Hulu Selangor akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin MIC kerana melanggar kepentingan parti pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April lalu. Kelmarin, Mugilan mendesak bekas Menteri Kerja Raya itu meletakkan jawatan Presiden MIC sebelum akhir tahun ini kerana kepimpinannya sudah tidak diperlukan oleh masyarakat India.
Beliau berkata, Samy perlu bertanggungjawab terhadap prestasi buruk MIC pada pilihan raya umum, Mac 2008.

Disember 14, 2009

(Gossip) Aznil Tegur Doa Nik Aziz


Nampaknya bukan sahaja ahli politik tampil membidak Doa Tuan Guru Nik Aziz yang menadah tangan bermunajad semoga diturunkan bala kepada Perdana Menteri.Zoom tidak memihak kepada parti politik mana-mana ini sekadar untuk kita berkongsi bersama isu Agama Islam yang semakin dipandang remeh dan oleh agama lain. Sebelum ini Ustaz Asri yang turun naik mahkamah kerana beliau perlukan kebenaran atau Tauliah untuk memberi ceramah.Zoom pun tak suka cerita benda-benda macam ini sedih dan kekadang berfikir sejenak mengapa perkara sebegini acap kali kita dengar..!!!



Baca Selanjutnya

Berikut KOmen Aznil Hj. Nawawi didalam teks akhbar di atas:,

Dalam tulisan beliau, Aznil Hj. Nawawi berpendapat tindakan Nik Aziz seolah menyimpang dari ajaran agama Islam sebenar yang mengunjurkan kita untuk mendoakan kebaikan terhadap orang lain. Tindakan Nik Aziz ini tidak lain tidak bukan kerana permintaan royalti minyak berjumlah RM1 billion tidak di tunaikan kerajaan pusat.

Apa Kata anda ?