KL, 30 APRIL 2012: Sementara Murai Batu menantikan
pengumuman rasmi daripada Ketua Wanita PKR iaitu Zuraida Kamarudin yang
mendakwa mempunyai bukti kukuh terhadap skandal pelakon Zahida Rafik dan
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Murai
Batu didatangi pula seorang individu dari Borneo untuk menyampaikan
cerita terbaru tentang seorang lagi tokoh politik.
Cerita kali ini, masih lagi berkaitan hubungan cinta antara pemimpin
negara dan seorang artis tempatan. Selebriti yang dimaksudkan itu adalah
naib johan Akademi Fantasia 2 (AF2), Linda Nawuwil.
Khabarnya, Linda yang masih lagi aktif menyanyi di negeri kelahirannya
itu sudah berubah status dari seorang anak dara kepada seorang wanita
yang bergelar isteri.
Sungguhpun berita gembira ini tidak dikhabarkan kepada peminat melalui
media tempatan, Murai Batu mendapat tahu, Linda sudah bahagia menjadi
isteri kepada seorang Menteri di Borneo.
Bagaimanapun, siapakah gerangan Menteri berkenaan itu tidak pula diketahui kerana segalanya masih lagi rahsia.
Memaparkan catatan dengan label Akademi Fantasia 2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Akademi Fantasia 2. Papar semua catatan
Mei 03, 2012
Januari 03, 2012
Farhan AF Dan Bakal Suami Akan Bertunang Pada Februari 2012
“Itulah, memang Ana sendiri yang mahukan saya menjadi pengapitnya untuk persandingannya di Sungai Koyan ini.“Kata Ana, alang-alang saya akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, jadi apa salahnya saya mengambil berkat daripada majlis perkahwinannya itu,” katanya tersenyum menguntum sambil mata mengerling ke arah seorang jejaka yang tidak jauh daripadanya.
Apabila ditanya, benarkah dia akan mendirikan rumah tangga, Farhan berkata dia memilih untuk mengikatkan tali pertunangan terlebih dahulu pada Februari tahun depan dengan kekasihnya, Rashdan Suhaimi, 27.“Ada baiknya kami bertunang terlebih dahulu. InsyaAllah setahun selepas itu barulah kami memutuskan untuk berkahwin,” katanya yang akhirnya telah berkesempatan
Komen Adam AF Mengenai Pemilihan Beliau Sebagai Mentor 6
"Orang selalu menganggap saya masih lagi baru dan mentah dalam industri muzik. Malah kurang berpengalaman untuk mendidik seorang protege di 'Mentor 6'.
"Tetapi mereka tidak sedar bahawa sudah lapan tahun saya bergiat aktif dalam muzik. Ya, mungkin sebelum ini saya kurang berpengalaman, tetapi sedikit sebanyak ilmu itu ada dalam diri ini.
Labels:
Adam,
Akademi Fantasia,
Akademi Fantasia 2,
Artis Malaysia,
gossip,
Mentor 6
Julai 16, 2011
Gambar Perkahwinan Farah AF2 Dan Suami Johari Johan
Sama cantik dan sepadan, bagaikan pinang dibelah dua, pepatah yang boleh di gambarkan kepada pasangan ini yang menjadi perhatian masyarakat terutamanya dilaman blog kerana penuh dengan kesenian. Sudah pasti ia tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila oleh pasangan ini.
Majlis pernikahan pasangan mempelai ini telah diadakan di atas kapal Cruise Tasik, Putrajaya. Memang lain daripada yang lain. Farah menerima wang hantaran sebanyak RM25,185 dan mas kahwin RM2,500.
Dan berikut gambar yang ZOOm jumpa daripada laman blog OHBULAN, Credit to OHBULAN.
Julai 06, 2011
Nurul AF2 dan suami cuba jernihkan keadaan dengan keluarga
Semoga apa yang berlaku akan diambil iktibar dan mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi, namun kadang-kadang ada pihak yang terlepas pandang, contohnya tarikh pernikahan Nurul dan suami pada 23 April dan bukannya 23 Mei.
Kisah dan gossip panas Nurul dan keluarga mencapai kemuncaknya apabila program popular di TV yang menyiarkan luahan keluarga dan ayah beliau. Dan hari ini Nurul AF2 dan suami tampil dengan jawapan berikut :
Kisah dan gossip panas Nurul dan keluarga mencapai kemuncaknya apabila program popular di TV yang menyiarkan luahan keluarga dan ayah beliau. Dan hari ini Nurul AF2 dan suami tampil dengan jawapan berikut :
"Kami sudah mencuba berbagai cara termasuk meminta bantuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menghubungi keluarga kandung saya namun tidak mendapat kerjasama.
"Kami sekeluarga telah ke Kuching dan pergi ke rumah penghulu kampung tersebut tetapi usaha itu tidak mendatangkan hasil," ujarnya pada sidang media yang diadakan di sini, Rabu.
Bagaimanapun, Nurul berjanji akan menyelesaikan masalah keluarganya dan bertemu mereka selepas ini.
"Kini saya lebih berani untuk berhadapan dengan mereka kerana sudah mempunyai
April 16, 2011
Nurul Akademi Fantasia 2 Bernikah 28 Mei 2011
ZoOM mewakili pembaca dan Fans ucapkan tahniah kerana akan berkahwin dan bukannya hanya kahwin dulu baru nikah. Silap haribulan kena tangkap kering siapa yang susah maklum sajalah artis ni pantang buat silap sikit semua mata memandang.
Penyanyi Nurullah Abdul Hamid (Nurul), 29, bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua (AF2) bakal bernikah pada 28 Mei ini dengan pensyarah, Mohd Munzil Muhamad, 28, di rumah Nurul di Petrajaya, Kuching.
Penyanyi Nurullah Abdul Hamid (Nurul), 29, bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua (AF2) bakal bernikah pada 28 Mei ini dengan pensyarah, Mohd Munzil Muhamad, 28, di rumah Nurul di Petrajaya, Kuching.
September 25, 2010
Zarina AF Mengaku Bercinta Dengan Pelakon
Setelah acap kali dikecewakan oleh insan bernama lelaki gadis kelahiran Akademi Fantasia ini tampil memberitahu kepada Media yang hatinya sudah berpaut pada seorang artis yang menceburi bidang lakonan. Jejaka bertuah itu muda setahun daripada Zarina, tetapi menurut artikel beliau jejaka tersebut sudah matang berbanding umurnya.
Februari 07, 2010
(Cerita Artis) Emosi Mas Akademi Fantasia 2 sudah stabil !!!
Kisah artis kelahiran Sabah ini sebelumnya penuh dengan konterversi, sehinggakan beliau di tahan di Wad Psikiatri, Hospital Kuala Lumpur selama seminggu Februari tahun lalu.Dan yang terbaru kisah beliau yang kononnya melahirkan anak luar nikah..kesian dekat Mas ini, seribu satu dugaan yang mendatang ketika beliau ingin mencipta nama di arena seni.
Dengar khabar Mas menjadi "Boss" sate di Hotspring tawau sabah..Kalau anda pergi ke Tawau singgahlah kedai Sate Mas...!! Jum kita baca luahan Artis yang bergelar ibu ini.!!
Baca Selanjutnya
“Ada ke orang yang ‘sakit’ akan mengaku dia ‘sakit’? Lagipun, mana buktinya yang mengesahkan saya ‘sakit’ kerana doktor pun tidak memberitahu kepada bapa saya yang saya ‘sakit’. Saya memang tak ‘sakit’ pun.
“Doktor juga tidak memberikan saya apa-apa ubat kerana doktor kata saya tidak sakit apa-apa.
“Ketika berada dalam wad itu, saya banyak beristighfar dan mengingati ibu, bapa dan anak-anak saya kerana bimbang mereka risau dengan keadaan saya.
“Saya juga meminta Tuhan berikan petunjuk bagi membuktikan perkara yang tidak betul seperti yang disangkakan sebelum ini,” jelasnya.
Mas berkata, ada sebab mengapa dia dimasukkan ke wad yang menempatkan pesakit mental itu.
“Sebelum itu, banyak masalah yang menguji diri saya bermula daripada kereta saya dilanggar oleh kawan saya ketika hendak membuat pusingan ‘U’ semasa dalam perjalanan ke sebuah syarikat produksi filem untuk mendapatkan kerja.
“Bukan itu sahaja, saya juga berasa tertekan apabila pihak yang menguruskan album saya berbincang mengenai album itu tanpa persetujuan saya. Sepatutnya mereka perlu memberitahu saya untuk berbincang sekali.
“Semua perkara yang berlaku telah mencetuskan perbalahan antara saya dan kawan saya itu.
“Jadi, sebab itu saya ditempatkan di wad itu bagi mengelakkan saya berjumpa dengan kawan saya. Saya tidak mempunyai sesiapa untuk berlindung.
“Pihak hospital juga takut jadi apa-apa di luar kerana kita tidak tahu hati orang. Mereka pun memberi pendapat biarlah keluarga saya yang mengambil saya di situ kerana tidak boleh percayakan orang luar. Jadi, saya dibenarkan tinggal di situ untuk beberapa hari sehingga bapa saya sampai,” cerita Mas.
Langgan:
Catatan (Atom)








