Pelakon Fizo Omar (gambar) terjatuh ketika melakukan aksi bicycle-kick ketika penggambaran drama itu Mac lalu sehingga menyebabkan bahu kirinya terseliuh.
Kata Fizo, kejadian itu berlaku ketika hari hujan apabila dia terpaksa melakukan beberapa adegan untuk membolehkan pengarah mendapat sudut yang diinginkan dalam drama berkenaan.
“Saya tak pakai alat keselamatan. Itulah akibatnya. Kira-kira dua bulan saya mengalami sengal-sengal pada bahu kiri,” katanya kepada pemberita semasa ditemui ketika sesi pelancaran drama bersiri Jersi 9 di Restoran Bora Ombak, Ampang, Selasa lalu.