November 16, 2010

Dunia Glamor Adalah Busuk , - Faezah Elai !!!?

PETALING JAYA: Pelakon Faezah Elai berhasrat untuk bersara sebagai pelakon dalam tempoh empat tahun lagi kerana menganggap dunia glamor yang dilaluinya adalah “busuk”.
Kata pelakon berusia 28 tahun ini, dia bosan dengan 'taktik kotor' yang digunakan oleh kebanyakan penerbit drama atau filem yang gemar 'dikipas' sebelum memberi peranan atau watak kepada pelakon dalam sesebuah terbitan mereka.


"Sepanjang tiga tahun saya berkecimpung dalam dunia lakonan, apa yang saya lihat, seseorang pelakon itu diberi peluang berlakon walaupun lakonan mereka tidak berkualiti dan tak sehebat mana.

"Mereka perlu mengipas para penerbit mahupun pengarah untuk mendapatkan sesebuah tawaran berlakon.
"Saya masih ingat lagi ketika awal-awal pembabitan saya dalam industri seni, pihak produksi mengugut saya untuk menjatuhkan karier saya jika tidak mengikut kata-kata mereka.

"Cukuplah dengan apa yang dilalui. Saya tak mungkin akan berlakon sampai bila-bila. Dunia glamor itu busuk," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Info : Mstar
Zoom : Memang dah agak dah akan ada artis yang memberontak dengan sikap sesetengah penerbit dan pengarah yang pilih bulu, ZoOm pun perasaan ada sesetengah pelakon utama tu sekadar memenuhkan ruang didalam sesebuah drama dan filem tempatan. Semoga ini akan membuka mata sesetengah orang seni terutamanya persatuan atau NGO yang berkaitan dengan industri hiburan kita, semoga ia dapat menyelamatkan industri ini dari malapetaka seperti yang dikhabarkan oleh Faezah ni.

Apa kata anda di ZoOmartis ???