Penyanyi yang semakin dikenali dengan lagu Aku Suka Dia ini mengakui tidak mendaftarkan diri sebagai pemilik akaun YouTube dan memilih Facebook sebagai tempat dia mencurahkan hasil kerjanya.
Bagaimanapun, penuntut jurusan Sarjana Kejuruteraan Bioproses, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terkejut apabila ada peminat misteri bertindak memadam klip video asalAku Suka Dia yang sudah mendapat capaian 800,000 penonton Youtube pada hujung bulan Februari lalu.
"Ada orang beritahu lagu itu tak ada dalam YouTube, saya jadi panik sekejap memikirkan macam mana boleh jadi begitu. Saya memang tak ada akaun Youtube sebab selama ini ada orang yang muat naik ke situ.
"Di YouTube orang kenal saya tapi saya tak boleh nak jawab soalan kenapa Aku Suka Dia dah tak ada di YouTube. Tapi ada peminat saya yang baik hati buat salinan kedua lagu itu," jelasnya.Adakah penyanyi yang lahir pada 4 November 1992 ini berasa kesal dengan tindakan peminat misteri tersebut, lantas dinafikan oleh Ainan Tasneem yang bermaksud pancuran mata air dari syurga ini.
"Tidak, saya tak rasa kesal pun, tapi kejadian itu buat saya berhati-hati. Saya tahu tak semua orang senang dengan kehadiran saya ke dalam arus perdana tapi tak apalah. Saya anggap semua itu permulaan cabaran pejuang seni macam saya," hemahnya.Ditanya adakah Ainan akan mendaftar akaun di YouTube selepas ini, penyanyi lagu Keliru danTak Mungkin Aku ini memberi jawapan tidak tahu lagi.
Katanya, akaun Facebook miliknya adalah tempat pertama orang luar mengenali bakatnya dan lebih baik kalau Ainan mengekalkan cara sebegitu.
"Facebook ada nilai sentimental tersendiri. Biarlah ia di situ sampai bila-bila," katanya berkias di hujung perbualan.Video Ainan Tasneem :
Video Lagu "Aku Suka Dia"
Video Lagu "Kiss Me"
Video Lagu "The Only Exception"
Video Lagu "Hatiku Milikmu"
ZoOM : Welcome Ainan, dan semoga berjaya dengan apa yang anda impikan (Menjadi Artis). Apa Komen Anda ?
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis