"Saya memang tidak tahu langsung yang adik saya membuat persembahan dan Kak Noryn datang ke majlis ini. Kak Noryn merupakan salah seorang artis yang saya kagumi dan terkejut apabila dia datang..terima kasih kepadanya kerana sudi datang," luah alumni Akademi Fantasia musim ke-5 ini.
Baca Selanjutnya
Malam bertemakan hitam dan putih serta tema persembahan bertajuk 'lagu dalam filem' itu juga menyaksikan Dafi yang begitu merendah diri dan tidak jemu-jemu melayan peminatnya. Pemilik nama sebenar Gadaffi Ismail ini juga mengaku yang dirinya tidak pernah dikongkong oleh keluarganya.
Menurut Dafi, dia juga berharap agar bertemu jodoh dengan pilihannya sendiri kerana tidak percaya dengan perkahwinan yang diatur oleh keluarga atau mana-mana pihak.
"Saya tak nak perkahwinan yang diatur sebab orang sekarang dah moden. Saya tahu apa yang saya nak dan biar saya mengenali hati budi wanita itu dulu..Insya-Allah, sekarang saya masih mencari. Saya jangka paling cepat dalam umur 27 tahun dan paling lambat 30 tahun untuk berkahwin.
"Sekarang, banyak perkara lagi yang saya nak capai. Saya tak nak terlalu fikir dan biarlah saya utamakan karier dulu,"jawab penyanyi lagu Bila Terasa Rindu dan Seumur Hidup ini yang menggayakan pakaian rekaan Rizman Ruzaini.
Dalam pada itu, bapa Dafi, Ismail berkata beliau juga tidak menetapkan bila anaknya harus menamatkan zaman bujangnya.
"
Saya serahkan keputusan untuk berkahwin ini kepadanya. Selepas keluar AF dulu, dia kata nak kahwin semasa umur 27 tahun nanti. Bagi saya, biar dia tentukan kerjaya dan rumahtangganya. Saya juga tak kisah siapa menantu saya, dia miskin atau kaya...saya akan terima,"beritahu Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu.
Zoom: Selain daripada Aizat,Mawi dan Mila, Dafi juga adalah salah seorang keluaran Akademi Fantasia yang menonjol dalam arena industri seni tanah air.Apa kata anda mengenai artis yang masih muda ini ? Adakah beliau menonjol atas faktor keluarga,paras rupa ataupun bakat ?