Mei 31, 2009

(weeding) Gambar Wedding Darling Nasreen Ngasri Kahwin



Zoom Admin ucapkan selamat pengantin baru kepada pelakon Gadis Cuci, Darling atau nama sebenarnya Nasreen Ngasri. Semoga bahagia dan hubungan suci ini kekal sehingga ke akhir hayat. Juga… selamat hari jadi! Semoga terus sukses, Nasreen!

KUALA LUMPUR: Aktres dan produser, Nasreen Ngasri, 26, yang mesra dengan panggilan Darling akhirnya sah bergelar isteri kepada kekasih hatinya, Nur Azlin Rahmat, 34, pada majlis pernikahan mereka yang berlangsung di rumah keluarga Darling bertempat di Taman Batu Permai, Jalan Ipoh, di sini, hari ini.

Hanya dengan sekali lafaz, pasangan yang dinikahkan sendiri oleh bapa Darling, Ngasri Sain ini melahirkan rasa bersyukur kerana berjaya menyatukan cinta mereka meskipun hubungan yang terjalin belum pun mencecah setahun. Lebih bermakna lagi, majlis bersejarah pasangan itu juga secara kebetulan menjadi ‘hadiah’ istimewa buat Darling yang akan menyambut hari lahirnya yang ke-26 pada 2 Jun ini manakala hari lahir bapanya juga jatuh pada hari Ini (31 Mei).

Pada majlis yang serba ringkas itu, Darling menerima mas kahwin RM80, wang hantaran sebanyak RM22,222.22 serta sembilan dulang hantaran berbalas 11 daripada pihaknya.

Majlis bersejarah pasangan itu juga secara kebetulan menjadi ‘hadiah’ istimewa buat Darling yang akan menyambut hari lahirnya yang ke-26 pada 2 Jun ini. Detik manis itu juga disaksikan oleh ahli keluarga, saudara-mara terdekat dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak. Darling dan jejaka yang bertugas sebagai pegawai pemasaran itu telah mengikat tali pertunangan pada pertengahan Mac lalu setelah berkenalan pada bulan Ogos tahun lalu.

Bercerita tentang perkenalan singkat yang akhirnya membuahkan perasaan cinta itu, dalam nada ceria Darling berkata, di peringkat awal dulu, Nur Azlin tidak tahu dirinya adalah seorang artis.
Dalam pada itu, Nur Azlin berkata, ciri-ciri yang ada pada Darling berjaya menambat hatinya untuk melamar gadis itu sebagai isteri.

Pasangan ini akan mengadakan majlis persandingan esok di Taman Metropolitan Batu, Jalan Ipoh, dengan bertemakan ‘garden wedding’, manakala resepsi di sebelah lelaki pula akan diadakan di Bukit Katil, Melaka pada 7 Jun depan