Jun 01, 2009

(Movies) Blogger Boy kisah blogger kecewa




Sudah bersedia untuk menyaksikan sebuah drama bersiri baru? 8TV yang sentiasa menyajikan sesuatu yang segar kini mempersembahkan drama bersiri Blogger Boy!

Blogger Boy, drama 20 episod akan menemui penonton semua setiap Khamis pukul 9.30 malam bermula 28 Mei 2009. Kalau anda suka dengan dunia blogger ni, boleh tonton kisah si penulis blog yang dipaparkan
Drama bersiri ini menampilkan pengacara Destinasi Bajet, Qi bergandingan dengan pelakon muda yang cukup berbakat iaitu Nas-T dan Julie Woon.
Ini merupakan sebuah lagi drama yang hebat dengan konsep yang segar. Blogger Boy yang menerapkan elemen humor, nakal dan romantik,” ujar Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim.

Drama bersiri ini dihiasi jalan cerita yang cukup menarik apatah lagi blog kini sesuatu yang hangat di kalangan remaja sekarang.

Sinopsis Blogger Boy


Blogger Boy mengisahkan kehidupan pahit manis seorang jejaka bernama Budi (Qi). Budi, masih mencari-cari erti sebenar kehidupan di bandar Kuala Lumpur.

Pada waktu yang sama, Budi juga mempunyai identiti rahsia di sebuah laman blog miliknya yang diberi nama Budak KL.Setelah lebih sebulan menganggur, Budi akhirnya berjaya mendapatkan pekerjaan tetap di sebuah pusat tuisyen.

Budi yang sentiasa didesak oleh ibunya untuk berkahwin, telah mengambil keputusan untuk melamar teman wanitanya, Zehan. Namun Zehan terlebih dahulu memberikan kejutan apabila mengeluarkan kad jemputan perkahwinannya dengan lelaki lain sebelum Budi sempat melamarnya.

Budi yang hampa dan sedih menghabiskan hari-harinya berkurung di dalam bilik. Kid (Nas-T) teman serumah Budi menasihatinya untuk bersemuka dengan Zehan untuk membuktikan bahawa hidupnya sempurna Nas-T
tanpa Zehan di sisinya
Budi yang bersetuju dengan idea gila Kid kemudiannya bertemu dengan Zehan, namun hatinya begitu sakit melihat Zehan sedang mencuba baju pengantin.Budi bergegas keluar kerana tidak mahu bertemu dengan tunang Zehan.

Walaupun begitu dalam keadaan tergesa-gesa, Budi terserempak dengan teman sekolah lamanya Nina, seorang jurugambar. Kekecewaannya diluahkan dalam blog. Tidak lama kemudiaan laman blog Budi mula menjadi ikutan ramai. Pelayar berdebat tentang karakter dan jalan cerita si Budak KL itu.


Blogger boy merupakan idea kreatif Lina Tan, Rafidah Abdullah dan Bernard Chauly. Merekalah penerbit, penulis dan pengarahnya.

Untuk mengetahui apa yang terjadi seterusnya, jangan lupa menonton drama bersiri Blogger Boy. Anda juga boleh menonton di saluran 708 Astro.