Memaparkan catatan dengan label Pelakon Baru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pelakon Baru. Papar semua catatan

Mac 21, 2012

Panas !! Gossip Aeril Zafrel Sebagai Anak Emas MIG !!

Alahai dunia artis....terbaru mengenai kisah Aeril Zafrel atau nama sebenar Suharil Suhari, 24 yang digossipkan menjadi "Anak Emas" kepada syarikat Produksi MIG. Namun anak muda ini tampil menjawap gossip tidak berasas yang tersebar diluar sana mengenai status "Anak Emas" ini.
“Kalau hendak diikutkan sebenarnya sudah tiga bulan sejak awal tahun ini lagi saya tidak terlibat dengan sebarang penggambaran filem kerana tiada watak yang bersesuaian.
“Apabila orang tuduh saya ‘anak emas’, itu adalah tidak adil tanpa orang mengetahui asas di sebalik dakwaan berkenaan. Saya akui terkejut dan anggap tuduhan (anak emas) itu sebagai ujian buat saya,”
Pelakon yang sudah empat tahun menceburi dunia lakonan itu berkata, ketika dia bersusah-payah cuba meyakinkan penerbit dan pengarah sebelum ini, beberapa pelakon popular lain di bawah pengurusan syarikat itu juga pernah dituduh sedemikian.
“Selama ini pun, saya terpaksa bersusah-payah bertemu dan meyakinkan banyak pihak pada bakat saya. Sebelum ini, ada juga beberapa pelakon lain di bawah MIG

Mac 20, 2012

Gambar Shima Anuar Pelakon Filem 7 Petala Cinta

Artis baru yang masih muda iaitu Noor Hashimah bte Anuar atau lebih dikenali sebagai Shima Anuar telah mula melonjak naik dalam bidang industri filem di Malaysia. Filem terbaru beliau adalah 7 Petala Cinta yang digandingkan bersama Diana Amir. Dalam filem 7 Petala Cinta, shima anuar berpakaian muslimah, bertudung, dan memakai purdah.

Biodata Shima Anuar:
  • Nama Penuh: Noor Hashimah bte Anuar
  • Umur: 21 tahun (2012)
  • Graduan: Jurusan Seni Lakon, UiTM Puncak Perdana
  • Filem: Hantu Kum-Kum, Bini-biniku Gangster, Flat 3A, 7 Petala cinta
  • Drama: Klik (Astro Ceria bersama Fiffy Natasya)

Sumber : Trigyy.com
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Februari 19, 2012

Talha Dan Hanez Suraya Bercinta

Walaupun kedua-duanya hanya berkias ketika ditanya oleh wartawan, namun ZoOM rasa sudah ada bibit cinta yang kian mekar. Bak kata anak-anak muda zaman sekarang "Dalam Hati Ada Taman", kalau betul teruskan je la tetapi sebelum menempuh hidup sebagi ikatan yang sah. Niat kena betul dan perbetulkan apa yang sepatutnya.


Dan berikut jawapan kedua-dua artis ini mengenai mereka :

Cerita Talha:

“Tak dinafikan memang Hanez adalah kawan perempuan yang paling rapat dan mesra dengan saya buat masa ni. Saya selesa dan ceria sangat setiap kali bertemu dengannya. Kalau sibuk shooting, saya pasti akan call sebab rindu. Hehe… 
“Memang hubungan kami lebih daripada seorang kawan, tapi belum lagi sampai tahap bercinta tau! Kalau akan datang, saya tak tahu la… Tapi ada la berharap jugak 
“Sebenarnya hubungan kami mula rapat bila sama-sama menjayakan karnival Jom

Februari 07, 2012

Faralyna Idris Tidak Mahu Dilabel Artis Majalah



KEMATANGANNYA cukup terserlah walaupun usianya baru meniti 21 tahun. Namun, ramai tidak tahu, pada usia remaja juga, Faralyna Idris sudah memikul tanggung-jawab berat menyara keluarganya.

Kata Faralyna yang lebih mesra disapa Fa dan dikenali melalui drama bersiri Asmara, Kali Kedua dan Dingin Lagenda, selepas ibunya meninggal dunia, empat tahun lalu, dialah kini menjadi harapan keluarganya.

“Ayah saya pula sudah berusia 67 tahun, uzur dan tidak mampu untuk bekerja lagi. Maklumlah, abang saya sudah berkeluarga dan ada tanggungannya sendiri.

“Sekarang, sayalah yang menyara ayah dan adik yang baru lepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Saya perlu membiayai pengajiannya kalau dia ingin masuk universiti nanti.

“Kalau sebulan saya tak ada tawaran berlakon, maka sebulan jugalah saya terpaksa ‘ikat perut’. Takkanlah saya sanggup nak melihat ayah dan adik pula berlapar di rumah,” katanya.

Bagi Faralyna, usia muda juga adalah masa untuknya bekerja keras dan membina nama dalam bidang seni.

“Saya berlakon bukan untuk main-main atau mengejar glamor sebaliknya bidang seni adalah

Januari 25, 2012

Biodata Bella Dan Aiman Pelakon Vanilla Dan Coklat



Info Bella

NAMA SEBENAR: Nabilah Ali Dally
NAMA KOMERSIAL: Bella Dally
TARIKH LAHIR: 27 September 1991
KELUARGA: Anak bongsu daripada dua beradik
DARAH CAMPURAN: Ayah (Melayu-Pakistan) dan ibu (Pan Asian-Filipina)
ASAL: Kota Kinabalu, Sabah
PENCAPAIAN: Finalis Pilih Kasih musim pertama, 2009 (menduduki tempat keempat)
DRAMA: Qalisha 2, 6 Progresif, Serapah Darah Bulan Madu, Inspirasi Varsiti, Sehelai Rambut Dibelah Tujuh, Jangan Bunuh Matahariku dan Vanila Coklat

Hani Gebu Peserta Raja Lawak 6 Terima Lamaran AR Badul

KUALA LUMPUR, 19 JANUARI 2012: Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Mungkin inilah perumpamaan yang boleh Murai Batu berikan kepada ahli kumpulan Gebu iaitu Hani.

Walaupun penyertaan kumpulan Gebu melalui pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) di Astro Warna kurang mendapat perhatian, rezeki Hani atau nama penuhnya Haryani Othman untuk mengembangkan sayap di Malaysia bakal menjadi kenyataan.

Murai Batu dimaklumkan, Hani yang baru saja berumah tangga dengan mendapat penajaan sepenuhnya sepanjang majlis bersejarahnya itu, telah disunting seorang pelakon, pengarah dan penerbit filem dari Malaysia.

Disember 31, 2011

Finalist Dewi Remaja 2010, Anzalna Nasir Laris Di Pasaran Hiburan

Bekas finalis Dewi Remaja 2010, Anzalna Nasir, antara nama baru dalam industri hiburan tanah air yang semakin mendapat perhatian pengarah dan penerbit filem serta drama.

Ternyata rezeki gadis manis ini semakin mencurah-curah apabila menerima pelbagai tawaran berlakon hingga tidak menang tangan dibuatnya.


“Saya selesa dengan apa yang ada sekarang walaupun sekadar memegang watak sampingan kerana saya masih dalam proses belajar menghayati watak yang ditawarkan kepada saya.

Oktober 20, 2011

Gambar Seksi Izara Aishah Pelakon Drama Soffia di TV3


Gadis bernama Izara Aishah sudah pasti menjadi sebutan dan bualan peminat drama di Malaysia khasnya ketika drama Soffia yang menghiburkan anda di TV3. Watak seorang anak yang garang dan sering membuatkan ibu tirinya (Tizz Zaqyah) terasa hati kerana tidak menerimanya, malahan sering menuduh beliau.


Semua itu hanyalah drama yang beliau lakonkan dalam Soffia, namun sudah pasti watak yang dibawa akan menjadi emosional si penonton yang terlalu taksub dan tidak dapat membayangkan erti drama ataupun diluar sana.


Bagi ZOom drama ini berjaya menarik ramai penonton diluar sana untuk menunggu dan menyaksikan drama yang berkumandang setiap minggu.


Berikut beberapa gambar Izara Aishah untuk tatapan anda diluar sana, terutamanya buat pengunjung di ZoOMartis.

Julai 10, 2011

Pelakon baru bernama Kristina Chempaka

Boleh tahan juga paras rupa gadis bernama Kristina Chempaka ni, petang ni ZoOm melawat blog teman seperjuangan yakni Blog Izyan, tertarik dengan wajah dan gaya gadis ini membuatkan ZoOm ingin membuka satu topic mengenai beliau.

Menurut Izyan, gadis ini adalah pelakon baru diperkenalkan oleh saudara Osman Ali dalam filem/drama terbaru beliau.Dengarnya Kristina Chempaka ini berketurunan Melayu German dan sangat fasih berbahasa Melayu.


Mari kita layan gambar gadis dan pelakon baru yang sudah pasti akan mengemparkan dunia hiburan tanah air :










Gaya Bersahaja..namun seksi tetap menjadi aset utama..!!!

April 26, 2011

Linda Hashim Nak Kahwin Untuk Elak Tuduhan Gadis Lesbian

Beberapa tahun sebelum ini Linda Hashim pernah digossipkan sebagai gadis lesbian yang menyebabkan maruah beliau tercemar, kini setelah sekian lama gossip tersebut menyepikan diri, Linda ingin berkahwin secepat mungkin bagi melenyapkan gossip panas itu berulang kembali.

Menurut beliau gossip tersebut tersebar kerana pada masa tersebut Linda tidak pernah mempunyai hubungan istemewa dengan jejaka diluar sana. Namun jauh dihati Linda yang ingin berumah tangga seperti impian wanita lain diluar sana.

Jika anda ingin mengenali gadis bernama Linda Hashim ini saksikan drama "Fatimah Juling The Series" yang akan keudara pada 27 April ini ( Esok ), dia yang memegang watak Fatimah mengganggap drama ini sunggu mencabar kerana perlu menjulingkan mata sambil mengeluarkan mata.

ZoOM : Bagi ZoOM cepat-cepatlah kahwin jangan tunggu sampai 30 seperti yang anda inginkan. Apa Lagi Komen la yer kalau dah baca..

April 25, 2011

Diperdaya RM1,000 berlakon di samping Rozita Che Wan

Kesian ZoOM baca kisah Danial Ridwan ni  yang ditipu bulat-bulat oleh syarikat jualan langsung ni, sampaikan mengeluarkan duit 1k+ dek kerana penangan ingin menjadi artis. Namun apa yang ada ? duit melayang, tawaran berlakon pun hanya menjadi igauan mimpi.

Nak tau lebih lanjut bacalah "Statement" daripada Metro Online ni :

MUAR: Impian seorang lelaki menjadi pelakon dan beraksi bersama aktres Rozita Che Wan selain berlakon dalam filem arahan Ahmad Idham dan Datuk Yusof Haslam berkecai apabila menyedari dirinya ditipu sebuah syarikat jualan langsung yang mendakwa agensi mencari bakat di ibu kota, baru-baru ini.

Danial Ridwan, 26, bukan setakat berkali-kali datang ke pejabat agensi terbabit di bangunan bersebelahan Menara Kuala Lumpur (KLCC) malah terpaksa membayar ratusan ringgit setiap kali datang kononnya sebagai bayaran mendapat tempat dalam filem lakonan aktres serta pengarah berkenaan.

“Saya datang ke ibu kota awal tahun lalu sebelum ditawarkan menjalani uji bakat di agensi terbabit dengan janji akan digandingkan bersama pelakon serta pengarah filem terkemuka tanah air.  
“Impian menjadi pelakon terkenal hampir menjadi kenyataan apabila saya kononnya ditawarkan berlakon dalam filem Khurafat dan Damping Malam,” katanya.

April 11, 2011

Gambar Seksi Isma Hanum Husein


Isma Hanum Husein ini merupakan pelakon baru menapak dalam industri hiburan tanah air, namun ada cakap-cakap diluar sana mengkritik gambar yang ZOoM upload dalam post kali ini. Mungkin jejaka-jejaka diluar sana suka dengan penampilan artis baru ini, namun ada juga yang memandang serong dengan penampilan sedemikian rupa. Jika anda melihat Triller filem Dilarang Masuk sudah pasti ada yang menelan air liur dek kerana keseksian artis bernama Isma Hanum ini.

Januari 21, 2011

Lagi Gambar Seksi Azie Yahaya Pelakon Drama Awan Dania 3 di Majalah

Entahlah mungkin tema dan gaya yang wajib mesti nampak ni kot, malas nak komen sebab bukan bidang kuasa ZoOM. Sekadar berkongsi dengan pembaca di ZoOmartis mengenai pakaian dan gambar yang menjadi perhatian jejaka-jejaka dan pakcik-pakcik diluar sana yang sudah pasti mata terbuka besar seketika.


ZoOm : Apa kata anda pula ?

Januari 20, 2011


ZOom suka bila Azrul menyanyi semasa Program Raja Lawak sebelum ini, namun tak sangka pula Azrul memang sudah mempunyai pakej yang telah lama beliau ketahui dan kini ingin mengembangkan bakat dalam bidang nyanyian.

Semoga beliau berjaya mencapai cita-cita sebagai seorang penyanyi dan pelawak yang disegani. Berikut "Statement" beliau apabila ditanya mengenai cita-cita dan pengalaman beliau sebelum ini.

“Sejujurnya, saya menjadikan program Raja Lawak sebagai lesen untuk dikenali sebagai penyanyi. Sebelum ini, saya banyak menyanyi di tapak pesta Pulau Pinang.
“Sebelum menyertai Raja Lawak musim kedua, saya pernah menubuhkan kumpulan muzik dan menjadi finalis pertandingan Asia Bagus 1995. Kami hanya berjaya mendapat tempat keempat dalam pertandingan itu.

Biodata Miera Leyana Pelakon Baru

PROFIL

NAMA: Miera Leyana Kasmi
PANGGILAN KOMERSIAL: Miera Leyana
TARIKH LAHIR: 28 Ogos 1993
USIA: 18 tahun
TEMPAT LAHIR: Johor Bahru
KARIER: Pelakon dan model
KELUARGA: Anak kedua daripada tiga beradik
HOBI: Membeli-belah, berenang dan menari
CITA-CITA: Ahli perniagaan
DRAMA: Antaranya Luna Fantasiku, Ceria- Ceria Cikgu Rubina, Kecuali Cintamu, Apa Itu Cinta, Ada Ubi Ada Batas, Kamelia Katrina, Aalia, Sejambak Bukan Serumpun dan Nana Naruto
FILEM: Apokalips (arahan Mamat Khalid)

Februari 27, 2010

(Gossip) Shah Jaszle dan Shera bercinta !!!


Ini pula yang Zoom baca di Mstar petang ni, Pelakon Tari Tirana Shah Jaszle sedang bercinta dengan gadis TV3 bernama Shera ni.Tetapi mereka macam biasa menafikan kisah percintaan ( JIka Betul), kalau betul pun apa salahnya kedua-duanya single lagi.Jangan Suami dan isteri orang dahlah ...

Februari 09, 2010

(Gossip) Gambar Terkini hadeq drama Sutun !!

Terkejut juga Zoom tengok gambar ni, betul ke ini gambar Hadeq dalam drama "Sutun" tu !!!? Kalau betul la ini gambar dia, tak tau nak cakap apa dah.Semoga ada seseorang yang boleh membimbing beliau ke jalan yang benar.Anda je la yang cakap..Komen membina k..!!



Baca Selanjutnya

Februari 07, 2010

(Hot News) Hero 'Tari Tirana' Ugut Bunuh Wartawan Hiburan Di Facebook?


Mungkin kisah artis ini akan menjadi sensasi dan juga seterusnya menjadi perbualan di kalangan wartawan kerana jari-jari nakalnya di laman Facebooknya.Mari kita baca kisah "Ugutan Bunuh Dan Komen Hero" ini di Facebook di bawah...!!! (Info-Mstar



Baca Selanjutnya

SELEPAS pelakon Indonesia, Luna Maya dikecam baru-baru ini kerana mencemuh wartawan hiburan melalui laman sembang Twitter, kini artis baru Malaysia Ammar Alfian Aziz atau dikenali sebagai Neo dalam drama Tari Tirana pula dengan beraninya mengikuti jejak langkah Luna.

Tindakan berani Ammar di laman sosial Facebook yang begitu marah dan emosional dengan pihak media dikatakan kerana beberapa sebab tertentu.



Kekasih kepada pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana itu, melemparkan kata-kata ugutan dan kesat serta berbaur lucah kepada seluruh wartawan di Malaysia terutamanya wartawan hiburan.

Rasa ketidakpuasan hatinya dalam laman sosial Facebook itu dipamer di statusnya pada Jumaat, 5 Februari sekitar pukul 8 malam.

Pelbagai gelaran diberikan pelakon lelaki yang tidak sampai setahun jagung itu kepada wartawan tempatan termasuk 'bodoh' dan 'berpura-pura'.

Entrinya di lawan sosial itu malam kelmarin berbunyi: "Cant believe how stupid n fake reporters are.. creating stories for their own benefits without thingking dat they're ruining other people's lives.. I ***** HATE REPORTERS IN MALAYSIA".




Jejaka berusia 22 tahun itu turut membuat justifikasi atau alasan di sebalik tindakannya itu kepada rakan-rakannya. Kononnya, dia berkata demikian setelah diprovokasi oleh beberapa wartawan untuk mendapatkan cerita buruk tentang dirinya.

Ammar berkata,..."well they're provoking me by making up stupid dumb story"

Dalam kenyataan susulannya, Ammar turut membuat ugutan bunuh kepada para wartawan yang menulis cerita buruk tentangnya.

"Seriously if i meet up with dat ****** who created those stories bout me im gona ****** kill em.. DATS MY WORD," katanya yang dipetik dari Facebooknya.

Bagaimanapun, tinjauan mStar Online mendapati Ammar telah membuang beberapa nama yang disyakki berstatus wartawan dari senarai rakan Facebooknya beberapa jam kemudian, hari yang sama.

Zoom: Apa kata anda..?? Nampaknya kena gam la Mamat oleh wartawan selepas ini... 98% surelyyyy!!!


Februari 06, 2010

(Artis Malaysia) Biodata Ummi Nazeera
















NAMA PENUH: Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin
TARIKH LAHIR: 20 Ogos 1990
ASAL: Kuala Lumpur
KELUARGA: Bongsu daripada dua beradik
PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), calon persendirian
FILEM: Lu Pikirlah Sendiri The Movie
DRAMA: Pesona Bintang, Takdir Yang Terindah, Dinasti Bilut, Ali Din, Awan Dania, Klon Teja, Kejar dan Nur Kasih


Baca Selanjutnya

Februari 02, 2010

(Gossip) Fizo Omar di goda wanita kaya !!!

Pelakon lelaki drama Bionik ini sering kali mendapat gangguan "misscall" daripada orang yang tidak di kenali.Malahan pelakon yang tengah naik ini juga turut menjadi buruan dan di goda oleh sesetengah wanita kaya yang meminatinya.



Baca Selanjutnya

Pelakon ini turut menerima tawaran lumayan dari golongan wanita kaya ini jika di hitung mungkin sampai berjuta " menurut INfo" Namun beliau masih lagi ada maruah dan beliau tolak secara baik.

Apa kata anda mengenai Fizo Omar, dan seterusnya artis-artis di Malaysia yang kini anda rasa di Bela !!!! KOmen kk..!!!!