Aiman
Hakim Ridza atau Aiman memang semakin popular dalam kalangan peminat
sejak berlakon dalam drama rantaian popular Vanila Coklat di TV3 dengan
episod akhirnya pada Selasa lalu ditonton seramai 4.5 juta penonton.
Jangan
ada yang terkejut jika fakta sebenarnya, Aiman, 23, yang mula terjun
dalam bidang seni menerusi program realiti nyanyian, Mentor, kini
menjadi subjek carian kesembilan tertinggi daripada sepuluh carian
tertinggi oleh pelayar Google di negara ini sepanjang bulan Februari
lalu.
Kenyataan
itu dikeluarkan secara rasmi oleh pihak Google Malaysia baru-baru ini
dan dalam kenyataan mereka, Aiman merupakan selebriti tunggal tempatan
yang berada dalam senarai sepuluh carian tertinggi tersebut.
Aiman
yang ditemui pada majlis tontonan episod akhir drama Vanila Coklat
bersama peminat di Rasta, Damansara, Selangor malam Selasa lalu ternyata
cukup terkejut dengan penerimaan peminat terhadapnya bagaimana masih
belum meninggalkan cita-citanya sebagai penyanyi.
Kosmo!:
Apakah perasaan Aiman apabila diumumkan sebagai satu-satunya selebriti
tempatan dalam senarai sepuluh carian tertinggi oleh pelayar Google di
Malaysia sepanjang bulan Februari lalu?
Aiman:
Saya tidak tahu bagaimana nak cakap tetapi mestilah gembira. Saya tahu
pun apabila terbaca di akhbar baru-baru ini. Syukur selepas berlakon
beberapa buah drama Vanila Coklat drama kelima lakonan saya dan ia
benar-benar berjaya melonjakkan nama saya. Terima kasih buat peminat
setia Vanila Coklat.

