Memaparkan catatan dengan label Biodata Peserta Raja Lawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Biodata Peserta Raja Lawak. Papar semua catatan

Januari 20, 2011


ZOom suka bila Azrul menyanyi semasa Program Raja Lawak sebelum ini, namun tak sangka pula Azrul memang sudah mempunyai pakej yang telah lama beliau ketahui dan kini ingin mengembangkan bakat dalam bidang nyanyian.

Semoga beliau berjaya mencapai cita-cita sebagai seorang penyanyi dan pelawak yang disegani. Berikut "Statement" beliau apabila ditanya mengenai cita-cita dan pengalaman beliau sebelum ini.

Sejujurnya, saya menjadikan program Raja Lawak sebagai lesen untuk dikenali sebagai penyanyi. Sebelum ini, saya banyak menyanyi di tapak pesta Pulau Pinang.
“Sebelum menyertai Raja Lawak musim kedua, saya pernah menubuhkan kumpulan muzik dan menjadi finalis pertandingan Asia Bagus 1995. Kami hanya berjaya mendapat tempat keempat dalam pertandingan itu.

Januari 08, 2011

Biodata dan gambar 12 peserta Raja Lawak Musim Kelima

Kumpulan Lucky
Nama Sebenar: Indra Putra Setia Negara Bin Thamrin , Abd Hadzir Bin Abdullah, Nizam bin Solah.
Nama Tipu: Indra Putra Setia Negara Bin Thamrin, Ai, Kecik.
Umur: 22 , 23, 34.
Asal: Johor Bahru , Johor Bahru, Kota Tinggi, Johor.
Status: Bujang, Bujang, Berkahwin.
Pekerjaan: Tidak bekerja, Tidak bekerja, Proton Part Center, Johor Bahru.
Pengalaman: Jadi nelayan, Juara futsal Liga Industri, Mewakili kelab terkemuka di Johor, Johan pertandingan karom.
Kebolehan selain melawak: Berlakon teater, Menyanyi, Bermain muzik, Bersukan.
Pelawak kegemaran: Afdlin Shauki kerana beliau pandai masak nasi kandar. I like Papadom. P.Ramlee kerana beliau bukan saja pandai menghiburkan menonton malah sampai sekarang kesan lawaknya.
Mengapakah menyertai Raja Lawak: Ingin menjadi seorang pelawak. Kalau nak jadi raja, saya tak tau. Kenalah jadi Raja Lawak.
Jika diberi peluang untuk menjadi
hero, siapakah anda?: Spiderman kerana heroin dia cantik, tidak perlu lagi membeli kereta.