Memaparkan catatan dengan label kisah hidup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kisah hidup. Papar semua catatan

Mac 13, 2012

Kisah Manusia Berubah Menjadi Keldai atau Himar

Kisah Berubah Menjadi Himar

Dalam terik panas mentari yang memancar menyinari tanah Baitul Haram,

seorang ulama zuhud yang bernama Muhammad Abdullah al-Mubarak keluar dari rumahnya untuk menunaikan ibadah haji.

Di sana dia leka melihat seorang pemuda yang asyik membaca selawat dalam keadaan ihram.

Malah di Padang Arafah dan di Mina pemuda tersebut hanya membasahkan lidahnya dengan selawat ke atas Nabi.

“Hai saudara,” tegur Abdullah kepada pemuda tersebut. “Setiap tempat ada bacaannya tersendiri.

Kenapa saudara tidak membanyakkan doa dan solat sedangkan itu yang lebih dituntut?

April 25, 2011

Diperdaya RM1,000 berlakon di samping Rozita Che Wan

Kesian ZoOM baca kisah Danial Ridwan ni  yang ditipu bulat-bulat oleh syarikat jualan langsung ni, sampaikan mengeluarkan duit 1k+ dek kerana penangan ingin menjadi artis. Namun apa yang ada ? duit melayang, tawaran berlakon pun hanya menjadi igauan mimpi.

Nak tau lebih lanjut bacalah "Statement" daripada Metro Online ni :

MUAR: Impian seorang lelaki menjadi pelakon dan beraksi bersama aktres Rozita Che Wan selain berlakon dalam filem arahan Ahmad Idham dan Datuk Yusof Haslam berkecai apabila menyedari dirinya ditipu sebuah syarikat jualan langsung yang mendakwa agensi mencari bakat di ibu kota, baru-baru ini.

Danial Ridwan, 26, bukan setakat berkali-kali datang ke pejabat agensi terbabit di bangunan bersebelahan Menara Kuala Lumpur (KLCC) malah terpaksa membayar ratusan ringgit setiap kali datang kononnya sebagai bayaran mendapat tempat dalam filem lakonan aktres serta pengarah berkenaan.

“Saya datang ke ibu kota awal tahun lalu sebelum ditawarkan menjalani uji bakat di agensi terbabit dengan janji akan digandingkan bersama pelakon serta pengarah filem terkemuka tanah air.  
“Impian menjadi pelakon terkenal hampir menjadi kenyataan apabila saya kononnya ditawarkan berlakon dalam filem Khurafat dan Damping Malam,” katanya.