Januari 21, 2011
Lagi Gambar Seksi Azie Yahaya Pelakon Drama Awan Dania 3 di Majalah
ZoOm : Apa kata anda pula ?
November 07, 2010
Gambar Seksi Ummi Nazeera Dengan Kangaroo
Januari 29, 2010
(Gossip) Gambar Fasha Sandha kantoi merokok !!!
Gambar ini semasa Fasha Sandha menyambut hari jadinya pada 07 November 2009 yang lalu, tetapi Zoom rasa tak patut Fasha menyambut Hari Jadi di "Club", lagi Afdal kalau sambut dengan kenduri kesyukuran atau pun bacaan doa selamat. Ini tak dengan arak, rokok dan pakaian "Sexy" menyebabkan masyarakat semakin membencinya.
Baca Selanjutnya
Mungkin dengan tersebarnya gambar Fasha ini akan menyebabkan Fan " I hate Fasha Sandha" semakin bertambah.entahlah hanya mereka-mereka yang benci dan suka Jer akan join Fan Facebook tersebut..Apa kata anda mengenai gossip terbaru mengenai Fasha Sandha ni...!?
Januari 25, 2010
(Gossip) Buah dada Masha ada kiss bite?
Malas nak cakap, nasi dah jadi bubur untuk si Marsha ni, siapa suruh orang tu ambil gambar macam tu,Siap ambil dari atas yang melihatkan bahagian lurah Marsha.Nasib baik la kamu bukan beragama islam.Si jurugambar ini pun satu, suka ambil kesempatan dengan keikhlasan orang.Gambar tu ada kat bawah sajer simpan kat bawah sebab bawah umur di larang melihatnya...!!!
Baca Selanjutnya
Tak hairanlah kalau Masha berpakaian seksi kerana selama ni dia memang terkenal dengan seksinya. Baru-baru ni ada seorang jurufoto telah berjaya menangkap gambar Marsha sedang kena make-up untuk acara yang Marsha lakukan. Namun dalam tidak disangka, di bahagian buah dada Marsha terselit tanda merah yang digembar gembur ramai blogger sebagai 'kiss bite'.
Disember 24, 2009
(Gossip) Mulan Jameela ingin kahwin jika anak izinkan
Baca Selanjutnya
Mulan Jameela, penyanyi ini sudah lama menjanda. Bukan kerana tidak ada lelaki yang ingin mendampinginya tetapi penyanyi jelita ini masih belum dapat lampu hijau dari anak-anaknya.
"Soal jodoh belum tahu. Semuanya bergantung pada lampu hijau dari anak-anak," jelas Mulan. Selama ini Mulan selalu dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan penyanyi Dewa, Ahmad Dhani. Malah, Mulan pernah diibaratkan sebagai orang ketiga dalam perceraian Dhani dan Maia.
Sampai sekarang, ramai masih tertanya-tanya siapakah lelaki istimewa dalam hidup Mulan dan sejauhmana hubungannya dengan Ahmad Dhani. "Kalau pun ada calon, saya belum diberi izin anak-anak," ujar Mulan.
ZoOm: Kalau tak ada ZoOm ada :P hehehehehehehehehe, anda peminat Mulan jum komen mengenai artis ini..!!!
November 10, 2009
(Gambar) Sexy Nabila Di Majalah !!!
Malas nak komen lebih-lebih..Anda je la yang komen k..!!!?
Baca Selanjutnya
November 08, 2009
(Gossip) Gambar Seksi Tiz Zaqyah Nur Kasih !!!!
Baca Selanjutnya
Nasib baik la ada tangan si Tiz kalau tak dan nampak "Boob" si Tiz ni...
Pesanan Dari admin Zoomartis, tengok sekali je tau..jangan tengok lama-lama..kalau nak tengok lama-lama pergi tgk kat tv drama " Nur Kasih ".
November 05, 2009
(Gambar) Sexy Maya Karin Di Kolam Renang !!!!
Baca Selanjutnya
Apa KOmen anda !!?
Oktober 15, 2009
(Gossip) Rossa tawar diri pulihkan hubungan Malaysia-Indonesia !!!
Bagi Rossa yang menganggap Malaysia adalah 'rumah' keduanya memandangkan dia sendiri turut mencipta nama di negara ini, dia sedar, isu itu masih belum habis diperkatakan.
Namun, tutur penyanyi berusia 31 tahun ini, sebagai individu yang 'mengenali' dua negara ini, dia turut mempunyai kesedaran untuk cuba 'memulihkan' ketegangan yang melanda dengan cara tersendiri atas nama sebagai seorang penyanyi.
Baca Selanjutnya
"Sedih sekali jika perkara ini berlarutan atau semakin meruncing. Mengapa perlu bersengketa sedangkan kita bersaudara dan merupakan satu rumpun? Saya senang sekali dengan layanan yang diberikan oleh kenalan dan peminat-peminat Malaysia setiap kali saya berada di sana.
"Seboleh mungkin, saya juga ingin cuba memulihkan keadaan ini dan tidak salah untuk saya lakukannya menerusi muzik. Saya percaya, muzik boleh menyatukan bangsa.
"Insya-allah, ini hanyalah salah faham yang sebenarnya boleh dileraikan andai kata semua pihak di kedua-dua negara memainkan peranan masing-masing dengan baik.
"Apa yang penting, jangan ada yang mengambil kesempatan di atas keruncingan yang sedang berlaku ini," ujar Rossa ketika dihubungi dari Jakarta, Indonesia, semalam.
Ditanya sama ada dia sendiri pernah berasa risau kemungkinan peminat-peminat di Malaysia akan turut memboikot artis-artis Indonesia termasuk dirinya gara-gara isu itu, kata penyanyi yang popular dengan lagu Atas Nama Cinta, Ayat-Ayat Cinta dan Hey Ladies ini, dia tidak pernah terfikir sedemikian.
"Sejujurnya, saya tidak pernah risau dan tidak pula terlintas tentang diboikot. Perkara ini boleh dibendung.
"Saya sendiri ada berkunjung ke Kuala Lumpur sewaktu bulan Ramadan yang lalu dan saya bersyukur, peminat-peminat di sana tetap menerima diri dan muzik saya walaupun ketika itu isu ini sedang 'hangat'.
"Begitu juga yang saya harapkan layanan sama turut diterima jika artis-artis Malaysia datang ke negara ini. Tidak perlu boikot-memboikot," kata wanita kelahiran Sumedang, Jawa Barat, Indonesia ini.
Menurut Rossa, dilantik sebagai duta pelancongan oleh Jakarta City Government Tourism & Culture Office (JTCO) juga memberikan platform yang bagus untuk dirinya sama-sama cuba menjernihkan keadaan yang melanda.
Malah, Rossa turut teruja apabila JTCO bersama dengan Explorer Tourism Network (ETN) menganjurkan peraduan 'Fly with Rossa to Jakarta' untuk kempen mempromosikan negara itu, yang mana seorang peminat bertuah di Malaysia akan memenangi dua tiket penerbangan pergi balik bagi kelas bisnes KLM Royal Dutch Airlines dengan ditemani oleh Rossa untuk bercuti bersama penyanyi itu di Jakarta selama 3 hari 2 malam pada 4 November nanti.
Saya berharap dengan program ini, ia dapat memberi peluang kepada saya untuk memberikan imej yang baik tentang Indonesia. Bagi saya, program ini sebenarnya secara tidak langsung merupakan satu usaha yang baik tatkala kita berdepan dengan isu ini.
"Sejujurnya, saya memang tidak sabar untuk menyertai percutian ini bersama peminat bertuah itu nanti," ujar ibu kepada Muhammad Rizky Langit Ramadhan yang berusia dua setengah tahun ini.
Selain itu, pemenang bertuah akan memenangi penginapan tiga hari dua malam di hotel bertaraf lima bintang, baucer beli-belah bernilai USD300 (RM1000) dan jemputan menyaksikan 'showcase' Enjoy Jakarta Evening oleh Rossa.
Maklumat lanjut dan peraduan itu boleh disertai dengan melayari laman web www.etn.my
Bercerita tentang persembahan istimewanya, Enjoy Jakarta Evening yang merupakan salah satu program di dalam kempen itu, kata Rossa, persembahan yang akan berlangsung di Hard Rock Cafe pada 3 November depan itu lebih berkonsepkan 'intimasi'.
"Ia bukannya sebuah konsert yang besar, hanya sekitar 200 penonton akan diundang untuk menyaksikan persembahan itu. Seperti biasa, saya akan membawakan lagu-lagu popular saya dan akan turut menyanyikan lagu tema kempen ini, Enjoy Jakarta," ujar Rossa yang pernah mengadakan konsert mini di Kuala Lumpur pada Jun lalu.
Kata penyanyi ini lagi, dia juga rindu untuk sekali lagi beraksi di depan lebih ramai peminat-peminat di Malaysia dan akui Rossa, impiannya itu mungkin akan tercapai apabila dia dijangka akan mengadakan konsert solo di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur pada April depan.
"Setelah melihat konsert Datuk Siti Nurhaliza di IB tidak lama dulu, saya memang teringin sangat untuk turut adakan konsert di sana.
"Sekarang ini masih di dalam perancangan, dan saya yakin, isu ketegangan yang melanda ini tidak akan menjejaskan impian saya," kata Rossa.
Zoom Komen: Buat la ROssa, asal negara awak tue boleh faham situasi di sini,kenapalah Media di seberang tue tidak ada kesedaran langsung erti nagara serumpun dan berjiran..kalau ada pa-apa jer musibah mendatsng negara seberang ini juga yang sibuk2 nak tolong..!!
Oktober 14, 2009
(Cerita Artis) Perkahwinan Dilla Syahirah dan Bakal Suami !!
Baca Selanjutnya
Ada khabar angin yang berkata Dilla akan berkahwin dengan tunangnya, Ruslan Saidin pada 12 November 2009. Majlis resepsi pula akan diadakan sehari selepas mereka bernikah (13 November) di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak. Tahniah Dilla. Semoga majlis yang dirancang berjalan dengan lancar.
Juara Malaysian Most Beautiful, Dilla Syahirah Ab Latiff, Sama cantik sama padan dalam gamabar yang dipaparkan. Bagai pinang dibelah dua. Semoga Dilla and bakal suaminya hidup gembira seumur hidup selepas hari berkahwinan mereka.
Zoom KOmen: Semoga berbahagia..!!!
September 12, 2009
(Gossip) Kisah Haliza, si andartu terlampau... Dan Asset Lurah !!!!

Inilah salah satu adegan dalam Filem Andartu lakonan Haliza Misbun,Memang Sah Cerita ni sexy dan hot..Jangan jadi konterversi dah...Zoom tengok gambar ni pun dah sure cerita ini menampilkan Asset seorang insan yang bernama wanita...
Malas Nak komen banyak-banyak sebab zoom puasa lagie...Kepada ibu2 yang tak puasa tu komen la apa yang patut...Kat bawah ni zoom ada upload artikel cerita Haliza misbun yang sexy ini...
DIGELAR anak dara tua atau istilah popularnya, andartu, bukanlah satu masalah besar buat diri aktres dan produser ini. Ujar Haliza Misbun, asalkan dia bahagia menjalani kehidupan hariannya, dia tidak kisah dilabel sedemikian.
Dalam nada ceria, wanita berusia 36 tahun ini akui, memang ramai yang bertanya sama ada dia takut atau tidak digelar andartu. Namun, Haliza memang cukup positif tentang perkara itu.
"Saya tidak suka memikirkan sangat tentang hal itu. Yang penting, saya bahagia dikelilingi oleh keluarga dan rakan-rakan.
"Lagipun, saya tidak terfikir lagi ke arah itu (perkahwinan)," ujarnya, ringkas tatkala berbual tentang filem sulung terbitannya Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami di majlis pelancarannya baru-baru ini, yang diakui Haliza memang filem itu sedikit-sebanyak berkisarkan tentang dirinya sendiri.
Ujar anak kedua daripada enam beradik ini, bertitik tolak dari kisah dirinya yang masih membujang sehingga kinilah, dia akhirnya tampil dengan jalan cerita untuk filem tersebut sambil dibantu oleh penulis skrip, Sofia J.Rhyland.
Namun, ia bukan 100 peratus tentang dirinya, sebaliknya ada yang direka untuk dilihat lebih menarik.
Filem yang menelan belanja kira-kira RM1.1 juta ini dibintangi oleh Haliza sendiri sebagai Nikki, Ari Wibowo, Awie, Azhar Sulaiman, Fahrin Ahmad, Fizo Omar, Abby Abadi, Datuk Jalaluddin Hassan, Maimon Talib, Fara Fauzana dan ramai lagi.
Turut membuat penampilan istimewa ialah Datuk Rahim Razali dan Erra Fazira.
Terus menyusuri pengalamannya menghasilkan filem terbitan syarikat miliknya sendiri, Big Productions Sdn Bhd, kata Haliza, dia amat berpuas hati dengan pembikinannya yang kini sedang di dalam proses suntingan.
"Saya gembira dengan komitmen daripada semua yang terlibat dan saya optimis sambutan terhadap filem ini kelak memberangsangkan. Saya berharap, ia mampu memungut kutipan antara RM3 juta hingga RM5 juta.
(Gossip) Haliza Misbun Tak Kisah Tayang "Aset" !!!!
Satu perkara yang menarik minat pihak media ialah Haliza tampil ‘daring’ dalam filem ini. Boleh dikatakan dia kerap kali menayangkan ‘asetnya’ kepada penonton. Pendek kata, penonton akan puas melihat ‘lurah dendam’ pelakon yang masih tidak berumahtangga ini. Kesempatan bertemu dengan Haliza selepas majlis berakhir memberi peluang untuk bertanyakan perkara ini kepadanya. “Saya tahu pasti ada yang akan bertanyakan perkara ini kepada saya. Terus-terang saya katakan yang saya tidak kisah ‘tayang’ aset yang dimiliki kerana mereka yang ingin menonton filem ini di pawagam perlu membeli tiket untuk menyaksikannya. Jadi, apa salahnya saya berikan sesuatu yang tidak biasa dilihat ketika saya berlakon drama. “Kalau sama sahaja penampilan saya di dalam filem, macam tidak berbaloi pula harga tiket yang dibayar oleh penonton. Tidak kisahlah apa yang orang hendak kata, yang penting saya melakukan perkara yang mengikut kata hati saya. Mana mungkin saya boleh puaskan hati semua orang,” ulas Haliza tentang perkara ini.
Dalam masa yang sama Haliza turut diminta mengulas tentang watak komedi yang cuba dibawakan olehnya kali ini. Maklumlah sebelum ini Haliza memang mahu dikenali sebagai pelakon yang membawakan watak-watak berat sahaja. “Sebelum ini memang tidak nafikan yang saya hanya mahu bawakan watak-watak berat, tetapi sekarang ini saya sudah berubah fikiran. Bagi saya, seorang pelakon yang baik boleh menjayakan apa jua watak yang diberikan. Menerusi filem ini saya ingin buktikan yang saya juga boleh bawa watak komedi. Saya tidak mahu jadi sekadar aktress, saya mahu orang nampak sesuatu yang istimewa tentang diri saya. “Sebab itulah saya mengambil masa yang cukup lama untuk tampil semula dalam filem. Ini kerana filem terakhir saya, ‘Scoop’ tidak begitu berjaya dan ada pihak yang menyalahkan saya kerana berpendapat wajah saya tidak boleh dijual. Jadi, saya harap dengan filem terbaru ini, persepsi orang akan berubah. Filem ini adalah filem pertama di bawah syarikat saya, Big Productions Sdn Bhd. Jadi saya memang menaruh harapan yang cukup tinggi kepada filem ini,” ujar Heliza penuh semangat.
Diminta mengulas tentang kekuatan filem ini pula, Haliza menjelaskan dia merasakan pemilihan pelakon dan jalan cerita adalah kekuatan filem ini. “Saya mengatakan pemilihan pelakon kerana setiap pelakon yang dipilih diberi watak yang dekat dengan diri sendiri. Ini membolehkan setiap pelakon nampak bersahaja dalam lakonan. Jalan cerita filem ini pula berbeza dengan filem-filem komedi yang lain kerana penonton tidak boleh meramal apa yang akan terjadi selepas setiap adegan. Boleh dikatakan ada banyak adegan yang diluar dugaan,” jelas Haliza yang membayangkan filem ini akan ada sekuelnya nanti. Tidak percaya dengan perkahwinan Sama ada anda sedar atau tidak, ‘Andartu Terlampau.....21 Hari Mencari Cinta’ ini seolah-olah menceritakan kisah hidup Haliza sendiri. Maklumlah sekarang ini Haliza sudah pun berusia 36 tahun dan masih hidup membujang. Pendapat ini bagaimanapun disangkal oleh Haliza. “Dalam dunia realiti, saya bukan seperti Nik Melati Sukma. Saya tidak pernah berasa tertekan kerana masih tidak berkahwin sehingga ke hari ini. Memang saya sudah berumur 36 tahun tetapi saya tidak memandangkan isu ini sebagai masalah besar. Saya ada hidup saya sendiri dan anda perlu ingat bukan semua individu yang berkahwin menjalani kehidupan suami-isteri dalam suasana bahagia. Kalau tidak masakan ada yang bercerai-berai. “Kalau boleh saya mahukan lelaki yang boleh memberikan saya kebebasan selepas saya berkahwin dengannya. Ini kerana saya seorang yang ‘independent’.
Saya memang tidak boleh orang lain mengatur atau menyuruh itu dan ini dalam menjalani hidup seharian. “Terus-terang saya katakan yang saya sebenarnya tidak percaya dengan institusi perkahwinan. Tetapi sebagai seorang muslim saya tidak akan menolak jodoh yang datang sekiranya saya bertemu dengan seorang lelaki yang betul-betul baik dan menyayangi diri saya. Buat masa ini memang saya ada bertemu dengan seseorang, Tetapi saya hanya anggap dia sebagai kawan sahaja,” jelas Haliza tanpa berselindung. Sambut Raya sederhana “Seperti kebiasaan, tahun ini saya akan menyambut Raya secara sederhana. Baju raya pun saya tidak beli atau tempah. Kalau nak tahu, sudah hampir enam tahun saya tidak buat baju kurung untuk raya. Saya akan pakai apa yang ada sahaja. Tahun ini saya hanya beraya di rumah keluarga di Pantai Hillpark, Kuala Lumpur. Sebelum mengakhiri perbualan, Haliza sempat bercerita yang dia sangat sukakan kuih raya yang lama-lama. Antara kuih yang digemarinya ialah Kuih Samperit dan Kuih Siput.
Info : Gua
Zoom Komen: iskk iskk Dasyat narr awek sorang ni,asset tu mahal tapi sekarang dah jadi tumpuan satu malaysia..Zooom pun nak tengok citer tue tapi lepas pose la..Apa komen u alls ?
Ogos 22, 2009
(Gossip) Filem Cahaya – Elaine Daly Hampir Bogel
Filem ini di bintangi oleh Khir Rahman dan Elaine Daly dengan seorang pemenang anugerah pelakon Singapura, Wahyu Rahman dan bakat-bakat tempatan yang lain.
Korang boleh tengok trailer filem ni dekat youtube. Aku rasa filem ni belum lagi mengadap lembaga penapis filem. Tak tau lah kalau lepas ke tak filem ni. Tapi kalau tak lepas kat Malaysia mungkin Johan John boleh tayang dekat Singapura? Indonesia ? mahupun Brunei. Agaknya macam mana lah filem ni dalam bentuk “uncut”. He Hee
Info: Sky
(Gambar) Model dan artis baru azie yahaya Bersosial !!

Apa nak jadi pompuan zaman ni..minah ni byk keluar majalah terbitan karangkraf seperti nona..adelah buat catwalk sikit sikit..model suam suam kuku je dan baru start berlakun drama..part kecik kecik je..dengar kata dia ni dah banyak service vip vip dan anak org kaya..mcm social ascott la kira..mcm mcm la..another fasha sandha coming soon..
Info Dari Cari..Layan La Gambar kat bawah ni...susah nak cakap gadis2 zaman sekarang ni...1001 perangai..lepas tengok gambar ni komen la apa yang patut..






Ogos 20, 2009
(Gossip) Bakal Dewi Yang Terlebih Remaja !!






¡°Inikah gambar bakal dewi remaja yang bakal menggantikan Scha Al- Yahya?¡°.Itulah tajuk email yang kami terima daripada seseorang. Terusmenggelegak kepala kami dibuatnya. Secara peribadi memang bagai jauhpanggang dari api kalau nak dibandingkan wanita ini berbanding Scha. Ohya, kalau anda tak tahu, Scha Al Yahya dulu adalah juara Dewi Remaja.
Kami tak sempat nak cari info biodata gadis di atas ini. Tapirasanya memang betullah kot dia masuk bertanding pertandingan DewiRemaja nie. Kalau tak, macam mana plak gambar dia leh kuar muka depanMajalah Remaja kan? Kalau salah sila betulkan kami. Manalah tau andasedara mara atau ahli keluarga gadis ini.
Tapi bukan gambar di atas ini yang menyebabkan kami mengelegak kepala (saja wat ayat melampau sikit). Anda kena tengok dulu gambar-gambar gadis diatas dengan membaca artikel ini sepenuhnya untuk mengelegakkan kepalaanda. Hehehe. (tapi mungkin bagi sesetengah manusia gambar dia niebiasa jer, so terpulanglah kepada pendapat peribadi).
Info : B. Lara
Ogos 19, 2009
(Gossip) Makin Lama Ayu Makin Sexy Lah Pulakk !!!!

Gambar ni masa Ayu menang Artis Baru Wanita Terbaik DI Anugerak Planet Muzik 2009
Melihat kepada perjalanan seni bekas Juara OIAM musim kedua, Ayu tidak banyak yang boleh di banggakan.Biarpun namanya sering tersenarai sebagai finalis dianugerah peringkat tempatan namun nasib belum memihak kepadanya.Mungkin dah rezeki Ayu dia menang anugerah Artis wanita baru terbaik..
Ayu ni memang Top dan Hot Bab Pemakaian dan tingkah laku je..Tapi suara memang tidak di nafikan..apa pun layan la gambar AYu Yang tidak seberapa sexy ini..
Ogos 17, 2009
(Pilih Kasih) Juara Pentas Pilih Kasih 2009 / Baju Sexy Peserta !!
Juara Pilih Kasih 2009Tahniah Kepada Juara Pilih Kasih Musim Pertama 2009,Iqbal memang layak menang sebab markah penuh diberi oleh Juri Bukannya peminat..Tapi tanpa peminat Juara tidak akan ada.
Tetapi cuba anda perhatikan actress perempuan ni,100 % pakai baju yang menampakan belahan tu,ada yang ternampak masa program live kat TV..Kalau Pak Haji sure buka kopiah sat tengok program ni..Siap ada yang nampak tali2 warna hitam..Malas nak komen..korang je komen Gambar-gambar kat bawah ni..Nak gi lUncah jap :P
Tempat Ke 2
Tempat Ke 3
Tempat ke 4
Tempat Ke 5
Ogos 14, 2009
(Gambar Lama) Ramona pelakon Nana Tanjung Sexy ?

Terkejut Juga Zoom dapat gambar ni,memang Sosial Giler Gadis ni.Semakin lama zoom dapat mengenali serba sedikit siapa artis di negara kita.Walaupun di kaca mata makcik2 pakcik2 dan peminatnya semua nya perfect..Inilah namanya dunia artis sebenarnya..Apa pun U alls layan la gambar artis nana tanjung kita ni..




(Gambar Lama) Possing Sexy Ainul Aishah Dalam Tandas !!!!


Apalah motif si Ainul ni possing macam ni,Kalau lepas mandi pun jangan la possing macam tue..Kalau VVIP VIP tengok ni sure berliur punyer..mana tak nyer possing mengoda gitu..Kalau zoom pun Tengok laaaa.. heheheheeh :P apa komen u alls mengenai artis kita sorang ni.?
Ogos 12, 2009
(Celebrity News) Alice Norin And Nightlife

Alice Norin and friends were spend the night life hmmm... I don't know where, maybe in Bali, Jakarta, Singapore or Kuala Lumpur? She looks so happy, celebrates someone birthday? Or just another usual party. Oh I almost forget, Alice Norin now taking a part of "When Love Has been Praised God (Ketika Cinta Bertasbih) the movie" It's yet another Habiburahman El Shirazy's work.















