Memaparkan catatan dengan label Ummi Nazeera. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ummi Nazeera. Papar semua catatan

Februari 10, 2012

Gambar Aizat Kekasih Baru Ummi Nazeera

 Dikahabrkan gadis comel dan cute bernama Ummi Nazeera sudah mempunyai kekasih baru bernama Aizat (menurut info), dan daripada gambar dapat mengambarkan bertapa bahagianya Ummi Nazeera bersama teman baru yang menghiasi perjalanan hidup beliau.Beliau yang kini masih melanjutkan pelajaran di RMIT University sudah pasti gembira dengan kehadiran orang kedua dalam hidup beliau.


Apa-apa pun semoga pasangan ini kekal hingga ke jinjang pelamin dan seterusnya keakhir hayat.


dan dibawah ada beberapa gambar lagi untuk tatapan anda di ZoOMartis :

Ogos 30, 2011

Gambar Ummi Nazeera Dengan Abang Beliau


Hai rakan-rakan dan pembaca di ZOoMartis Dot Net dan Facebook Friends, setelah hampir sebulan menyepikan diri kerana perlu selesaikan perjuangan yang perlu dilangsaikan dalam bulan ramadhan yang mulia. Alhamdulillah dengan berkat usaha dan rezeki darinya ZoOm dan keluarga menerima rezeki yang selama ini diimpikan dalam dunia perniagaan. Walaupun tidak banyak namun sedikit sebanyak dapat mengurangkan dan menambah segala perbelanjaan yang perlu terutamanya dalam ketika menjelang Hari Raya tahun ini .

Hari ini merupakan hari pertama umat islam menyambut Hari Raya dalam bulan syawal, perkara pertama yang perlu ditunaikan semestinya mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya di pagi raya. Selepas itu sudah tentu menziarahi kubur dan merapatkan silaturahim dengan keluarga terdekat.

Dalam kesibukan menyambut Hari Raya ZoOm melawat laman Facebook dan ternampak gambar Ummie Nazeera yang cute dan comel bersama "Brother" beliau di Facebook.

November 26, 2010

Panas Gambar Seksi Ummi Nazeera Di Facebook !!!?

ZoOm baru dapat gambar ini dari seorang rakan yang menjadi friends Ummie di Facebook, mula-mula tercari-cari juga siapakah empunya diri yang seksi ni. Seksi tapi nampak cute dan comel pula Ummie Nazeera ni dengan pakaian dan jelingan manjanya..Lagi gambar terbaru dibawah :)

November 07, 2010

Gambar Seksi Ummi Nazeera Dengan Kangaroo

Bertuahnya si Kangaroo ni, kena belai-belai oleh pelakon Nur Kasih ni. Sure gambar ini diambil dekat australia ( kalau betul ). No Komen...tapi dia nampak cantiklah...Apa kata anda !!

Januari 05, 2010

(Gossip) Punca Remy dan Ummi bergaduh !!!


Jika anda salah seorang yang mengikuti perkembangan artis di Malaysia, pastinya anda mengetahui bertapa hebatnya gossip yang melanda Remy Ishak dan kekasihnya Ummie Nazeera.Kalau tak percaya cuba buka laman web google atau yahoo search beribu atau berpuluh ribu data mengenai kedua-dua artis ini.Dibawah adalah info terbaru mengenai gossip punca mereka bergaduh, Jum kita ZoOm !!!!



Baca Selanjutnya

Khabar angin mengatakan punca pergaduhan antara Remy Ishak dan Ummi Nazeera itu berpunca daripada orang ketiga yang mula ‘masuk jarum’, menyebabkan seorang daripada mereka naik angin dan mula mempersoalkan kesetiaan masing-masing. Antara dikaitkan dengan cerita itu termasuk pelakon Pekin Ibrahim, yang sebelum ini kelihatan rapat dengan Ummi, terutama ketika menjalani penggambaran filem Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid di Kuala Kangsar, baru-baru ini.

Bagaimanapun, anak muda kelahiran Kelantan itu tegas menafikan dia terbabit dalam cinta tiga segi, apatah lagi parut yang baru sembuh akibat putus cinta dengan Ayu Raudhah sebelum ini masih jelas. Menurutnya, dia tidak pernah berniat merampas kekasih orang, sebaliknya sekadar berkawan dengan sesiapa saja yang menghulurkan salam persahabatan memandangkan penggiat dunia seni sememangnya akrab sesama sendiri.


Disember 22, 2009

(Gossip) Pendedahan Surat Ibu Ummi kepada Remy Ishak !!


Gossip di antara Remy Ishak dan Ummi semakin hebat diperkatakan, dan yang terbaru pendedahan surat ibu Ummi kepada Remy Ishak.ZoOm bukan nak mengaibkan sesiapa tetapi sekadar berkongsi dengan anda kandungan surat ibu Ummi yang ZoOm dapat dari satu laman web ni. Jum baca kandungan surat tersebut di bawah...!!!! Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran kepada kita semua...



Baca Selanjutnya

Kami sekeluarga berdiam diri selama ini agar siasatan dapat dijalankan pihak berkuasa, sekali gus ingin memberi ruang untuk kamu mengaku perbuatan yang kamu lakukan. Sebaliknya kamu masih lagi berterusan memberi kenyataan yang tidak benar hampir setiap hari menerusi media massa. Masyarakat membaca dan mungkin percaya dengan apa yang kamu katakan, tapi Allah melihat apa yang sebenarnya kamu lakukan. Apapun alasannya, sebagai seorang lelaki kamu tidak berhak memukul anak gadis saya. Kamu belum ada apa-apa ikatan dengannya. Anak saya masih muda. Dia berhak berkawan dengan sesiapa saja.

Jangan jadikan isu dua darjat untuk menagih simpati. Sedangkan kamu sendiri pernah berjumpa saya dan bercakap dengan saya, bebas datang bersama anak saya ke restoran saya dan sering kali kamu datang ke perkarangan rumah saya untuk bertemu anak saya. Bukan harta dan paras rupa yang dipandang. Tapi keikhlasan dan baik pekerti yang dinilaikan. Kamu rasa wajarkah apa yang kamu lakukan terhadap perempuan yang kamu mengaku menyayanginya?

Cinta dan kasih sayang adalah sesuatu yang mulia di sisi Allah, tiada paksaan mahupun kekasaran. Apatah lagi sanggup mengaibkan orang lain semata-mata untuk menutup kesalahan sendiri. Menggunakan nama Allah, menidakkan apa yang kamu lakukan. Sebagai pelakon sepatutnya kamu memberi teladan yang baik kepada masyarakat. Tetapi kamu menjadikan diri kamu sebagai contoh yang terbaik sebagai artis yang teruk perilaku yang akan mencalit dunia artis dan mencemarkan dunia hiburan.

Mempertahankan diri dan memukul adalah dua perkara yang berbeza. Sejak bila pula kamu pandai membayar balik harta benda (telefon bimbit) Ummi yang kamu pecahkan setiap kali bertengkar? Jangan kamu memutarbelitkan kenyataan. Dayus bagi seorang lelaki memukul perempuan. Untuk apa kamu dan keluarga kamu malu pada masyarakat sedangkan kamu tidak malu pada Tuhan, mendera kaum yang lemah. Kamu jangan bercakap mengenai kebenaran kalau kamu sendiri tidak tahu apa itu kebenaran.

Bukti kamu memukul anak saya ada pada saya dan laporan polis sudah pun anak saya buat. Malah perbuatan kamu juga mempunyai saksi, kamu sendiri mengetahuinya kerana kamu sendiri pernah memujuk salah seorang saksi agar tidak memberitahu kepada sesiapa. Adakah kamu lupa Zalimie? Atau kamu rasa kamu masih di pentas lakonan? Kamu sekarang sebenarnya di pentas dunia apabila Allah yang menjadi saksinya. Sebagai hamba Allah kamu sepatutnya mengaku kesilapan kamu, sekalipun kamu tidak mahu memohon maaf.

Kamu tanya diri kamu, siapakah yang sebenarnya yang tidak berperikemanusiaan dan tidak menggunakan akal serta fikiran yang Allah kurniakan. Sebagai ibu, saya berasa amat terkilan apabila mendapat tahu cerita sebenar daripada anak saya bagaimana beliau dikasari secara emosi dan fizikal sepanjang berkawan dengan kamu. Sebagai ibu, adakah kamu fikir saya akan terus berdiam diri? Apa hak kamu untuk melarang saya daripada bersuara? Sebagai ibu, saya wajib mencampuri urusan anak saya demi kesejahteraan dirinya.

Saya juga hanya manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Sebagai ibu yang pernah mengandungkan Ummi selama sembilan bulan, saya sudah tidak mampu lagi mendiamkan diri apabila melihat anak saya suatu ketika dulu pernah pecah dan berjahit di kepalanya, kini pecah di muka. Saya berharap semua ibu bapa di luar sana akan mengambil kelalaian saya ini sebagai teladan. Saya amat bersyukur kepada Allah kerana kesedaran ini hadir sebelum benar-benar terlewat.

Buat kamu Zalimie, saya doakan kamu akan insaf dan tidak akan mengulangi apa yang kamu lakukan kepada anak saya kepada mana-mana wanita lain di masa depan. Saya hanya mampu berdoa agar kamu akan diberi cahaya keinsafan untuk mengaku apa yang kamu lakukan dan tidak lagi terus berpura-pura

Disember 21, 2009

(Gossip) Gambar Ummi Nazeera di cederakan Remy Ishak !!!


Zoom baru dapat gambar ummi Nazeera selepas terjatuh dilibas tangan Remy Ishak semasa bergaduh, kesian juga tengok tapi berdasarkan cerita Remy di dada akhbar sebelum ini Zoom tak tau siapa benar dan siapa yang bersalah. Betulkan Ummi ini minum air kencing Iblis tue ? Apa pun jumm tengok gambar di atas dan sedikit komen mengenai gossip ini !!!?



Baca Selanjutnya

Remy dikatakan terlibat dalam pergaduhan yang mencederakan Ummi Nazeera dengan melibas tangannya ke muka Ummi Nazeera dan menyebabkannya terjatuh.

“Saya nampak Remy pusing badan dan melibas tangan dengan laju ke arah muka kiri cik muda (Ummi Nazeera),” kata seorang saksi kes pergaduhan antara pelakon drama Nur Kasih dan teater Natrah, Remy Ishak, 27, dengan pelakon remaja, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin, 19.

Tindakan Remy itu menyebabkan Ummi terjatuh, kata pembantu rumah pelakon remaja berkenaan, Susi Sumarni, 24. Dia tampil membuat pengakuan di hadapan ibu Ummi, Datuk Maziah Musa, malam kelmarin, semata-mata mahu menjelaskan kedudukan sebenar kejadian yang berlaku di bawah kondominium di Jalan Ampang, dekat sini, 4 Disember lalu. Menurutnya, ketika kejadian dia berada di tangga kondominium berkenaan.


Disember 11, 2009

(Gossip) Remy Ishak Di Pukul Sebab Ummi Nazeera !!!!



Heboh memang heboh mengenai kisah Remy Ishak kena belasah oleh beberapa orang di Istana Budaya baru-baru ini.Menurut info yang zoom dapat Remy Ishak dibelasah kerana masalah peribadi dengan kekasihnya Ummi Nazeera, Jum kita zoom gossip yang tengah hangat dan sehagat Teater "Natrah" di Istana Budaya.





Baca Selanjutnya

Sebelum ini memang mereka dikatakan menjalin hubungan cinta, tetapi cinta mereka macam ada masalah. Mangga Muda pun tak mahulah nak mengiyakan sebab tidak tengok pula nama siapa yang tercatat dalam laporan polis oleh sekumpulan lelaki yang memukul Remy itu.

Nampaknya insiden itu memberi kesan positif kepada pementasan teater Natrah yang sedang dipentaskan di Istana Budaya. Remy pegang watak Mansor Adabi, lelaki yang terpaksa berpisah dengan isterinya, Natrah.

Zoom dengar tiket menonton teater yang mencatatkan salah sebuah sejarah itu habis terjual. Makin hangat kisah pelakonnya makin laris jualan tiket.


Berdasarkan laporan dua laporan polis yang di buat, Remy dan si pemukul kes ini disifatkan sebagai kes peribadi.Itulah sebelum nak bercinta kenal-kenal lah dulu siapa yang ingin dicintai, dan kawal perasaan jika bergaduh dengan kekasih..Kan dah kena belasah..Apa-apa pun bagi la komen mengenai gossip hangat ini..!!!

November 11, 2009

(Cerita Artis) Ummi Nazeera Ganti Nora Danish Dalam ‘Spa Qistina’ !!!!


WATAK menantu Qistina, Maya lakonan asal Nora Danish dalam‘Spa Qistina’ kini diganti oleh pelakon Ummi Nazeera dan bukannyapelakon Natasha Hudson seperti diuar-uarkan sebelum ini.

Hal itu disahkan oleh penerbit eksekutif Global Station Sdn. Bhd. Adila Datuk Ramly ketika dihubungi semalam.

Anak kepada produser terkenal Datin Zaiton Mohd Jiwa itu memaklumkan Ummi telah memulakan penggambarannya sejak dua hari lalu.

“Kami baru menawarkan pelakon Natasha Hudson untuk berlakon watakitu tetapi dia tidak dapat menerimanya kerana mempunyai komitmen lain.
“Akhirnya kami memilih untuk mengambil Ummi Nazeera dan dia juga sudah berlakon drama ini semalam (Isnin),”
kata Adila.




Baca Selanjutnya

Difahamkan, Natasha kini terikat dengan jadual penggambaran drama ‘Lembing Dan Layang’ untuk Astro Citra.
Menyentuh tentang isu tarik diri Nora, wanita itu telah memaklumkandia terpaksa menarik diri disebabkan masalah teknikal yang berlakudalam ‘Spa Qistina’ sehingga pihak produksi terpaksa melanjutkan tarikhpenggambaran ke bulan Disember.
Kebetulan, Nora terpaksa memulakan penggambaran filem terbarunya, ‘Jangan Pandang Belakang Congkak 2’ mulai 21 November ini.
Nora melakonkan watak sampingan, Teha dan sudah berjanji dengan pihak produksi filem itu, Metrowealth (MIG).
Sementara itu, Adila yang akui terkilan dengan sikap Norameninggalkan lokasi penggambaran tanpa kata. Dia memikirkan perkara itutidak sepatutnya berlaku.
Adila menganggap, Nora mungkin mempunyai masalah peribadi laintetapi ibu tunggal seorang anak itu seharusnya memaklumkan kepadanyaatau ibunya memandangkan mereka memahami perasaan Nora yang pada masaitu berada di lokasi pengambaran yang sama dengan pelakon Fasha Sandha.
Namun begitu, Nora telah mendapat tahu dia tidak akan bertembung langsung dengan Fasha dalam satu babak.
“Ikut pada profesionalisma, saya harap Nora akan meneruskanlakonannya dalam ‘Spa Qistina’ tetapi akhirnya dia tidak ‘makan pujuk’dan mengambil keputusan untuk menarik diri. Hal itu dimaklumkan olehpembantu peribadinya, Mat.
“Saya anggap isu tarik diri ini sebagai perkara yang tidak dapatdielakkan tetapi kami tidak serik untuk bekerjasama dengan Nora lagisekiranya ada kesesuaian watak dengannya,” ulas Adila yang tidak mahumemperbesarkan isu itu lagi.
Kata Adila, selain masalah peribadi, Nora memang terikat denganpenggambaran filem ‘Jangan Pandang Belakang Congkak 2’ yang akanmemulakan penggambarannya mulai 15 November ini.
“Masalah teknikal juga berlaku disebabkan kami menukar kumpulanproduksi yang baru. Jadi, terpaksa ‘brake’ empat hari. Apabila mendapattahu hal ini, Nora terus menarik diri kerana mempunyai kerja lain,”ujar Adila yang turut memaklumkan ibunya juga terkilan dengan hal itukerana pertama kali berlaku dalam sejarah syarikatnya.
Nora telah menyelesaikan lebih 40 babak dalam drama itu dan kiniUmmi perlu melakonkan semula babak itu dari awal. Namun begitu, Adilaenggan menghebohkan jumlah kos kerugian akibat penggambaran semula itu.
Menyentuh tentang lakonan Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera NurHidayah Zainul Abadin, Adila memuji pelakon muda berusia 19 tahun itu.
“Walaupun dia menerima tawaran itu pada saat akhir dan mendapatskrip pada malam itu, tetapi dalam tempoh satu malam dia sempat ‘study’wataknya.
“Dia mempunyai bakat, dedikasi dan bersedia untuk melakonkan watak itu,” ulasnya lagi.
Drama bersiri Spa Qistina yang bakal disiarkan di Astro pada awalJanuari depan ini diarahkan Zulkifli Arshad dan skrip ditulis oleh RinaKhan. Spa Qistina kali ini lebih mantap dengan gandingan pelakonberkaliber tanah air seperti Nanu (Qistina), Azizah Mahzan (Marlia),Adi Putra (Fahmi), Fasha Sandha (Frieda), Riezman Khuzaimi (DrZulfadzli), Farahdiya (Julia), Nik Zarith Nellydya (Melissa) dan JasminHamid (Sofiera). Tidak ketinggalan, penampilan khas, band indie populartanah air, Hujan.
Spa Qistina mengisahkan cabaran baru Qistina yang berhadapan dengankonflik keluarga terutama selepas berkahwin dengan lelaki muda, Fahmi.Mampukah dia menanganinya?

Info : Akhbar Online

Zoom Komen: Makin Panas Cerita "Spa Q" ni, pelakon dia pun panas2 apa komen anda ?

November 01, 2009

(Cerita Artis) Drama ‘Nur Kasih’ catat 28 juta penonton !!!!!



DRAMA ‘Nur Kasih’ dibintangi oleh pelakon Tiz Zaqyah, Remy Ishak, Fizz Fairuz dan Ummi Nazeera kini telah melonjak bilangan penontonnya kepada 28 juta di laman sesawang dan 3 juta penonton yang menonton di TV3 manakala drama ‘Bio-Nik’ juga berjaya memperolehi 2.5 juta penonton setiap minggu di stesen TV itu.

Kejayaan yang dicatatkan itu memberikan perkembangan positif untuk menarik minat para penonton yang bukan sahaja di kaca televisyen malah melalui servis ‘Catch-up TV’ online di mana TV3 termasuk tiga stesen TV lain iaitu TV9, 8TV dan ntv7 yang bernaung di bawah rangkaian televisyen Media Prima Berhad telah meraih lebih 26 juta penonton video dan sehingga 85 juta melayari laman sesawang setiap bulan.






Baca Selanjutnya

Tahniah diucapkan kepada pelakon-pelakon Nur Kasih kerana berjaya memecahkan monopoli drama-drama dari seberang yang semakin lama mereka mengembangkan sayap di Malaysia.Apa KOmen anda !!!?