November 11, 2009

(Cerita Artis) Ummi Nazeera Ganti Nora Danish Dalam ‘Spa Qistina’ !!!!


WATAK menantu Qistina, Maya lakonan asal Nora Danish dalam‘Spa Qistina’ kini diganti oleh pelakon Ummi Nazeera dan bukannyapelakon Natasha Hudson seperti diuar-uarkan sebelum ini.

Hal itu disahkan oleh penerbit eksekutif Global Station Sdn. Bhd. Adila Datuk Ramly ketika dihubungi semalam.

Anak kepada produser terkenal Datin Zaiton Mohd Jiwa itu memaklumkan Ummi telah memulakan penggambarannya sejak dua hari lalu.

“Kami baru menawarkan pelakon Natasha Hudson untuk berlakon watakitu tetapi dia tidak dapat menerimanya kerana mempunyai komitmen lain.
“Akhirnya kami memilih untuk mengambil Ummi Nazeera dan dia juga sudah berlakon drama ini semalam (Isnin),”
kata Adila.




Baca Selanjutnya

Difahamkan, Natasha kini terikat dengan jadual penggambaran drama ‘Lembing Dan Layang’ untuk Astro Citra.
Menyentuh tentang isu tarik diri Nora, wanita itu telah memaklumkandia terpaksa menarik diri disebabkan masalah teknikal yang berlakudalam ‘Spa Qistina’ sehingga pihak produksi terpaksa melanjutkan tarikhpenggambaran ke bulan Disember.
Kebetulan, Nora terpaksa memulakan penggambaran filem terbarunya, ‘Jangan Pandang Belakang Congkak 2’ mulai 21 November ini.
Nora melakonkan watak sampingan, Teha dan sudah berjanji dengan pihak produksi filem itu, Metrowealth (MIG).
Sementara itu, Adila yang akui terkilan dengan sikap Norameninggalkan lokasi penggambaran tanpa kata. Dia memikirkan perkara itutidak sepatutnya berlaku.
Adila menganggap, Nora mungkin mempunyai masalah peribadi laintetapi ibu tunggal seorang anak itu seharusnya memaklumkan kepadanyaatau ibunya memandangkan mereka memahami perasaan Nora yang pada masaitu berada di lokasi pengambaran yang sama dengan pelakon Fasha Sandha.
Namun begitu, Nora telah mendapat tahu dia tidak akan bertembung langsung dengan Fasha dalam satu babak.
“Ikut pada profesionalisma, saya harap Nora akan meneruskanlakonannya dalam ‘Spa Qistina’ tetapi akhirnya dia tidak ‘makan pujuk’dan mengambil keputusan untuk menarik diri. Hal itu dimaklumkan olehpembantu peribadinya, Mat.
“Saya anggap isu tarik diri ini sebagai perkara yang tidak dapatdielakkan tetapi kami tidak serik untuk bekerjasama dengan Nora lagisekiranya ada kesesuaian watak dengannya,” ulas Adila yang tidak mahumemperbesarkan isu itu lagi.
Kata Adila, selain masalah peribadi, Nora memang terikat denganpenggambaran filem ‘Jangan Pandang Belakang Congkak 2’ yang akanmemulakan penggambarannya mulai 15 November ini.
“Masalah teknikal juga berlaku disebabkan kami menukar kumpulanproduksi yang baru. Jadi, terpaksa ‘brake’ empat hari. Apabila mendapattahu hal ini, Nora terus menarik diri kerana mempunyai kerja lain,”ujar Adila yang turut memaklumkan ibunya juga terkilan dengan hal itukerana pertama kali berlaku dalam sejarah syarikatnya.
Nora telah menyelesaikan lebih 40 babak dalam drama itu dan kiniUmmi perlu melakonkan semula babak itu dari awal. Namun begitu, Adilaenggan menghebohkan jumlah kos kerugian akibat penggambaran semula itu.
Menyentuh tentang lakonan Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera NurHidayah Zainul Abadin, Adila memuji pelakon muda berusia 19 tahun itu.
“Walaupun dia menerima tawaran itu pada saat akhir dan mendapatskrip pada malam itu, tetapi dalam tempoh satu malam dia sempat ‘study’wataknya.
“Dia mempunyai bakat, dedikasi dan bersedia untuk melakonkan watak itu,” ulasnya lagi.
Drama bersiri Spa Qistina yang bakal disiarkan di Astro pada awalJanuari depan ini diarahkan Zulkifli Arshad dan skrip ditulis oleh RinaKhan. Spa Qistina kali ini lebih mantap dengan gandingan pelakonberkaliber tanah air seperti Nanu (Qistina), Azizah Mahzan (Marlia),Adi Putra (Fahmi), Fasha Sandha (Frieda), Riezman Khuzaimi (DrZulfadzli), Farahdiya (Julia), Nik Zarith Nellydya (Melissa) dan JasminHamid (Sofiera). Tidak ketinggalan, penampilan khas, band indie populartanah air, Hujan.
Spa Qistina mengisahkan cabaran baru Qistina yang berhadapan dengankonflik keluarga terutama selepas berkahwin dengan lelaki muda, Fahmi.Mampukah dia menanganinya?

Info : Akhbar Online

Zoom Komen: Makin Panas Cerita "Spa Q" ni, pelakon dia pun panas2 apa komen anda ?