Memaparkan catatan dengan label Drama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Drama. Papar semua catatan

Julai 18, 2012

Episode Akhir Nada Cinta | Video Episode Akhir Nada Cinta


Update- gambarRamai sangat yang bertanya tentang episode akhir Nada Cinta walaupun baru episode 58.

Mana taknya episode sampai 244.Ataupun peminat takut tertipu dengan ending cerita yang tak masuk akal... macam sinetron bawang merah bawang putih...
Biasala sinetron.
Ok,kita sambung cerita
Nanti,pasti semua orang terkejut apabila dapat tahu bahawa Nada mempunyai kembar iaitu Cinta yang disangka telah mati(kalau nak tahu bila Cinta muncul,kena tengok sendiri) -


Episode 241:
Ricky dan Nada serta rakan-rakan gembira apabila menjadi Band pembuka Rock konsert 2011.Ini membuatkan Martin dan Vanna kesal.Pernikahan Rasti dan Alex diraikan secara sederhana.


Episode 242:
Cinta datang ke Sunset Resto dan bertemu Marvin.Marvin membawa cinta ke tempat-tempat yang pernah mereka pergi,Namun kepala Cinta menjadi sakit dan berlari

Sinopsis Drama Mana Hilangnya Juwita | Video Mana Hilangnya Juwita




Sinopsis Drama:

Kemana Hilangnya Juwita?Persoalan yang bermain di fikiran Anggun yang bingung mencari adiknya Juwita hingga membawa dia ke Kuala Lumpur setelah beberapa hari tidak dihubungi.



Pelbagai rintangan dan cabaran perlu ditempuhi untuk mencari adiknya.Kesukaran mencari adiknya itu menyebabkan Anggun meminta bantuan bekas kekasihnya Haider.
Pencariannya itu membawa dia kepada satu kebenaran yang sukar dipercayai-

Sinopsis Telenovela Mara Clara | Mara Clara Episode Akhir

First of all i'm would to say sorry kalau ada yang rasa annoying(tak suka) post ni sebab secret of ending Mara Clara diketahui sebelum masa ditayangkan.Nak buat camana, saya memang tak sabar nak tahu ending dia.
Baru teruja nak tengok.


Telenovela Mara Clara totally awesome. Ending pun penuh dengan dramatik scene.



Susan dan Mara kini berada dalam tangan Gary.Alvira telefon Mara tapi Gary yang jawab.Alvira hairan Gary yang menjawab telefon Mara dan bertanya pada Gary mana Mara.Gary menjawab Mara dan Susan kini dalam tahanannya.Amante Dell Vell cuba memujuk Gary untuk menyerah diri dan melepaskan Mara dan Susan. Gary memberitahu dia hanya mahukan Clara namun Gary sangat marah apabila Clara tidak mahu tinggal bersamanya dan memilih untuk bersama keluarga Dell Vell. Gary mencabar Alvira dan Amante untuk berjumpa.

Sinopsis Drama 7 Ramadhan | Video 7 Ramadhan | Lagu Tema 7 Ramadhan


Ingat lagi tak Ramadhan Terakhir,kisah menyentuh hati yang mendapat sambutan hebat?
Ramadhan kali ini Radius One akan kembali dengan drama 7 Ramadhan di TV3.

Drama ini akan mula ditayangkan pada 19 Julai bagi menggantikan drama Ameera.Drama 7 Ramadhan dibintangi oleh ELLIE SURIATY,NABILA HUDA,FIR AFFANDI,TANIA ZAINAL DAN ANA DAHLIA,MUSTAPHA KAMAL,SHERRY ABDULLAH




Sinopsis:

Episode Akhir Drama Ameera | Video Episode Akhir Ameera | Lagu Tema Drama Ameera

Hari ini merupakan episode akhir drama Ameera, dan bagi anda yang menonton drama ini sebentar tadi sudah tentu mengetahui klimaks drama ini.Kisah seorang gadis yang hampir dilacurkan (Ziela lakonan Zarina AF) akhirnya menemui ajal ditembak oleh Farouk (watak jahat).


Dan suami Ameera(lakonan Rita) yakni Amir (lakonan Shamsul Yusof) turut terkorban angkara Farouk yang terlepas semasa dikejar oleh anggota polis di dalam "bonet" kereta Amir.


Bagi ZoOM perjalanan cerita dan emosi didalam drama ini telah menarik ramai peminat drama di Malaysia kini berbangga dengan produk yang dilahirkan oleh pelakon,penerbit dan seterusnya crew yang terlibat dalam menghasilkan karya yang menarik untuk tatapan anda sekeluarga.


Namun ending drama ini buat ZoOM dan Family geram juga sebab kenapalah sampai lepas si Farouk ni...laju jugak dia lari sampai boleh masuk dalam bonet kereta kat dekat depan tu..nak buat macam mana yerrrr dah jalan citernya macam tu..


Dan berikut beberapa info yang boleh dikongsi bersama anda mengenai drama ini :

Jumlah episode: 25
Skrip oleh: Sharifah Abdul Salem
Arahan: Murali Abdullah



Lagu Tema Drama Ameera
Pelakon Drama Ameera: Shamsul Yusof, Rita Rudaini. Zarina Zainudin, Sabrina Ali,Faizal Hussein


Sinopsis drama Ameera:

Hidup Ameera terasa sunyi tanpa walaupun kehidupannya dilingkari dengan kemewahan. Atas desakan mentua, Ameera mencadangkan suaminya untuk mendapatkan isteri kontrak untuk memberikan zuriat untuk mereka.
Amer dan Ameera telah berkahwin selama 4 tahun namun belum dikurniakan cahaya mata.Mereka tertekan apabila ibu Amer- Puan Suraya(Jasmin Hamid) mendesak Amer untuk berkahwin dengan Marisha. Ameera mahu Amer menurut kemahuan ibunya walaupun Amer enggan.



Apabila Ameera disahkan tidak boleh hamil, Amer enggan mengahwini Marisha. Ameera mencadangkan agar mereka mengambil anak angkat namun Amer keberatan.Desakan Puan Suraya membuatkan Ameera memberi cadangan kepada Amer untuk mengupah isteri untuk melahirkan anaknya,Amer mengganggap Ameera bergurau hinggalah Zila gadis kampung yang miskin muncul dalam hidup mereka.
Zila mengikut kekasihnya Faruk(Hairi Safwan) yang dikenali sejak sekolah untuk ke bandar mencari pekerjaan. Ibunya sedang sakit dan 3 orang adiknya masih belajar

Julai 01, 2012

Panas : Artis Dedah Pengarah Minta Habuan Seks


Tajuk "Post" ZoOM kali ini sudah cukup untuk menggambarkan bertapa busuknya sesetengah pengarah filem dan drama yang terlibat dengan kegiatan dan perangai nafsu binatangnya. Bijak memanipulasi artis baru terutamanya, kerana mudah untuk diperdaya dengan janji-janji manis yang dilimpahkan oleh si pengarah bertopengkan karyanya.

Namun hari ini tampil lagi kisah panas ini di hadapan surat khabar Metro hari ini, Shakilla dan Rozita Che Wan menjadi tetamu dan bercerita serba sedikit mengenai kisah panas dibalik tabir industri hiburan perfileman kita.

Malahan wartawan Metro Ahad juga turut menjadi mangsa jika ingin menjadi artis ketika melakukan penyamaran ingin menjadi artis.

Jika nak baca cerita tersebut beli dan carilah akhbar hari ini, kalau tak langganlah akhbar online di :

Mei 31, 2012

Sinopsis Drama Seindah Sakura Slot Akasia TV3

Drama Atas Nama Cinta bakal berakhir. Mengantikannya pasti ramai yang dah tahu. Tetapi bagi yang belum tahu Drama yang mengantikan Atas Nama Cinta adalah Drama Cinta Buat Emilda.

Di sebabkan dah tengok promonya yang menyentuh jiwa, tergerak pula hati nak buat entry pasal Drama Seindah Sakura. Sebenarnya Drama Seindah Sakura ini akan ditayangkan selepas habisnya Drama Cinta Buat Emilda. Mengikut jadualnya bakal bersiaran pada penghujung April nanti.

Untuk pengetahuan semua Drama Seindah Sakura adalah adaptasi dari novel dan bakal bersiaran di slot Akasia TV3. Drama Seindah Sakura arahan Zul Huzaimy dan dibintangi oleh Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Dato' Eizlan Yusof, Eryna, Fimie Don dan ramai lagi pelakon hebat. Drama Seindah Sakura menjalani pengambaran sekitar Kuantan Pahang dan Kota Paris.

Drama terbitan Temenggung Pictures Sdn Bhd ini menampilkan Fahrin Ahmad sebagai seorang cikgu manakala fasha Sandha memegang watak seorang murid miskin dan bermasalah di sekolah. Kalau ikut jalan

April 05, 2012

Sinopsis Drama Mahabbah | Lagu Tema Drama Mahabbah

Sinopsis: 

Drama arahan Jamal Khan bersiaran sebanyak 25 episod manakala skrip oleh Zarihah Hassan dan terbitan Asia Media Content 09.


Pelakon Mahabbah: Nur Fathia dan Azlee Khairi, juga dibantu oleh Dato Jalaluddin Hasan, Aida Aris, Fazlina Ahmad Daud, Anzalna Nasir dan penampilan istimewa Aiman Hakim Redza Vanila Coklat.


Kisahnya mengenai seorang gadis lakonan Nur Fathia seorang gadis yang bekerja di sebuah butik, yang telah jatuh hati dengan seorang pemuda lakonan Azlee Khairi. Namun percintaan mereka telah ditentang oleh keluarga Azlee yang mempunyai syarikat perniagaan terkenal. Dapat mereka mempertahankan Cinta Mereka? Apa terjadi seterusnya?


Saksikan kesudahan drama Mahabbah yang bermula 27 Mac 2012 ini dan bersiaran setiap hari Selasa dan Rabu pada jam 10.30 malam manakala pada hari Khamis jam 9.30 malam.



ZOOM : Sedih juga Drama ini, Ayah mana yan tidak sayangkan anaknya. Tetapi perasaan EGO seseorang manusia menjadi pengajaran dalam drama ini. Hari ini anak ayah sudah menjadi seorang ayah.

Lirik Lagu Sesaat Kau Datang (OST Drama Mahabbah) – Ramlah Ram feat Sleeq

Sesaat Kau Datang
Sesaat Kau Hilang
Kemunculan dirimu
Penuh misteri

Kau Mendekat
Kau Menjauh
Kau tinggalkan diriku
Sesudahnya kau membuang
Mencampakkan aku

Its not that i dont love you

Mac 13, 2012

Video Youtube Vanilla Coklat Episod Akhir

Akhirnya Cerita Vanilla dan Coklat sudah sampai dipenghujungnya malam ini, walaupun kita sudah mengetahui kisah dan Happy Ending cerita ini namun ada diantara anda yang terlepas menonton drama Ini.

Bagi memastikan rakan-rakan anda diluar sana menyaksikan bersama episod akhir drama ini, ZOoM upload video daripada Youtube sebagai tontonan anda :

Februari 07, 2012

Drama Tanah Kubur Musim Ketiga Akan Ke Udara di Astro Oasis

SETELAH mencatat kejayaan melalui jumlah penonton yang mencapai 4.5 juta sepanjang drama Tanah Kubur ditayangkan selama dua musim, kini rancangan tersebut akan kembali untuk musim ketiga. Ia akan bermula pada 24 Februari nanti, pukul 7.30 malam, di saluran Astro Oasis.

Menurut Pengurus Saluran Oasis, Izelan Basar, drama berbentuk keagamaan tersebut mendapat reaksi positif daripada penonton.

"Alhamdulillah, setakat ini, reaksi yang kami terima daripada penonton adalah sangat memberangsangkan.

"Selain itu, drama ini juga turut mencatat jumlah penonton yang tinggi walau pun ketika siaran ulang tayang.

Januari 25, 2012

Drama Bersiri Bukan Aku



PETALING JAYA: Pelakon drama, Rosnah Johari sekali lagi memberi lakonan berkesan apabila memegang watak seorang ibu tunggal yang terpaksa memikul tanggungjawab besar selepas kematian suaminya menerusi drama berantai berjudul Bukan Aku.

Bakal disiarkan menerusi slot Bidadari bermula 26 Januari ini setiap Isnin hingga Khamis pukul 11.30 pagi di TV1, drama arahan Hafiez Othman ini menyingkap suka-duka Zainun (Rosnah) yang terpaksa menguruskan syarikat Kumpulan Usahajaya Sdn Bhd selain terpaksa melalu pelbagai rintangan sebagai ibu tunggal dan ahli perniagaan.

Selain Rosnah drama ini turut dilakonkan oleh Hairee Othman, Aliza Rafar, Shafiq Isam, Akma Abdullah, Noris Ali dan Shajiry.

Januari 08, 2012

Samarinda @ TV3 : Drama Pelangi Kasih



Pelakon utama di dalam drama Pelangi Kasih ini terdiri dari Nabila Huda Suhaimi dan Johan As'aari. Pelakon lain turut membintanginya ialah Puteri Sarah Liyana, Beto Kusyairy.

Drama yang mengisahkan hubungan tiga sahabat sejak kecil lakonan Nabila, Beto dan Puteri Sarah. Pelbagai konflik dan permasalahan berkaitan persahabatan dan kasih sayang bakal dilalui watak itu dalam drama arahan Feroz Khan terbitan Global Station Sdn Bhd.

Apa yang uniknya dalam drama kali ini, Nabila membawakan watak Sofia dan akan disolek

September 06, 2011

Sinopsis Drama Cinta Elysa Lakonan Fasha Sandha Dan Johan Shif

Hari demi hari Fasha Sandha maju setapak dengan menghiasi kaca TV anda, walaupun pelbagai konterversi yang ditimbulkan beliau tetap menjadi pilihan menjadi pelakon utama dan terbaru Drama Cinta Elysa di TV3.


Cinta Elysa menceritakan sebuah dilema yang dihadapi Aril yang terpaksa menjalankan tanggungjawab menjaga ibu saudara dan sepupu-sepupunya yang membenci dan memusuhinya. Watak ibu saudara yang sangat membenci Aril dipegang oleh Zila Bakarin manakal sepupunya yang perempuan bernama Elysa lakonan Fasha Sandha.

Jasman, yang merupakan bapa saudara kepada Aril ni sebelum dia meninggal dunia, mewasiatkan Aril supaya menjaga dan memastikan keselamatan anak-anaknya. Jasman mahu Aril menjaga anak-anaknya sehingga mereka tamat pengajian masing-masing.

Julai 14, 2011

Drama Sepanyol Bella Calamidades di TV3 | Sinopsis Bella Calamidades

Bermula 19 Jula 2011 drama/telenovela daripada Sepanyol bertajuk Bella Calamidades akan ditayangkan di TV3, selepas drama Miramar. Filem yang bersiaran 140 episod ini akan ditayangkan setiap hari isnin sehingga khamis pada pukul 3 petang.

Dan berikut Serba sedikit sinopsis mengenai drama/telenovela ini :


Bella Calamidades mengisahkan perjalanan hidup seorang anak yatim piatu, Dolores Lola Carrero (Danna Garcia) yang penuh dengan pelbagai rintangan sebelum keajaiban muncul menyelamatkan nasibnya yang malang. 
Sejak bapanya meninggal dunia, Lola terpaksa menumpang di rumah makciknya dan membesar tanpa kasih sayang. Malah, Lola sering diperlakukan sebagai seorang hamba dan tidak pernah menerima layanan baik daripada keluarga makciknya.
Malangnya, satu hari tragedi menimpa dan Lola melarikan diri pulang ke kampung halamannya setelah menganggap dirinya sebagai penyebab kepada kemalangan yang menimpa makciknya.
 
Lola telah menyembunyikan diri dalam pondok kecil di sebuah tanah perkuburan yang terletak jauh daripada kawasan bandar.

Jun 15, 2011

Download Drama Nora Elena | Novel Kasih Yang Suci - Meen Zulaikha


ZoOM terjumpa di laman blog mohdrohaizad.co.cc mungkin ada diantara anda yang tertinggal atau terlepas menonton drama NORA ELENA yang semakin menjangkiti wanita-wanita diluar sana untuk duduk di depan kaca TV. Sebelum download pastikan speed internet anda mencapai tahap yang maksimum yer :)

Episod 14 - 31 Mei - 140mb
Episod 13 - 30 Mei - 146mb 
Episod 12 - 26 Mei - 136mb 
Episod 11 - 25 Mei - 143mb
Episod 10 - 24 Mei - 130mb
Episod 09 - 23 Mei - 143mb
Episod 08 - 19 Mei - 122mb
Episod 07 - 18 Mei - 152mb
Episod 06 - 17 Mei - 180mb
Episod 05 - 16 Mei - 126mb
Episod 04 - 12 Mei - 134mb
Episod 03 - 11 Mei - 127mb 
Episod 02 - 10 Mei - 125mb
Episod 01 - 09 Mei - 60mb


Dan jika nak beli Novel boleh berhubung terus dengan penulis di laman blog Meen Zulaikha.


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Jun 08, 2011

Surat Bantahan Terhadap Penyiaran Siri Drama Nora Elena di TV3

ZoOM terbaca komen dan share cerita bantahan ini didalam facebook pagi tadi, mula-mula baca terkejut juga sebab ada surat yang tak nak cerita drama Nora Elena ni ditayangkan. Namun apa yang ZoOm baca membuatkan perut sakit seketika menahan gelak yang tak terkata. Nak tau baca laaah surat layang dekat bawah ni :


Nowa,
Kakitangan Kajaan,
Putrajaya

TV3
Sri Pentas,
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya

Tuan,

Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.

Mei 05, 2011

Video Sinetron Cinta Melody | Sinopsis Cinta Melody


Sinopsis

Melody adalah seorang  gadis yang cantik dan cerdik dan  bekerja sebagai Penyelia di sebuah syarikat makanan segera/makanan ringan. Melody tinggal bersama nenek (Fatima), ibu (Nissa), tante (Hanny), dan dua sepupu (Agung dan Jelita). Hanny dan Nissa adalah dua menantu Fatima yang tinggal bersama, setelah anak-anak Fatima (Fajri dan Fajar) meninggal secara bersamaan karena kemalangan. Ketika kemalangan itu, hanya mayat Fajri yang dijumpai sementara mayat Fajar tidak dijumpai. Ia menyebabkan Nissa masih percaya jika  suaminya masih hidup. Nissa akan selalu marah jika Fatima ingin membuatkan makam untuk Fajar. Nissa sering mempersoalkan kubur tanpa jasad. Sementara itu Hanny sangat membenci Nissa kerana ia merasa bahawa suaminya meninggal karena kelalaian Fajar membawa kereta. Hanny menganggap Nissa adalah isteri yang menyebabkan kematian suaminya.


Suatu hari, Melody bertemu dengan Elang dan tidak sengaja melanggarnya sehingga berlaku pertengkaran diantara mereka. Elang sebenarnya anak kepada pemilik syarikat tempat Melody bekerja. Elang dididik oleh keluargnya (Anggika dan Bharata) untuk menggantikan dan menjaga mereka, dengan syarat berkerja darilupada bawah dahu. Dan Bharata menempatkan Elang sebagai pembantu Melody.Tanpa disedari mereka sering bertengkar dan tanpa disedari ia melahirkan sesuatu yang istemewa.

Suatu hari Melody bertemu dengan Bharata, Melody terkejut kerana wajah Bharata seiras dengan wajah  Fajar yakni ayahnya, tapi Melody berusaha menepis semua itu. Walaupun Bharata sebenarnya adalah Fajar, yang mengalami hilang ingatan setelah ditolong oleh Anggika dari kemalangan beberapa tahun yang lalu.

April 06, 2011

Video Sinetron Kejora Dan Bintang Full Episode





Sinetron Kejora Dan Bintang – Episode 4


Sinetron Kejora Dan Bintang – Episode 5

Sinetron Kejora Dan Bintang – Episode 6

Sinetron Kejora Dan Bintang – Episode 7

Januari 17, 2011

Saksikan Drama Terakhir Arwah Faizal Yusof di TV9 Esok 18/1/2011

Sama-samalah kita menonton drama terakhir arwah Faizal Yusof sebelum kembali kepadanya, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. 



Telefilem bertajuk Jangan Hantar Aku Ke Neraka itu akan bersiaran menerusi slot Skrin Di 9 pada pukul 8.30 malam.
Selain Faizal, drama berkenaan turut diterajui Fadilah Mansor, Adeq Ku Yusry, Watie Sadalie, Wan Sharmila dan Wan Nor Azlin.


Kesemua pelakon itu turut merasai kehilangan Faizal kerana penggambaran berkenaan tamat beberapa hari sebelum kejadian itu.
Faizal meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam, Kuala Lumpur pada 1 Januari lalu akibat serangan jantung.


Info : Mstar

Disember 21, 2010

Gambar Galang atau Randy dan Kirana !!!

Akhirnya peminat cerita Indonesia "Kirana" mampu tersenyum kerana pria dan si gadis bernama Kirana akhirnya disatukan dengan pasangannya Galang atau nama sebenar Randy. ZoOM bukannya menyokong filem seberang tetapi hanya memuji jalan cerita yang sudah pasti membuatkan mata si penonton tidak senang duduk melihat jalan cerita drama "Kirana".