Hari demi hari Fasha Sandha maju setapak dengan menghiasi kaca TV anda, walaupun pelbagai konterversi yang ditimbulkan beliau tetap menjadi pilihan menjadi pelakon utama dan terbaru Drama Cinta Elysa di TV3.
Cinta Elysa menceritakan sebuah dilema yang dihadapi Aril yang terpaksa
menjalankan tanggungjawab menjaga ibu saudara dan sepupu-sepupunya yang
membenci dan memusuhinya. Watak ibu saudara yang sangat membenci Aril
dipegang oleh Zila Bakarin manakal sepupunya yang perempuan bernama
Elysa lakonan Fasha Sandha.
