Memang perit untuk beliau membuat keputusan tetapi inilah kenyataan yang perlu beliau hadapi, kedua-duanya amat penting dalam hidup beliau.Namun bidang perniagaan menjadi pilihan beliau kerana profesion sebagai guru memerlukan azam dan kekuatan yang perlu di fokus.Berikut komen beliau mengenai kisah perguruannya..
“Memandangkan syarikat sudah tertubuh, saya nak fokuskan kepada syarikat sebab profesion guru memerlukan komitmen sepenuh masa.
“Walaupun tidak bergelar guru, saya akan menghasilkan buku sendiri sebagai suatu warisan kepada masyarakat. Setakat ini, projek buku ini masih dalam perbincangan. Saya berhasrat untuk membuat sebuah buku yang menjadi motivasi dan didikan kepada semua,” ulasnya.