April 06, 2010
Aznil ada sebab beliau bersedih,
AZNIL NAWAWI ada sebab yang paling munasabah untuk terlalu merasakan kehilangan Din Beramboi yang kembali mengadap Ilahi awal pagi 2 April lalu.
Dalam seminggu, lima hari Aznil akan ditemani Din selama lapan jam - empat jam dalam konti radio Era dan selebihnya pula menghadiri mesyuarat serta sesi perbincangan selepas bertugas.
Rutin kehidupan Aznil dan Din selama setahun setengah bermula seawal pukul 5 pagi.
Ketika orang lain masih tidur, pasangan yang mengendalikan segmen Riuh Pagi Di Era itu sudah berada di konti radio Era di pusat penyiaran Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Sebelum bersiaran pukul 6 pagi, Aznil dan Din akan berbincang mengenai topik perbualan untuk hari berkenaan selain mengumpul idea-idea humor bagi menghiburkan hati pendengar stesen radio popular itu.
Kegembiraan, keceriaan dan keserasian pasangan penyampai radio popular itu ketika ke udara menarik perhatian pendengar yang bukan sed