April 16, 2010

Ezlyn Kini Bertongkat kerana patah kaki !!

Patutlah lama tak nampak Ezlyn ni rupa-rupanya kaki beliau patah...jum baca luahan si gadis lincah ni di bawah :-



“Saya terjatuh ketika hendak naik tangga di rumah. Tidak tahulah macamana perkara ini boleh berlaku, sedangkan saya sudah beratus kali naik turun tangga itu. Tapi itulah, kalau perkara memang sudah hendak jadi, memang tak boleh elak,” ujar Ezyln. Mengimbas detik-detik cemas itu, Ezlyn memberitahu sebaik sahaja dia terjatuh, dia cuba bangun tetapi kakinya terasa cukup sakit. Risau dengan keadaan kakinya, Ezlyn telah menghubungi rakannya untuk ke klinik.

“Mula-mula doktor kata kaki saya tidak mengalami kecederaan serius tetapi dia suruh buat x-ray untuk  langkah berjaga-jaga. Selepas melihat x-ray itu barulah nampak kecederaan sebenar. Kaki saya patah. Jadi mahu tidak mahu, saya terpaksa gunakan kerusi roda selama sebulan kerana kaki sudah berbalut simen.

Ingatkan selepas balutan kaki dibuka saya akan pulih seperti biasa, tetapi lain pula masalah yang timbul, jari kaki saya menjadi semakin senget. Akibatnya, saya perlu jalani satu pembedahan kecil untuk membetulkan struktur tulang. Dalam pembedahan itu, doktor telah masukkan tiga batang skru ke dalam kaki saya. Sekarang ini saya kenalah gunakan tongkat untuk bergerak. Ini pun, baru dua tiga hari saya dapat berjalan macam ini,” jelas Ezyln lagi yang terpaksa berbaring selama seminggu selepas pembedahan itu.  Sepanjang tempoh berehat di rumah Ezyln hanya mengisi masa terluang dengan menjawab emel dan pesanan-pesanan yang dikirim oleh rakan-rakan di laman sosial Facebook miliknya.

“Sebelum ini saya memang sibuk dan tidak ada masa untuk menjawab semua mesej dalam 
inbox,  tapi bila dah kena duduk di rumah, saya ambil peluang untuk buat semua itu. Seronok juga dapat melayan Facebook ini,” cerita Ezyln lagi. Walaupun ada keseronokannya duduk di rumah, tetapi dalam masa yang sama Ezlyn berasa sedikit kecewa kerana terpaksa melepaskan banyak tawaran kerja sepanjang tempoh dua bulan ini. Mengikut perkiraannya, setakat ini dia telah kerugian kira-kira RM40,000 untuk semua tawaran yang terpaksa ditolak.

“Selain itu, berat badan saya juga semakin naik. Dalam masa dua bulan saja, berat badan saya naik tiga ke empat kilogram. Maklumlah tidak buat apa-apa.”