April 16, 2010

Amber Chia berbulan madu di Gold Coast



PEMINAT Amber Chia pernah dibiarkan berteka-teki mengenai siapa sebenarnya suaminya selepas mereka merahsiakan perkahwinannya di Bali pada bulan lalu.
Apatah lagi, foto perkahwinan pasangan bahagia itu dirakam dengan "menyembunyikan" wajah lelaki berambut perang itu.


Rupa-rupanya lelaki bertuah itu ialah Adrian Wong, pengurus dan rakan perniagaannya.
Mereka merancang terbang ke satu destinasi rahsia untuk berbulan madu.
Sehingga semalam, ia masih masih menjadi teka-teki.


"Jika anda ingin menghubungi saya, panggil sebelum malam esok (malam ini) ya. Saya akan terbang ke Gold Coast untuk berbulan madu," kata Amber  ketika ditemui di Pameran Pesona Mutiara Rafflesia di Muzium Negara, semalam.


Zoom:: Wah...Gold Coast...Best nyer...Budak Office Zoom baru je balik dari sana...Bila la Zoom nak gi Overseas...!! Naik Belon Selalu laa..Menyeberang laut juga....heheheheheh balikkk kampunggg !!!