Mei 25, 2011

Gambar Seksi Kumpulan Gula Gula | Biodata Kumpulan Gula Gula



 Demam K Pop daripada Negara Korea semakin menghantui peminat muzik di Malaysia yang kini menguasai carta sehinggakan fesyen yang dipakai menjadi ikutan remaja di Malaysia. Dan terbaru yang ZoOm dengar dan baca sekumpulan gadis manja dan seksi menubuhkan kumpulan yang diberi nama Gula Gula.

Enam orang gadis ini merupakan pilihan juri daripada 200 orang yang menghadiri ujibakat pada September 2010 lalu, dan terpilih kerana mempunyai bakat dan paras rupa yang menarik. Kumpulan ini bernaung di bawah Eight Tones Communications Sdn Bhd.

Biodata Kumpulan Gula-Gula :

Nurfarahin Mohamad Khosaini (Rara), 22, dari Selangor seorang lepasan diploma dalam jurusan Komunikasi dan Media. Anak ketiga daripada lima beradik ini mempunyai minat yang mendalam terhadap muzik sehingga mendorongnya untuk menceburi bidang nyanyian dan menjadikannya sebagai kerjaya sepenuh masa


Erwina, 23, dari Kota Belud, Sabah dibesarkan di Johor Bahru, Johor. Erwina seorang pengemar muzik sejak kecil lagi. Sejak  zaman persekolahan  Erwina aktif di dalam pertandingan koir yang dianjurkan oleh sekolahnya. Erwina sekarang pelajar peringkat Diploma dalam jurusan muzik di UiTM.


Rozalia Siteo (Achie), 21, dilahirkan di Keningau, Sabah mula menjejakkan kaki dalam dunia nyanyian sejak berada di bangku sekolah.  Selain genre K-pop, graduan jurusan teknologi makmal perubadan itu juga gemar mendengar muzik R&B, jazz, akustik dan balada.

Nooraishah Ibrahim (Chacha), 22,  dari Kuala Lumpur juga sangat meminati muzik dan tarian. Dia mempunyai kelulusan peringkat diploma dalam bidang Pengurusan Perniagaan.

Jenny Lim Mei Mei (Mei Mei),  21, dari Sabah pula berdarah campuran Cina, Thailand dan Kadasan Dusun. Dia masih belajar dalam jurusan rekaan dalaman dan amat meminati bidang nyanyian. Mei Mei juga berpengalaman menyanyi beberapa lagu iklan.


Joyce Antonius  (Joy), 21,  berasal dari Keningau, Sabah ini boleh bermain gitar, piano dan mencipta lagu. Dia juga pelajar bidang muzik di UiTM.

ZoOM : Memang Seksi.....Namun persoalannya gadis yang beragama islam berpakaian sedemikian rupa..Apa Komen Anda ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like !!