September 29, 2009
(Celebrity News) Datuk "K" Hanya Untuk Saya - Siti Nurhaliza
GEMBAR-GEMBUR tentang pertunangan pelakon Umie Aida dan Datuk K mungkin membuatkan ramai yang keliru kerana gelaran itu biasanya hanya popular untuk suami penyanyi Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.
Namun, setelah berita itu dikeluarkan, Siti sendiri akui dia tidak pernah menerima apa-apa panggilan yang bertanya tentang hal itu.
Biarpun orang ramai masih tertanya-tanya tentang hal itu, akhirnya terjawab jua yang Datuk K yang dimaksudkan bukanlah suami Siti sebaliknya Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
“Terpulanglah apa orang nak kata. Yang penting Datuk K yang akan bertunang dengan Umie adalah berbeza dengan Datuk K saya,” kata Siti sambil tergelak kecil.
Ditanya adakah ini bermakna Datuk K hanya layak untuk Siti seorang? Dalam nada seloroh, Siti menjawab:
“Ya, memang Datuk K hanya untuk saya. Yang Datuk K seorang lagi tu kita guna nama Datuk KD agar orang lain tak keliru.
“Saya rasa orang lain pun dah tahu Datuk K yang Umie nak kahwin tu adalah Datuk K lain,” ujar Siti lagi yang baru pulang daripada mengerjakan umrah bersama suami dan kawan-kawannya pada hujung Ramadan lalu.
Zoom Komen: Kembar "K" la kot...Biasa la Datuk dah beribu kat malaysia ni..Datuk A ke Z dah melambak..!!! Nak buat macam mana yerr Datuk S :P