Memaparkan catatan dengan label Suami Artis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Suami Artis. Papar semua catatan

Julai 23, 2012

Nurul Wahab Ajar Eric Puasa Dan Solat Tarawih

KUALA LUMPUR – Selepas menyandang status isteri untuk kali kedua, penyanyi berkulit hitam manis, Nurul Wahab gembira dapat menjalani ibadah puasa bersama suami barunya pada tahun ini. 
 
Nurul yang sudah menjanda selama lima tahun dan telah pun bernikah dengan Eric Daniel Depp baru-baru ini, dia mahu mengajar suaminya itu untuk berpuasa sepanjang Ramadhan ini.
Bagi Nurul, kehadiran Ramadhan kali ini begitu bermakna buat dirinya dengan ditemani Eric di sisinya. 

 
“Sambutan Ramadan ini amat bermakna buat saya kerana dapat semula menjalankan ibadah puasa bersama suami, Eric, selepas kembali hidup solo selama lima tahun.
“Saya akan mengajar Eric berpuasa dan rasanya tak susah kerana dia tahu apa itu puasa,” kata Nurul yang dipetik dari ruangan Rap akhbar Harian Metro, semalam.
Mengetahui tanggungjawab sebagai Muslim untuk menunaikan ibadah kepada Allah S.W.T di bulan puasa ini, Nurul tidak akan ke mana-mana memandangkan ingin memberi sepenuh perhatian untuk beribadah. 

Jun 26, 2012

Zoom Artis : Nurul Wahab Tidak Jahil Ajar Suami Tentang Islam

Pengantin baru ini baru sahaja melangsungkan perkahwinan mereka dengan pelamin indah yang mereka bina. Namun ada yang sudah dan berusaha ingin cucuk jarum (bahasa lembut sikit). Pantang tengok orang bahagia ada sahaja yang cuba dikupas dan dihebahkan.

Namun empunya diri tampil menjawap persoalan dan tindakan yang beliau rasakan perlu seperti dibawah :

"Jangan ingat luaran saya berimej moden dan saya tidak tahu apa-apa tentang agama yang dianuti. Saya tidak perlu menunjuk atau membuktikan kepada sesiapa kerana ia adalah di antara saya dan Allah sahaja yang mengetahui.
"Lagipun, untuk membimbing seorang mualaf mengenali Islam bukannya boleh dibuat dalam masa sehari. Nabi Muhammad S.A.W pun mengambil masa lama untuk menyebarkan agamanya," katanya yang ditemui pada pelancaran duta produk kecantikan Skinz Infinate di Flora Terrace, di sini, petang Isnin.

Nurul diminta mengulas kononnya dia gagal membimbing suaminya yang baru memeluk Islam untuk menjadi seorang Muslim yang mengamalkan ilmu-ilmu agama itu.

Mac 01, 2012

Noraniza Idris Berniat Hantar Nasi Pulut Kuning Ke Masjid

Dah lama ZOoM tak bercerita mengenai Noraniza Idris atau kak Ani, hari ini ZoOM terbaca cerita mengenai beliau yang dikatakan berat badan sudah naik sebanyak 12 Kilogram.(Bukan main semangat kak Ani kalau 12kg). 


Terkejut juga apabila ZOoM membacanya, al maklumlah sebelum ini Kak Ani adalah artis yang mementingkan penjagaan badan.


Setelah membaca sebuah artikel,Kak Ani membuat keputusan untuk membuat nazar sekiranya beliau berjaya menurunkan berat badan, beliau akan menghantar pulut kuning ke Masjid.


Mungkinkah disebabkan kesibukan Kak Ani selepas menjadi isteri atau bidang perniagaan beliau yang menyebabkan berat badan naik. Entahlah tapi memang dah lama tak nampak Kak Ani, semoga beliau berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburi.

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Disember 20, 2011

Gambar Anak Dan Suami Ayu Damit

Suami Ayu Syed Fauzi Syed Badaruddin, 24

Inilah wajah suami dan dua orang anak Ayu Damit yang suatu ketika menjadi konterversi kerana perkahwinan mereka secara sembunyi. Tetapi pantang mengalah dengan gossip, gambar ini cukup untuk menggambarkan bertapa bahagianya keluarga ini.


Untuk pengetahuan anda nama anak pertama Ayu Syed Nashrul Haikal dan anak kedua Syarifah Alya Adriana yang lahir pada julai lalu.

Jun 24, 2011

Suami Ning Baizura Berhenti Kerja Demi Isteri


Bertuahnya akak Ning Baizura kita ini kerana mempunyai seorang suami yang memahami kerja beliau sebagai artis. ZoOM berkata demikian kerana bukan sahaja memahami tugas seorang isteri tetapi sanggup berhenti kerja semata-mata ingin menguruskan perjalanan seni Ning Baizura.

Untuk pengetahuan anda suami akak Ning Baizura kita ini telah berhenti berkerja dan menjadi orang kuat Ning dalam pemasaran dan strategi beliau. Bersesuaian dengan pengalaman beliau sebelum ini sebagai pengurus pemasaran.

Semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat dan berjaya dalam bidang yang mereka ceburi.


ZoOM : Apa Komen anda ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Mac 25, 2011

Isteri kantoi dengan suami orang !!

Nak tau lebih lanjut baca sampai habis ...
Sekadar Hiasan..



Dalam satu kejiranan...
bermulalah satu cerita dimana isteri jiran sebelah ni jatuh cinta dengan suami jiran sebelah. Jadi.....korang faham-fahamlah apa yang dia orang buat kat rumah si isteri tuh. Tak disangka-sangka, suami si isteri ni pulang awal dari kerja hari tu. Maka, kelam-kabutlah si isteri dengan boyfriend dia tu bersurai. Walaubagaimanapun, suami jiran sebelah tu dah tak sempat lagi keluar ikut pintu belakang.

Si suami jiran ni pun bagi idea kat si isteri. Lalu si isteri berlari dengan pantas ke bilik untuk mengambil baby oil dengan bedak badan lalu disapunya baby oil pada badan boyfriendnya. Setelah tu, diletakkan pula bedak badan pada badan boyfriendnya sehingga keseluruhan badan boyfriendnya itu kelihatan putih melepak. Lalu boyfriendnya pun berdiri di salah satu

November 15, 2010

Sharifah Sofea sudah hamil 5 bulan

Zoom dapat cerita ini dari seorang penulis di laman forum, sekadar ingin berkongsi dengan anda sebab ZoOm perlu siapkan kerja yang perlu, jika masa lapang ZoOm akan berkongsi dengan pembaca di ZoOmartis.Net, Ikuti cerita si penulis mengenai Sharifah Sofea ni.

September 18, 2010

Gambar Bahagia Intan Sarafina Bersama Anak Dan Suami Tersayang

Inilah gambar terbaru Intan Sarafina bersama suami dan anak, Zoom ambil dari Facebook Intan sebab zoom merupakan salah seorang friends dalam Facebook beliau.

Februari 25, 2010

(Gossip) Erra Fazirah sukar dapat pembantu kerana garang !!!!?

Betul ke Erra Fazirah ini garang !!!! Sebenarnya pernah satu ketika Erra dan mungkin pembantu ada datang ke pejabat Zoom.Tak ada lah garang sangat Erra ini tapi muka serius je masa tengah berurusan dengan bebudak dekat kaunter.

Dan nak dijadikan cerita Erra pun pernah berlakon didepan pejabat zoom, ramai juga peminat dia ambil gambar bersama, nak dijadikan cerita Erra tidak la segarang yang mereka hebohkan.Tetapi Suami beliau Engku Imran Zoom nampak sombong sikit, nak senyum pun susah kat orang.Budak dekat kaunter McD tu siap kena soal kenapa tak bagi tisu....Iskkk Iskk...terkejut juga masa tu Zoom tengok perangai suami Erra nii.Entah la mungkin masa tu Engku letih kot...Apa-apa je la...!!

Baca je la komen Erra mengenai gossip terbaru ni:-


"Saya bukannya garang seperti yang disangkakan. Memang akui saya tegas pada masa bekerja, malah sesiapa yang pernah bekerja dengan saya pun tahu. Tetapi apabila mereka fokus dan berdisiplin, ia tidak menjadi masalah.


"Ada juga yang datang, bukan tiada langsung. Cuma sekarang ini saya sedang meneliti beberapa calon yang sesuai. Maklumlah bukannya senang untuk mengambil tanggungjawab sebagai pembantu peribadi. Mereka perlu mempunyai komitmen yang tinggi.


"Jadual kerja saya memang semakin sibuk dan padat, alhamdullilah saya masih lagi boleh mengurusnya sendiri dengan baik. Sekarang memanglah saya mampu buat sorang-sorang, tak tahu lah lepas ini macam mana," katanya.


Zoom: Apa kata anda ? pernah terjumpa Erra atau suami ? atau artis2 lain !!

(Gossip) Suami Ida Nerina Sanggup Bersumpah Pernah Lafaz Cerai !!

Huh..Makin panas juga cerita penceraian yang tak pasti ini, yang terbaru Zoom ada membaca suami Ida Nerina sanggup bersumpah menafikan beliau pernah melafazkan cerai.

Kisah penceraian artis bekas anggota kumpulan Blackrose hangat diperkatakan terutamanya selepas beliau Melafazkan cerai terhadap Ida, beliau telah keluar meninggalkan rumah Ida. Pada 9 Oktober lalu, Shahrin telah mengisi borang pengesahan lafaz cerai di mahkamah itu. Pada 21 Jun lalu, Ida yang juga bekas tenaga pengajar Akademi Fantasia musim ke-7 ini telah menjalani rawatan membetulkan tulang belakangnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas terjatuh di rumahnya.

Kemalangan itu berlaku ketika menaiki tangga di ruang tamu dalam rumahnya yang terletak di Persiaran Syed Putra, Kuala Lumpur, kira-kira pukul 3 pagi.

Sebelum ini, pengurus peribadi Ida, Fizaruddin Harun atau Fizar menafikan khabar angin yang mengatakan aktres itu dipukul sehingga menyebabkan dia terjatuh. Fizar juga mendakwa Ida tidak mungkin terjatuh disebabkan hilang pertimbangan kerana 'mabuk' memandangkan aktres itu baru pulang dari umrah. Katanya, Ida tergelincir lalu terjatuh apabila sedang menaiki tangga dengan tergesa-gesa.

Fizar juga turut menafikan yang Ida mungkin lumpuh akibat kecederaan tulang belakang yang dialaminya selepas insiden itu kerana sehingga kini doktor belum mengeluarkan laporan itu.

Februari 02, 2010

(Gambar) Mawi dan ikin di Murai !!!

Ini pula gambar suami dan isteri yang sebelum ini pernah mengamatkan era perkahwinan artis di alaf baru.Dengan rancangan live di media elektronik pada majlis persandingan membuatkan hari bahagia mereka akan di ingati sampai bila-bila.

Gambar ini juga di ambil semasa program bersama Murai..Apa kata anda mengenai pasangan suami isteri ini?



Baca Selanjutnya

November 19, 2009

(Cerita Artis)Mawi Terbitkan Program Fesyen Untuk Ekin?


Bertuahnya Isteri Mawi ni, cerita terbaru selepas rumah banglo mewah dan perniagaan Mereka.Timbul pula kisah baru mawi akan mempromosikan perniagaan mereka melalui saluran Astro.Jum zoom cerita terbaru Mawi dan Ikin !!!




Baca Selanjutnya

Terbaru, MW Entertainment tampil dengan rancangan bercorak 'travelogue' iaitu Langkah Mawi World musim yang sebelum ini diterbitkan oleh Astro. Program 13 episod itu bakal ditayangkan di Astro Ria bermula 25 November ini pada pukul 7 malam.

"Rasanya sudah tiba masa untuk saya bergerak aktif dengan MW Entertainment yang sebelum ini mengambil masa secara berperingkat untuk dijalankan kerana kita turut melalui beberapa pengubahsuaian dan sebagainya.



"Alhamdulillah, syarikat ini berjaya juga hasilkan 'bayi sulung' iaitu drama sempena Hari Raya lalu dan sekarang ini akan diteruskan pula dengan Langkah Mawi World.
"
Sejujurnya, saya memang sudah bersedia untuk bergelar penerbit. Dengan keadaan industri muzik tempatan yang semakin merudum ini, saya rasa inilah masanya untuk saya cuba aspek yang lain pula,"
kata Mawi yang ditemui pada majlis pelancaran syarikatnya itu dan program Langkah Mawi World di Palace of the Golden Horses, baru-baru ini.

Ia dilancarkan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim.

Menurut selebriti berusia 28 tahun ini, MW Entertainment bukan saja akan terbabit di dalam produksi, tetapi juga pengurusan acara, perhubungan awam dan pengurusan artis.

Setakat ini, kata Mawi yang bertindak selaku Pengarah Urusan MW Entertainment, syarikatnya mempunyai tujuh orang pekerja. Ekin bagaimanapun berkata, dia tidak terlibat di dalam perjalanan syarikat tersebut.

Mengulas lanjut tentang projek keduanya iaitu Langkah Mawi World musim baru ini, ujar Mawi, kali ini dia akan membawa penonton ke tiga buah destinasi iaitu di Melbourne, Sri Lanka dan Hong Kong.

Berbeza dengan musim pertama dulu, Langkah Mawi World yang diarahkan oleh Rahila Ali ini akan turut menampilkan Ekin di dalam segmen-segmen tertentu.

"Orang pun dah tahu saya sudah berkahwin dengan Ekin. Malah, dalam setiap episod, kita selitkan elemen 'bulan madu' yang merupakan kelainan pada musim ini.

"Ekin banyak membantu saya, terutamanya kalau saya terlupa sebarang informasi. Dia juga turut sama membuat kajian tentang destinasi yang kami lawati
"Apapun, saya memang selesa bekerja dengannya," kata Mawi yang menambah, penggambaran untuk program itu berlangsung selama lebih kurang sebulan dan berakhir baru-baru ini.

Ditanya tentang perasaannya setelah berjaya bergelar penerbit kini, kata Mawi, dia sememangnya puas kerana dapat melihat hasil usahanya sendiri.

"Saya akui, memang seronok dapat terbitkan program sendiri...lebih puas hati,"
katanya ringkas sambil menambah, program-program terbitannya kelak tidak hanya terhad untuk siaran di Astro sahaja.

Bercerita tentang perancangannya bersama MW Entertainment, kata Mawi, dia mempunyai beberapa projek untuk dibuat dan antaranya ialah sebuah telefilem berjudul Jiwa Kacau arahan Rahila Ali dan sebuah drama bersiri 13 episod tentang adik-beradik kembar.

"
Jiwa Kacau akan memulakan penggambaran di Ipoh tidak lama lagi dan projek drama bersiri tentang pasangan kembar itu akan dibuat di Korea.

"
Insya-allah, saya akan ke Korea pada bulan hadapan untuk melihat lokasi-lokasi yang bersesuaian di sana. Tajuk drama ini belum ditetapkan lagi tetapi mungkin saya akan membuat 'cameo' di dalamnya,"
tutur Mawi.

Juara Akademi Fantasia musim ketiga ini bagaimanapun menafikan bahawa Ekin dan kembarnya, Aein akan membintangi drama ini.
"Tidaklah. Kita akan cari pelakon lain, mungkin pelakon itu membawakan dua watak,"
katanya yang turut meletakkan sasaran untuk menerbitkan filem dalam masa lima tahun lagi

Ditanya tidakkah dia berminat untuk menerbitkan sebuah program untuk dihoskan oleh isterinya sendiri, sambil tersenyum Mawi menjawab:

"Itu memang idea yang menarik. Mungkin kalau saya buat pun, ia berkisarkan tentang program fesyen kerana minatnya cenderung kepada aspek itu.

"Lagipun, sebelum ini Ekin juga pernah menjadi hos untuk satu segmen fesyen di sebuah program tidak lama dulu."

Zoom Komen: Tahniah Mawi Dan Ikin kerana Maju setapak lagi dalam industri Perniagaan..Apa Kata anda !!?

November 10, 2009

(Sehati Berdansa) Pasangan Enot Dan suami Terkeluar !!


Ini lah pasangan yang berani menyahut cabaran, tahniah kepada anda berdua walaupun terkeluar di minggu ke 3..Ikuti luahan dan komen Enot hari ini..!!


Baca Selanjutnya

"Saya sudah boleh rasakan akan tersingkir minggu ini kerana juri ada mengatakan persembahan kami tiada peningkatan. Kalau diikutkan, saya sasarkan untuk bertahan sehingga minggu kelima dan ada juga berhasrat untuk sampai ke 'final'.

"Tapi nampaknya rezeki kami sampai minggu ini saja. Memang sayang sangat, sebab kalau boleh, saya ingin cuba pelbagai jenis tarian lain seperti Salsa. Saya nak buktikan badan besar seperti saya juga mampu menari," katanya dalam nada sebak.

Berdasarkan markah keseluruhan pada minggu tersebut, pasangan Dira dan Ash menerima kutipan markah tertinggi iaitu sebanyak 53.57 peratus, diikuti dengan Sazzy dan Nazril (51.21), Sein dan Nana (50.17), Isma dan Zul (49.49), Didie dan Sham (48.87), Oshin dan Firdaus (47.99), Mirnawan dan Norah (44.91) serta Enot dan Zainul (43).

Dengan penyingkiran Enot dan suaminya itu, pasangan tersebut hanya mampu mengumpul dana sebanyak RM3,000 kepada badan kebajikan yang mereka wakili di dalam program ini iaitu Yayasan Paru-Paru Malaysia.

"Tidak boleh salahkan suami saya. Dia memang tidak pernah menari seumur hidup dia. Zainul sebenarnya tidak mahu pun sertai program ini, tetapi dia terima juga kerana saya. Dia memang susah sikit nak ikut tempo, apatah lagi dia pernah sakit sebelum ini.

"Apapun, kami tidak 'terasa' pun dengan kritikan juri. Malah, kami lebih 'terasa' apabila juri pernah memberikan kami markah yang agak tinggi sedangkan persembahan kami tidaklah begitu bagus pun.

"Itu membuatkan kami takut kerana kami tahu di luar sana ramai orang yang sering bercakap bahawa kami sepatutnya tersingkir awal," tutur Enot.

Zainul pula berkata, dia sudah cuba melakukan yang terbaik sepanjang tiga minggu berada di dalam program ini.

"Koreografer kami, Anuar, juga banyak membantu dan cuba hasilkan gerak tari terbaik untuk kami. Saya akui, ada pergerakan yang saya rasa susah dan tidak mampu untuk lakukan. Tetapi, saya tetap cuba berikan yang terbaik.

"Dan saya juga akui agak gementar ketika beraksi di pentas. Bila sesi latihan, saya rasa 'ok' saja, tetapi bila di pentas, saya memang jadi sangat gementar," ujarnya.

Zoom Komen: Zoom Tabik kat Pasangan Enot kerana berani memikul beban yang diberikan kepada mereka. Walaupun suami enot tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman berani tetapi beliau berani, jika anda bernama lelaki adakah anda berani menyahut cabaran ini !!?

November 07, 2009

(Gambar) Rumah Banglo Mewah Mawi !!!!


Zoom dapat gambar ini di satu laman forum popular tanah air, Dengan berkat usaha mawi dan isteri akhirnya tersergam indah sebuah mahligai yang diimpikan oleh semua insan yang bergelar isteri.Kalau zoom pun sure tidur nenyak punya...Daripada tinggal kat Kondo "Technical Cost" Membebankan..!!! Jum kita Layan Rumah Baru Artis Akademi Fantasia yang paling berjaya ini !!!!




Baca Selanjutnya





Apa KOmen Anda !!!! Inginkan Rumah Macam MAwi ?...Nak cari SUami Kaya !!? Dll..!!

September 29, 2009

(Celebrity News) Datuk "K" Hanya Untuk Saya - Siti Nurhaliza


GEMBAR-GEMBUR tentang pertunangan pelakon Umie Aida dan Datuk K mungkin membuatkan ramai yang keliru kerana gelaran itu biasanya hanya popular untuk suami penyanyi Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.

Namun, setelah berita itu dikeluarkan, Siti sendiri akui dia tidak pernah menerima apa-apa panggilan yang bertanya tentang hal itu.

Biarpun orang ramai masih tertanya-tanya tentang hal itu, akhirnya terjawab jua yang Datuk K yang dimaksudkan bukanlah suami Siti sebaliknya Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

“Terpulanglah apa orang nak kata. Yang penting Datuk K yang akan bertunang dengan Umie adalah berbeza dengan Datuk K saya,” kata Siti sambil tergelak kecil.

Ditanya adakah ini bermakna Datuk K hanya layak untuk Siti seorang? Dalam nada seloroh, Siti menjawab:

“Ya, memang Datuk K hanya untuk saya. Yang Datuk K seorang lagi tu kita guna nama Datuk KD agar orang lain tak keliru.

“Saya rasa orang lain pun dah tahu Datuk K yang Umie nak kahwin tu adalah Datuk K lain,” ujar Siti lagi yang baru pulang daripada mengerjakan umrah bersama suami dan kawan-kawannya pada hujung Ramadan lalu.

Zoom Komen: Kembar "K" la kot...Biasa la Datuk dah beribu kat malaysia ni..Datuk A ke Z dah melambak..!!! Nak buat macam mana yerr Datuk S :P

September 28, 2009

(Gossip) Suami Noniswara didenda RM 700 Pukul isteri !!!!

Rosman bernikah dengan aktres Noniswara pada 31 Julai lalu

KUALA LUMPUR: Pengerusi Syarikat Telekomunikasi, U Mobile, Datuk Rosman Ridzuan, yang juga suami kepada pelakon Noniswara Baharudin didenda RM700 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah memukul bekas isterinya, Azura Ibrahim, empat tahun lalu.

Majistret Mohd Faizi Che Abu turut mengarahkan Rosman dipenjara seminggu jika gagal membayar denda itu.

Pada 20 Ogos lepas, Rosman, 52, mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama bagaimanapun menukar pengakuan kepada bersalah sebaik pertuduhan mengikut Seksyen 323Kanun Keseksaan itu dibacakan terhadapnya.

Rosman, yang baru sahaja berkahwin dengan Noniswara Julai lalu, didakwa dengan sengaja mencederakan Azura Ibrahim, 37, di Tingkat 3 Plaza Kuala Lumpur, 179 Jalan Bukit Bintang, di sini, pada pukul 12.30 tengah hari, 8 April 2005.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ain Zulkifli manakala Rosman diwakili peguam Firuz Jafril.

Info: Mstar

Zoom Komen: Dah Denda Rm700 mungkin dah selesai la masalah di mahkamah tetapi dekat luar hanya mereka dan mereka je yang tau..!!! zoom pun nak tau reaksi dari pihak bekas isteri..Sama-sama kita tunggu...!!! Apa Komen u alls