Memaparkan catatan dengan label Keluarga Artis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keluarga Artis. Papar semua catatan

Jun 06, 2012

6 Gambar Terkini Anak Mawi Dan Ekin Cahaya Malaika

Inilah gambar terbaru Cahaya Malaika anak kepada pasangan bahagia Mawi dan Ekin, yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2008. 


Dan berikut Trivia mengenai Mawi dan Ekin (Sumber Media) :


1. Majlis persandingan sebanyak 3 kali
2.Sepanjang perkahwinan Ekin mengalami keguguran 2 kali (2009)
3.Julai 2011 Ekin disahkan mengandung
4.Selamat melahirkan anak sulung (Cahaya Malaika) pada 28 Feb 2012, secara normal.


Semoga Cahaya Malaika akan menjadi anak yang soleh, dan semoga pasangan ini akan kekal hingga ke akhir hayat.

Mei 30, 2012

Berita Artis : Tomok Kini Menjadi Ayah | Gambar Anak Tomok

Alhamdulillah kini Tomok dan isteri beliau yakni Ayu, kini bergelar ayah dan ibu dengan kelahiran bayi lelaki seberat 3.3kg pada 6.30 semalam. Bayi lelaki yang belum diberi nama menjadi perhatian ketika Tomok berkongsi bersama peminat beliau dilaman akaun Twitter beliau semalam.

ZoOM mewakili admin dan pembaca di ZoOMartis mengucapkan tahniah dan semoga anugerah dan rezeki daripadanya akan membawa seribu makna buat Tomok dan isteri.


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Gossip : Adik Alyah Didakwa Samun Ahli Perniagaan

Macam-macam kes berlaku sekarang ni, kalau sudah terdesak beginilah jadinya (Jika betullah). Dengan keadaan sekarang yang memerlukan seseorang mengawal perbelanjaan dan cara hidup yang penuh dengan cabaran.

Apatahlah jika seseorang itu mempunyai hubungan dengan artis yang sering menjadi perhatian Media dan masyarakat diluar sana.

Marilah  kita sama-sama renung-renungkan dan fikir-fikirkan dimana anda sekarang ini.

Sumber :Media Hiburan Online

Apa komen anda ?

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Mei 21, 2012

Artis Malaysia : Komen Nabila Huda Menjadi Ibu Tunggal

ZoOM : Bagi ZoOm menjadi ibu tunggal memang perit dan susah jika tidak mampu mengawal dan merancangnya. Namun anak kepada legenda rock Malaysia (Amy Search) menyatakan status ibu tunggal tidak menggangu emosinya malah lebih selesa berstatus sedemikian. Dan berikut komen beliau apabila ditanya oleh wartawan :

“Saya gembira dan bahagia dengan kehidupan sebagai ibu tunggal. Walaupun ada ketikanya, perasaan sedih itu datang tetapi saya dapat atasi kerana kesibukan kerja dan anak saya yang sentiasa bersama.

“Pada fasa ini, saya semakin sukar untuk berenggang dengan Keisha kerana mudah rindu padanya. Setakat ini, saya akan bawa dia bersama ke lokasi penggambaran walau di mana sekali pun,” katanya kepada mStar Online, baru-baru ini.

Nabila memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Zaidi Zailani, 30, pada Ogos tahun lalu selepas tiga tahun berkahwin ekoran tiada persefahaman.

Ditanya tidakkah dia merancang untuk mencari pengganti, Nabila berkata pada peringkat ini keutamaannya adalah pada kerjaya dan anak.

Mei 17, 2012

Panas : Ady Putra Bercerai Dengan Isterinya, Aida Yusof !!?

Gambar bersama isteri semasa mengerjakan umrah bersama

Ini post yang ketiga ZoOM bercerita mengenai kisah perceraian dan bakal bercerai artis, terbaru yang ZooM baca dalam akhbar hari ini mengenai pelakon daripada seberang, Ady Putra,31 yang dikatakan memfailkan kes perceraian dimahkamah syariah pada 1 Mei lalu.

Ketika ditanya wartawan, Ady Putra tidak ingin bercerita lanjut mengenai perceraiannya itu, tetapi yang pasti tidak ada persefahaman diantara mereka.

Dan beliau menafikan isu tidak ada anak atau kehadiran orang ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri.

Sama dengan post ZoOM sebelum ini, semoga pasangan ini memikirkan semula keadaan anak-anak dan jangan terlalu mengikut emosi semata. Sesungguhnya setiap masalah pasti

Keluarga Artis : Jimmy Bantah Permohonan Cerai Isteri

Jika sebentar tadi Aidil menarik  balik permohonan cerai dengan Rita, sorang lagi artis terkenal yakni Jimmy turut berada dalam keadaan yang sama. Cuma kes penceraian dibuat oleh isteri beliau (Nursuhaila Eliani Suhaimy).

Kes penceraian yang difailkan oleh isteri pada 25 oktober tahun lalu masih berjalan dimahkamah. Usia perkahwinan yang dibina pada 1 oktober tahun lalu kini berada diambang ombak ribut yang hanya menunggu masa.

Sama-samalah kita berdoa semoga pasangan ini kembali bersama dan turut memikirkan si kecil yang memerlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu.


Apa komen anda ?


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Mac 09, 2012

Gambar Dylan Haidar Anak Kedua Edrie Hashim Dan Isteri Pat Candy

 Tahniah daripada ZoOM mewakili pembaca dan Admin di ZoOmartis kepada komposer Edrie Hashim, kerana menimang anak kedua pagi Rabu lalu. Beliau membuat pengumuman di laman sosial Twitter di @eddriehashim.


Dan menurut info cahaya hati diberi nama Dylan Haidar, jika di imbas semula Edrie telah mendirikan rumah tangga dengan isteri beliau, Pat Candy pada tahun 2002. Dan kini mempunyai anak sulung yang berusia 8 tahun, malah sejarah beliau keguguran 4 kali turut mengembirakan pasangan ini yang kini mempunyai 2 orang cahaya mata.


Tahniah sekali lagi..

Mac 08, 2012

Isteri Redza Minhat Selamat melahirkan Bayi lelaki di Hospital Pantai Bangsar

Pelakon Redza Minhat telah mengesahkan isteri beliau telah selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Ali pada pukul 2.13 petang tadi di Hospital Pantai, Bangsar. Bayi yang dilahirkan itu sihat dan beratnya ialah 3.36 kg.

ZoOM : Alhamdulillah akhirnya anugerah daripadanya diberikan kepada pasangan yang telah menikah pada 17 Jun tahun lepas. Setelah beberapa bulan mengharungi kehidupan penuh berjaga-jaga bagi memastikan penyeri hidup mereka hadir dengan sempurna.


Gambar Perkahwinan Redza Minhat :

Mac 05, 2012

Sazali P. Ramlee Terima RM 10,000 Daripada Kementerian Penerangan Untuk Teruskan Hidup


Sazali tengah menerima sumbangan daripada Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Denis D`Cruz



Alhamdulillah, ada juga orang yang mengambil berat dengan nasib anak Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, iaitu Sazali P.Ramlee yang sebelum ini kita membaca mengenai kesusahan yang dialaminya terutamanya selepas terlantar dirumah akibat terjatuh.




Kita sebagai pembaca dan melihat kesusahan yang dialami beliau berasa sedih, apatah lagi empunya diri yang jika diikutkan hasil titik peluh Allahyarham sudah cukup untuk menyara beliau sekeluarga, namun dimana silapnya semuanya hanya tinggal menjadi tatapan anda dikaca TV sehingga hari ini.


Dan berikut berita terbaru yang ZoOM baca di akhbar Metro Online :

Februari 18, 2012

Artis Balkisyh Semundur Dibelasah Suami Akibat Cemburu | Gambar Suami Balkisyh

Apa nak jadi dengan dunia zaman sekarang, jika anda membaca didada akhbar hari ini kisah bekas suami yang mebunuh bekas isteri dan mencederakan anaknya. Kisah tragis tersebut berlaku di Utara yang mendapat liputan luas kerana bekas isteri yang juga mangsa meninggal dunia kerana kecederaan teruk akibat ditetak.

Dan terbaru mengenai artis bernama Balkisyh turut menjadi mangsa kekejaman akibat amarah cemburu yang meluap-luap tanpa usul periksa. Akibatnya hubungan yang dibina atas nama cinta terkubur dan tercalar angkara amarah yang tidak dikawal. Dan berikut berita yang tersebar diakhbar mengenai artis bernama Balkisyh yang dipukul suami beliau :


KUALA LUMPUR: Angkara cemburu buta, seorang pelakon, Balkisyh Semundur Khan, 25, bukan saja ditampar, kepalanya dihentak pada almari malah turut dicekik suaminya berusia 28 tahun di rumah mereka di Wangsa Maju, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, pelakon yang membintangi filem Diva selain tercalon

Februari 02, 2012

Mawi Bergelar Bapa Februari Ini | Anak Mawi Dan Ekin

KUALA LUMPUR, 31 JANUARI 2012: Penyanyi, Mawi atau Asmawi Ani mengesahkan isterinya, Ekin atau Norashikin Rahmat bakal melahirkan cahaya mata sulungya pada penghujung bulan Februari ini.

Malah Mawi memberitahu kepada portal murai.com.my, usia kandungan isterinya sudah memasuki sembilan bulan dan bakal melahirkan cahaya matanya di Hospital An-Nur, Bangi.
"Alhamdulilah, kesihatan Ekin sangat baik dan kandungnya juga sihat. Dia kini berada di rumah kami bersama ibunya yang sanggup datang dari Johor sejak kandungan Ekin sudah masuk tujuh bulan.
"Malah, Ekin akan dijaga rapi oleh ibunya di rumah kami sehingga dia selesai

Januari 28, 2012

Artis Malaysia : Zed Zaidi Sedih Tak Dapat Anak Kembar


PETALING JAYA: Pelakon filem Niyang Rapik, Zed Zaidi berasa sedih selepas mengetahui isterinya, Nelly Natalia tidak hamil anak kembar seperti mana yang dimaklumkan sebelum ini.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 31, berkata, isterinya yang mengandung tiga bulan telah melakukan pemeriksaan kali kedua di sebuah klinik dan diberitahu oleh doktor tentang perkara itu.
"Sebelum ini masa buat pemeriksaan awal, doktor kata mungkin isteri saya mengandung anak kembar tetapi selepas melakukan pemeriksaan semalam, hanya ada seorang bayi sahaja.
"Walaupun sedikit hampa tetapi saya tetap bersyukur dengan rezeki yang telah diberikan kepada saya dan isteri," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Jumaat.
Tambah Zed, seperti kebanyakan ibu mengandung lain, isterinya, turut mengalami alahan teruk pada peringkat awal kandungan.

Julai 06, 2011

Ayah Pelakon Fizo Meninggal Dunia - AL-Fatihah

Sama-sama kita sedekahkan surah AL-Fatihah kepada arwah ( Ayah Fizo ), semoga berkat doa anda akan dipermudahkan. Insyallah, dan berikut "statement" yang ZoOM baca di akhbar Metro hari ini :


KUALA LUMPUR: Bapa kepada pelakon, Wan Hafizol Wan Omar atau Fizo, iaitu Wan Omar, 80 meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan, tengah hari semalam.

Fizo ketika dihubungi berkata, bapanya meninggal dunia akibat ketumbuhan pada bahagian usus yang dihidapinya sejak beberapa bulan lalu.

AL-FATIHAH
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Jun 16, 2011

Ayah Awie Meninggal Dunia - AL-Fatihah


Menurut satu sumber dilaman forum mengatakan ayah kepada pelakon dan penyanyi ( Awie ), meninggal dunia semalam. Ayah beliau dikatakan telah sakit sejak dua tahun lepas.


Sama-sama kita sedekahkan AL-Fatihah untuk arwah dan semoga keluarga Awie tabah menghadapi dugaannya.


AL-FATIHAH

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Jun 15, 2011

Update : Lagi gambar Salih Yaacob Berbulan Madu Bersama Bini


Alahai bertuahnya abang Salih Yaacob yang kini masih dalam mood berbulan madu bersama keluarga tersayang. Bagi ZoOM diantara empat orang isteri abang SY kita, isteri pertama adalah insan yang mulia dan baik kerana membenarkan SY kita mencapai syarat maksimum yang ditetapkan.

Saat ZoOm nak balilk daripada pejabat ini jugalah "Office Mate" ZooM ni email gambar SY dan keluarga untuk tatapan. Nak tunggu apa lagi upload je lah sebab mungkin ada orang lain yang dah ada gambar ini. Kalau nak share dengan kawan-kawan lain pun boleh juga.. Tapi credit lah sikit dekat ZoOMartis ye..

OK alls...nak punch card ( Sebab kat opis ni tak pakai swipe kad ) ...

Jangan lupa komen ye ... TQ.

Lagi gambar kat bawah ni :


Mei 29, 2011

Jamaliah Abdul Manan Nenek Anggota KRU Meninggal Dunia

Berita ini ZOoM jumpa di Mstar sebentar tadi sementara menunggu perlawanan akhir MU dan BARCA pagi ini, marilah kita sama-sama sedekahkan surah Al-Fatihah untuk arwah Jamaliah Abdul Manan yakni nenek kepada kumpulan KRU.


AL-Fatihah 


Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

April 06, 2011

Gambar Keluarga Syed Mohamad Asri @ Usop Wilcha @ Shy8

Bersama Isteri Noorafiza Abdul Aziz dan anak 
 
Inilah gambar keluarga Syed Mohamad Asri atau nama glamour Shy8, namun peminat diluar sana lebih suka memanggil beliau Usop Wilcha kerana penangan Filem Hantuk Kak Limah Balilk Rumah yang mengemparkan pawagam dan peminat seni tanah air.

 Siapa sangka populariti beliau hanya muncul ketika beliau berumur 46 tahun sehinggakan setiap langkah beliau menjadi perhatian masyarakat sekeliling yang sebelum ini tidak menghiraukan kehadiran beliau. 

Untuk pengetahuan anda diluar sana Usop Wilca hanya berlakon secara sembilan dan jawatan beliau bukan calang-calang iaitu sebagai Pengurus Komunikasi Korporat syarikat Tanjung Offshore Berhad. Namun kerana minat yang mendalam dalam bidang lakonan walaupun suatu ketika beliau pernah nekad menjadikan filem Zombi Kampung Pisang yang terakhir dalam karier sebagai anak seni. 

April 04, 2011

Gossip : Luahan Jimmy Mengenai Isteri beliau

Nampaknya kisah perkahwinan Jimmy dan isteri Nursuhaila belum menemui titik penamat malah semakin berliku-liku untuk menuju kedepan. ZoOM tidak layak untuk menilai pasangan ini kerana masing-masing mengeluarkan "Statement" yang ingin menegakkan benang basah.

Walauapa pun semoga pasangan ini cuba bermuhasabah diri memikirkan masa depan yang sudah pasti penuh dengan simpang-simpang dan jalan yang berliku untuk dilalui. Berikut "Statement" Jimmy yang beliau luahkan kepada wartawan mengenai kisahnya bersama si isteri.


SHAH ALAM: Pengacara, Jimmy Shanley Norjahan Salleh memberitahu isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah tanpa keizinannya. 
Menurut Jimmy lagi, Nursuhaila juga tidak meminta maaf daripadanya sebelum bertolak ke Mekah pada 25 Februari lalu bersama ahli keluarganya.
“Saya ada ke majlis doa selamat yang diadakan keluarga Nursuhaila atas pelawaan keluarga mertua kerana mungkin boleh minta maaf.
 
“Tapi saya duduk berjam-jam di situ macam orang asing,” katanya dan menambah berasa sedih kerana telah berniat untuk mengerjakan umrah bersama isteri.
Jimmy, 31, yang ditemui semasa menghadiri prosiding sebutan kes nusyuz terhadap Nursuhaila, 25, di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Isnin, juga menitipkan pesan supaya isterinya kembali kepada ajaran agama.

Januari 24, 2011

Nora Danish Terima Hadiah Rumah Mewah

Bersama Gambar Terkini Anak Nora Danish

Menurut laman web Murai, Nora Danish dapat hadiah daripada bekas Mertua Nora yang sehingga kini masih meneruskan hubungan yang pernah terjalin sebelum ini. Inilah yang kita inginkan apabila sesuatu hubungan yang tidak berjaya tidak akan menyebabkan masing-masing menjauhkan diri.

Januari 16, 2011

Al-Fatihah Untuk Nenek Ana Raffali

Semoga arwah nenek Ana Raffali  berada dikalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan.Insyallah

AL-FATIHAH