Memaparkan catatan dengan label Jimmy. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jimmy. Papar semua catatan

Jun 10, 2012

Gossip Panas : Komen Ayah Mentua Jimmy "Tidak Layak Jadi Menantu" !!!


Setelah beberapa hari cerita mengenai keluarga Jimmy senyap seketika, kini ia kembali lagi dengan "Statement" Ayah mentua Jimmy yakni, Datuk Suhaimi yang tampil memberi jawapan dibawah apabila ditanya oleh wartawan:

KUALA LUMPUR – Selepas mendiamkan diri membiarkan menantunya yang juga pelakon, Jimmy Shanley membuka cerita tentang anaknya, Datuk Suhaimi tampil memberikan kenyataan mengenai pergolakan yang berlaku dalam rumah tangga antara Jimmy dan Nursuhaila Eliani.

Menerusi rancangan gosip hiburan Melodi yang disiarkan hari ini, Suhaimi berkata, Jimmy tidak layak untuk menjadi menantunya.

Baginya, Jimmy tidak perlu meneruskan ‘perangainya’ itu memandangkan jelas sekarang ini sikap Jimmy yang semakin ‘gemar’ mencanang kisah negatif tentang anaknya kepada umum.

Mei 17, 2012

Keluarga Artis : Jimmy Bantah Permohonan Cerai Isteri

Jika sebentar tadi Aidil menarik  balik permohonan cerai dengan Rita, sorang lagi artis terkenal yakni Jimmy turut berada dalam keadaan yang sama. Cuma kes penceraian dibuat oleh isteri beliau (Nursuhaila Eliani Suhaimy).

Kes penceraian yang difailkan oleh isteri pada 25 oktober tahun lalu masih berjalan dimahkamah. Usia perkahwinan yang dibina pada 1 oktober tahun lalu kini berada diambang ombak ribut yang hanya menunggu masa.

Sama-samalah kita berdoa semoga pasangan ini kembali bersama dan turut memikirkan si kecil yang memerlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu.


Apa komen anda ?


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Disember 16, 2011

Kisah Panas Jimmy Dan Isteri di Mahkamah

Nampaknya kisah panas pengantin dan pengacara konterversi dengan isteri beliau di mahkamah semakin hangat diperkatakan, terbaru ZoOM terbaca di akhbar metro online mengenai perbicaraan yang berlangsung di mahkamah. Segala pekung yang selama ini hanya mereka yang mengetahui kini menjadi bualan dan bahan bacaan segenap lapisan masyarakat.Dan berikut beberapa ayat yang ZoOm copy paste untuk bacaan anda di ZoOMartis.

MOHD NOOR: Apa tabiat buruk yang dia janji akan tinggalkan?


JIMMY: Banyaklah... merokok dan yang paling kritikal berjudi.

MOHD NOOR: Dia berjudi di mana?


JIMMY: Di rumah.


MOHD NOOR: Dia berjudi dalam bentuk apa?

Julai 11, 2011

Gossip Jimmy Lelaki Songsang di Facebook !!

ZoOM terkejut apabila ada TOPIC yang bercerita mengenai seorang keluarga isteri Jimmy yang meluahkan perasaan didalam facebook beliau. Memang perkataan yang tidak sepatutnya ditulis didalam facebook beliau, ZoOM dah cuba survey facebook keluarga isteri Jimmy tapi gagal menemui perkataan tersebut.
Di saat bahagia bersama lilin-lilin yang menjadi saksi...

Nasib baiklah ada seseorang kaki gossip dilaman forum yang sempat save dan buat topic, sehingga 12.00 malam ni dah 6 muka surat post/komen pelawat.

Apa nak jadi dah....semakin lama ZoOM melihat dan mendengar kisah Jimmy kian parah dan kronik jika dikategorikan sebagai penyakit.

Dan berikut ZoOM sertakan gambar yang dah CROP supaya anda dapat menilai komen si penulis....

Jun 25, 2011

Gossip Isteri Jimmy Sudah Bersalin di Internet | Gambar Anak Nursuhaila ??

Menurut info daripada laman forum mengatakan isteri artis dan pengacara Jimmy yakni Nursuhaila telah selamat melahirkan anak di Putra Medical Center (PMC) menurut info dan gossiplahhh...kesahihannya masih belum dapat dipastikan. Sama-sama kita tunggu dan dengar.

Dan berikut print skrin mengenai gossip daripada seorang kaki forum mengenai isteri Jimmy ni.


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

April 04, 2011

Gossip : Luahan Jimmy Mengenai Isteri beliau

Nampaknya kisah perkahwinan Jimmy dan isteri Nursuhaila belum menemui titik penamat malah semakin berliku-liku untuk menuju kedepan. ZoOM tidak layak untuk menilai pasangan ini kerana masing-masing mengeluarkan "Statement" yang ingin menegakkan benang basah.

Walauapa pun semoga pasangan ini cuba bermuhasabah diri memikirkan masa depan yang sudah pasti penuh dengan simpang-simpang dan jalan yang berliku untuk dilalui. Berikut "Statement" Jimmy yang beliau luahkan kepada wartawan mengenai kisahnya bersama si isteri.


SHAH ALAM: Pengacara, Jimmy Shanley Norjahan Salleh memberitahu isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah tanpa keizinannya. 
Menurut Jimmy lagi, Nursuhaila juga tidak meminta maaf daripadanya sebelum bertolak ke Mekah pada 25 Februari lalu bersama ahli keluarganya.
“Saya ada ke majlis doa selamat yang diadakan keluarga Nursuhaila atas pelawaan keluarga mertua kerana mungkin boleh minta maaf.
 
“Tapi saya duduk berjam-jam di situ macam orang asing,” katanya dan menambah berasa sedih kerana telah berniat untuk mengerjakan umrah bersama isteri.
Jimmy, 31, yang ditemui semasa menghadiri prosiding sebutan kes nusyuz terhadap Nursuhaila, 25, di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Isnin, juga menitipkan pesan supaya isterinya kembali kepada ajaran agama.

November 13, 2010

Isteri Jimmy disahkan Mengandung 4 Minggu

Tahniah Jimmy, atau nama penuh Shanley Norjahan Salleh, 30, menerima berita gembira apabila isterinya, Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimi, 24, disahkan mengandung empat minggu. Selain pasangan ini, sudah pasti ahli keluarga turut tidak sabar-sabar menanti kelahiran cucu mereka.


Semoga pasangan ini dengan adanya anak sudah pasti akan menjernihkan lagi keadaan .

Oktober 02, 2010

Gambar Jimmy Shanley Kahwin

Inilah wajah seorang suami dan isteri yang baru di nikahkan oleh pak kadi :P, alhamdulillah walaupun dengan 3 kali lafaz akhirnya Jimmy Shanley yang pada mulanya gugup akhirnya menyempurnakan niat di hati menjadi suami Suhaila..

Lagi gambar..

September 25, 2010

Jimmy Shanley dan Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimy Edar Kad Kahwin

Akhirnya hari bahagia pengacara popular Jimmy Shanley dan Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimy datang jua, mereka akan disatukan pada 1 Oktober bulan depan di rumah pengantin perempuan di Sunway Rahman Putra Sg Buloh.

Jun 16, 2010

Gossip Jimmy Pilih Anak Jutawan Bukan Kerana Harta !!

Alahai kesian kat Jimmy dan Nursuhaila ni, baru je melangsungkan pertunangan sudah 1001 suara yang keluar dari mata pena dan keyboard penulis.


Semoga mereka tabah menghadapi dugaan darinya, apakata mereka mengenai gossip ini ?



Saya tidak pernah memilih untuk berkawan dengan perempuan yang berlatarbelakang daripada keluarga yang mewah.
"Pertemuan kami tidak dirancang sama sekali dan soal status kehidupan keluarganya itu hanyalah secara kebetulan sahaja. Tuduhan kononnya pertunangan itu disebbakan faktor lain adalah satu tuduhan mereka yang tidak mengelai saya," katanya yang telah melangsungkan pertunangan dengan anak kepada pengasas produk kecantikan Natasya.
“Nursuhaila merupakan peminat saya dan mahu mengambil gambar dengan saya ketika kami bertemu waktu itu.
“Selepas empat tahun, saya diundang menghadiri majlis hari jadinya pada 31 Januari lalu.
"Sejak itu kami menjadi rapat dan akhirnya saya melamarnya pada bulan lalu ketika AF8 hampir melabuhkan tirainya,” kata Jimmy
Khabarnya, Nursuhaila telah lama menyimpan perasaan kepada Jimmy sejak lima tahun lalu. Sebelum ini dia hanya melihat Jimmy menerusi televisyen, akhbar dan majalah.
Anak kedua daripada tiga beradik itu juga tidak pernah bercinta dan pernah menyimpan impian untuk mempunyai teman lelaki seperti Jimmy.

Jun 14, 2010

Lagi Gambar Majlis Pertunangan Jimmy Dan Nursuhaila

Nampak berseri-seri pasangan ini disaat majlis pertunangan yang berlangsung dengan penuh meriah, semoga pasangan ini akan berakhir di atas pelamin indah yang bakal mereka cipta tidak lama lagi.



Gambar bersama keluarga

Jun 07, 2010

Jimmy Shanley bertunang dengan Suhaila 11 Jun Ini

Sedapnyer nama, macam ku kenal nama ini tapi dimana yer...nama ini tetapi menjadi pujaan ku sampai bila-bila semoga ia kekal hingga ke akhir hayat.


Khabarnya Jimmy Shanley akan bertunang pada 11 Jun ni, patutlah Jimmy sibuk je rupa-rupanya dia dah mula buat persiapan.Apa-apalah bang asal niat tu suci dan ikhlas dan berbaloi buat je la..jangan peduli cakap-cakap kat luar tu.


Suhaila Elaini yang difahamkan anak kepada pengasas produk kecantikan, Natasya.Majlis pertunangan Jimmy Shanley akan diadakan di rumah pihak keluarga perempuan di Sunway Rahman Putra selepas solat Maghrib.. Dan bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada bulan Oktober nanti..

Februari 20, 2010

(Gossip) Jimmy pengacara Akademi Fantasia 8 sudah bertunang !!?

Entah betul ke tak gossip ini, atau sekadar gimik semata-mata untuk menaikkan rating AF8 yang semakin hangat di perkatakan di Media cetak dan Elektronik.Sebab gossip pertunangan Jimmy penulis blogger kebanyakan berdasarkan info di laman web Murai yakni salah satu sponsor AF8.

Tapi, Jimmy telah pun menafikannya dan mengatakan bahawa ianya hanyalah sekadar gosip semata-mata. Nak menafikan tapi ada buktinya, ada sebentuk cincin bertunang disarungkan di jari manis tangan kanannya.


Zoom: Alah kalau betul pun apa salah nyer kan...!!! Apa kata anda ?

Februari 11, 2010

(AF) Norman Abdul Halim Pengetua AF 8, Sarimah dan Jimmy Pengacara !!

Akhirnya konterversi dan persoalan yang timbul mengenai siapakah Pengetua dan pengacara Program Realiti Akademi Fantasia musim ke 8 tahun ini.Norman Abdul Halim bertuah kerana diberi kepercayaan meneruskan tradisi sebagai pengetua dalam program Realiti Akademi Fantasia.

Zoom: Dibawah gambar tenaga pengajar dan Hos Akademi Fantasia 8...!!



Baca Selanjutnya

Jimmy Dan Sarimah Selaku Pengacara AF8
Pengetua,Hos Dan Tenaga Pengajar Di AF 8 2010