Disember 16, 2011

Kisah Panas Jimmy Dan Isteri di Mahkamah

Nampaknya kisah panas pengantin dan pengacara konterversi dengan isteri beliau di mahkamah semakin hangat diperkatakan, terbaru ZoOM terbaca di akhbar metro online mengenai perbicaraan yang berlangsung di mahkamah. Segala pekung yang selama ini hanya mereka yang mengetahui kini menjadi bualan dan bahan bacaan segenap lapisan masyarakat.Dan berikut beberapa ayat yang ZoOm copy paste untuk bacaan anda di ZoOMartis.

MOHD NOOR: Apa tabiat buruk yang dia janji akan tinggalkan?


JIMMY: Banyaklah... merokok dan yang paling kritikal berjudi.

MOHD NOOR: Dia berjudi di mana?


JIMMY: Di rumah.


MOHD NOOR: Dia berjudi dalam bentuk apa?


JIMMY: (Main) daun terup dan berjudi di Internet. Itu sebab masa bersama suami terhad. Itu sebab dia tidak mahu tinggal dengan saya sebab susah (untuk jalankan) aktiviti (berjudi). Di rumah saya, tiada kemudahan broadband (jalur lebar).


Jimmy seterusnya mendakwa, Nursuhaila menghilangkan diri bersama bekas kakak ipar dan teman baik untuk berjudi pada malam sambutan hari lahir bapa mentuanya itu pada 11 Oktober tahun lalu.


“Apabila dia balik, saya tanya dia, ‘berjudi lagi?’. Dia dengan besar hati mengaku.


“Saya tanya kenapa berjudi lagi. Dia jawab mahu hilangkan tekanan,” katanya.


Jimmy, 31, atau nama sebenarnya Jimmy Norjahan Salleh memfailkan perintah kembali taat diikuti permohonan nusyuz terhadap Nursuhaila, 25, di mahkamah ini, masing-masing pada 3 dan 27 Januari lalu.


Pengacara Akademi Fantasia ke-8 itu dan isterinya dilaporkan tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010 atau hanya 20 hari selepas mereka bernikah di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh.


Hasil perkahwinan singkat itu, Nursuhaila yang juga anak jutawan produk kecantikan Natasya, Datin Muniroh Kassim, melahirkan bayi perempuan Zahra Rania yang kini berusia dua bulan.


Terdahulu, pengacara itu berkata, Nursuhaila mula ingkar perintahnya untuk tinggal bersama-sama di rumahnya sehari lepas mereka diijabkabulkan pada 2 Oktober 2010.


Dia berkata, ia menyebabkan mereka berkelahi sehingga ibu mentua terpaksa campur tangan dan meminta dia tidur bersama-sama di bilik Nursuhaila bagi menjaga air muka di depan saudara-mara.


Perbicaraan di hadapan Hakim Saharuddin Selamat bersambung pada 23 Februari dan 5 Mac tahun depan.


ZoOM : Apa Kata Anda ?
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!