Memaparkan catatan dengan label Penceraian Artis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penceraian Artis. Papar semua catatan

Mei 17, 2012

Panas : Ady Putra Bercerai Dengan Isterinya, Aida Yusof !!?

Gambar bersama isteri semasa mengerjakan umrah bersama

Ini post yang ketiga ZoOM bercerita mengenai kisah perceraian dan bakal bercerai artis, terbaru yang ZooM baca dalam akhbar hari ini mengenai pelakon daripada seberang, Ady Putra,31 yang dikatakan memfailkan kes perceraian dimahkamah syariah pada 1 Mei lalu.

Ketika ditanya wartawan, Ady Putra tidak ingin bercerita lanjut mengenai perceraiannya itu, tetapi yang pasti tidak ada persefahaman diantara mereka.

Dan beliau menafikan isu tidak ada anak atau kehadiran orang ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri.

Sama dengan post ZoOM sebelum ini, semoga pasangan ini memikirkan semula keadaan anak-anak dan jangan terlalu mengikut emosi semata. Sesungguhnya setiap masalah pasti

Keluarga Artis : Jimmy Bantah Permohonan Cerai Isteri

Jika sebentar tadi Aidil menarik  balik permohonan cerai dengan Rita, sorang lagi artis terkenal yakni Jimmy turut berada dalam keadaan yang sama. Cuma kes penceraian dibuat oleh isteri beliau (Nursuhaila Eliani Suhaimy).

Kes penceraian yang difailkan oleh isteri pada 25 oktober tahun lalu masih berjalan dimahkamah. Usia perkahwinan yang dibina pada 1 oktober tahun lalu kini berada diambang ombak ribut yang hanya menunggu masa.

Sama-samalah kita berdoa semoga pasangan ini kembali bersama dan turut memikirkan si kecil yang memerlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu.


Apa komen anda ?


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Mei 12, 2011

Gossip Saida Curang Kepada Suami !?

Entah betul ke tidak tetapi pagi-pagi buta ZoOM terbaca akhbar Mstar yang bercerita mengenai kisah dan kes penceraian Saidah dan suami. Menurut suami Saida, beliau pernah terjumpa seorang lelaki bernama Hafiz Che Mat didalam sebuah kereta malahan terbaca sms yang berbaur satu hubungan yang istemewa seperti "Sayang, rindu dan sebagainya".

Malas nak komen panjang-panjang sebab kes mahkamah...namun berikut ZoOM sertakan Statement@jawapan suami Saida mengenai kes mereka.


"Saya telah tanya pada lelaki itu jika dia tahu Saida adalah isteri saya? Waktu itu, Saida menjawab lelaki itu mahu memulangkan telefon bimbit miliknya. 
"Saya rampas telefon bimbit tersebut dan jumpa khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi perkataan seperti sayang, rindu dan sebagainya," katanya di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu. 
Lelaki tersebut kemudiannya memberitahu bahawa dia mempunyai bukti iaitu bil telefon menunjukkan Saida yang juga kakak kepada penyanyi popular, Datuk Siti

Mac 18, 2011

Suami Saida Tidak Hormat Ayah Beliau Punca Bercerai !!?


ZoOm tak tahu adakah kerana sikap si suami tidak menghormati arwah ayah Saida yakno kakak Datuk Siti Nurhaliza ini sehinggakan ingin bercerai di mahkamah. Selain daripada sikap suami yang mengongkong kerjaya Saida menjadi punca beliau ingin memutuskan hubungan yang telah lama dibina.

Bagi ZoOM diantara kerjaya dan keluarga, sudah tentu ZoOM akan pilih keluarga. Walaubagaimana pun ia adalah keputusan mereka untuk menentukan apakah kesudahannya. 

Kesian dekat anak-anak hasil perkahwinan mereka iaitu, Siti Nurunnyssa, 14, Anas, 12, Khalid, 8, dan Siti Nurul Mashitah, 5 tahun.

Disember 09, 2010

Sein dan Nana Sehati Berdansa bercerai Talak Satu !!!?

Ini yang ZoOm baca mengenai bekas peserta Sehati Berdansa ini, mungkinkah pasangan ini yang seing digossipkan mengalami keretakan rumahtangga.Semoga pasangan ini befikir panjang kerana mereka mempunyai anak yang masih kecil.

 Ikuti sedikit cerita mengenai mereka dari akhbar online dibawah :

SHAH ALAM: Juara rancangan realiti, Sehati Berdansa Musim Ketiga, Sein dan Nana bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, pada Rabu.

November 22, 2010

Kes Adnan Abu Hassan Dan Isteri Selesai Cara Baik

Alhamdulillah...ini berita terbaru yang ZoOm baca dekat akhbar Mstar Online, maklum la kerja perlu diutamakan dahulu sebelum berkongsi dengan pembaca di ZoOmartis.


Apa-apa pun semoga Abang Adnan dan isteri akan berbaik-baik semula demi masa deman keluarga yang sekian lama dibina.

Oktober 27, 2010

Aleeza Kassim Dan Suami Sah Bercerai

 Bulan ini satu persatu artis kita bercerai, mungkin bukan jodoh mereka. Adakah ada hikmah disebalik perpisahan mereka ini, dan terbaru hari ni SAH Aleeza Kassim dan suami Datuk Mohd Fauzi Che Ros sah bercerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu, dalam prosiding yang dibuat secara tertutup.
Info : Mstar 27/10/2010

Oktober 09, 2010

Penceraian Raja Azura dan Kenyataan beliau

Sedihnya tengok gambar akak Raja Azura kita ni, walaupun telatahnya sering membuatkan si pendengar ketawa dan tersenyum dikala sedih. Namun ia tidak menghalang kisah sedih turut menghantui beliau sekian lama. Akhirnya akak Raja Azura sah bercerai dengan bekas suami Adzmin Tan Sri Osman pada 28 september lalu, berikut statement Raja Azura kepada wartawan dan public.

Bekas Pengacara WHI TV3 Bercerai Talak Satu

Bekas pengacara Wanita Hari Ini (WHI) di TV3, Nadia Shahrul Anuar sah bercerai talak satu dengan suaminya, Sulaiman @ Mohd Helmi Mohd Ilyasdi Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Rabu.

September 22, 2010

Badrul Muhayat Sah Bercerai Dengan Bekas Isteri Julia Daud di Mahkamah Syariah

Sedih tengok artis-artis kita saban hari makin ramai yang mengisi kalendar artis yang bergelar janda dan duda. Malah saban kali gossip-gossip panas mereka menjadi topic hangat di media cetak dan elektronik. Inilah yang dinamakan dunia glamour apabila kisah mereka menjadi perhatian di mata umum kerana mereka adalah ikon yang dikenali di Malaysia mahupun di luar negara.

Julai 03, 2010

Sabrina Ali Bercerai Dengan Suami !!

Anda perasaan tak satu persatu bekas peserta Sehati Berdansa terkeluar dari statu suami isteri, bukan terkeluar dari program tetapi bercerai.


Yang terbaru Sabrina Ali telah disahkan bercerai dengan suaminya, kalau sebelum ini Anne...alahai apa nak jadi sekarang ni senang-senang je cerai....


Apa kata anda ?

Julai 02, 2010

Ida Nerina Dan Suami Masih Sah Suami Isteri

Alhamdulillah semoga pasangan ini akan kembali bersatu, semoga kisah hitam mereka akan menjadi kenangan pahit.Itupun jika mereka masih ingin bersatu kembali.Sama-sama la kita tunggu dan lihat...

Jun 25, 2010

Suami Maya Karin Belum Ceraikan Beliau !!!

Maya hadir mengenakan baju kurung putih dengan bertudung litup putih manakala Muhammad Ali memakai sepasang sut hitam.


Hubungan pelakon Maya Karin,31, dengan suaminya Steven David Shorthose,40, atau nama Islamnya Muhammad Ali, pasangan itu disahkan belum lagi bercerai.


Ntahlah dah cerai ke tak...tetapi ini jawapan suami Maya Karin kepada Wartawan petang semalam...


“No divorce (tidak bercerai), kata Muhammad Ali kepada wartawan selepas mengadakan prosiding di kamar hakim selama kira-kira dua jam.

Mei 24, 2010

Perkahwinan Sabrina Ali Bergolak Lagi ?

Sedih tengok artis-artis kita ni, berita terbaru dari Melodi semalam dan kini menjadi gossip di laman Forum popular di Malaysia...Baca je la luahan si isteri bernama Sabrina ni..


Pendedahan mengejut itu dibuat di Melodi tengah hari semalam dalam segmen 'Kontroversi'.
Bila wartawan Melodi cuba mendapatkan kepastian mengenai perkara tersebut, Sabrina Ali memberitahu, apa yang berlaku di dalam rumahtangganya adalah perkara peribadi.

"Hal rumahtangga hal 'personal' bagi saya. Saya rasa orang hanya perlu tahu tentang kerja saya. 'Life' saya biar saya simpan."
Tatkala disoal tentang punca permasalahan rumahtangga mereka, jawab Sabrina, "Susah nak cakap sebab ia melibatkan dua orang. Orang luar memang tak akan tahu, yang tahu hanya dua orang ini juga," katanya yang sekarang ini sedang fokus pada mencari rezeki untuk anak.

Saat ditanya jika sudah sah lafaz cerai, Sabrina berkata, "Tunggu mahkamah."

Februari 25, 2010

(Gossip) Suami Ida Nerina Sanggup Bersumpah Pernah Lafaz Cerai !!

Huh..Makin panas juga cerita penceraian yang tak pasti ini, yang terbaru Zoom ada membaca suami Ida Nerina sanggup bersumpah menafikan beliau pernah melafazkan cerai.

Kisah penceraian artis bekas anggota kumpulan Blackrose hangat diperkatakan terutamanya selepas beliau Melafazkan cerai terhadap Ida, beliau telah keluar meninggalkan rumah Ida. Pada 9 Oktober lalu, Shahrin telah mengisi borang pengesahan lafaz cerai di mahkamah itu. Pada 21 Jun lalu, Ida yang juga bekas tenaga pengajar Akademi Fantasia musim ke-7 ini telah menjalani rawatan membetulkan tulang belakangnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas terjatuh di rumahnya.

Kemalangan itu berlaku ketika menaiki tangga di ruang tamu dalam rumahnya yang terletak di Persiaran Syed Putra, Kuala Lumpur, kira-kira pukul 3 pagi.

Sebelum ini, pengurus peribadi Ida, Fizaruddin Harun atau Fizar menafikan khabar angin yang mengatakan aktres itu dipukul sehingga menyebabkan dia terjatuh. Fizar juga mendakwa Ida tidak mungkin terjatuh disebabkan hilang pertimbangan kerana 'mabuk' memandangkan aktres itu baru pulang dari umrah. Katanya, Ida tergelincir lalu terjatuh apabila sedang menaiki tangga dengan tergesa-gesa.

Fizar juga turut menafikan yang Ida mungkin lumpuh akibat kecederaan tulang belakang yang dialaminya selepas insiden itu kerana sehingga kini doktor belum mengeluarkan laporan itu.

Februari 24, 2010

(Gossip) Mamat Exist, Bekas Isteri Bercerai Talak Dua !!!

Alahai satu lagi kisah penceraian artis kita,yang terbaru Zoom baca di Mstar sebentar tadi Mamat Exist telah bercerai dengan bekas pasangannya Marshila Mustafa,30 di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini.



Hakim Ab. Malek Awang memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan keterangan kedua-dua pihak.
Lafaz cerai itu didakwa berlaku pada 29 Oktober 2009.
Pasangan itu berkahwin pada 2001 dan mempunyai tiga orang anak iaitu, Aleeya Mysara, 7, Mohd. Eiki Daniell, 5 dan Dylea Mysara, 3.

Februari 23, 2010

(Gossip) Pengacara TV3 Nadia Shahrul Annuar Minta Cerai !!


Boleh tahan juga gossip pembaca berita kita semenjak akhir-akhir ini, kisah penceraian mereka turut terkena tempias ke laman-lama sesawang terutamanya laman gossip yang berpengkalan di Malaysia khasnya.

Kisah penceraian beliau belum berakhir kerana suaminya, Sulaiman @ MohdHelmi Mohd Ilyas, 29, yang juga seorang ahli perniagaan memfailkan pembelaan.

Sulaiman masih sayang kepada isterinya serta percaya rumah tangga mereka boleh diselamatkan menyebabkan beliau memfailkan pembelaan.

Zoom: Semoga rumahtangga yang dibina kembali bahagia, Apa kata anda !?

Februari 02, 2010

(Gossip) Akak Noraniza Idris telan Pil tidur untuk hilangkan Stress !!

Sinonim dengan gelaran ratu irama Malaysia, Noraniza idris terus di angkat sebagai ikon dan penyanyi serasi dengan lagu-lagu berjurnal etnik kreatif.Kemnculan penyanyi baru tidak pernah mengikis nama Noraniza Idris atau lebih di kenali sebagai Kak Ani untuk terus berada di pentas.Namun...



Baca Selanjutnya

Kisah konterversi Kak Ani kita ni juga semakin panas di Media Cetak dan elektronik, kisah penceraiannya dengan Datuk Mustaffa dan seorang gadis iaitu madunya bernama Mastura semakin membuatkan Akak Ani kita ni bercelaru sehingga mengambil pil tidur untuk menenangkan Fikiran..

Zoom : Sentiasa doakan semoga akak Ani kita ni tabah menghadapi segala dugaan yang mendatang...APa kata anda ?

Januari 28, 2010

(Gossip) Kes tuntutan bekas isteri Hattan pun ditangguh !!!


aiks...Abang Hattan pun kena tangguh kes, anda di Zoomartis perasaan tak ? dah berapa ramai artis-artis kita yang sekarang ini masih dalam kes di Mahkamah..setiap bulan ada je yang kita dengar di media cetak dan elektronik.Saban hari kisah artis-artis kita semakin hebat di perkatakan oleh "Public".Apa-apa pun mari kita baca kisah Abang Hattan ni pulak..!!!



Baca Selanjutnya

Kes prosiding tuntutan edah dan mutaah bekas isteri penyanyi Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabuddin yang berumur 46 tahun akan ditangguh pada 15 Mac. Hakim Syarie Ghazali Ahmad membuat keputusan itu selepas mendengar penghujahan peguam kedua-dua pihak plaintif dan defendan. Beliau menangguhkan prosiding petang semalam bagi mendapatkan pengesahan Jabatan Insolvensi bahawa bekas isteri Hattan iaitu Arianie Mohd. Abdidin yang berumur 39 tahun, dibenarkan diwakili peguam dalam kes itu.

Menurutnya, ia juga untuk membolehkan kehadiran pegawai jabatan itu memberikan kenyataan berhubung status bankrap Arianie yang juga seorang pramugari termasuk tarikh dia diisytiharkan muflis. Hattan yang sebelum ini tidak hadir pada prosiding berpenampilan kemas berkot berwarna perang, bersongkok dan bercermin mata gelap diwakili dua peguam iaitu Roshdan Sujak Rafie dan Mohd. Faiz Adnan.

Arianie yang berbaju kurung kuning dan bertudung hitam pula diwakili Peguam Syarie, Harziah Othman. Sepanjang prosiding, penyanyi berkenaan dilihat kerap memandang ke arah bekas isterinya. Harziah yang ditemui kemudian berkata, pegawai insolvensi terbabit akan mengesahkan sama ada beliau dibenarkan mewakili anak guamnya atau tidak.

"Ini kerana bila dia kena arahan bankrap, dia kena mendapatkan pelepasan. Yang dia dapat pelepasan hanya untuk tujuan bekerja bukan prosiding mahkamah, maknanya dia nak diwakili oleh peguam mesti ada (surat pelepasan),"
ujarnya. Sementara itu, Mohd. Faiz mempersoalkan rasional kes tuntutan tersebut tertangguh sejak sekian lama ekoran urusan dengan Jabatan Insolvensi itu.
"Sepatutnya ia telah berjalan lama. Kenapa anak guam kami (Hattan) disusahkan dengan tarikh yang begitu lama. Ia menjejaskan anak guam kami. Keduanya, kita berharap isu berkaitan insolvensi ini dipermudahkan. Kalau sekiranya pegawai Jabatan Insolvensi tak perlu datang, tapi prosiding boleh dijalankan menerusi surat rasmi,"
jelasnya.


Januari 22, 2010

(Gossip) Ida Nerina ingin di cerai cara baik !!!


Akhirnya perkahwinan Ida Nerina menemui jalan buntu, penceraian merupakan jalan terakhir untuk pasangan ini.Walaupun jalan penyelesaian ingin di cari namun semuanya sepi sehinggalah mereka menghantar peguam masing-masing untuk menyelesaikan masalah penceraian mereka.



Baca Selanjutnya

Ida, aktres kelahiran Middlesex, England, dan Shahrin telah berkahwin pada 2 Jun 2006. Ini merupakan perkahwinan kedua bagi pasangan ini.

Pasangan ini tidak mempunyai anak manakala Shahrin mempunyai dua orang anak iaitu Narissa, 14, dan Arman, 8, hasil perkahwinan pertamanya.


Hakim Syarie, Mohd Yunus Mohamad Zin memutuskan kes pengesahan lafaz cerai di bawah Seksyen 55A Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 ini ditangguh pada 25 Februari ini.

“Jika Ida sudah ok, dia akan hadir ke mahkamah pada 25 Februari ini,” ujarnya lagi yang telah mengemukakan pembelaan bagi pihak Ida di mahkamah pada hari ini.

Difahamkan, jika Ida tidak hadir ke mahkamah selepas ini, hakim akan memutuskan perbicaraan kes ini tanpa kehadirannya di bawah Seksyen 121 (1)(b) Akta Tatacara Mal Wilayah Persekutuan 1998.

Pada 22 Disember lalu, Akhbardin berkata anak guamnya itu tidak bersetuju dengan permohonan pengesahan cerai yang difailkan oleh Shahrin.

Zoom: satu lagi kisah sedih mengenai artis kita di awal ambang 2010 ini, apa kata anda ?