Oktober 17, 2009

(Gossip) Cinta AF7: Akim dan Aishah !!


Gosip cinta sesama bintang Akademi Fantasia (AF) sudah menjadi lumrah program realiti TV itu sejak musim yang pertama lagi. Bagi musim ini, Akim dan Aishah pula telah digosipkan walaupun sudah berkali-kali mereka menafikannya. Gosip cinta mereka telah membuatkan peminat masing-masing bertindak menubuhkan kelab peminat (FC) yang menggabungkan nama mereka iaitu 'Aiskim’.






Baca Selanjutnya

"Bagi kami gosip cinta hanyalah gosip. Kami sekadar berkawan. Bukan saja dikaitkan dengan Akim tapi juga Qhaud. Bagi Aishah, Qhaud juga sekadar kawan biasa dan selepas AF7 habis, kami selalu berkomunikasi kerana banyak aktiviti promosi membabitkan kami semua dan Qhaud banyak membantu Aishah.

"Kalau nak cakap soal cinta, cinta baru Aishah adalah kepada bidang nyanyian yang baru bermula," ujar Aishah

Akim turut sependapat dengan Aishah kerana baginya, gosip percintaan mereka hanyalah tanggapan sesetengah pihak sahaja. Selain itu Akim menafikan dia telah jatuh cinta dengan seorang gadis dari Indonesia mahupun Juara AF5, Mila Jirin yang juga bertubuh genit seperti Aishah.

Bagi Aishah mahupun Akim, gosip cinta bukanlah sesuatu yang keterlaluan dan mereka menganggap ia sebagai asam garam dalam dunia hiburan.