Memaparkan catatan dengan label Akim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Akim. Papar semua catatan

Disember 04, 2010

Lirik Kau Ku Temu – Akim Aril Anith Hafiz

Lirik Kau Ku Temu – Akim Aril Anith Hafiz

(Hafiz) Tiada ku sangka 
Bertemu dengan dia


(Aril) Bersilanglah cara 
Mengejar cita 
Cita siapa

(Akim) Aku cuma menurut kata

(Akim & Anith) Orang semata-mata 
Jadi saksi segala perilakuannya

(Anith) Biar ternyata kemahuan ku
(Anith & Akim) Segalanya dalam gapaianku

Jun 21, 2010

Lirik Lagu : Janji - Akim Akademi Fantasia

Verse 1
Cubalah kau mengerti,
Perasaan hatiku,
Ku cinta kamu,
Hanya itu aku tahu,

Verse 2
Dan takkan terulang lagi,
Silapku yang dulu,
Meninggalkanmu,
Ntuk kedua kali takkan berlaku,

c/o
Aku akan,
Selalu menjaga dan mencintaimu,
Aku janji,
Padamu takkan menduakanmu,

Bridge
Ku janji padamu,
takkan menduakanmu

Lagu: Akim
Lirik: Akim


Mac 12, 2010

Mila dan Akim jadi suami isteri

Ini yang baca dari akhbar online malam ni, terkejut juga baca tajuk topic gossip mengenai Akim dan Mila artis Akademi Fantasia dan pelakon Kau dan Aku ni.

Rupa-rupanya tajuk di atas hanya sebagai gimik si pengarang di dalam akhbar online tersebut, Mila dan Akim sebenarnya hanya berkahwin di dalam cerita "Khan Kluay"

Ini cerita Thailand yang diadaptasikan dalam Bahasa Malaysia,kalau nak tau tontonlah Filem ini dipawagam nanti,lepas tu "Share"lah dengan pembaca di Zoomartis.

Februari 13, 2010

(Artis Malaysia) Biodata Akim

NAMA PENUH: Afiq Akim Ahmad
UMUR: 19 tahun
TARIKH LAHIR: 18 Januari 1991
TEMPAT LAHIR: Johor Bahru
KELUARGA: Anak ketiga daripada empat beradik
PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia
KERJAYA: Penyanyi dan pelakon dan duta produk
PENCAPAIAN: Tempat ketiga AF7
SINGLE POPULAR: Bengang.



Baca Selanjutnya

Februari 08, 2010

(Cerita Artis) Akim menjadi Duta aiskrim Wall's Cornetto

Zoom mewakili admin dan pembaca di Zoomartis mengucapkan tahniah kepada Akim Akademi Fantasia ini kerana terpilih menjadi Duta syarikat aiskrim, Wall's Cornetto.



Baca Selanjutnya

Akim, pemenang tempat ke-3 Akademi Fantasia musim lalu dipilih bagi merealisasikan kempen mereka sepanjang tahun ini dengan mengetengahkan Take A Chance. Show Your Love sebagai temanya.

Menerusi tema Take a Chance. Show Your Love itu juga, Akim mahu setiap individu menzahirkan rasa cintanya kepada setiap individu selain tidak ketinggalan menyokong gagasan kerajaan 1Malaysia.
"Saya amat gembira apabila Wall's Cornetto memberitahu saya tentang kempen ini. Kerana bagi saya ia merupakan sesuatu yang benar-benar saya percayai.

"Syukur Alhamdulillah, pihak Wall’s Cornetto telah memberi kepercayaan selama setahun kepada saya untuk menjayakan kempen ini. Dalam masa yang sama saya bertanggjawab untuk mengikuti promosi kempen ini di mana saja",
katanya.

Wajah Akim akan tampil dengan klip video iklan yang bakal disiarkan di kaca televisyen tidak lama lagi. Malah lebih istimewa lagi apabila penyanyi tinggi lampai itu telah diberi kepercayaan menggunakan lagu tulisan gubahannya bertajuk Inilah Cinta bagi menyerikan lagi klip video iklan terbabit

Januari 26, 2010

(Gossip) Akim kerap ke Kelab Malam


Sebelum ini kita digemparkan dengan tertangkapnya beberapa orang artis di bukit Bintang.Salah seorang artis tersebut adalah AKIM peserta Akademi Fantasia ini.Namun ada saksi yang melihat kelibat Akim pada malam tersebut, nasib baik la ketika itu beliau sempat keluar dari kelab tersebut kalau tak heboh satu Malaysia. ini info dari majalah MEDIA, tetapi Akim menafikan gossip ini..!!!




Baca Selanjutnya

Betul ke Akim kaki "Clubbing"? iskk iskk apa kata anda ?

Januari 10, 2010

(Gossip) Akim mangsa dalam gosip pergaduhan dengan wartawan


Bintang remaja, Akim makin popular. Debaran Akim untuk melihat respon peminat terhadap siri itu semakin reda kerana ia nyata mendapat sambutan baik daripada peminatnya. Bagaimanapun debaran yang lebih kencang menanti Akim apabila akan turun ke gelanggang Anugerah Juara Lagu Ke-24 (AJL24) pada Ahad ini, 10 Januari.



Baca Selanjutnya

Menjawab soalan yang lebih panas tentang gosip dia bergaduh dengan seorang wartawan hiburan, baru-baru ini, Akim berkata perkara itu sudah selesai dan hanyalah salah faham. Lebih dashyat, isu ini dikatakan timbul akibat keluarga Akim tidak merestui hubungan akrab Akim dan wartawan tersebut.




"Sebenarnya, apa yang berlaku tidaklah sampai ke tahap bergaduh seperti yang digembar-gemburkan. Akim hanya boleh cakap, ia cuma salah faham saja
," katanya.

Ditanya apakah puncanya, Akim akui ia disebabkan tindakan pihak ketiga yang telah menjadi batu api dan cemburu dengan hubungan rapat mereka selama ini.


"Akim dan dia hanyalah sekadar rapat sebagai kawan, tidak lebih dari itu. Akim sendiri tak faham mengapa orang berkenaan (orang ketiga) cuba jadi batu api
" kata Akim yang enggan memanjangkan lagi isu itu kerana ia telah berakhir.

Zoom: Kesian kat AKIM ni, tak habis-habis gossip mengenai beliau...Apa kata anda ?

Januari 07, 2010

(Gossip) Akim menafikan beliau adalah Gay !!


Kesian kat Akim Akademi Fantasia ni, baru ingin maju dalam dunia hiburan tetapi sudah ada pihak-pihak yang ingin menjatuhkannya.Mungkin inilah yang dinamakan adat resam dunia artis, kalau mental dan zahir tidak dapat menerima segala tomahan pastinya akan tersungkur ke tanah jua..Nasib baiklah keluarga dan sahabat handai masih tau dan kenal siapakan Akim yang sebenarnya..!! Mari kita ZoOm kisah anak muda juga kelahiran Akademi Fantasia ini..!!



Baca Selanjutnya

Mungkin disebabkan perwatakan sopan dan mempunyai raut wajah lembut membuatkan Akim terus dilabel sebagai bernafsu songsang.


"Saya tahu di luar sana ramai yang cakap saya gay, saya tak kisah, asal keluarga saya tahu siapa Akim yang sebenarnya.

"Saya tak kisah berkawan dengan sesiapa dan saya mengaku ada kawan daripada golongan gay dan lesbian. Tapi itu tidak bermaksud saya gay.

"Saya tak pernah tepis golongan begitu yang mahu berkawan dengan saya kerana mereka juga ada perasaan,"
ujar Akim yang bakal beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) pada 10 Januari ini.

Akim mengakui bahawa dia sering diganggu melalui telefon atau khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada golongan ini terutamanya pada waktu malam.

Selain itu juga gangguan daripada peminat fanatik memberi tekanan kepadanya apabila turut melibatkan keluarganya di Johor.


"Saya memang ada peminat yang betul-betul fanatik dan saya suka mereka kerana mereka semua menghargai saya sebagai penyanyi.

"Tapi saya marah kalau mereka ganggu keluarga saya. Saya tak kisah mereka kacau saya tapi tolonglah jangan ganggu ibu bapa saya,"
ujar Akim yang kini turut terlibat dengan Album Era Rentak Hits Terkini bersama rakan Akademi Fantasia lain.

Zoom: Semoga Akim dan keluarga sabar menghadapi tomahan anasir-anasir di luar sana...Apa kata anda mengenai tuduhan GAY terhadap Akim ini !!?

November 16, 2009

(Gambar)Pelakon Kau Dan Aku di Astro !!


Boleh tahan juga pelakon-pelakon Akademi Fantasia ni, ada yang berbakat dan ada juga yang masih perlu diajar.Apa kata anda mengenai pelakon Kau dan Aku ini ?



Baca Selanjutnya

Apapun Akim, Aril,Mila Good Luck AF Student...!!!

November 03, 2009

(Panas) Akim Peluk Mila Di pelancaran "Kau Dan Aku" !!!


Zoom tau gambar dan gossip mengenai Akim peluk mila ni belum ada lagie, zoom upload untuk tatapan pembaca di zoomartis. Bukan nak memburukan Mila dan AKim.. tetapi sebagai pengajaran kepada gadis-gadis dan jejaka kat luar tue yang bergelar artis.. !!:P apa pun Zoom tabik spring kat Akim sebab lakonan dia menjadi kat Drama ni...!!!



Baca Selanjutnya

Apa KOmen anda..!!! kalau tengok Drama " Kau & AKu" di Saluran Astro ini, bebudak sekolah jer yang ramai suka tengok. Sebab cerita dia cintan2 sikit..!! apa komen anda !!!

Oktober 17, 2009

(Gossip) Cinta AF7: Akim dan Aishah !!


Gosip cinta sesama bintang Akademi Fantasia (AF) sudah menjadi lumrah program realiti TV itu sejak musim yang pertama lagi. Bagi musim ini, Akim dan Aishah pula telah digosipkan walaupun sudah berkali-kali mereka menafikannya. Gosip cinta mereka telah membuatkan peminat masing-masing bertindak menubuhkan kelab peminat (FC) yang menggabungkan nama mereka iaitu 'Aiskim’.






Baca Selanjutnya

"Bagi kami gosip cinta hanyalah gosip. Kami sekadar berkawan. Bukan saja dikaitkan dengan Akim tapi juga Qhaud. Bagi Aishah, Qhaud juga sekadar kawan biasa dan selepas AF7 habis, kami selalu berkomunikasi kerana banyak aktiviti promosi membabitkan kami semua dan Qhaud banyak membantu Aishah.

"Kalau nak cakap soal cinta, cinta baru Aishah adalah kepada bidang nyanyian yang baru bermula," ujar Aishah

Akim turut sependapat dengan Aishah kerana baginya, gosip percintaan mereka hanyalah tanggapan sesetengah pihak sahaja. Selain itu Akim menafikan dia telah jatuh cinta dengan seorang gadis dari Indonesia mahupun Juara AF5, Mila Jirin yang juga bertubuh genit seperti Aishah.

Bagi Aishah mahupun Akim, gosip cinta bukanlah sesuatu yang keterlaluan dan mereka menganggap ia sebagai asam garam dalam dunia hiburan.


Julai 23, 2009

(Celebrity News) Akim AF 7 Semakin Popular !!!!


Akim AF7 kini semakin popular dengan lagu Bengang yang kerap diputarkan di corong-corong radio. Nampaknya perjalanan seni remaja dari Johor itu agak cerah.

Apabila berasa masa depannya yang nampak ada peluang dan kesungguhannya sendiri untuk menjadi penyanyi, Akim mendapat sokongan bapa saudaranya, Mat Mega, bekas anggota kumpulan Mega.

"Saya tidak tahu pun anak saudara saya ini mempunyai kesungguhan menyanyi, apabila tinggal dengan saya dan nampak dia bersungguh-sungguh barulah saya sedia membantu.

"Kalau nampak macam payah untuk mencipta nama, saya akan suruh dia balik saja ke Johor, tapi saya nampak Akim ni ada bakat yang boleh diserlahkan.

"Saya sudah lama tidak cipta lagu... nampaknya saya kena aktif balik dan saya akan mencipta lagu untuk album Akim nanti," kata Mat.


Menurut Mat, Akim seorang yang berani dan tidak segan untuk menyerlahkan bakatnya di khalayak ramai.

Namun Jejaka AF 7 Tidak terlepas dari Gossip yang melanda,Kalau sebelum Ini Akim digossipkan dengan Aisyah AF7,Tetapi Akim menafikan yang mereka berdua hanyala setakat sahabat..Dan Yang terbaru Gossip Akim Dan Dayana ANAK WAYANG,Akim turut menafikan dan menyatakan Dayana Hanyalah Sekadar peminatnya..Apa-apalah dik..asal ko bahagia.Tumpukan pada perjuangan Akim...Go Go Go And Go...Until u Sucess..Kalau Duit Dah cukup Hantar Jer Pinangan tapi jangan la awal sangat kumpul duit byk2 macam mawi tue heheheheehheeh ....

Jun 08, 2009

(Gossip) Akim Akademi Fantasia 7 Buat Perangai ??



(Ini PEtikan Dari Utusan Semalam )

Korang Baca Ler erk....
Aku malas nak komen bab ni..sebab tau tau mana yang betul mana tak..
Baca la Abg Nizam KOmen bab si AKIm AF 7 ni,

Baru popular sikit dah mula nak buat perangai. Macam tu la artis-artis baru sekarang ni. Itulah akibatnya bila artis kita ni tak ada cukup pengetahuan tapi nak jadi artis.

Orang nak jadi penyanyi, dia orang pun berangan besar nak menyanyi. Orang nak jadi pelakon, sesetengah tu pula perasan bagus nak jadi lebih hebat daripada pelakon.

Macam itulah artis kita. Bila kena tegur sikit mula nak naik angin. Ada sesetengah tu sanggup tulis macam-macam perkataan busuk dalam blog.

Minggu ni Niezam tegur sikit pasal Akim yang dapat tempat ketiga Akademi Fantasia Ketujuh (AF7).

Bukannya apa, ramai pihak sudah merungut dan meluat dengan perangai Akim yang dianggap dah besar kepala. Tak dinafikan mungkin Akim agak mentah orangnya. Yalah, baru 18 tahun usianya. Tapi syarikat rakaman ataupun pihak Astro kena latih artis-artis dia orang untuk jadi artis yang berjaya dan berkerja secara professional.

Bukannya apa Niezam dengar banyak rungutan mengatakan Akim suka menunjukkan reaksi kurang senang apabila berurusan dengan orang.

Malah di majlis-majlis tertentu dia suka buat perangai. Contohnya bila tengah bekerja, sibuk nak jawab panggilan telefon yang tak henti-henti masuk.

Yalah... bila dah jadi artis memang dia akan dapat peminat satu dunia tapi kena pandailah membahagikan masa di antara bekerja dan juga bersosial.

"Bukan tu saja, saya selalu perhatikan dia suka buat muka tak puas hati. Muka bad mood. Kalau ada orang tertentu telefon, mulalah dia tunjuk perangai besar kepala dia tu," kata seseorang.

Dalam masa yang sama Akim pernah mengadu kepada seorang wartawan yang dia penat jadi artis dan tak larat nak buat fotografi, promosi dan berlari ke sana ke mari.

Hai dik... baru beberapa hari jadi artis dah penat? Dalam dunia ni tak ada kerja yang tak penat. Orang kampung yang kerja tanam padi tu lagi la penat.

Kalau nak berjaya dalam bidang seni janganlah banyak songel sangat sebab artis yang macam ni tak boleh hidup lama. Tak percaya buat la perangai.

NIEZAM: Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia akhirnya mengeluarkan

Mei 24, 2009

(GAMBAR)Transformasi Akim AF 7


Kejang sebentar perut kami melihat gambar Akim AF 7 sebelum transformasi. Hehehe. Macam mat Indon yang kerja kat construstion. Nasib baik jadi hensem skit duduk dalam akademi.

P.S: Jangan marah ek fan club Akim. Saja gurau-gurau jer.