Memaparkan catatan dengan label Album Baru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Album Baru. Papar semua catatan

Januari 31, 2012

"Lagu Aku Tak Mahu" Bukan Mengenai Bekas Kekasih Zul Ariffin

SHAH ALAM: Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi menolak dakwaan lagu single terbarunya berjudul Aku Tak Mahu berkisar mengenai hubungan cintanya dengan pelakon muda, Zul Ariffin.

Abby ketika ditemui berkata, perkara itu adalah secara kebetulan dan dia memilih untuk merakamkan lagu tersebut kerana menyukai melodinya tetapi bukan liriknya.

"Tidak benar lagu berkenaan mengenai hubungan saya dengan Zul dan ia hanyalah kebetulan. Tambahan pula liriknya bukan dicipta oleh saya tetapi Edry.

"Sebelum merakamkan lagu tersebut, saya telah diberikan lima buah lagu dengan lirik bertemakan serupa tetapi memilih Aku Tak Mahu kerana sukakan melodinya yang berbeza

September 26, 2011

Album AllYourLove Siti Nurhaliza

Jarang sekali kita mendengar penyanyi di Malaysia menyanyi dan menerbitkan album Inggeris, terbaru Datuk Siti Nurhaliza kita menerbitkan album Inggeris  bertajuk AllYourLove. Album ini telah berada dipasara pada 24 September lalu, dan sambutannya boleh tahan hebatnya.

Jika nak tahu komen membina dan mengutuk bolehlah cari kat laman Twitter #AllYourLove, seribu satu komen yang ada. Nak buat macam mana Datuk Siti terima je yang mana membina dan selebihnya simpan dalam tong sampah jer.

Jika anda ingin mendapatkan album ini di Itunes anda booleh menggunakan kaedah muat turun sah di www.cdbaby.com

Album ini mengandungi 10 buah lagu Inggeris :

November 16, 2010

Kumpulan May Buat Pinjaman Untuk Buat Album

ZoOm tabik dengan kumpulan May ni kerana penglibatan mereka hampir 25 tahun di persada seni di Malaysia khasnya.Walaupun ramai anak seni diluar sana tidak berani mengeluarkan duit sendiri untuk merakam dan mempromosikan album sendiri namun tidak bagi kumpulan May yang diketuai oleh saudara Mus atau nama sebenarnya Mustafa Din. Berikut kata-kata daripada ketua kumpulan ini di utusan; 

Februari 11, 2010

(Cerita Artis) Flop Poopy album baru berjudul Rasa !!

Tahniah kepada kumpulan Flop Poopy kerana maju setapak lagi dengan lahirnya album baru berjudul "Rasa" yang akan dipasarkan di tempat anda.

Flop Poppy telah melancarkan album baru berjudul RASA bertempat di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada 10 Feb. Rasa merupakan simbolik kepada jiwa dan naluri manusia yang sentiasa wujud dalam hati untuk diluahkan. Album ini adalah luahan perasaan Flop Poppy untuk semua peminat muzik tanahair.

Flop Poppy sebenarnya sudah mula aktif main muzik dalam arena muzik underground sejak tahun 1989 yang mana ketika itu, Andy sebagai pemain gitar utama dan Radhi OAG sebagai vokalis.



Baca Selanjutnya

Album Circle of Friends yang diterbitkan dalam tahun 1991 telah mula memperkenalkan kumpulan ini kepada khalayak ramai.

Tahun 2010, band yang dianggotai oleh Andy – vokalis, Cha A – lead gitar, Megat – gitar, Vijay – pemain bass ini kembali bertahan di bawah naungan Floppy Records (M) Sdn Bhd dengan melahirkan album ke 5… RASA!

Di majlis sidang media dan pelancaran album ini, Flop Poppy telah mempersembahkan tiga buah lagu iaitu Kasih Nafas Diri, Dendang Remaja dan Semua Untuk Mu. Juga rangkaian lagu medley iaitu Atas Nama Cinta dan Cinta.

Antara lagu yang terkandung dalam album Rasa ialah:

1-Dendang Remaja
2-Kasih Nafas Diri
3-Impian di Ibukota
4-Semua Untukmu
5-Tawan
6-Lafaz Cinta
7-Mungkinkah
8-Pelangi
9-Jebak
10-Dedicated to You
11-Selamanya
12-Rasa


(Gossip) Diana Danielle keluar duit sendiri buat album !!

Dengan populariti Diana yang semakin naik telah membuatkan sesetengah pihak cuba mengambil kesempatan terhadap Diana.Satu persatu artis muda ini meluahkan rasa tidak senang dengan pihak yang ingin mengambil keuntungan dengan menawarkan kontrak yang berat sebelah.

Nak tau ceritanya Mari kita bawa "Statement" di bawah !!!!



Baca Selanjutnya

Selepas pengalaman pahit ini, Diana memutuskan untuk melaburkan duit sendiri dan mengeluarkan single solo pertamanya. "Terburu", lagu bergenre pop jazz, ciptaan Omar K dan lirik oleh kawannya, Naim, akan diriliskan pada pertengahan bulan ini.


"Saya mengambil semua yang berlaku ini sebagai satu pengajaran. Biasalah bila kita bergelar artis, kita diuji dengan pelbagai cabaran. Kita tidak boleh lari daripadanya. Yang boleh kita lakukan, 'just stand there and face it'.

"Bukan sebuah syarikat saja tetapi beberapa yang cuba menandatangani kontrak dengan saya, meletakkan syarat di mana mereka mahu menuntut sebahagian daripada hasil pendapatan saya. Mana adil.


"Itu hasil titik peluh saya sendiri. Tambah lagi, saya sudah pun membina nama sebagai seorang pelakon. Jadi mengapa saya perlu ikat kontrak dengan sebuah syarikat pengurusan?"
luahnya yang hanya mempercayai ibunya untuk menguruskan kerjayanya.


"Seperti Alibi Music, yang menetapkan syarat jika saya hendak merakam album dengan mereka, mereka yang akan menguruskan kerjaya saya. Bukan saja nyanyian tetapi juga lakonan dan mendapat peratusan daripada pendapatan saya. Sebab itu saya tidak bersetuju. Kalau nyanyian saja, saya tak kisah tapi ini satu pakej."

Januari 22, 2010

(Cerita Artis) Nubhan Akademi Fantasia menyanyi bahasa cina !!


Jika sebelum ini kita sering mendengar penyanyi bukan berbangsa melayu menyanyikan lagu melayu, tapi kali ini artis kelahiran Negeri Sembilan dan keluaran AF ini tampil dengan album terbaru yang diselitkan dengan lagu cina.Dengan kemahiran berbahasa cina selama 8 tahun semasa belajar beliau menyahut cabaran untuk menyanyikan lagu Ai Mei Cuo untuk Album sulung.



Baca Selanjutnya

Lagu ciptaan komposer dan penyanyi Tam Spider itu sekaligus merealisasikan impiannya yang mahu menyanyikan lagu dalam bahasa Cina.

“Saya memang sudah lama teringin menyanyikan lagu berbahasa Cina sebab saya tahu bercakap bahasa itu setelah belajar di sekolah Cina selama lapan tahun.

“Lagu Ai Mei Cuo merupakan lagu terakhir yang dirakamkan untuk album saya dalam minggu ini. Saya menyanyikan lagu secara duet dengan seorang penyanyi Cina, Max yang masih baru dalam industri seni ini.

“Selain lagu Ai Mei Cuo yang kalau tak silap saya bermaksud Tidak Salah Bercinta itu, tujuh lagu lain yang turut dimuatkan dalam album saya nanti adalah Diredup Matamu, Ratu Hati, Beri Rasa, Aku Atau Dia, Oh Juwita, Seadanya Aku dan Ada Untukmu,”
katanya yang turut akan menghasilkan empat klip video lagu daripada album itu.

Antaranya lagu yang akan dihasilkan dalam bentuk klip video adalah Diredup Matamu, Oh Juwita, Beri Rasa dan Ai Mei Cuo.

Dengan kos hampir RM100,000, Nubhan menghasilkan lapan buah lagu termasuk empat buah klip video.

Mengenai pemilihan lagu berbahasa Cina itu, Nubhan berkata dia mahu menyasarkan album itu kepada pendengar berbangsa Cina dan akan menghantar lagu tersebut ke stesen radio Cina.
“Kalau lagu ini mendapat sambutan, saya akan buat sesuatu. Mana tahu saya boleh memboleh persembahan untuk majlis melibatkan bangsa Cina.

“Sebelum ini, saya pernah mendapat jemputan menyanyikan lagu berbahasa Cina, Tong Hua Guan Liang dan idea untuk menghasilkan lagu berbahasa Cina juga datang dari permintaan peminat dan penganjur majlis sebelum ini kerana merasakan saya mempunyai kelebihan itu,”
beritahunya yang bernaung di bawah Artistes United Records Sdn Bhd (AUR) ini.

Januari 09, 2010

(Cerita Artis) Ameng Spring mahu bersara !!!


Siapa tidak kenal dengan Ameng Spring yang sehingga kini masih memiliki suara yang lunak.Ketika di zaman kemunculannya dahulu, kini dan selepas bergerak solo dan hampir lima tahun abang Ameng kita ini menyepi tanpa khabar berita.

Ameng muncul dengan sebuah album karaoke yang menghimpunkan lagu-lagu lamanya serta dua buah lagu baru untuk pengubat rindu peminat.



Baca Selanjutnya

Sudah 8 tahun Abang Ameng kita ini tidak lagi bersama Spring, nampaknya mungkin rezeki beliau bergerak solo..Sama-sama kitatunggu dah lihat, semoga berjaya abang Ameng..!! apa kata anda !!!?

Januari 07, 2010

(Cerita Artis) Riz Sanggup Tahan Sakit Demi Peminat




Itulah tajuk yang Zoom baca di akhbar online pagi ini, bertapa teguh dan bersemangat anak muda juga kelahiran Akademi Fantasia ini sanggup menahan sakit semata-mata ingin menyambut Hari lahir ke 23 bersama perminat dan keluarga tersayang di Celebrity Kopitiam milik komposer Ajai itu dikelolakan oleh ahli kelab peminatnya, Riz-Angles.Jum kita lihat wajah Riz dan peminat setianya..!!!






Baca Selanjutnya


“Saya telah menjalani pembedahan apendiks pada 29 November lalu di Pusat Perubatan Pakar Damansara. Sebelum itu, saya sudah berjanji dengan peminat untuk meraikan Hari Jadi saya bersama-sama
“Walaupun sakit, saya sanggup berkorban demi peminat dan menahan sakit itu. Lagipun, mereka datang dari jauh seperti Johor, Pulau Pinang dan Ipoh, Perak,” ujar penyanyi yang sedang popular menerusi lagu Bermula Semula.
“Tetapi masa mula-mula menyanyi selepas melakukan pembedahan, pusat saya berdarah. Saya rasa mungkin sebab terlalu banyak bergerak,”
beritahunya yang sedang sibuk mempromosikan albumnya yang turut memuatkan lagu Ku Pinjam Satu Bintang yang dinyanyikan secara solo.


Ini adalah antara "Statement" Riz mengenai hari tersebut !!!!


Zoom: Acctually Zoom pun baru lepas bedah...ni still lagi berbalut dan berpantang, namun untuk pembaca di Zoomartis, dan kerana ingin berkongsi maklumat zoom kuatkat semangat mengerakkan jari-jari di atas papan kekunci ini..!!! Apa-apa pun apa kata anda mengenai Riz ini !!?





November 19, 2009

(Gossip)Aishah Kecewa Single Terbarunya Tidak Diputarkan !!


Kesian kat Akak Aishah ni,penat lelah dan duit yang dilaburkan untuk mengeluarkan Album terbaru tidak berbaloi.Kalau bukan di radio dekat mana lagi nak promosikan lagu-lagu terbaru.Kalau dekat You Tube zoom perasaan gadis-gadis muda berbakat je yang menonjol.!! Jum kita zoom luahan akak Aishah mengenai Album dan Peranan Radio ni!!!



Baca Selanjutnya

Single saya susah nak dapat radio 'air play' (lagu tidak diputarkan). Artis veteran seperti saya terpaksa mengeluh dalam situasi industri muzik sekarang kerana kami tidak mendapat sokongan stesen radio tempatan.

"Sampaikan kami (artis) dan syarikat record tertanya-tanya apa sebenarnya yang dikehendaki stesen radio hari ini. Anda mendengar lagu-lagu artis luar negara diputarkan secara kerap sampai kita hilang motivasi untuk membuat lagu baru," katanya.

Sehubungan itu, Aishah memberitahu pihak berkuasa terbabit seharusnya mewujudkan dan mengenakan peraturan ataupun kuota berhubung jumlah lagu tempatan yang dimainkan oleh stesen-stesen radio tempatan.

Jelasnya, ini bagi memastikan stesen-stesen radio mempromosikan lagu-lagu tempatan.

"Kita mempunyai banyak bakat tempatan. Bila kita dengar lagu-lagu artis luar negara yang dimainkan, apalah yang sedap sangat. Bila saya tanya 'kenapalah?'.

"Bila saya tanya kenapa tak main single saya, jawapan yang biasa saya dengar ialah 'Kami rasa para pendengar tidak menyukainya."

"Saya tanya balik... 'Bagaimana kamu tahu para pendengar tidak menyukainya sedangkan stesen radio anda langsung tidak memainkan lagu tersebut?" kata Aishah yang pernah mengeluarkan album 'Aishah' pada 1990.

Album 'Aishah' memuatkan lagu-lagu hit seperti Janji Manismu, Camar Yang Pulang dan Bahtera Merdeka. Ia adalah antara album yang mencatat jualan tertinggi.

Tambah Aishah lagi, kajian yang dijalankan mendapati apa-apa lagu termasuk lagu 'Twinkle, Twinkle, Twinkle Little Star' akan menjadi lagu hit sekiranya kerap dimainkan

Zoom KOmen: Patut la lagu-lagu dari seberang je yang HOT..APa KOmen anda !?

Oktober 28, 2009

(Gossip Indonesia) Lagu Baru Anang Luahan Hati kepada KD !!!


Anang Hermanshah meluahkan apa yang terbuku di dalam dirinya selepas menghadapi masalah rumah tangga dengan Krisdayanti dalam album baru berjudul Separuh Jiwaku Pergi.

Orang kata kalau pencipta lagu melalui saat-saat getir dalam jiwa dan diluahkan dalam lagu, nyanyiannya pasti penuh penghayatan.

Anang juga mencipta lagu dengan sepenuh jiwa. Dengarkan saja lagu Separuh Jiwaku Pergi yang berkisar pasal seorang wanita yang menghianati cinta si lelaki.

Benarku mencintaimu, Tapi tak begini, Kau khianati hati ini, Kau curangi aku, Kau bilang tak pernah bahagia, Selama dengan aku, Itu ucap bibirmu, Kau dustakan semua, Yang kita bina, Kau hancurkan semua...




Baca Selanjutnya

Itulah antara luahannya. Lagu-lagu lain yang dimuatkan, Belajarlah Untuk Cinta, Hujan Pun Menangis, Sakit, Bila Cinta Tak Dosa dan Hidup Ini Rahasia juga menceritakan luahan hati lelaki yang dikecewakan oleh wanita yang dicintai.

Lagu-lagu dalam album edaran SRC ini seolah-olah satu cerita panjang pasal kekecewaan hati Anang. Belajarlah Untuk Cinta menceritakan hati lelaki yang meminta si wanita belajar cara untuk mencintai kerana cinta sejati itu ibarat satu anugerah.

Hujan Pun Menangis pula satu perlambangan hujan yang menangis dan cinta ditelan dunia untuk menunjukkan betapa luka dan tergurisnya hati si lelaki apabila cinta yang diberikan sepenuh jiwa dan raga akhirnya hilang kerana semakin lama semakin tidak faham apakah kehendak si wanita.

Anang menulis, samudra... takkan cukup menulis inginmu, kau liarkan nafsu duniamu dalam lagu ini.

Sakit pula menceritakan kehancuran hati si lelaki apabila dihancurkan oleh wanita yang disifatkanya sebagai sakit dan payah dimengertikan.

Baitnya antara lain berbunyi:


Kau bilang tak pernah bahagia selama ini, kau hidup denganku dan kau bilang tak akan bahagia hidup terus denganku, kamu sakit, aku lebih baik pergi, tak bisa lagi aku hidup dengan caramu.

Di sinilah kreatifnya pencipta lagu yang boleh membawa kedukaan yang dirasai di dalam bentuk lagu yang dijadikan hiburan namun sebenarnya dia ingin luahkan apa yang terbuku di dalam hati sekali gus menyampaikan apa yang dirasainya kepada insan tertentu.

Info :Mangga

Oktober 15, 2009

(Cerita Artis) Siti Nurhaliza Buat Album Baru Bersama Adik Beradik !!!!


Tidak lama lagi, Siti dan adik-beradiknya akan muncul dengan album tujuan untuk menyatukan Siti dan empat adik-beradiknya. Mereka kini dikatakan sedang merakamkan lagu-lagu di studio. Turut membabitkan adik lelaki Siti, Ali yang sebelum ini tidak pernah menjadi penyanyi. Adik-beradik lain yang ikut serta ialah abangnya, Ayie yang terlebih dahulu ada pengalaman....



Baca Selanjutnya

menyanyi, kakaknya, Saedah dan adiknya, Saerah. Siti mempunyai lapan orang adik-beradik. Sebelum ini memang Siti ada nyatakan nak rakam album adik-beradik tapi katanya takut orang tak suka. Tapi demi cinta terhadap arwah bapanya, Taruddin, Siti bergabung adik-beradik buat lagu sebagai penghormatan untuk arwah.

Zoom Komen: Semoga berjaya zoom ucapkan,semoga dengan gabungan adik beradik Siti akan mengukuhkan tali persaudaran dan menambah rezeki untuk keluarga..!!!

September 07, 2009

(Celebrity News) Anita Sarawak ilustrasi kisah hidup dalam 'Maafkan'


Anita Sarawak bergambar bersama suami, Mahathir Abdullah, selepas majlis pelancaran single raya 'Maafkan' di Al-Halabi Lounge, Hotel J.W Marriott.

SIAPA yang tidak kenal dengan diva pop Malaysia, Anita Sarawak yang telah lama berkecimpung di dalam industri hiburan tanah air dengan lagu-lagu hitnya seperti 'Akhirnya Kini Pasti', 'Tragedi Buah Epal', 'Bawalah Daku Pergi' dan banyak lagi.

Sejak Pulang ke Malaysia tujuh tahun dahulu selepas 16 tahun menyanyi di Caesar's Palace di Las Vegas, Anita telah merakamkan dua buah album iaitu sebuah album Melayu bertajuk 'Seksis' yang melonjak sebagai album single terbaik dan sebuah album jazz Inggeris 'Another Dimension' yang menobatkannya semula sebagai diva seni tanah air.

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, Anita tampil dengan sebuah lagu baru bertajuk 'Maafkan'. Setelah 43 tahun berkarya sebagai penyanyi, 'Maafkan' adalah lagu pertama Anita istimewa untuk Hari Raya.

Anita yang ditemui pada majlis pelancaran lagu 'Maafkan' yang berlangsung di Al-Halabi Lounge, Hotel J.W Marriott, Kuala Lumpur, mengatakan dia begitu terpesona dengan keindahan lirik dan lagunya malah begitu gembira untuk menyanyikannya. "Saya terpesona dari saat pertama saya mendengar lagu ini... Melodinya sungguh indah dan liriknya pula membuat kita memikirkan tentang anugerah kehidupan dan insan-insan yang bermakna dalam hidup kita.

"Saya mendapat inspirasi untuk merakamkan lagu ini daripada suami saya, Mahathir Abdullah, yang sentiasa hadir menyumbangkan idea-idea kreatifnya.

"Bagaimanapun, pujian patut diberikan kepada pencipta lagu ini iaitu Helen Yap, Johan Nawawi dan Haslan Hussain.

"Tidak lupa juga kepada pasukan penerbit yang membenarkan kami menyumbangkan idea dan sedikit perubahan dalam sesi rakaman," kata penyanyi yang berusia 57 tahun ini

Zoom KOmen: Zoom Tak tau la bila la Diva kita ni nak berubah,bukan nak kata apa umur semakin lama semakin dimamah usia.Tetapi penampilan dan muka Diva kita ini memang jelas sangat berbeza dengan paras rupa yang di anugerahkan olehnya.Dalam bulan puasa ni zoom malas nak komen banyak-banyak nanti makin kurang pose zoom..Apa pun zoom nak tau pandangan u alls mengenai kak nita ni..But we still wish kak Nita Sucess dalam industri tanah air yang kak nita ceburi sejak dulu lagie..!!!

Ogos 14, 2009

(Celebrity News) 'BEBASKAN" Hadiah Hari Jadi Shila



Sememangnya pelancaran album sulung adalah hadiah yang paling bermakna sempena birthday Shila yang ke-19 pada hari ini," ujarnya yang menerima G10 Canon Semi SLR daripada bapanya, ND Lala sempena hadiah hari lahirnya yang jatuh pada 13 Ogos.

Shila tidak dapat menahan sebak tatkala majlis pelancaran apabila mengenangkan pengorbanan keluarga terutama ibunya yang banyak berkorban sepanjang melibatkan diri dalam industri muzik.

"Memang adik-adik Shila yang lain agak terasa kerana perhatian dilebihkan kepada Shila. Pernah sekali Shila terdengar mereka merayu mama untuk masak walau hanya sambal ikan bilis kerana sudah lama tidak merasa air tangan mama," luahnya apabila ibunya kerap tiada di rumah kerana terpaksa menguruskan perjalanan karier Shila yang semakin berkembang.

"Mama selalu pesan kalau pergi mana-mana mesti nampak macam artis, kena jaga imej dan jangan terlalu simple," kata naib juara One In A Million musim kedua yang kini semakin matang dalam berfesyen.

Shila baru sahaja melancarkan album sulung Bebaskan bersama-sama syarikat rakaman Monkey Bone. Album yang memuatkan 10 buah lagu menampilkan komposer terkenal seperti Aubrey Suwito, Audi Mok, Shazee Ishak dan ramai lagi. Gabungan komposer-komposer ini sememangnya memberikan kelainan dalam industri hiburan tanah air masa kini.

Zoom KOmen: Semoga berjaya dik,Zoom doakan semoga album Sulung artis OIAm ni berjaya..Apa lagie gi la kedai beli :)

Julai 23, 2009

(Celebrity News) Akim AF 7 Semakin Popular !!!!


Akim AF7 kini semakin popular dengan lagu Bengang yang kerap diputarkan di corong-corong radio. Nampaknya perjalanan seni remaja dari Johor itu agak cerah.

Apabila berasa masa depannya yang nampak ada peluang dan kesungguhannya sendiri untuk menjadi penyanyi, Akim mendapat sokongan bapa saudaranya, Mat Mega, bekas anggota kumpulan Mega.

"Saya tidak tahu pun anak saudara saya ini mempunyai kesungguhan menyanyi, apabila tinggal dengan saya dan nampak dia bersungguh-sungguh barulah saya sedia membantu.

"Kalau nampak macam payah untuk mencipta nama, saya akan suruh dia balik saja ke Johor, tapi saya nampak Akim ni ada bakat yang boleh diserlahkan.

"Saya sudah lama tidak cipta lagu... nampaknya saya kena aktif balik dan saya akan mencipta lagu untuk album Akim nanti," kata Mat.


Menurut Mat, Akim seorang yang berani dan tidak segan untuk menyerlahkan bakatnya di khalayak ramai.

Namun Jejaka AF 7 Tidak terlepas dari Gossip yang melanda,Kalau sebelum Ini Akim digossipkan dengan Aisyah AF7,Tetapi Akim menafikan yang mereka berdua hanyala setakat sahabat..Dan Yang terbaru Gossip Akim Dan Dayana ANAK WAYANG,Akim turut menafikan dan menyatakan Dayana Hanyalah Sekadar peminatnya..Apa-apalah dik..asal ko bahagia.Tumpukan pada perjuangan Akim...Go Go Go And Go...Until u Sucess..Kalau Duit Dah cukup Hantar Jer Pinangan tapi jangan la awal sangat kumpul duit byk2 macam mawi tue heheheheehheeh ....

Julai 19, 2009

(Gossip) Mamat (Exist), isteri pisah bumbung!!



Lama tak dengar cerita Mamat, bekas vokalis kumpulan Exist yang popular dengan lagu Untukmu Ibu tidak lama dulu. Baru-baru ini kelihatan Mamat bersama krew dari Singapura. Dia jadi orang belakang tabir satu persembahan pentas.

Rupa-rupanya sudah empat bulan Mamat tinggal di Singapura. Bagaimana dengan keluarganya yang tinggal di Kuala Lumpur?

"Saya selalu berulang-alik kalau ada kerja di Kuala Lumpur, tapi saya akui sekarang lebih banyak masa saya di Singapura. Kalau ada kerja di Kuala Lumpur saya akan turun ke Kuala Lumpurlah," kata Mamat.

Rupa-rupanya Mamat sedang ada masalah dengan isteri, Shiela. Sejak berhijrah ke Singapura, dia tidak lagi tinggal sebumbung dengan isterinya.

Namun kata Mamat, masalah mereka bukan masalah yang sangat besar. Masih ada ruang untuk dibaiki dan kini dia mahu tumpukan kepada kerja dahulu. Mamat tetap tidak abaikan anak-anaknya, Aleeya Mysara, 7, dan Mohd. Eiki Daniel, 5.

"Saya selalu berhubung dengan anak-anak saya. Aleeya dah pandai menghantar pesanan ringkas. Saya kerap berhubung dengan anak-anak saya," kata Mamat.

Hasil penghijrahan selama empat bulan ke kota Singa, Mamat sudah menyiapkan lagu baru. Sebuah lagu duet dengan artis wanita Singapura dan sebuah lagi lagi solonya.


Zoom Comment : Semoga Berjaya,Tapi Jangan Lupa Dengan Keluarga Dah.

Julai 15, 2009

(Celebrity News) Saiful Apek Terbit Album Sulung !!


Tahniah Zoom Ucapkan kepada Pelawak No 1 Negara,Siapa Lagi kalau Bukan Saiful Apek atau lebih sinonim dengan panggilan APEK.

SEJAK tahun 2001 lagi, Saiful Apek sudah menyimpan hasrat untuk menerbitkan album. Setelah lapan tahun menanti, impian Apek direalisasikan apabila album sulungnya, Saiful Apek & Famili akhirnya berada di pasaran pada 7 Julai lalu.

sebanyak 2000 unit telah dicetak dengar Harga RM21.90 sahaja.Album Hanya memuatkan 6 buah lagu.Walaupun sikit tapi power...No comment la sebab Zoom pun tak dengar lagie..saper2 yang dah beli tu share la sket k..

Jun 19, 2009

(Gossip) S Atan, Pulangkan Rm83 Ribu Kak Pah


Ini pula keluhan daripada Sharifah Aini yang tidak berpuas hati dengan hasil kerja S Atan, lalu meminta S Atan memulang’kan kembali RM83 ribu yang telah di’laburkan terlebih dahulu. Sharifah Aini menyifatkan S Atan sebagai penipu kerana melaksana’kan kerja dengan tidak mengikut piawaian yang telah di’tetapkan.

Kata Sharifah Aini lagi, hasil rakaman master tape oleh S Atan lebih teruk kualiti’nya berbanding karaoke (Wow, teruk sangat ni). Sharifah Aini mengharap’kan album yang berkualiti sebagai hadiah buat peminat, tapi ada orang cakap harap’kan pagar, pagar makan padi. S Atan mengkhianati Sharifah Aini dengan menghasil’kan master tape yang tidak bersesuaian dengan harga yang di’bayar.

S Atan menjanji’kan master tape tersebut di’rakam dengan mengguna’kan instrumen asli, namun beliau hanya mengguna’kan music programming.

Macam-macam cerita Artis Kita Ni yerkk, Dari Kisah kehidupan berkeluarga,Penceraian,Kawan Makan KAwan,Khalwat.. No Comment..Korang Jer la Comment k

Mei 27, 2009

(Celebrity News) Ramlah Ram setia dengan pop


Orang dok sibuk cakap pasal pasaran album yang tak menentu. Artis baru susah dapat peluang kerana syarikat rakaman bimbang dan tak berkeyakinan dengan mereka.
Tapi artis-artis lama pula yang ghairah merakam dan memasarkan album baru. Agaknya kerana nama yang sedia popular tak perlu dipromosikan lagi. Ramlah Ram salah seorang daripada mereka.

Ramlah bangkit tahun ini setelah 11 tahun tidak melahirkan album solo. Sambutan peminat yang memberangsangkan terhadap single berjudul Ketentuan memberi impak positif.
Setelah dua tahun menyiapkan album, akhirnya album baru berjudul Ketentuan dipasarkan juga mulai 1 Jun 2009 ini. Album itu edaran FMC.

Lagu-lagu yang dimuatkan ialah Aku Dengan Dunia (ciptaan Aidit Afian), Langit Cinta (Hazami), Cinta Beralah (Sharon Paul), Pasti (Sharon Paul), Kasih Yang Dulu (Tam Spider), Kasih Yang Terakhir (M. Nasir), Dirgahayu (Radeen Sri), Ketentuan (Azlan Abu Hassan), Bersimpuh Di Pintu Hati (Fauzi Marzuki) dan Radang Rindu (Aidit Alfian).
Bukan mudah untuk bertahan, namun segala pengalaman yang dilalui mematangkan dan menjadi pembakar semangat.

Walaupun industri hiburan didatangi pelbagai jenis dan konsep muzik, saya yakin bahawa genre pop akan terus diminati dan ada pengikutnya," kata Ramlah.
Apabila album dipasarkan, lagu Aku Dengan Dia dan Radang Rindu yang dipertaruhkan.