Memaparkan catatan dengan label Ramlah Ram. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ramlah Ram. Papar semua catatan

Oktober 10, 2012

Gempar : Ramlah Ram Diugut, Akaun Facebook Dan Twitter Di Godam

Berita Terbaru yang Zoom baca pagi ini mengenai akak Ramlah Ram kita yang diugut oleh seseorang pengodam dalam akaun sosial Facebook dan Twitter beliau. Dan Fan Beliau turut menjadi mangsa, dan kesudahannya beliau telah membuat lapuran polis di Kajang dan 2 orang lagi ahli RRG turut membuat lapuran di Johor.

Niat tidak dapat diketahui tetapi komen/post yang ZOOM sertakan dalam post kali ini boleh tahan juga, sebab menurut info pengodam tersebut akan cuba untuk mengodam akaun sosial artis terkenal yang lain, dan diantarnya ialah :

1.Azwan Ali
2.Lisa Surihani
3.Fazura

 Komen Pengodam Di Akaun Facebook Ramlah Ram
Komen/Post Di Akaun Twitter Ramlah Ram

Jun 21, 2012

Ramlah Ram Enggan Fikir Soal Kahwin Selepas Bercerai

KUALA LUMPUR: Penyanyi Ramlah Ram tidak mahu lagi memikirkan soal kahwin selepas kegagalan rumah tangga bersama Penerbit Rancangan Unit Sukan di Radio Televisyen Malaysia (RTM), Kamal Roslim dua tahun lalu.

Ramlah, 47, berkata, pada ketika ini pemikirannya tidak lagi tertumpu kepada soal tersebut sebaliknya mahu memberi tumpuan yang lebih mengenai kerjaya dan masa depan.
"Saya tidak pernah terfikir pun pasal jodoh kerana saya terlalu sibuk dengan perkara lain apatah lagi ketika usia sudah mencecah 40-an, perkahwinan bulan lagi menjadi keutamaan saya," ujarnya kepada mStar Online semasa ditemui selepas rakaman program Fenomena Raya di Angkasapuri di sini.

Disember 29, 2011

Gossip Ramlah Ram Bercinta Dengan Lelaki Muda

Kesian dekat akak Ramlah Ram kita ni, adakah patut dia digossipkan mempunyai hubungan dengan pengurus beliau yang berumur 20an seperti yang digemparkan oleh salah satu akhbar tempatan baru-baru ini. Gossip tersebut leha menyebabkan reputasi yang dijaga selama ini tercalar dek kerana fitnah yang datang dan pergi itu.

Dan berikut jawapan Akak Ramlah Ram kita apabila ditanya soalan mengenai gossip panas ini :


"Gossip tersebut adalah tidak benar sama sekali. Saya malas nak ulas gosip ini panjang lebar kerana ia telah memalukan diri saya dan keluarga. Buat masa ini, saya telah berjumpa dengan penulis artikel tersebut dan menjelaskan situasi yang sebenar.
"Memang Hafiz sudah dua tahun bekerja untuk saya tetapi dia bukanlah seperti yang didakwa itu. Malah kami bekerja secara profesional. Dengan usia saya yang sudah meningkat begini, agak malu dibuatnya apabila gosip mengarut seperti ini disebarkan kepada khalayak," katanya yang ditemui pada sidang

Disember 18, 2009

(Cerita Artis) Usia Perkahwinan Ramlah Ram Sudah 9 Tahun !!


Zoom pun belum pernah melihat macam mana rupa suami akak Ramlah Ram ini, walaupun sudah lama berkecimpung dalam dunia indystri beliau jarang sekali kita nampak bersama suami dan keluarga.Semalam beliau tampil membuat kenyataan mengenai kisah nya dengan suami yang jarang kedengaran..Jum kita zoom "Statement" Akak Ramlah Ram kita ini !!!



Baca Selanjutnya

Apa kata anda mengenai akak Ramlah Ram kita ini..?

Julai 08, 2009

(Gossip) Bro Aznil Buat Ramlah Ram Menangis !!



Kesian Ramlah Ram... dia menangis di belakang pentas gara-gara pengacara paling popular Aznil Nawawi. Macam mana boleh jadi macam itu? Macam ni ceritanya. Mereka dan ramai lagi artis mengadakan persembahan dalam satu majlis baru-baru ini.
Aznil bukanlah sengaja membuat kesilapan sehingga mengguris hati Ramlah dan dua artis lagi yang sama-sama membuat persembahan. Malah Aznil sudah meminta maaf kerana kesilapan itu.
Macam ni ceritanya. Ramlah dan dua lagi penyanyi seangkatannya sepatutnya muncul dalam persembahan terakhir majlis tersebut. Bermakna semasa mereka muncul Aznil sudah tamat kerjanya.
Tapi apabila Aznil mengumumkan tugasnya berakhir, dia terlupa mengumumkan persembahan sebenarnya masih ada.

Apabila Aznil melambai tangan dan turun pentas serta bersalam dengan tetamu yang duduk di meja hadapan, semua yang hadir ke majlis itu ingatkan majlis sudah selesai.
Penganjurlah yang terpinga-pinga kerana hanya mereka yang tahu masih ada artis yang akan muncul.
Ramlah dan rakan artis lain tersentaplah. Malah pada mulanya keberatan untuk naik ke pentas. Ramlah sudah meraung di belakang pentas kerana rasa terhina. Yalah pada masa itu orang sedang angkat kaki.

Ibaratnya mereka menyanyi untuk mengiringi orang balik, bukannya menghiburkan. Itulah kisahnya.
Aznil mengakui dia terlupa untuk mengumumkan nama Ramlah dan penyanyi lain kerana terburu-buru untuk ke satu majlis lain.
Difahamkan penganjur juga sudah tahu yang Aznil harus meninggalkan majlis pada waktu tersebut. Akibat mengejar masa, Aznil sampai terlupa nak umukan nama mereka.
Siapa yang salah. Mangga Muda nak pinjam kata-kata Nabil, Lu Fikirlah Sendiri...

Zoom Comment : Kesian Kak Ramlah,Alah Bro Aznil tak sengaja tue..Zoom Tau Bro aznil tak sengaja..sebab zoom tabik spring kat Bro aznil ni,Dalam Dunia seni Tanah Air Dia Salah seorang Yang Clean Dari Gossip2 yang panas..Mungkin kisah ni menjadi pengajaran buat bro aznil.. :P "lucu tapi benar"

Info : Mangga Online

Mei 27, 2009

(Celebrity News) Ramlah Ram setia dengan pop


Orang dok sibuk cakap pasal pasaran album yang tak menentu. Artis baru susah dapat peluang kerana syarikat rakaman bimbang dan tak berkeyakinan dengan mereka.
Tapi artis-artis lama pula yang ghairah merakam dan memasarkan album baru. Agaknya kerana nama yang sedia popular tak perlu dipromosikan lagi. Ramlah Ram salah seorang daripada mereka.

Ramlah bangkit tahun ini setelah 11 tahun tidak melahirkan album solo. Sambutan peminat yang memberangsangkan terhadap single berjudul Ketentuan memberi impak positif.
Setelah dua tahun menyiapkan album, akhirnya album baru berjudul Ketentuan dipasarkan juga mulai 1 Jun 2009 ini. Album itu edaran FMC.

Lagu-lagu yang dimuatkan ialah Aku Dengan Dunia (ciptaan Aidit Afian), Langit Cinta (Hazami), Cinta Beralah (Sharon Paul), Pasti (Sharon Paul), Kasih Yang Dulu (Tam Spider), Kasih Yang Terakhir (M. Nasir), Dirgahayu (Radeen Sri), Ketentuan (Azlan Abu Hassan), Bersimpuh Di Pintu Hati (Fauzi Marzuki) dan Radang Rindu (Aidit Alfian).
Bukan mudah untuk bertahan, namun segala pengalaman yang dilalui mematangkan dan menjadi pembakar semangat.

Walaupun industri hiburan didatangi pelbagai jenis dan konsep muzik, saya yakin bahawa genre pop akan terus diminati dan ada pengikutnya," kata Ramlah.
Apabila album dipasarkan, lagu Aku Dengan Dia dan Radang Rindu yang dipertaruhkan.